Formspring.me

Ape ke bende formspring nie pon aku tak tahu. Tapi yang aku tahu benda nie ialah laman sesawang untuk korang ajukan soalan-soalan kat aku. InsyaAllah, klu ade masa, aku akan jawab semua soalan tersebut. So, tanya la banyak mana korang suka. Klik je link ka bawah nie.

www.formspring.com

Soalan-soalan mestilah
*tidak mengandungi unsur lucah
*tidak mengaibkan seseorang
*boleh difahami dan bahasa yang sopan

Kekalahan vs Kemenangan

Salam semua...... lepas habis je game kriket twenty20, aku balik umah akak jap kat Klang. Untung jugak kalah awal nie. boleh lepak2 jap. Hahahaha........ Tyme kat umah akak aku tu, aku ada terima satu mesej dari no yang x dikenali. Bertaip macam nie....

"salam. Anda di minta utk hadir ke tayangan 'Arrival' di DKP1 mlm nie pd jam 9mlm untuk mengambil hadiah kerana anda telah terpilih sebagai pemenang di dalam pertandingan 1N1U. Sy sebagai pihak penganjur berharap agar anda dapat hadir ke tayangan tersebut. Jika anda x dapat hadir, sila hantar wakil utk mengambil hadiah."

Untuk pengetahuan korang. Poster yang aku antar hari tu, telah dipilih sebagai salah sorang pemenang. Tapi tak pasti johan atau x. Seronok jugak ar. Tapi aku x dapat hadir ke tayangan tersebut sebab masih ade di Klang. Member aku pon tak dapat wakilkan aku sebab sibuk dengan kerja masing-masing. ALhamdulillah...... berjaya jugak.

Pertandingan Kriket Twenty20 Anjuran UKM

date:22-27hd 2010
venue:bayuemas, klang, UKM, bangi

1st game: UiTM vs UIIM
kalau korang nak tahu, nie la lawan kami yang paling kami benci. Nama je Islamic Universiti tapi perangai macam B#%i. Ok, hari pertama nie, ramai player UiTm x sempat sampai sebab pertukaran tarikh yang agak lambat. so yang main kali nie, semua geng-geng simpanan termasuklah aku. Pasukan terpaksa bating first sebab kalah tos. Main punya main akhirnya kami kalah jugak. Hahahaha..... tapi memang sengit giler. UIIM passed score kami dalam 19.2 over..... cuma tinggal 4 balingan jer lagi. Mungkin xde luck kot. Memadailah ngan performance kami kli nie dengan 121 run with 7 wickets.

2nd game:UiTM vs USM
xde mood ar aku nak criter panjang-panjang, sebab game kali nie pon kitorang kalah. 88 run with all out. x pass score. Tak tahu kenapa semua player time perlawanan nie macam down jer. Sedangkan, peluang kitorang nak menang, hampir 80%. Mungkin xde luck jugak kot.

3rd game: UiTM vs UCTI
yang nie lagi la..... player sume macam international player. Bayangkan semua player dalam padang ialah foreigner..... dah la umur mencecah 40-an. sekali hayun, 6 and 4 run dorang dapat. yang kami nie, tengok je la. tapi tyme game nie, kami ade chance untuk menang, however banyak misfield and drop ball yang menyebabkan dorang dapat live free-free. Gami kali nie, semua player perform baek pnyer, walaupun x memang tapi kami buat highest score dengan 154 run.


Sebab-sebab kekalahan
#kesemua player dari U len ialah foreigner yang dah tua baka, mostly dari pakistan & bangladesh
#player UiTM langsung tak training sebab datang dari kampus berlainan
#pertukaran tarikh secara tiba-tiba menyebabkan ramai yang tak dapat datang
#xde luck

hahahahaha..... boleh terima tak?? gambar x dapat nak uploadkan sebab ade masalah ngan MMC camera kau. Hampeh....


ARKIB : 26/03/2010

UKM kumpul angka tertinggi untuk belasah UMP


PEMBALING UiTM, Mohd. Safwan Naim mempamerkan aksi mantap menentang UCTI dalam saingan kriket Twenty20 UKM di padang Bayuemas Oval, Klang, semalam.


KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempamerkan kegarangan menerusi Aminudin Ramly yang melakukan 180 larian tanpa tewas sekali gus membelasah Universiti Malaysia Pahang dengan 194 larian dalam pertemuan hari ketiga saingan kriket Twenty20 UKM di UKM Oval, Bangi semalam.

Kemenangan besar itu pasti menggoyahkan naib juara tahun lepas, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang bakal berentap dengan UKM dalam separuh akhir hari ini.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, pendatang baru yang semakin garang, University College of Technology and Innovation (UCTI) akan bertemu Universiti Multimedia juga di UKM Oval.

UKM yang memukul terdahulu mencipta rekod kejohanan untuk menamatkan ining dengan mengumpulkan 245-1 di mana penjaga wiket sambilannya, Zaid Asyraf Norazmi turut bergaya dengan 50 larian tanpa tewas.

UMP cuma bertahan setakat 51 larian dalam 16.1 over.

UCTI turut hebat dengan pengumpulan 237-3 dalam pertemuan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bayuemas Oval, Klang. UiTM tidak terdaya tetapi mampu memukul sehingga 154-9.

Peristiwa bertukar tragedi

Apa yang best sangat dengan tajuk post aku kali nie?? Aku pon tak tahu sebab apa terlintas kat otak aku nie nak bagi post nie ngan tajuk macam nie. Hahahaha...... Hiraukan jer lah.... tapi mungkin ada kena mengena gak kot. Ahad lepas, aku ngan budak umah aku pergi picnic kat Hutan Lipur Sedim. Dah banyak kali dah kitorang plan, tapi ade je masalah tyme hari nak pergi tu. Nak buat macam mana kan? Kita cuma merancang, Dia lah yang menentukan. Tapi ahad minggu lepas jadi jugak kitorang pergi walaupun tak cukup seisi rumah.

Kol 11 pagi kitorang bangun bersiap dan terus pergi. Paling best semua tak mandi sebab nak mandi kat air terjum Sedim. "Membazir air kat umah jer kan?". hehehehe...... Lepas bersiap, kitorang singgah carefur jap nak beli makanan untuk buat BBQ. Macam grand jer. Perjalanan agak memenatkan, dah kebas habes 'buttom' aku duk atas moto selama 1 jam. Nasib baik bukan aku yang ride moto tu. Sampai, kitorang terus cari port. Tetiba, hujan mencurah menimpa bumi. Agak lama kami menunggu sehingga hujan berenti. Belum sempat mandi air terjun, air hujan dulu memandikan aku. Hahahahaha...... Lepas hujan aku ngan member-member aku bertungkus lumus menyalakan bara api untuk masak makanan tadi. Tapi alangkah tak bernasib baik nyer kami, sampir satu jam menghadap tempat nak bakar tu, asap je yang kami dapat. Salah kami gak sebab tak bawa arang. Ingat nak guna ranting-ranting pokok kat sana jer tapi sume dah basah. Last-last kitorang bagi kat mak cik yang buka kedai makan kat siti tolong gorengkan. Wahahahaha...... jauh dari apa yang dirancangkan. Tapi baik dari belapar.

Aku mandi sekejap jer sebab air terlalu sejuk. Maklum la, umah aku kat LOndon, selalu mandi guna heater. Hahahahahaha...... Dalam kol 6 petang kitorang balik umah. Nak kata seronok tu, tak la seronok sangat. Boleh la hilangkan bosan duk umah. Tyme malam tu, kitorang terima berita tergempar, seorang pelajar UiTM mati lemas kat tempat kitorang mandi tu. Seram sejuk gak dengar cerita tu. Mula-mula, aku ingat khabar angin jer, esok pg kelas tengok ada satu tabung derma bagi allahyarham..... Mudah-mudah roh nya ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.....

Trip to Batu Feringghi

x pasti btul x ejaan tempat tu. Hehehehe...
Sebenarnya, trip nie dah lama.... selalu je lupa nak update.. Biase ar, ternet hari2 buat cat walk tyme aku nak blogging. Xmacam Tyra ngn cik icah, hari2 update.... hahahaha..... saja nak publisiti nama korang... Tak cilap aku, trip nie 3/2/10 kot, sehari sebelum nak pergi site visit ke cameron highland. Mula2 aku ikut just suka-suka sebab nak teman classmate aku, MuZir pergi beli sweater. Last2 terbabas ke batu Feringghi nie plak. Tempat yang berpantai nie mmang aku suka. Hehehe.... Tapi sayang, tyme kitorang pergi nie, langsung x plan ape2 sebab ingat nak pergi suka suki jer. Kalau tak, boleh bawak baju extra and bermandi manda kat situ.... Lama giler x mandi laut. Esok bdak umah aku plan nak gi sedim, kalau jadi. Alhamdulillah la. hehehehehe.... Untuk pengetahuan korang, nie ialah kali pertama aku ke tempat nie. Agak best ar, tapi jalan nyer macam ular kena palu.... Ngan Mizan bawak van ala KL drift... cuak pon ade. Tapi buat2 cool je. Hehehehe...... Alhamdulillah kitorang selamat sampai dan selamat pulang.

Pertandingan Poster

Apa tajuknyer??
Uitm penang telah menganjurkan satu pertandingan poster sempena 1N1U(1Nation 1Ummah)
memang dah lama aku tak masuk pertandingan melukis poster nie. Last aku masuk tyme aku form 5. Berkobar-kobar semangat aku nak masuk pertandingan nie. On that day, aku terus pergi JJ beli barang untuk melukis, banyak gak ar habiskan duit. Janji aku puas ati. Dah 2 hari aku habiskan masa ngan melukis poster nie. Kan aku dah cakap, kalau aku suka dalam sesuatu bidang tu, aku mesti fokus. Berhabis duit pon takpe.... Tapi poster aku nie masih tak bertajuk. Sebab aku confius nak bagi jajuk apa.... Kalau korang ada idea boleh la sumbangkan idea korang tu kat aku..... Muka terap yang best nanti akan di pilih, tapi hadiah takde. ehehehehe.....





masih belom siap lagi.
nanti aku akan upload yang dah siap k??
agak-agak, boleh menang x??

Tyra Punya Pasal

em....
aku di tagged oleh tyra
macam best gak tagged nie. hahahaha......

(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni..

1. aku paling benci menunggu. So jangan la buat aku tertunggu sebab korang dah curi masa aku.
2. aku teramat-amat sangat paling tak suka dengan spesis manusia cakap belakang-belakang.
3. aku tak suka orang yang aku tak kenal, tetiba melawak kasar ngan aku....
4. aku paling pantang bila orang guna barang kesayangan aku tanpa pengetahuan aku.
5. memang banyak makan, walaupun badan ala-ala heliza kasim...... sehari x least 4 kali....
6. paling tak suka air berkabonat, air masak lagi best.....
7. seorang yang boros gila-gila bila ade duit.... tak tahu camna nak ubah....
8. aku memang segan nak mintak hutang dari member aku.... pandai pinjam pandai bayar...
9. teringin sangat-sangat nak naikkan berat badan...... sape ade cara??
10. aku bukan seorang yang struggle, tapi aku suka fokus dalam apa yang aku minat....
11. aku spesis yang suka berdebat ngan orang lain sampai aku menang.......
12. selalu lupa letak barang kat mana......... pastu mengamuk bila tak jumpa....
13. movie paling aku suka ialah citer dongeng yang bewarna-warni........ ex: avatar....
14. komik aku paling suka ialah Le Gardenie, dr dulu & selamnya KOT.... hahahaha....
15. memang tak reti nak dress up.... tapi suka bli barang yg berkualiti dr berkuantiti.....
16. makanan aku paling suka ialah makanan mak dan ayah aku.... semua sekali....
17.aku memang jenis yang suka melancong.... kalu boleh semua tempat aku nak pergi especially Jepun.
18. tak pernah bercouple secara serius dan monyet-monyet......
19. aku minat gila kat sorang nie, sampai sekarang, tp dalam usaha nak melupakan... stakat nie macam x boleh jer..... tak tahu la......
20. tak suka main game, kecuali plant vs zombie yg dibagi oleh Mere baru2 nie....
21. suka bela binatang, macam burung, kucing & hamster.... kat umah sewa pon ade. hahahaha...
22. aku nie jenis suka mendesak, so sape yg tahu, faham-faham je la erk....
23. aku suka makan buah delima...... lama dah x makan.....

*aku pun nak bagi extra gak boleh?? hehehehe*
24. aku jenis susah nak mesra ngan orang yang baru kenal....... tp ble dah kenal......
25. penyakit malas aku sampai sekarang tak boleh nak ubah......
26. baru-baru nie.... aku dah tergolong ngn manusia bermata empat..... aku dah pakai cermin mata.
27. bengang bila nak online brodband buat hal... mcm nak baling kat dinding jer
28. dalam proses mencari kekasih hati......
29. ciri-cirinya: baik, faham dengan perangai aku, tak suka tipu, kulit cerah dari aku. hahahaha..... solehah, hormat orang tua dan berpelajaran..... cerewet tak??
30.mintak korang baca dari no 1- 29 yang aku penat2 taip nie...

habis :)
aku mao tag :
cik icah
miz atien
pijat
farah
iylia

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.