USELESS Thing In My Life

Buat kau yang bernama sahabat..

Fisrt time aku terasa giler ngan ko... kalau sebelum nie mungkin aku boleh buat-buat lupa tapi apa yang aku buat hari nie memang terasa USELESS giler.

Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah pada ko sebab dah grade.... sorry sebab wish ngan x proper tadi sebab aku memang xde mood. Kalau boleh memang aku nak celebrate. Sebelum nie ko ade gtaw yang family ko x datang untuk majlis konvokesyen nie. So terdetik kat hati aku untuk celebrate walaupun sape lah aku. Sebab bagi aku, kejayaan tu perlu diraikan, saat kita jatuh sape nak pandang? Masa bila kita nak banggakan diri kita kalau bukan disaat kita bangun, dan tidak akan sesekali kita bangga disaat kita jatuh.

Hari nie, aku memang dah decide nak teman ko pergi majlis tu sama-sama. Pagi tadi ko cakap nak suruh aku hantar, so aku cakap nak mandi dulu sebab kalau boleh aku nak stay terus selepas aku hantar ko. Dan disebabkan dah terlewat, ko pergi dulu. Aku tak tahu la kalau ko marahkan aku.

Selepas mandi dan basuh baju, aku terus gerak ke UiTM. Sampai sana aku mesej ko, tapi ko tak reply. Aku ingat ko marah sebab kes pagi tadi. So aku nekad untuk tunggu sampai ko keluar. Masa aku tunggu kat luar, aku tengok ramai orang datang nak raikan anak-anak, family dan kawan-kawan dorang. Setiap yang datang mesti bawak Bunga dan present untuk bagi kat orang yang diraikan tu. Tapi aku datang tak bawak pape pon.... Sebelum nak datang aku ade post kat Fb untuk tanya berapa harga sejambak bunga yang dijual kat tepi jalan tu.
"Who knows the price of a bouquet of flowers sold near the street for UiTM 75th convocation?"
http://farm3.static.flickr.com/2470/4003713879_381756e716_z.jpg


Seriously aku cakap, aku memang xde duit sekarang nie. tapi bukan aku nak mintak ko ganti. Bila aku fikir balik, macam tak berbaloi je beli bunga yang mahal sebab benda tu akan layu suatu hari nanti. Aku ingat nak ajak ko pergi makan-makan. Tapi bila aku tengok semua orang datang bawak bunga, so aku rasa kesian kalau-kalau xde orang bagi bunga kat ko. So aku decide untuk pergi beli bunga. Masa nak beli bunga tu, aku cari yang paling murah sekali, tapi bunga tu memang kecik-kecik. Aku tengok orang lain bagi bunga yang besar-besar so aku cari bunga yang besar sedikit, puas aku nego untuk dapat diskaun. Lepas konvo plak aku ingat nak ajak ko pergi makan kat 'SUBWAY'. Aku ingat cakap ko, bab-bab makan x yah nak berkira.

Pastu aku tunggu smpai ko keluar. Tapi bila ko keluar ko terus blah macam tu je walaupun ko tahu aku dah tunggu dari pagi. Bila aku call suh ko datang, macam-macam alasan ko bagi untuk tak datang. Sampaikan aku terpaksa pergi kat ko. Sampaikan aku terpaksa provok ko cakap nie permintaan terakhir aku. Tapi ko still x datang. Cuba bayangkan kalau nie betul-betul permintaan terakhir aku? Something berlaku pada aku masa aku balik, accident ke.... Tapi aku masih tak pasti sama ada ko menyesal atau tak.

Terus terang aku cakap, aku rasa macam nak campak je bunga tu dalam tong sampah, tapi bila fikir-fikir balik, lagi USELESS kalau aku buat macam tu. Dan last aku decide untuk bagi kat ko walaupun improper way. Aku terpaksa jalan ditengah panas semata-mata nak bagi something yang langsung tak dihargai dan terpaksa berpatah balik ke parking motor dengan cuaca yang panas giler. Ye aku tahu panas dunia.

Aku rasa nie adalah alasan kenapa aku tarasa giler ngan ko hari nie. Aku minta maaf banyak-banyak kalau bende nie semua tak menyenangkan ko.....

Macam bodoh plak aku post bende nie kat Blog. hahahaha......... dan tadi masa kat majlis tu, aku rasa cam nak nanges, tapi bukan sebab ko, sebab video pendek yang ditayangkan semasa last majlis tu, pasal budak miskin yg dapat masuk UiTM...

My Friend Is My Enemy

Damn... pagi-pagi buta update blog... siang2x sibuk giler vavi sebab banyak kerja. So hari nie baru aku nak mula menyemak kat blog. Aku nak cerita satu bende jer, maybe blog je la tempat aku rasa macam best je kan... nak maki-maki pon xde orang nak cakap pape. Kawan aku plak duk tanya bila nak update blog, malas nak cerita sebab sampai sudah tak habis cerita aku nie.

Sebenarnya ade sebab kenapa aku update blog pagi-pagi butaaaaa nie. Aku Stress melampau-lampau sebab kawan-kawan sekeliling. Nama je kawan, tapi perangai macam tetttt..... Aku malas nak maki korang sebab aku rasa macam aku jadi bodoh bila marah kat ko pasal benda bodoh yang ko buat. Ko pergi jaja nama aku merata-rata cakap aku buat nie buat tu. Semua bende tak kena. Ape ko nak sebenarnya, aku ade wat salah pape ke ngan ko? Kalau ade, cakap depan-depan. yang ko pergi cerita kat orang lain tu kenapa? Ko ingat boleh selesaikan masalah ker?

Aku macam menyesal giler join persatuan, sebab berpesatuan aku hilang kawan. Tapi bukan salah persatuan tu, maybe salah aku dan salah KAU sebab xleh terima arahan dan terlampau nak ikutkan perasaan. Bende remeh pon nak besar-besarkan.

Kami buat program ko x nak join. Bila dah abes program ko bising-bising cakap AKU x ajak. Kenapa perlu aku? Bila masa pulak aku yang jadi wakil untuk cari orang yang nak join? Bila ade program lak, ko diam jer. Program yang best-best ko nak join, program yang biase2 ko x nak pulak join. Kalau program camtu ko xde plak nak terasa kalau aku x ajak ko. Ko nak ape sebanarnya?

Pastu ko pergi cakap kat orang yang aku nie ajak member-member bila last minute sebab dah xde orang nak join. Aku nak tanya ko, time awal-awal 'minute' tu ko ade datang jumpe aku ke cakap nak join? Kalau gosip ngan bende yang tak betul tu ko boleh sebar satu dunia, kenapa aktiviti yang kitorang buat tu ko xde pulak nak gtaw kat member-member yang lain? Pastu bila x tahu, kate aku x ajak korang. Dan ko sebagai kawan, kalau ade masalah mesti aku minta tolong ngan ko. Program xde orang, mesti la aku ajak ko, xkan aku nak invite orang giler tepi jalan.

Arghhh bengang giler. Kadang-kadang, orang yang aku tak expect pon boleh buat bende bodoh camni. kalau tak suke, CAKAP DEPAN-DEPAN. Aku tau aku bukan bagus sangat. Ko pergi buat cerita belakang-belakang kenapa? Pastu tambah perencah secukup rasa plak. BANGANG!!

Entry Khas Untuk Kak Nidar@Hasnidar Muhammadun

Salam.... aduyai.... post kali nie adalah untuk meminta maaf banyak-banyak kepada kat Nidar atau Hasnidar Muhammadun iaitu salah seorang pemenang Contest 'Photo Of Nature'. Actually aku dah pos minggu lepas. tu pon agak lewat la. Tapi tengok pos tu dikembalikan pada aku. Retour sebab melebihi had, tak tahu la had perjalanan ker, had berat ker. Masalahnya akak lagi sorang terima je barang yang aku pos. Aduyai... dan aku baru je dapat bungkusan tu hari nie, sebab Posmen tinggal kat dalam kotak pos rumah aku. Aku plak jenis memang x cek sangat kotak surat tu, maklumlah bukannya retis nak tunggu surat dari peminat. Tadi pon nasib baik kawan aku yang cek. InsyaAllah minggu depan pulak la saya akan pos ye kak.

Hari pon same jugak berlaku pada Kak Nana permenang contest nie yang lagi sorang. Aku tersalah tulis alamat kot. Nasib baik la posmen tu call akak tu then akak tu inform aku. Sorry ye akak-akak semua.



Nie la bungkusan yang dipulangkan tu, (klik pada gmbar utuk besar kan) ada tertera nama Hasnidar Bin Muhammadun. Sorry ye kak... nanti saya pos balik.


Such A Great Weekend With Germany & American

Eh jap, minta kebenaran nak speaking jap walaupon BI aku berterabur giler vavi. Do i care? Hohohoh.......

7-9 October 2011, such a great weekend. I spent my time with my lovely UiTM PEERs club members at Sepintas Homestay. The program is also accompanied by students from German and American. Nine of them are from German and there is only one from USA. Nothing much to say about them, but they are really 10000x friendly and talkative. At that programme, we have been divided into some small group consist of three or five members to be given to our foster family. Luckly my group was given to Imam Saifuddin's family. The best experience ever and ever is became one of his family members is we can eat a lot of food that superbly delicious and there are a lot lot of menu everytime when they ask us to eat. Sup ketam, ayam goreng (Kalah KFC), fried beef (ea?), nasi Lemak, Ubi kayu goreng and many more and more and more. Think how many food they served to us? We are treated like their own son. Sometime, the home was also filled with laughter when we saw Torben with less efficiency using hands to eat the food especially rice and his blank face when we spoke in bahasa. Not only that, he also do not know how to sit like us, i meant 'bersila'. maybe because in his country he always sit on the chair. Lastly, thanks to Luke, Torben, Markus, Jonas, Felix, Bastian, Miriam, Jakob, Doris and Sabrina for joining our programme.

Dah back to Bahasa... lenguh dah nak pikir ayat. hahahaha.... siyes program nie best. Dapat improve english dan kenal budaya masyarakat Jawa sebab kampung yang kami pergi nie kampung orang jawa. Cayalah penduduk kampung nie, sume unite dan bekerjasama dengan baik. Antara pengalaman best kat sini ialah, kami dapat merasa memancing udang galah di Sugai Sabak Bernam dan makan-makanan tradisional yang bermacam-macam jenis dengan namanya yang sangat unik.

click on the image to make it larger




Berita Gembira Buat Semua

Salam.... ada berita gembira buat pemenang contest 'photo of nature'. Gembira ker? Hadiahnya dah sampai ari sabtu hari tu tapi masa tu ade program kat Bukit Cerakah. So x dapat la nak pos.  Maybe esok lepas kelas saya akan pos. Hari nie ade kelas sampai pukul 6 petang, so x sempat la.. nie pon curi-curi online jap.

Dan bukan itu saja, insyaAllah dalam masa terdekat aku akan anjurkan lagi satu contest atau GA untuk para bloggers semua. Ade ke yang nak join? Sila angkat tangan sampai nampak ketiak. Hadiah kali nie ialah sehelai baju yang berjenama PADINI AUTHENTIC. Tapi hadiah nie untuk perempuan je la... lakinya lain kali la. Kebetulan ade sale masa tu, so aku rembat la baju tu.... So ade yang tertarik menarik memang daboom tak?

Penaja (Padahal gune duit aku sendiri)
http://www.offerstation.com/ai/74191_b.jpg
Setakat nie dah 3 kali aku buat contest dan GA kat blog nie, dan alhamdulillah dapat sambutan la jugak. Terima Kasih bagi semua yang join.... Walaupun hadiah tak seberapa tapi korang sudi gak join. Aku pon pernah jugak join contest kat blog dan pernah jugak menang. SIyes puas seyh...... Tapi aku tak suke join GA atau Lucky Draw sebab aku memang susah nak bertuah. hehehe


Gambar nie amik masa aku pergi program kat Bukit Cerakah tu.
Best giler vavi.... vavi pon x sebest camni. (Macm pernah rasa lak kan)
Cube cari di mana aku berada dalam gambar tu?

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.