Assalamualikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, mood nak menaip datang balik. So aku sambung balik perjalanan aku dari Cologne, German ke Prague, Republic Czech iaitu negara ke-5 kitorang untuk trip ni. Dari Cologne kitorang amik bas Kolner Dom terus ke Praha Hlavni Nadrazi Station. Ni kira station utama kat Prague. Biasanya orang akan turun sini atau lagi satu station iaitu Praha UAN Florenc. Tapi dua station ni tak jauh sangat pon, dalam 10 minit je. Kitorang amik overningt bas so jimat 1 malam tidur dalam bas. Harga tiket bas ialah €30 untuk seorang. Mahal sikit sebab perjalanan pon amik masa lebih kurang 9 jam. Kitorang sampai sini lebih kurang pukul 6.30 pagi so agak awal untuk kitorang keluar berjalan. Sebelum keluar, kitorang beli 1 day transport pass dulu kat sini. Pasal harga 1 day pass ni boleh rujuk kat tips kat bawah. Mula-mula kitorang plan tak nak tukar pon duit CZK tapi masa nak beli tiket tu dorang tak nak terima Euro. So terpaksa la cari money changer. Cuma ...