Assalamualaikum dan salam sejahtera, sambung balik perjalanan aku ke Eropah pada bulan lepas. Selepas ke Greece, kami ke Amsterdam, Netherland. Plan asal xde pon nak pergi Amsterdam ni, tapi siapa yang biasa plan trip ke Europe tahu la. Lepas plan nak pergi negara ni tetiba “Eh, dekat pulak negara ni. So singgah sekali la.” So itulah puncanya trip kami jadi 10 negara. Tak silap aku plan asal dalam 6 ke 7 negara je. Haha.... Btw untuk yang jakun macam aku ni sebab first time ke Europe, so aku nak habaq mai kat hampa, kalau hampa jenis kumpul cop dalam passport, jangan duk berharap hampa boleh cop passport kat setiap negara hampa pi sebab depa kira sekali masuk dah settle. Hahaaa.... So sampai Amsterdam ni xde nak kena lalu imigresen dah, amik beg terus keluar. Aku yang jakun ni plak duk gigih cari mana kaunter imigresen. Hahaa.... Aku punya level malas tu sampai gambar pon malas nak letak watermark. Sape curi berdosa. Haha.... Macam lawa sangat je. :p Bangunan-bangunan lama yang ...