Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Euro Trip - Croatia (Zagreb, Plitvic Lake, Split), Bosnia (Bihac, Mostar, Sarajevo) dan Switzerland (Zurich, Lunterbrunnen, Zermatt).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ada yang request untuk aku sambung cerita trip aku ke euro 3 tahun lepas. So hari ni aku nak sambung balik walaupun aku dah ingat-ingat lupa. Tapi aku dah taip lama sebenarnya, cuma dah lama sangat aku simpan dalam draft. BTW terima kasih pada yang baca blog aku walaupun banyak aku merapu dan typo sana-sini. Hehe... Aku cuba untuk habiskan ketiga-tiga negara terakhir aku pergi dalam entry ni. Gambar pon tak berapa nak lawa sebab aku guna snipping tool dan crop dari instagram aku. Kalau nak tengok gambar lain boleh follow instagram aku. Klik SINI .  Dari Budapest kitorang ambil bas awal pagi iaitu pukul 7:30 pagi untuk ke Zagreb. Dari Budapest ke Zagreb tak silap aku ambil masa 4 jam 40 minit dan tiket bas kitorang beli ialan 17 Euro seorang. Nasib baik apartment yang aku book kat Zagreb ni tak jauh dari stesen bas so tak de la penat sangat nak mengangkut beg. Aku book penginapan kat sini melalui Airbnb, satu malam RM181 untuk 3 oran...