Sambungan untuk hari ke-3 dan ke-4 di Krabi. Hari ke-3, hari ni awal-awal pagi kitorang dah bersiap untuk trip island hoping iaitu Ke Koh Hong, Koh Lading dan Koh Phak Bia. Pakej ni kitorang dah beli masa first day lagi. Seperti yang ak cerita sebelum ni, kitorang pilih trip ke Koh Hong ni sebab nak merasa kelainan sebab normally ramai akan akan ke Phi-phi Island. Lepas breakfast kitorg terus tunggu di depan hostel. Boleh kata punctual jugak dorang ni sebab 8.15 pagi dorang dah sampai datang ambil kat hostel. Mula-mula ak ingatkan nak ke pulau-pulau ni cuma naik boat dari Pantai Aonang tu je, rupanya kitorang kena naik kat jeti mana ntah. Satu jam jugak perjalanan dengan menaiki bas nak ke jeti tu. Sampai tertido dalam bas nak tunggu sampai jeti. Yang kawan aku ni plak dari hostel tadi duk tahan nak terkencing. Kesian plak aku tengok. Hahaa.... Dalam 10.00 pagi kitorang sampai di jeti. Permandangan kat jeti tu pon dah lawa giler. Depan jeti ade beberapa buah pulau dan ade ...