1st GA Dari Mr Money


Salam buat semua
Jom JOIN 1st GA dari blog Mr MONEY
tetiba berasa murah hati nak bagi hadiah kat korang semua
kebetulan Mr Money baru balik dari Pulau Pangkor
so Hadiahnye juga Datang dari Pulau Pangkor

Syarat-syaratnya ialah:-
1-Buat Entry mengenai GA ini yang bertajuk "Follow Mollow". Tajuk len tidak akan diterima.
2-Masukkan sekali banner kat atas nie dan link kan ke post ini. Susah2 Mr Money design kejap tadi. X kisah banner nie x cantik, janji ade kat post korang.
3-Nie wajib. Anda dikehendaki Follow blog nie. Dah nama pon "follow mollow " kan?
yang dah follow tu, xyah la follow lagi skali. Hehehe..
4-Kalau Rasa nak letak banner tu kat sidebar pon boleh jugak. Tiada paksaan.
5-Kalau rasa nak tagged pon boleh jugak......
6-Kalau nak masukkan blog Mr Money dalam blog list korang pon lagi la OK. Heheh
7-Setelah semua dah settle, jangan lupe tinggal jejak kat ruangan komen.
Ruangan Komen sahaja, kat shout box tidak dilayan.....

Senang je kan syarat-syarat GA nie?
So lekas-lekas la kepada siapa yang nak join...
3 Pemenang Akan Dipilih

pemenang2 akan dipilih oleh Housemate2 Mr Money melalui cabutan bertuah
jadi sebelum nak join tu, baca Bismillah dulu.....

Tarikh tutup
31 Januari 2011

Aku Dah Menang, Korang Bila Lagi?

Assalamualaikum whb.... ari nie seronok jer bangun pagi on9 pastu jengah-jengah blog jap then tengok-tengok aku menang contest dari Kak Chik Ella. Gua menang besar beb... Dapat moto satu. Hahahaha....... Sila percaya walaupun aku tipu. Sebenarnya aku just menang hadiah saguhati, tapi rasa cam menang besar jer. Alhamdulillah, rezeki hujung Januari 2011. Syok menang contest nie, lagi-lagi kalau jenis yang tak keluar duit satu sen pon. Hehehe... Terima kasih kepada Kak Chik Ella sebab pilih saya sebagai pemenang. Terima kasih 100000000x.

So korang bila plak nak menang? Kalau teringin nak hadiah, jom la join contest yang aku anjurkan. Walaupun hadiah tak besar mana, tapi korang akan rasa apa yang aku rasa sekarang nie. Lagi pun korang tak perlu keluarkan modal. Just ikut je syarat yang ditetapkan.

Untuk contest 'follow mollow' nie, maybe keputusan keluar lambat sikit sebab sekarangkan UiTM tengah cuti, so camne housemates aku nak buat lucky draw. So tunngu la dorang balik dulu. Harap korang bersabar. Lekas-lekas la join, kalau tengok kan tarikh, ari nie dah last date. So jom join beramai-ramai.


2nd Time Bertuah Dalam Hidup



Ari nie aku abes kan masa kat USIM. Pergi Seminar Perancangan Kerjaya Majasiswa. Siyes aku cakap seminar nie memang best, dorang cerite camne nak dapat kerja dan kenapa graduan sekarang ramai menggangur. Seminar nie peringkat antarabangsa. Seluruh IPTA di Malaysia di jemput hadir. Penceramah pon orang hebat-hebat. Tapi aku bukan nak cerita pasal content ceramah tu. Kalau korang nak tahu, next year korang join la yer.

Tapi aku nak cerite yang best nyer ialah ade slot cabutan bertuah. Of course la aku bertuahkan, kalau x, xkan aku cakap best. Kalau nak tahu, nie second time aku dapat no yang bertuah dalam hidup aku. Untuk pengetahuan korang jugak, kali pertama dan kedua nie jugak aku dapat masa aku join program under PEERs. So jelas di sini tuah aku ada kat PEERs. Just kidding.

Syok la jugak dapat sterika eletrik, pastu dapat bag latop, buku n macam-macam lagi la. Rugi sape yang x nak join seminar nie dulu. Aku ajak korang, korang x nak, kan dah melepas. Hope lepas nie ade lcuk lagi dalam contest yang aku join kat blog.

Pelik Tapi Benar

http://www.annyas.com/screenshots/images/1903/great-train-robbery-title-still.jpg
Salam..... ank berkongsi cerita sikit ngan korang nie. Bagi aku bende nie memang kejadian yang pelik. Kalau dulu kat tv ade satu rancangan pelik tapi benar, so kejadian memang boleh dimasukan dalam rancangan tersebut. Pelik bin Ajaib. Ape ke bende nie, inrto nak melampau aje.

Sebenarnye camni, tadi masa lepas sembahyang jumaat. Pastu kitorang lepak sekejap kat masjid UiTM sebab nak tunggu kelas pukul 3. Pastu aku jumpe ngan kawan lama aku, tak tahu pulak yang die pindah UiTM Shah Alam. Maybe sebab die baru masuk. Aku ngan die nie memang rapat giler dari sekolah rendah lagi. Tapi aku bukan nak cerite pasal die pon. Lepas tu kan....

Lepas tu, ade seorang brother nie datang kat kitorang. Dia tanya, ade nampak sesiapa yang selongkar bag die x? Kitorang tengah syok bersembang, so memang x perasan la kan. Bag die tu betul-betul depan seat yang kami tengah duduk. Time tu plak orang tengah kluar dari masjid. Berduyung-duyung so agak terbatas la pandang.

Pastu kami tanya la kenapa. Pastu brother tu cakap laptop die hilang. Agak terkezut jugak ar. Tapi seminggu yang lepas pon ade jugak budak hilang laptop, masa tu pon kitorang ngah lepak after sembahyang jumaat. Kesian tengok kat budak tu sebab mundar mandir cari laptop die.

Same la jugak ngan bro nie. Aku pon tak tahu nak cakap ape, sebab aku tak pernah pulak bawak laptop time nak g kelas. Tapi kalau aku la, aku bawak skali nak sembahyang tu. Pastu letak kat tepi.

Yang menjadi kehairanan sekarang macam mana la seorang pencuri tu tergamak mencuri dekat masjid. Dah la budak U, nak kata bodohh, pandai pula sampai boleh masuk U. Nak kata tak belajar agama, UiTM ade subjek CTU. Macam mana la terdetik hati dorang buat bende macam tu. Sejahat-jahat aku pon, tak terfikir pulak nak mencuri barang orang yang beribu-ribu, dah la kat masjid pulak tu. Teruk-teruk...

Usaha Yang Berbaloi

Salam
Hidup aku sekarang memang busy giler
Meeting sana sini sinun
tapi nak buat macam mana dah nama pun tugas
buat proposal, buat poster, buat banner,
semua yang aku tak pernah buat sebelum nie
sekarang aku kena buat
Alhamdulillah, aku dapat belajar serba sedikit

Nie merupakan poster yang aku buat
walaupun aku bukan budak Art & Design
tapi inilah hasilnya dengan menggunakan pelbagai sofware
http://farm6.static.flickr.com/5043/5366787481_cff2b3d973_b.jpg

So Kalau ade mane2 budak UiTM Shah Alam yang terbaca poster nie
join la yer... adiah lumayan menanti anda.

Terima Kasih

Salam buat semua...... mulai hari ini kemungkinan hidup aku bertambah busy. Mungkin aku akan tinggal sekejap dunia blogging untuk beri tumpuan pada dunia sebenar. Alhamdulillah setakat semalam.. perjalanan hidup aku masih lagi tiada sebarang masalah. Jadi biarlah berterusan sampai bila-bila.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1380.snc4/163266_491276533558_108043508558_5901281_683982_n.jpg
nampak macam syok sendiri jer

Cerite mengenai semlam... Alhamdulillah selesai sudah Anual General Meeting Badan Peer & Kaunselor. A;hamdulillah juga semua berjalan dengan sempurna. Kini tampuk kepimpinan persatuan Peer telah di ambil alih oleh AJK 2011, diharap semua dapat menjalankan aktiviti dengan sebaik mungkin. Teruskan usaha agar Anugerah Persatuan terbaik tahun ini kekal milik Peer.

Mengenai Agm semalam, aku memang berasa sangat gementar kerana perlu mengetuai bacaaan ikrar dan memberi ucapan. Buat kali pertamanya aku mengetuai bacaan ikrar dan memberi ucapan dihadapan hampir 300 orang tetamu yang hadir pada malam itu. Alhamdulillah juga sebab aku berjaya deliver speech tu walaupun ade yang tersangkut-sangkut.

Terima kasih buat semua yang hadir, terutama my classmate yang sudi datang bagi support kat kitorang. Terima kasih jugak buat alumni, mantan , dan semua yang terlibat malam semalam.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs073.snc6/168373_491276153558_108043508558_5901279_5882959_n.jpg
majlis penyerahan bendera simbolik penyerahan tanggungjawab kepada ajk 2011

1st misz-ella.blogspot Contest



wah siyes best contest nie... teringin sangat ngan adiah die...
dapat tahu dari blog BEN ASHAARI
nak cube gak lah..

nak join kli SINI

Hadiah dah tengok, jom tengok syarat-syaratnya pulak.
  • Follow, Baca dan Komen juga. Oh ye, mesti dah komen sekurang-kurangnya 10 entri baru layak masuk contest ni. If u are new follower, u have to dig my blog dan baca entry-entry samada lama atau baru dan komen entry tersebut. Follower lama yg dah always drop comment in my entry, can skip this part, confirm layak syarat pertama. Hihi .. DOnE(Kebanyakan entry Tahun 2010)
  • Buat satu entry bertajuk 1st misz-ella.blogspot Contest. Copy and paste the header below and include it in your entry. DonE( dah2... nie.. nie... tak nampak ker? hehehe)
  • Dalam entry tersebut, buat satu slogan~ Saya suka membaca 'entry-entry' di misz-ella.blogspot kerana ......... (tidak kurang dari 50 patah perkataan). Make sure you count the number of words, if not dah buat penat-penat tetiba d.q. (disqualified le .. hihi) DOnE( Ade kat bawah, ase tak lebih kot... dah kire dah, hehehe)
  • Tarikh tutup adalah pada 18hb Januari 2011, jam 4 petang.
  • Do not forget to backlink your contest at this comment box ya. That's the only way i can trace you.

Salam owh rupa-rupanya gua tersalah faham syarat contest nie:
"slogan mestilah tidak kurang dari 50 patah perkataan"

so let me re-slogan

"Saya suke baca 'entry-entry' di misz-ella.blogspot kerana.....
sekali baca hati dan tertambat, disaji pula gambar yang memikat
,otaknya ligat, ideanya berlambak, 'entry'nya banyak nak baca pon tak sempat,
isinya padat penuh dengan nasihat, dari muka ketat terus jadi bersemangat,
kadang-kadang gelak sampai terbahak-bahak macam nak tercabut urat,
hobinya memasak makanan yang lazat, rasanya juga mestilah enak,
Bukan nak membodek, bukan nak mengurat,
cuma pendapat dari seorang budak yang baru nak-Up"

Finally lebih gak dari 50 patah perkataan- 71 patah perkataan

Header Paling Seksi Dan Kontroversi.

"Salamm...... sila berhenti gelak atau maki-maki.... Kalau tak tahan, sila back off sekarang. Blog ini hanya untuk tontonan mereka yang berumur atas 18 tahun. Kepada yang tak cukup umur, sila minta kebenaran ibu bapa."

Hahahaha...... aku pon nak tergelak... Sekadar percubaan, nak tengok ade orang yang jeles tak. So kalau xde, mungkin header tu akan kekal kat blog nie. Wah, biar betul? Jawapannya tidak sama skali sebab ini sekadar suke-suki. Kalau anda suka, sila tekan FB like button...


Wah besarnya...... Emm....

Salam buat semua.... kebelakangan nie aku memang busy giler.... orang cakap awal2 sem nie xde la busy sangat... lecturer pon still malas-malas lagi nak mengajar, tapi ape yang terjadi kat aku ialah sebaliknya. Dapat lecturer yang psycho plak.... tapi ramai jugak yang sporting. Subjek untuk sem nie sangat2 tough. Hopefully dapat la catch up.

Ke-busy-an bertambah-tambah bila aku pegang jawatan penting kat UiTM Shah Alam nie... Penting ker? Penting la jugak bagi aku. Bukan 1 tapi 2 skali. Bukan gila kuasa, tapi dipaksa rela.... tak baik la cakap sepenuhnya dipaksa, tapi selepas dipaksa aku pon rela nak jadi. Orang kata peluang datang skali, bende macam nie la boleh mengajar kita jadi matang. Tak semua orang dapat peluang. mungkin zaman sekolah dulu aku pernah jugak pegang jawatan, tapi memang jauh berbeza dengan sekarang. Almaklumlah, dulu semua cikgu yang suapkan, tapi kat u semua kena handle sendiri.

sentiase ke hulu ke hilir nak settle kan sesuatu. Pastu isi borang tu borang nie.... jumpe orang tu orang nie... buat proposal belambak-lambak... duit pon abes kat top up sebab nak mesej orang... tapi dan kerana tugas.. redha je lah....

Sekarang pulak duk umah sewa.... Alhamdulillah, housemate dah cukup, siap terlebih lagi sebab ramai yang tak dapat kolej. Kesian jugak kat diorang, kalau kawan tak tolong kawan, sape lagi nak tolomg kan? Hari nie baru je settle bergotong royong bersih umah... Alhamdulillah semua rajin-rajin.

So setakat nie je la.... kalau lepas nie aku lambat update tu, harap semua megerti la ek.... kawe chow dulu deh... hehehehe

http://farm5.static.flickr.com/4110/4998064638_de12158c97_b.jpg
sebelum nie aku ade tanye camne nak letak gambar besar kat blog
pastu lepas member aku gtaw... dan inilah hasilnya

MEREKA KATA ....



Assalamualaikum semua bloggers...... kali nie jom kite buat satu sesi bersama para bloggers sempena satu program anjuran Ben Ashaari. Wah, memang femes abang blogger kita sorang nie.... Ape yang aku respect sangat ialah kerajinan dia dalam menaip entry yang belambak-lambak setiap hari. Di ulangi, SETIAP HARI. hehehe.... Tu la salah satu sebab aku masukkan Ben Ashaari dalam blog list aku kat bawah tu. X least ade la jugak cerite-cerite baru setiap kali aku aku buka blog nie...

Dah cukup dengan pendahuluan untuk tuan penganjur, so sekarang aku nak ucap Salam Perkenalan buat semua yang singgah, tersinggah secara sengaja dan tak sengaja kat blog aku nie. Yang dah follow tu, aku ucap terima kasih sangat-sangat.... Orang cakap kawan biar seribu bercinta secukup termampu. Ehem ehem... ade sape bangkang? So jom la kena berkenalan antara satu sama lain.

Bagi aku la, kawan dekat blog lagi best dari kawan yang kita x kenal dan add kite kat mana-mana sociable macam FB, friendster and etc... sebab kat blog kite rase macam lebih dekat ngan dorang. Kadang-kadang tu, melalui entry diorang nie kita boleh tahu apa personaliti diorang. Walaupun bukan 100% tapi sdikit sebanyak mencerminkan perwatakan diorang.

Kepada semua yang sudi melawat kat blog nie... sekali lagi aku ucapkan terima kasih... dan sudi-sudilah tinggalkan sebarang bentuk komen atau jejak kat blog ini. Sumbangan anda amat dialu-alukan... tetapi jagalah batas pergaulan dan pertuturan anda.... sekian wasalam.

Bila Jadi Bengang..........


nak cerite sal bengang pon letak gambar posing lebih2
Assalamualaikum...... Hari nie aku bengang giler ngan makhluk-makhluk kat atas muka bumi nie. Mula-mula sorang, pastu makin bertambah-tambah pulak. Ramai jugak yang tanya aku sape yang aku bengang sangat tu bila aku letak status kat FB, "Aku bengang kat seseorang...". Malas nak cerite, sebab aku bengang kat orang sekejap jer, ade la dalam sehari dua aku ingat bende tu, pastu InsyaAllah lupe la.... Dah la ari nie baru start kelas. Banyak pulak problem.... balik dalam hujan, roomate lari la.....

Nak cakap sikit la kan, sape yang ngah baca blog nie student UiTM Shah Alam? Tak pon duk menyewa kat area Shah Alam? Camne harga umah sewa korang ar?

Setahu aku, mostly, kalau paling murah pon hampir cecah seratus dan paling mahal pon bawah 2 ratus. Aku rasa umah sewa aku nie boleh dikira sebagai murah la. Walaupun x dibayar bulan-bulan, tapi kitorang bayar RM650 untuk satu kepala bagi tempoh 6 bulan. Kalau dibahagi, didarab, dibundar rasa-rasa ade la lebih kurang RM110 untuk sebulan. Puas hati la semua barang ade, katil, peti ais, mesin basuh, tv, almari dan banyak lagi ar. Rumah pulak bukan umah setinggan. Umah banglow kot... Tanah lot, ade laman, parking bersepah cume lokasi je jauh sikit, kat Padang Jawa. Tapi bagi aku xde la jauh pon, sebab bukan pergi kelas jalan kaki. Kemudahan pon banyak. Kedai makan 7 8 buah, kedai runcit apatah lagi. kira semua ade la.

Yang menjadi masalah sekarang nie ialah, ramai pulak nak cancel last-last minit. Mak bapak x kasi la... nak ikut kawan la.... nak duk kolej la.... tapi tak kisah la. Yang aku kisah sekarang ialah dorang cancel last-last minit. Mane aku nak cari orang. Dulu dah janji nak duduk skali. Mentang2 xyah bayar deposit, suke-suke je nak main keluar masuk.

Aku tak tahu ape nak cakap la.... nak marah pon x guna. harap korang faham la.... Klu x nak baik cakap dari dulu lagi x nak, senang kitorang cari orang lain...... Masalah betul dengan makhluk macam nie.

My Header Contest



Di Anjurkan oleh RIEYANA

Salam..... jom-jom... ade contest baru nie. Xde la baru sangat tapi aku je yang baru tahu. Hahahaha...... Tak kisah la janji belum di tutup lagi. Syarat macam pertandingan contest yang lain. Simple dan tak menyusahkan. Jom la pakat join ramai-ramai walaupun dah ramai yang join. Kasi penganjur rambang mata sikit nak pilih pemenang. hehehe..... Orang kata lagi ramai lagi meriahkan. So kalau nak join boleh klik header kat atas. Header yang nak dipertaruhkan ialah:-





Sebenarnya header kedua tu di tempah khas dari Budak Nakal, so kalau rasa nak tempah header cantik2 boleh la suh Budak Nakal design. Sebenarnya gambar kartun kat atas direka khas dari gambar aku Mr Money sendiri yang kat bawah nie. Agak-agak sama tak? hehehe






Aku nak tagged kat:-
Syieda
Hanan
Tyra Sajaa

Contest Aku Dan Kacamata

Salam.... mood nak join contest kini kembali.
Ngah-ngah blogwalking tadi,
terjumpa plak contest yang best dan adiah yang best

Syarat-syarat nye senag jer.... xder susah mane pon.
Kalau rasa nak lebih tahu menahu, sila singgah kat tuan pengajur punya blog
Sandiwara Seorang Insan


Kalau nak di ikutkan aku memang tak suke pakai kacamata hitam, sebab takut nanti orang cakap. " Weh, ko pakai spek mata hitam macam x pakai pape....". Hahaha..... Gambar nie pon aku amik secara kebetulan jer dalam kete abang aku. Time nie sume orang xde, tinggal aku sorang jer dalam kete. So, aku cube la snap gambar sorang-sorang.... Kire korang paling bertuah la sebab dapat tengok aku berkacamata hitam. hahahaha......

Tarrrraaaa.... nie la gambar yang bajet tuh....


Aku nak tagged kat:
Syieda
MiszAten

Budak Kecik Vs Budak Besar


Salam, untuk entry kali nie nak blagak skit..... Cantik x gambar yang diwarnakan kat atas nie? Aku x nak dengar komen lain selain cantik, wow, smart, dan yang sama maksud dengannya. Kalau tak cantik, korang still kena cakap cantik. Faham? Hehehehe........

Kalau nak tahu, nie salah satu keje aku bila bosan melanda diri. Sebenarnya gambar nie ialah untuk contest 'Warna-warna Juara' by Milo'. Tapi disebabkan kebosanan, so terjumpe plak borang peraduan nie. Tergerak plak hati nie nak join. Tapi peraduan nie untuk kanak-kanak berumur bawah 12 Tahun jer, aku pulak 12 plus-plus. Terpaksa la aku paksa adik aku yang join dan tolong die sikit. Lagi pon adiah yang ditawarkan memang best habes.
Kenape la tak dibuat untuk kanak-kanak berumur bawah 21 macam aku nie? Kalau tak boleh aku join. Hahahaha...... Aku nie memang minat bab mewarna nie. Dulu buku mewarna adik aku habes aku warnakan. Padahal dibeli untuk si budak, tapi budak besar yang melebih-lebih.

Kawe Gi Jale Kapong Demo



Salam buat semua
lame tak stoli moli kat blog nie...... nak crite la skit kan ape yang aku buat time cuti sem kali nie. Secara keseluruhan, memang banyak bende tak berpedah aku buat, tapi bukan la merompak, mencuri dan sebagainya. Yang dimaksudkannya ialah tido, tido dan tido. Maklumlah, Terengganu hujan hampir 24 jam. Kalau hari yang panas pon, rasa macam malas je nak kuar. Member sume dah xde, marantau dan balik kampung. Memang cuti paling mebosankan yang pernah aku hadapi. Wah, panjang pulak intro aku.

Sebenarnya baru-baru nie aku ade pergi Kelantan. Trip bersama staf SMKIF. Memang best giler. Sebab dorang nie memang Shopaholic. Aku join pon sebab kawan aku yang ajak. Aku pergi sebab terlampau bosan duk kat umah. Kalau tak, xde nak pg nye sebab duit dalam poket pon cukup makan jer.

1st tempat kitorang pergi, Rantau Panjang. Barang sini memang murah giler. X kira la pakaian, periuk nasi, tilam dan macam-macam lagi la. Tapi aku just tengok jer. Budak-budak len shopping sampai penuh bonet bas. Agi pon aku memang tak teringin nak beli.

Lepas tu, singgah pulak Pasar Siti Khadijah. Pasar nie macam Pasar Payang kat Terengganu. Kalau nak cari kuih muih, kain pasang, makanan basah semua ade kat sini. Time kitorang sampai nie, banyak kedai dah nak tutop. So jalan-jalan je la kat situ. Snap2 gambar dan meletihkan diri sendiri.

Singgah plak kat KB mall. Kat sini aku memang rambang mata. Dah la sekarang ade YES. Diskaun memang terbaik ar. Kondisi kewangan je kurang baik. Kalau tak aku memang shopping sakan la. Seharian kat sana, memang penat berjalan jer. Balik umah terus tidur samapi esok..... Pagi tu bertolak ke Shah Alam. So begini la cuti aku untuk tahun 2010.

Rasa macam lame je tak pergi Kelantan, last pergi tahun lepas. (Mentang2 dah masuk tahun baru)

Selamat Tahun Baru!!


Selamat Tahun Baru
buat semua bloggers
camne ngan Tahun Baru nie?
dah tercapai ker azam tahun lepas?
ape plak azam tahun baru?

ade sesiapa yang pergi celebrate kat i-City semalam?
walaupun aku ade kat Shah Alam
tapi tak pergi pon kat sana
kalau ikotkan hati memang nak
tapi budak umah aku memang jenis tak suke pergi tempat crowded mcm tu
dah la jalan jam giler semalam,
umah sewa kitorang plak kat Padang Jawa,
so sempat jugak la tengok percikan bunga api dri jauh
tapi xde la jauh sangat pon

walaupun kitorang x sambut kat i-city
tapi kitorang pergi fun fair kat Stadium Melawati
kebetulan time tu orang takde la ramai sangat
maybe semua sibuk sambut tahun baru
so boleh kate seronok la jugak sambutan tahun baru kitorang
sekarang plak ngah sibuk mengemas umah
dan persiapan untuk pembukaan sem baru

Selamat Tahun Baru 2011

Peraduan Kira Duit Syiling



kali nie, gua telah di tagged oleh
http://kontestaje.blogspot.com/

Jumlah yang diteka ialah:
RM4.57

sebenarnye aku tak kira pon, men agak jer....
so kalau siape yang berminat tu nak cuba teka
boleh la klik kat sini

aku nak tagged kat:
Syieda
Hanan
Hanisah

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.