Backpackers Trip to Koh Samui, Thailand (3rd & 4th Day)


Sambungan dari entry yang lepas iaitu trip backpack aku dan rakan-rakan ke Koh Samui selama 4 hari 3 malam.

16-02-2015 Seawal jam 5 pagi kitorang dah bersiap-siap untuk keluar nak tengok Sunrise. Anis dari semalam beriya nak tengok sunrise la, sunset la. Dah 2 hari kitorang miss nak tengok sunset. So pagi nie masing-masing beriya bangun awal. Sebelum keluar kitorang tanya receptionist hotel tu dulu mana port best untuk tengok sunrise. Then die bagi kitorang map dan tunjuk best place untuk tengok sunrise iaitu kat View Point kat area Lamai beach. Tapi sebelum aku kuar bilik time tu sempat jugak la aku google kejap, dan memang orang suggest untuk ke Lamai Beach kalau nak tengok sunrise. Since Koh Samui nie boleh dikatakan besar, so aku dapatkan kepastian dengan bertanyakan kat recept. Pagi tu kitorang pon bergerak la dengan menaiki motor yang kitorang sewa semalam. Dah la cuaca sejuk, naik motor plak tu.(Gambar-gambar tak sempat nak edit sebab dari group watsapp)

Disebabkan Syieda dan Anis x tahu bawak motor, so terpaksa la jadi mat rempit kejap. Tapi dorang duduk sepelaung jauh dibelakang. hahaha.... Dan ditengah-tengah kitorang letak beg sebagai divider. :)
Berpandukan map yang aku dapat dari hotel tu, kitorang pon sampailah kat view point tu. Kitorang tunggu la kejap dalam 15 minit tapi macam xde tanda-tanda matahari nak terbit plak. Hari dah makin cerah tapi batang hidung matahari pon x nampak. Last-last kitorang proceed ke next location iaitu Hintai and Hinyai Rock. Hintai and Hinyai Rock nie famous jugak la kat Koh Samui nie, dimana terdapat dua batu yang berbentuk kemaluan manusia. Satu berbentuk kemaluan lelaki dan satu lagi berbentuk kemaluan perempuan. Since kitorang sampai awal pagi, so semua kedai-kedai kat sini belum buka lagi. Cuma ada pak cik cleaner je yang tengah sapu sampah dan 2 3 orang mat saleh. Tempat parking pon belum buka, so kitorang main parking je. Sepatutnya kena bayar 10Baht. hahaa..... Dan kebetulan masa tengah amik gambar tu, matahari baru je nak terbit. So sempat lah tengok sunrise. Ingatkan dah terlepas. Kitorang pon apa lagi, selfie la sampai puas. haha.... Mengikut cerita orang tempatan, Hintai dan Hinyai nie adalah batu sumpahan dari 2 orang nenek dan atok yang berlayar ke satu tempat kat Thailand tu, then tetiba kapal die karam. lepas tu jadi la batu tu. Aku pon x tahu kenapa dalam banyak-banyak anggota badan manusia, bentuk tu jugak yang nak jadi. hehee..... Lebih kurang cerita Si Tanggang la tapi nie bukan sebab kurang ajar kat mak.
Selfie dulu yok. :)
Lepas ke Hintai Hinyai, kitorang gerak ke Muslim Fisherman Village. Dekat je dengan Hintai and Hinyai Rock tu. Dari Hintai and Hinyai Rock tu pon korang dah boleh nampak masjid yang x jauh dari situ. Since kitorang kuar hotel terlalu awal tadi and tak sempat nak breakfast, then kitorang cari kedai makan kat situ untuk breakfast. Nak cari perkampungan Islam nie senang je, dari main road kat Hintai & Hinyai tadi, korang terus je utk ke Lamai Beach, dan korang akan jumpa satu selekoh maut yang sbelah kanannya ada 7Eleven, then korang terus je jangan belok-belok sampai masuk longkang. Hahaa... actually xde longkang pon. lepas 7E tu ade satu jalan kecil yang korang boleh terus je. Depan skit after jalan kecil tu ada satu pasar. Kebanyakan orang Islam yang meniaga kat situ. Depan skit ada satu kedai mak cik yang jual makanan HALAL iaitu nasi ganja. Sama macam semalam yang kitorang makan, tapi semalam punya lagi sedap. Harga makanan pon lebih kurang je yang semalam. Tapi ada a few lagi makanan yang korang boleh cuba. Mak cik nie tahu cakap Melayu dan kebanyakan orang kat kampung nie memang tahu berbahasa Melayu tapi loghat Kelantan/Patani. So kitorang order makanan cakap Melayu je. Kawan ak siap order air teh tarik, padahal mak cik tu x pernah-pernah buat teh tarik. Tapi die buat jugak. Katanya first time. haha... Lepas je makan, aku ajak dorang round kat pasar tu, tapi Syieda jenis x brapa suke pergi pasar so x jadi pergi. 

Sunrise at Hintai and Hinyai Rock.

Batu kat belakang yang terpacak tu la yang berbentuk kemaluan.

Sebelum bergerak ke next location, kitorang sempat pusing-pusing area perkampungan Islam tu. Dan sempat jugak la bergambar depan masjid. Nak singgah pon awal lagi. Those yang nak datang ke Koh Samui, jangan risau pasal makanan Halal sebab area sini memang banyak makanan Halal. Since kitorang kena check out pukul 12, so kitorang habiskan la minyak motor yang kitorang isi semalam 50Baht. Minyak kat sini memang mahal compare dengan Malaysia. X silap aku time aku pergi tu, satu liter ialah 28.99Baht. Kitorang pon x tahu nak singgah mana sebab duit pon dah xde, cukup-cukup untuk bawak balik ke Surat Thani je. So kitorang just amik angin pusing pulau. 
Dihadapan kedai makan Nasi Ganja berdekatan Pasar Pagi di Perkampungan Islam.
Antara makanan yang boleh dicuba selain Nasi Ganja.
Di hadapan Masjid Noorul Ihsan.

Sebelum hantar motor, kitorang sempat singgah kat kedai souvenir untuk beli mana yang tak cukup. tapi bukan aku la. Merka-meraka yang banyak duit nie. Hehe.... Tapi time tu x banyak kedai yang buka sebab masih awal. Dorang cakap, kebanyakan kedai buka pukul 11 pagi. So kitorang pergi mana yang buka je la. Then balik bilik kemas pakaian dan tunggu van untuk amik kitorang balik ke Koh Samui. Since kitorang dah bayar semua harga pakej transport dari Hotel ke Bandar Surat Thani, jadi kitorang tak kuar pape duit pon untuk tansport pagi tu. Oh sebelum terlupa, make sure sebelum ko nak sewa motor kat Koh Samui, ko cek dulu kondisi motor tu elok ke tak sebab masa kitorang nak hantar motor tu, owner tu cakap motor kitorang tu mcm ade benda longgar. Dia cakap kitorang yang buat. Padahal memang dari dapat lagi dah macam tu. Nasib baik la die x bertegas untuk mintak ganti rugi sebab kitorang cakap memang bukan kitorang yang buat. So xde apa-apa bayaran yang dikenakan.

Route kitorang lalu dengan Motor pagi tu.

Seperti yang aku ceritakan sebelum nie, perjalanan dari hotel nak ke Airport memang amik masa yang lama. Walaupun petang tu kitorang tak terus ke Airport tapi ke bandar Surat Thani, but still amik masa hampir 4 jam 30 minit. Sepatutnya last stop kitorang kat Surat Thani's Bus Station tapi driver van tu just hantar kitorang kat tepi jalan. Then ada satu tuktuk yang amik kitorang untuk ke our next guesthouse iaitu Papangkorn House. Suppose kalau ikutkan akak sebelum nie, harga tuktuk nak ke guesthouse tu dari stesen bas cuma 15Baht, tapi driver tuktuk tu mintak 50Baht satu kepala. Nak xnak, kitorang bayar je la sebab kitorang sendiri tak tahu berapa jauh guesthouse tu dari tempat kitorang di drop tu. Tengok-tengok dekat je. Sebelum bayar, kitorang terus deal dengan driver tuktuk tu utk amik dan hantar kitorang ke airport esok pagi. Satu kepala 100Baht. Okay la sebab dari situ nak ke airport lebih kurang 45 minit. 

Harga satu malam kat Papangkorn House ialah 520Baht untuk 2 orang. What can i say, guesthouse nie sangat selesa dan bersih. Dah la besar selesa untuk solat dan main futsal dalam tu. haha..... Very recommended to those yang nak bermalam kat Surat Thani. Kedudukan guesthouse nie xde la jauh dari Bas Station. Dan berdekatan dengan convenient store 7E, Night Market and Port untuk Night Boat ke Koh Samui. Tapi tak ramai yang tahu pasal guesthouse nie, even driver tuktuk kitorang sendiri pon x tahu. Lepas tanya orang baru la die tahu. Pelik jugak sebab nak kata corot sangat, xde la corot pon.  

Lepas je solat dan rehat kejap, then kitorang terus kuar untuk ke Night Market dan cari makanan untuk makan malam. Sebelum keluar, owner guesthouse ada bagi kitorang map untuk  ke a few places kat sekitar situ. Berpandukan map tu, sampai la kitorang di Night Market iaitu Talat San Jow. Xde ape special pon kat pasar malam nie. Sama je macam pasar malam kat Malaysia. Cumanya kebanyakan benda yang dijual tu diragui kehalalannya. Kebetulan ade sorang brother muslim yang berniaga kat situ. Die jual roti apa ntah, cicah susu ngan coklat. Since duit ak ade lagi banyak lebih sebab tak membeli sangat, so dapat la aku merasa roti yang dia jual tu. Then kitorang tanya die mana kedai makanan halal area situ, dan die bagi tahu dekat area port ade satu kedai makan. Since kitorang lapar sngat, kitorang terus ke port untuk cari kedai tu. Lebih kurang 500m dari pasar malam, kitorang sampai kat Port dan jumpa kedai yang dimaksudkan tu. Actually bukan la kedai pon, tapi cuma gerai kecik yang dibuka dari petang sampai kemalam. Kedai tu betul-betul dekat dengan muara sungai. Sambil makan, boleh tengok view sunset yang memang cantik. Menu kitorang malam tu ialah Tom Yam campur, paprik ayam, bee hoon goreng, telur dadar dan nasi putih. Rasa boleh la, tapi tak leh lawan dengan kedai Ihsan yang kitorang makan kat Koh Samui semalam. Memang terbaik!!

Sambil makan sambil sembang pasal kerjaya. Masa last trip dulu kitorang baru abes belajar, so benda random pon boleh jadi topik perbualan. Sampaikan cerita Fynn Jamal pon boleh bawak gaduh. Haha... Tapi aku tak amik port. :) Dan malam nie masing-masing nak lepaskan stress keje masing-masing. Mana taknya, pergi bercuti pon bos watsapp pasal kerja, contractor duk call x abes-abes. Hilang stress kejap lepas borak ngan dorang walaupun teremo sedikit. hehee..... Total harga makan malam kitorang ialah 440Baht. So sorang ialah 110Baht. 
Strawberi nie xleh lawan kesedapan strawberi yang ak beli kat Korea dulu.
Lepas makan, kitorang ke Night Market tadi balik untuk habiskan lagi baki duit yang ada. Aku lebih suka abeskan duit pada makanan, so aku beli la makanan yang  boleh dimakan kat Night Market tu. Aku beli buah limau bali 35Baht, buah stawberi 100Baht dan malam tu aku abes kan kat 7E untuk buat bekal breakfast pagi esok. Lepask ke pasar malam kitorang balik hotel dan tidur.
View dari tempat makan kitorang di Surat Thani.

17-02-2015 Nothing to do today sebab pukul 9 tuktuk dah datang amik kitorang untuk ke airport. Kitorang just kemas apa yang patut dan breakfast kejap dengan air 3 in 1 yang disediakan oleh pihak guest house. Sampai airport, lepak kejap dan balik Malaysia. Alhamdulillah. Selamat pergi dan balik untuk trip ke Koh Samui. Next trip is coming Soon. Jeju-do here I come. Hohohoh.......

View sunrise dari balcony bilik kitorang di Papangkorn Guest House.

Backpackers Trip to Koh Samui, Thailand (1st & 2nd Day)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Trip seterusnya aku dan travelmates aku ke Koh Samui, Surat Thani pada 14-17 Februari 2015. Aku dah beli tiket dari bulan 2 tahun lepas. Time tu ngah ada promo so harga tiket RM116 pergi dan balik. Alhamdulillah cuti aku diluluskan walaupun bos aku mula-mula macam x nak bagi. Dah kena bebel baru nak bagi. Nak buat camne memang bos aku spesis kuat membebel. Dah la minggu lepas memang banyak kerja. Sampaikan malam nak fly tu pon aku kena stay kat office sorang-sorang untuk siapkan report. trip kali nie ak pergi dengan geng-geng ke Korea tahun lepas iaitu Walid, Anis dan Syieda. 

14-02-2015 - Kitorang bertolak dari KLIA 2. Sebelum boarding kitorang breakfast dulu kat Airport. Harga makanan kat Airport KLIA 2 boleh tahan mahal padahal rasa x sedap mana pon. Flight kitorang pukul 12.00 tengah hari. Sampai Surat Thani pukul 12.15 tengah hari waktu Thailand. Waktu kat Thailand 1 jam lebih awal dari Malaysia. Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit tapi flight kitorang awal 15 minit. Alhamdulillah selamat sampai ke Surat Thani walaupun masa dalam flight tu, kapal terbang duk bergegar sebab angin terlalu kuat. Duk mengucap panjang aku dalam tu sebab teringat kat kes MH370, MH17 dan flight airasia baru-baru nie.

Sampai je Airport Surat Thani, kitorang terus cari Kaunter tiket untuk beli Tiket Bas dan Ferry untuk ke Koh Samui. Keluar dari Arrival Hall tu, pergi ke Kanan, Korang akan jumpa Booth Seatran Ferry. Dorang ade provide banyak pakej. Korang boleh beli tiket Bas ke Dongsak Pier + Ferry ke Koh Samui atau nak amik pakej transport terus ke Hotel. Aku amik pakej Bas dari Airport ke Dongsak Pier + Ferry ke Koh Samui je. Harga 400Baht. Rate tukaran RM ke Bath masa kitorang pergi nie ialah 100Baht = RM11.20. Time nie ringgit tengah jatuh, so agak merugikan la. Perjalanan dari Airport ke Dongsak Pier lebih kurang 1.5 jam. Time dalam bas tu akan ade sorang agent dari Phantip Travel yang akan promote korang 'Tour Package' dan 'Transport Package' untuk korang balik nanti. Kitorang setuju untuk amik 'Tour Package' dari dia iaitu Trip Koh Angthong, 1000Baht tapi dia cakap we still have to pay another 300Baht untuk Entrance Fee nanti (Bayar pada Guide yang jaga masa nak naik Ferry ke Koh Angthong nanti). So total package ialah 1300Baht. Bagi aku harga 'Tour Package' yang ditawarkan tu berbaloi la jugak sebab daripada blog-blog yang aku baca sebelum nie, ada yang cakap rate dari 1800Baht-2000Baht. Lagi satu pakej ialah ke Koh Tao dan Koh Nang Yuan iaitu 1300Baht. Mahal sikit sebab maybe ke 2 buah pulau. Tapi aktiviti kat sini lebih santai berbanding pekaj ke Koh Angthong. Dan kitorang jugak beli tiket transports balik dari hotel sampai ke Surat Thani Bus Station iaitu 450Baht sebab sebelum balik Malaysia, kitorang akan menginap di Surat Thani 1 hari.

Kepada sesiapa yang mabuk laut, don't worry sebab Ferry dari Dongsak Pier nak ke Koh Samui memang besar dan selesa. Lagi besar dari Ferry nak ke Pulau Langkawi dan Pulau Redang. Ferry 3 tingkat, kat tingkat bawah untuk pengangkutan macam kereta dan lain-lain, tingkat 1 dan 2 untuk penumpang. Ada bahagian tertutup yang ber'air cond' and ada bahagian terbuka. Kitorang duduk di bahagian yang terbuka sebab nak merasa angin laut. Kat dalam Ferry ada mini mart yang jual makanan. Since kitorang pon kelaparan time tu, so kitorang beli Nasi Putih + Telur Mata + Paprik Sotong dengan harga 50Baht sahaja. Nasi goreng seafood pon ada. Mula-mula aku risau jugak soal HALAL makanan kat situ, tapi ak nampak ada sorang mak cik siam muslim yang bertudung makan benda tu. Tapi dalam blog sebelum nie yang aku baca, dorang pon ada mentioned pasal Nasi Paprik Sotong nie. So kalau korang yakin, korang boleh cuba. :) Perjalanan amik masa 1.5 jam untuk tiba di Koh Samui.
Permandangan dari Seatran Ferry.
Ferry kat belakang tulah yang kitorang naik.

Sampai je Koh Samui, kitorang amik Van untuk ke Hotel, 100Baht seorang. Hotel yang aku tempah kat sini ialah Cheeky Monkey's Samui Hotel. Bajet hotel yang aku booking dari booking.com. Yang best pasal booking.com nie ialah tempahan hotel dibuat tanpa advance payment which mean kita akan bayar bila kita dah sampai hotel nanti. Dari jetty Koh Samui nak ke Hotel amik masa 45 minit. Cheeky Monkey's Hotel nie area Chaweng Beach. Kat Koh Samui ada banyak Beach. Chaweng adalah beach yang paling ramai orang dan bit crowded ngan bar, kedai-kedai jual souvenir dan kedai makan. If korang nak tempat yang tenang dan kurang manusia, korang boleh cari hotel di Lamai Beach. Perjalanan hari nie untuk sampai ke Hotel dari Airport memang agak lama, lebih kurang 3 jam 45 minit. Sampai je Hotel kitorang solat dan bersiap-siap untuk keluar.

 Area Chaweng Beach nie banyak jugak kedai makanan HALAL tapi kebanyakannya ialah Indian Food dan Middle East Food. Since kitorang kat Thailand, xkan la nak makan makanan India. Aku dah la anti makanan India. So kitorang berjalan la untuk cari Thai Halal Restauran. Actually aku dah search senarai kedai Halal kat sana, tp mostly kedai tu a bit jauh dari tempat kitorang stay. Kitorang berjalan kaki lebih kurang 2 jam tapi satu kedai pon x jumpa. Last-last kitorang tahan 'Tuktuk' untuk ke Bangkok Hospital sebab depan Bangkok Hospital ada satu kedai Halal iaitu Faria Muslim Food Restauran. Tapi sampai je situ, tengok-tengok kedai tu tutup. Kitorang menapak lah lagi untuk cari kedai makan. Time tu memang dah kelaparan giler. Ingat nak tahan Tuktuk je balik hotel je, tapi area situ memang susah nak ade teksi dan tuktuk yang lalu. So menapak la lagi sampailah kitorang jumpa satu gerai makan yang jual Nasi Ganja. Orang Perlis mesti tahu pasal Nasi Ganja. Kedai nie kecik je, die just jual makanan untuk dibungkus. So kitorang bungkus Nasi Ganja untuk makan kat bilik. Harga nasi depend on size ayam yang ko amik. Harga seketul ayam dari 10Baht - 40Baht. Harga nasi tanpa ayam 30Baht. Nama akak yang jual tu ialah Nadia. Sangat disarankan untuk korang try Nasi Ganja akak nie. Sangat sedap! Nak cari gerai akak ni senang je, dari Bangkok Hospital (Make sure Bangkok Hospital sebelah kiri korang), korang jalan terus je dalam 300m, lepas tu korang akan jumpa traffic light simpang 3, korang terus je lebih kurang 10m dan korang akan nampak gerai akak Nadia tu sebelah kanan jalan. Ade sign board HALAL warna biru dan banner 'Muslim Halal Food'. On the way nak balik hotel, mula-mula kitorang ingat nak jalan kaki sebab perut dan kenyang tapi dah tak tahu mana hala kitorng berjalan. Last-last tahan teksi balik Hotel. Haha.... Harga satu kepala untuk tutktuk dan teksi tadi ialah 50Baht. Lepas makan terus tidur.
Halal Food. Gerai Nasi Ganja dan Ayam Goreng Kak Nadia. Must Try.
Babi golek. Antara makanan paling famous kat sana. Sepanjang jalan kat Chewang Beach boleh jumpa si oink-oink nie. hehe
Night Market Area Chaweng Beach. Ada satu kedai makan HALAL kat sini.

15-02-2015 - 6.45 pagi kitorang bersiap-siap tunggu kat Hotel's Lobby untuk ke Koh Angthong. 7.15 pagi van datang amik kitorang untuk hantar ke Jetty. Sebelum naik kitorang kena bayar 300Baht iaitu Entrance Fee nak ke Koh Angthong iaitu National Marine Park. Kitorang amik pakej nie sebab activities kat sini more to adventurous. Aktiviti yang disediakan ialah Mendaki, Berkayak, Snorkeling, dan Sight Seeing. Bayaran 1000Baht tu termasuk semua aktiviti dan juga makanan. Makanan yang disediakan kat atas boat nie HALAL sebab belum sempat kitorang tanya, dorang dah bagi tahu makanan yang disediakan tu Halal. Sebelum nak berlepas dorang ade provide coffee, tea dan beberapa kudapan utk korang breakfast. Self service. Perjalanan nak ke Koh Angthong amik masa 1 jam. Boat nie lebih kurang Boat House macam kat Tasik Kenyir, tapi besar skit. To those yang jenis mabuk laut, boleh mintak pil mabuk laut dari brother yang jaga boat.
Bot untuk ke Koh ANgthong. Kitorang je Melayu dan juga orang Islam kat atas bot tu.
Setelah satu jam berlayar, akhirnya sampai jugak kat Koh Angthong.
Dari bot besar tadi, kitorang perlu naik sbot kecik untuk ke pantai. Dah la kecik, lepas tu kena naik ramai-ramai.

1st acktiviti kat sini ialah mendaki bukit dengan ketinggian 500m. Ni adalah benda yang aku paling teringin nak buat lepas aku survey tempat menarik kat Koh Angthong sebab view dekat atas bukit nie memang cantik giler. Tak ramai yang sampai ke puncak sebab tak dinafikan memang memenatkan dengan keadaan batu yang sangat licin dan agak curam. Sepanjang perjalanan untuk mendaki, dorang ade provide tali untuk memudahkan pendaki berpaut. The biggest mistake aku buat masa mendaki nie ialah aku pakai selipar jepun dan bawak barang yang sangat berat. Aku sorang je yang gigih naik sampai ke puncak. Anis, syieda dan Walid just sampai kat aras 200m. Sebelum sampai puncak, ade beberapa stop yang korang boleh brenti berehat dan bergambar. Masa yang diberikan ialah 1.5 jam untuk korang mendaki dan turun balik. Seriously view kat atas sangat tak mengecewakan dengan penat lelah yang ko rasa.
Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak panjat bukit nie and amik gambar kat puncak.
Boleh tengok sendiri curam yang korang kena panjat sebelum sampai ke puncak. Dah la batu tu tajam. Kalau jatuh, Innalillah.
Sampai je bawah, kitorang terus dipanggil untuk ke aktiviti seterusnya iaitu berkayak. Sebelum berkayak, dorang provide Lunch. Menu lunch kitorang ialah nasi putih, gulai ayam, sup ayam, dan sayur masak apa ntah. Boleh tahan la sedap tapi maybe sebab aku terlalu lapar kot. Lepas makan, kitorang terus ke sebuah pulau untuk teruskan aktiviti berkayak. Syieda ngan Anis tak pernah berkayak, so aku naik ngan Syieda, Anis naik ngan Walid. Kitorang tak leh berkayak sesuka hati mana nak pergi, tapi kena ikut brother boat yang bawak kitorang. Jauh jugak la... Laluan celah celah batu, masuk gua dan kat tengah-tengah laut. Dah la time tu angin kuat. nasib baik kayak kitorang tak terbalik.

Lepas berkayak, kitorang ke Blue Lagoon. Lagi skali kitorang kena panjat tangga yang tinggi untuk tengok Blue Lagoon nie. Blue Lagoon ialah sebuah tasik di tengah pulau yang berwarna emerald green. Tapi x boleh mandi, just untuk tengok je. Lepas ke Blue Lagoon kitorang mandi Laut. Kalau ikutkan pakej, sepatutnya ada aktiviti snorkeling, tapi kitorang termiss atau dorang tak bawak pergi. Beriya ak nak snorkeling, last lepas mandi laut tu naik bot dan terus balik. Hampeh betul....

Blue Lagoon.
Permandangan dari atas Blue Lagoon. Memang cantik.

Muka hampa tak dapat nak snorkeling. :(
Pukul 5.30 petang kitorang sampai hotel. Bersiap-sipa, solat dan mandi. Kitorang keluar sewa motor. Satu skuter untuk satu hari ialah 200Baht. Satu motor share 2 orang. Masa nak sewa motor tu, kena tinggalkan lesen dan pasport. Ak tanya dorang, incase kalau polis tahan macam mane. Dorang cakap gitaw je motor tu motor sewa. Owh, senang macam tu jer. Dapat je motor, Kitorang ke Ihsan Restauran untuk Dinner. Ihsan restauran nie dekat je ngan Chaweng Beach tapi tersorok sikit. Dari trafiic light sebelum Kedai Nasi Ganja tadi tu, masuk simpang ke kanan. Terus je dalam 100m then jumpa la kedai Ihsan nie sebelah kanan. Makanan kat sini superb delicious. Must try kalau korang datang sini. Tapi sedikit lambat sebab tukang masak sorang je. Makan malam ak time nie ialah 180Baht. Aku order nasi putih 10Baht, Tomyam Putih 80Baht, Salad Glass Noodles 80Baht dan Teh O Ais 10Baht. Kawan-kawan aku yang lain order menu lain tapi semua sedap. Puas hati makan makanan kat sini.
Antara menu yang kitorang order di Ihsan Restauran.

Lepas makan kitorang pergi shopping souvenir. Maklumlah ade travelmates perempuan, so kena la ikut kemahuan nafsu dorang. Haha.... macam-macam nak beli padahal bawak duit cipuk je. Aku pon siap terikut skali. Sempat la beli keychian dan magnet fridget 2 3 ketul sebagai tanda yang ak pernah sampai Koh Samui. Barang kat sini xde la murah sngat. Mungkin sebab sini ramai mat saleh, so harga yang dorng jual tu pon consider murah giler dah bagi mat saleh. So bila kitorang mintak kurang, dapat sikit je diskaun. Nak tak nak, beli la jugak. Tu pon after survey a few kedai. Key chain satu set ade 5 dapat la dalam 150Baht. Magnet fridge satu 40Baht, baju Koh Samui 150Baht dan Sabun ape ntah satu 60Baht.

Lepas membeli barang, then kitorang balik bilik sebab penat sangat satu hari di Koh Angthong tadi. Sebelum masuk bilik, sempat teman Anis ngan Syieda yang nak sangat makan Pancake depan hotel kitorang. Pancake nie halal dan banyak yang jual. Rasa mcm roti canai je actually tapi ada macm-macam rasa korang boleh mintak. Rupa dah mengalahkan 'Dip & Dip'. So kalau ke Koh Samui, korang boleh cuba pancake nie.

 Lagi 2 hari, aku akan cerita dalam entry seterusnya. Kalau aku rajin nanti aku akan share skali itinerary ke Koh Samui. Untuk gambar wide angle di atas aku ambil mengunkan SJ5000wifi. (Review for Sj5000wifi). Untuk Tips ke Koh Samui, aku akan selitkan dalam entry seterusnya. :)

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.