Assalamualaikum dan salam sejahtera... Jangan lupa jawab salam, kalau boleh sampaikan sekali salam aku pada sesiapa yang ade kat sebelah ko. Selalunya aku punya intro mesti nak gempak. kalau tak cukup satu perenggan bukan aku la namanya tu. Tapi kali nie aku malas nak menaip panjang. kononnya la sebab nie baru permulaan, aku tak terfikir lagi nak tulis apa. Actually la kan, kali nie aku share harga ground untuk ke MUMBAI. Mumbai nie kitorang pergi paling lama masa kat India hari tu iaitu selama 5 hari 4 malam. Sebelum nie masa kat Agra dan Delhi, cuaca memang panas giler tapi masa kitorang sampai kat Mumbai, hujan 5 hari berturut-turut. Kadang-kadang je berhenti. Mumbai nie banyak jugak la tempat kitorang berjalan. Kitorang datang Mumbai dengan Train dari Delhi. Kitorang amik 2nd class coach. Sangat2x selesa dan dorang bagi makanan sekali. Bukan sekali je tapi berkali-kali and ade time2x dia la. Disebabkan kitorang puasa time tu, banyak makanan yang kitorang amik then simpan...