Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Travelog Day 2 - PEERs GLOBAL to Korea

Teringat Farah Afiza buat travelog ke Kemboja hari tu, so hari nie aku decide untuk ceritakan travelog aku ke Korea hari tu untuk hari ke dua. Kalau aku rajin, aku akan cerita hingga ke hari terakhir..... ********* Hari nie aku dan semua penghuni bilik 105 bangun lambat disebabkan tidur lewat malam semalam gara-gara bersembang dengan Nani dan Izatty sambil makan Nasi Chon. Actually aku dah set alarm untuk bangun awal tapi bila alarm bunyi je, aku snoozed sebab aku ingatkan akan ade orang yang kejutkan sekiranya aku lewat. Kitorang sepatutnya berkumpul pukul 9 pagi tapi pagi tu aku yang paling awal bangun (awal la sangat) antara 4 orang roommates yang lain iaitu Adzri, Hadi dan En Sham.  Mengikut tentatif, hari nie kitorang akan ke Ewha Womans University dan Hongik University, so semua diwajibkan pakai pakaian yang seragam iaitu Baju Koperat Badan Peer Kauselor yang berwarna hitam kuning. Thanks kat Wani Peach sebab tolong gosokkan baju semalam. Hari nie aku tak sempat nak...

Travelog Day 1 - PEERs GLOBAL to Korea

8.23am (5/10/2014) Hari nie aku bangun awal sebab nak pastikan yang semua barang aku nak bawak tak tertinggal. Actually aku dah pon kemaskan dari semalam. Tapi selalunya ade je benda yang aku tertinggal. Alhamdulillah semua cukup mengikut list yang aku dah buat. Hari nie aku alaskan perut aku dengan sebungkus maggie disebabkan akak ipar dan abang aku dah balik beraya di Terengganu, so tak de orang yang nak masakkan.  1.56pm Aku minta Dido tolong hantarkan ke Stesen Kepong Sentral untuk ke Shah Alam. Sampai je kat Stesen KL sebelum nak tukar train ke laluan Pelabuhan Klang, aku mesej Kiena nak maklumkan yang aku dah gerak. Kiena cakap dah sampai Stesen Batu 3 mesej die supaya die ready untuk datang amik.  4.21pm  Aku sampai di Stesen Padang Jawa. Teringat zaman belajar di UiTM dulu. Selalu guna KTM untuk turun KL kalau nak jumpe member. 2 kali call Kiena tak dijawab. Ingatkan Kiena tertido atau terlupa nak amikkan. Hampir nak naik teksi. Kemudian Kiena mese...

Trip ke-2 ke Korea - Pulau Nami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah, sekali lagi aku bekersempatan menjejaki kaki ke tanah Korea. Mula-mula aku ingat trip kali nie xde la menarik seperti mana trip yang lepas. Maklumlah trip ke-2. Tapi apa yang aku boleh cakap, Korea nie adalah tempat yang tak jemu kalau pergi sebab banyak benda yang boleh explore dari segi budaya dan juga tempat menarik. Ramai yang aku perasan terbabas atau tak sengaja ke blog aku sebab mencari tips nak ke Korea. Ramai jugak yang drop komen mintak itinerary, tapi tak ramai perasan yang aku ade bagi link dropbox untuk korang download itinerary tu. Aku nasihatkan, korang baca dulu apa yang aku taip sebelum korang drop komen. Membaca tu jambatan itu. So sesiapa yang drop comment mintak aku emailkan itenary lepas nie, aku tak akan email lagi dah. Korang boleh klik SINI untuk download itinerary yang aku dah buat.  Tips ke Korea. Untuk kali nie, tak de banyak benda sangat yang aku nak ceritakan sebab a few tempat yang...