Aku Seorang Pengorek Telinga

Bukan aku pon yang korek telinga. Hehe.... Sebelum fly ke Patna, aku sempat pusing kat Connaught Place, New Delhi sebab nak cari kedai makan. Tetiba kitorang ternampak ade sorang brother Indian ni tengah cari pelanggan untuk servis korek telinga. Lepas tu ade sorang customer datang dan dia korek je tepi laluan orang lalu lalang tu. Aku sempat curi-curi amik gambar sebab bagi aku mcm rare giler pekerjaan ni. 

Sampai Patna, aku jumpa dengan sorang local kat sana. Sambil borak-borak, dia ada cerita pasal tempat-tempat kat India. Salah satunya ialah Mumbai. Mumbai ni kira lubuk untuk mencari pekerjaan untuk orang India. Selagi ko ade usaha untuk buat apa-apa kerja, pasti ko boleh survive kat sana. Die pon bagi contoh orang yang korek telinga. 

Time tu aku dah tergelak-gelak sebab ingat balik apa yang aku tengok kat Delhi tu. Aku pon buka phone dan tunjuk gambar yang aku amik ari tu kat die. Lepas tu dia cakap, abang die dulu pernah keje macam tu jugak tapi sekarang dah ade sebuah kedai barangan kulit sendiri kat Maharastra dan ada 10 pekerja yg bekerja bawah die. Aku pon dari "Hahaha...." terus jadi "Hehehe....."  (Based on True Story)

Masa kat Agra plak, dah angkut beg nak balik, tetiba dtg sorg budak laki nak jual FM dan pompuan tua mintak sedekah. Kebetulan aku ade duit syiling dlm poket, so aku bagi la pada 2 orang ni. Tapi budak laki tu xnak amik, die cakap suruh bagi pada perempuan tua. Dushh.... Skali lagi ak rasa mcm kena ketuk kat kepala, aku ingat dorang semua sama je. Rupanya tak semua Indian ni mengemis pemberian orang. Sorry2x.... 

Pengajaran dari cerita ni ialah jadilah seorang yang bersikap optimistik daripada menjadi seorang yang pesimistik Sebabnya :

Orang optimis akan cakap : "Bagus la dia nie. At least dia bekerja untuk cari makan daripada die mengemis."

Orang pesimis plak akan cakap : "Bodoh la die ni. Dah tahu kotor tapi nak jugak buat keje mcm tu. Xde keje lain ke nak buat. Korek telinga jugak yg ko buat."

Teringat zaman budak-budak dulu masa mak korek telinga, terus tertido atas riba mak. :)
Dalam hidup kita ni, selagi kita rajin berusaha, selagi itulah ada jalan untuk kita berjaya. Kadang-kadang kita tewas dengan ujian yang Allah berikan. Sedangkan hanya selangkah lagi sebelum kita capai apa yang kita nak. Apatah lagi, mungkin lebih dari itu. :)

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.