Assalamualaikum.... Sumpah sakit perut aku gelak malam nie baca komen-komen kat FB's Group iaitu Saya Anak Terengganu (SAT). Group nie memang khas untuk anak-anak Terengganu je la sebab mostly dorang kat dalam group tu sembang dengan loghat Terengganu je. Tak tahu la kalau ade sesat dua tiga orang yang bukan dari negeri Terengganu. Group nie dah lama aku join, tapi tak pernah nak komen & post status dan sebagainya. Aku cuma suka baca dan tengok jer keletah dorang. hehee.... Alkisahnya, ade seorang group member SAT nie post status mintak ahli group reka ayat-ayat Terengganu campur style KL skit. Korang tahu la kan bahasa orang KL camne, tapi x ramai tahu loghat Terengganu. So kat sini aku nak share sikit la beberapa perkataan yang direka oleh ahli-ahli group SAT nie yang membuatkan aku gelak sakan sampai nak terkencing tadi. Hehehe.... Nie la ahli SAT yang memulakan topik perbualan malam tadi. Terbaik la. hehehe.....Kat atas tu die ade bagi satu contoh ayat....