Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Trip Bajet ke Busan (6) - Taejongdae Park & Songdo Beach

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, kiranya ni adalah entry terakhir aku untuk trip bajet ke Korea kali nie. Actually ada lagi satu hari tapi hari terakhir tu aku tak pergi memana sebab kawan aku risau sangat kitorang terlewat sampai ke airport. Trauma yang berlaku masa 1 st day kat KLIA belum hilang lagi. Pagi nie sepatutnya kitorang akan ke Beomeosa Temple iaitu the largest Buddisht Temple kat Busan. Aku plan nak ke temple nie sebab aku tertarik dengan permandangan sekeliling je sebenarnya. Disebabkan kitorang akan ke airport awal pagi esok, so kitorang skip Beomeosa Temple dan tukar plan untuk ke Taejongdae Park. Sepatutnya Taejondae Park nie kitorang akan pergi pagi esok. After breakfast kitorang terus gerak ke Taejongdae dengan Bas no 101. Kalau korang amik bas dari Busan Station, selain bas 101, korang boleh jugak amik Bas no 88. Last stop bagi kedua-dua bas nia adalah Taejongdae. So tak perlulah korang pening-pening nak fikir mana nak turun. Actually trip sebelum nie...

Trip Bajet ke Busan (5) - Jinhae Gunhangje Festival, Gamcheon Culture Village, Jagalchi Market, Gukje Market, Yandusang Park

Hari yang ke 5 untuk trip Jeju dan Busan nie. Hari nie adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu sebab nak ke Jinhae Gunhangje Festival, festival bunga sakura yang antara paling famous di Korea. Actually festival nie dah start pada 1 April lagi dan hari nie adalah hari terakhir. Kalau korang nak cek tarikh festival bunga sakura di Korea, boleh klik SINI . Sepanjang tempoh festival tu, ada macam-macam event yang dorang anjurkan. Kitorang gerak dari hotel pukul 7.30 pagi untuk ke Intercity Bas Station berdekatan Sasang Subway Station (Line 2). Dari Sasang Station, keluar Exit 5 dan proceed ke Seobu Bus Station. Keluar dari Exit 5 tu korang akan nampak McDonalds sebelah kiri, then korang terus je sehingga korang nampak ade satu bangunan yang ramai manusia menuju ke situ. Kat kaunter tiket nanti, korang cakap je ‘Jinhae’ atau secara sebutan orang Korea iaitu ‘Gin Hay’. Harga tiket bas ialah 5,100 won sehala. Tiket bas nie xde time restriction so korang boleh je amik bas bila-bila masa...

Trip Bajet ke Busan (4) - Haedong Yonggungsa Temple, Haeundae Beach & Gwangalli Beach

Hari ke empat di Tanah Korea dan terakhir kami di Pulau Jeju. Kitorang punya flight seawal jam 8 pagi tapi flight aku lambat 1 jam sebab naik Jeju Air. Awal-awal pagi kitorang bersiap-siap gerak ke airport. Pagi tu Aman dan Adli bersiap awal, so dorang turun dulu. Aku plak orang last, so tergopoh-gapah bersiap sebab risau lewat sampai airport walaupun xde la jauh sangat dari GH kitorang menginap. Sampai je airport, baru aku perasan yang aku ade tertinggal barang atas katil, coklat ngan buku yang aku bawa konon-konon nak baca dalam flight. Bajet je lebih, padahal buat berat beg je. Hehe… Terpaksa ajak Zul teman untuk pergi amik balik barang tu. Since flight aku pukul 9, so alang-alang dah sampai GH, kitorang sarapan kejap sebab FOC. Haha… Sampai je airport Gimhae, kitorang terus ke Busan Sukbak Guesthouse. Nie adalah kali kedua aku tempah GH nie. Trip sebelum nie pon aku stay kat sini sebab sangat selesa dan berdekatan dengan tempat-tempat manarik. Direction untuk ke GH nie pon sen...