CONTEST! One Day I will

Blog Badge
wohoo.... comei giler budak nie... anak sape erk?

One day i will be a.............
DAD!!


Hahaha..... seronokkan jadi ayah. Aku selalu terbayangkan macam mana la bila aku kahwin nanti dan dapat anak? Adakah aku jadi seorang bapa yang baik buat anak-anak aku? Persoalannya, bila agaknya aku kahwin erk? Hahahaha..... gatal na....

Why i want be a DAD?


Aku nie mmg jenis suka budak kecik, terutama budak lelaki, aku pon tak tahu kenapa. Budak lelaki ye, bukan bapak kepada budak lelaki tu. Mungkin budak lelaki lagi comei dari budak perempuan kot. Sila setuju. Contoh, budak kat atas dan kat bawah tu, comeikan? Tipu dosa......

comei tak?

Tapi agak pelikkan, secomei-comei budak-budak@baby-baby nie, masih ade yang tak menyukai mereka. Senang-senang buat anak, senang jugak dorang campak anak-anak mereka ke merata tempat. Kadang-kadang, aku malu dengan masyarakat kita sekarang, terutama bangsa Melayu, bangsa aku sendiri. Golongan ini menjadi penyumbang terbesar dalam masalah sosial dinegara. Mereka lupa segalanya. Disebabkan desakan nafsu, mereka lupa mana baik, mana buruk. Antara agama dan kepuasan duniawi. Hampir setiap bulan, berita tentang pembuangan bayi memenuhi dada akhbar. MasyaAllah, minta jauh semua tu....


If i be a DAD.......

Jika aku jadi seorang ayah. Aku nak jadi macam ayah aku, Salleh Bin Mahmad, sebab aku bangga ada seorang bapa macam dia. Dari luaran, mungkin dia kelihatan seorang yang garang dan tegas, tapi hanya kami adik-beradik tahu akan sifatnya yang sebenar. Percayalah, emak aku lebih garang dari ayah aku. Untuk pengetahuan semua, 'amat sangat paling susah' untuk dia memarahi kami adik beradik. Setiap kesalahan yang kami buat, hanya ditegur dengan nasihat. Membesar kami 8 orang adik beradik walaupun dulu bergelar seorang nelayan tempatan. Kesungguhannya dalam mencari rezeki halal membuatkan kami adik beradik tak pernah lapar, cukup pakai dan pendidikan yang sempurna.

"Siapa kata ultraman kuat, sape kate Hulk itu gagah dan sape kate superman itu super?"
Bagi aku, ayah aku lebih dari segalanya, tiada seorang superhero pon yang boleh kalahkan die.
You are most powerful person that we call Ayah......



tapi bila fikirkan balik, macam kelakar je bila aku jadi ayah, sebab anak aku akan ~bin Mohd Azwan. Nama aku macam x sesuai jadi ayah. Hahahaha..... Arghhhh.... aku tetap nak jadi ayah.
Tak dapat anak, anak angkat pon jadila. hahahaha.............

Hohhohohohoh(sila gelak macam Shin Chan)
semangat betul nieh, saja mencuba dalam contest nie.....
macam best jer contest mengontest nie, tak cuba tak tahu kan.....




Benci Pada Perubahan

Salam buat semua, sudah dua hari aku berada di kampung halamanku. Tiada apa plan lansung yang mampu menghiburkan hati aku. Sekadar duduk di rumah dan melayani kerenah anak saudara. Kemalasan membuak-buak sampaikan nak pergi top up pon malas. Disebabkan terlalu bosan tadi, aku mengambil keputusan untuk mengangkat kaki, start motor dan cari kedai top up. Sungguh, menyedihkan hampir satu kampung aku mencari, tapi semua kedai tutup.

Berpusing kesanan kemari, sempat jugak aku meronda-ronda kawansan sekitar kampung aku. Boleh dikatakan 60% berlaku perubahan disebabkan era modenisasi sekarang. Perubahan yang amat jelas. Kedai-kedai baru mula terbina seperti cendawan tumbuh selepas hujan, bukan setakat kedai makan, malah kedai sayur, kedai memproses keropok lekor dan salon kecantikan juga. Sememangnya, ianya memudahkan perjalanan hidup masyarakat seharian di kampung aku untuk mendapatkan keperluan mereka


Tapi masih ade keburukannya, pantai yang terletak hanya 100m dari rumah aku, kini tidak lagi seindah dulu. Kelihatan jentolak dan kapal-kapal besar penuh menghiasi di tebing dan di tengah pantai. Proses pendalaman giat dijalankan. Tiada lagi kelihatan para pemancing yang dulunya bagai berpesta di gigi-gigi air. keriuhan kanak-kanak bermandi manda digantikan dengan bunyi enjin dari jentera besar.


Jika diimbas kembali. Pantai itulah tempat yang menyimpan pelbagai kenangan aku semasa kecil dahulu. walaupun sering dimarah oleh mak aku setiap kali mandi kat pantai, tapi aku masih mengulangi kegitan tu. sampaikan kitorang sanggup berjemur sehingga baju kering baru balik rumah. Ketenangan ombak laut sememangnya cukup mempersonakan. Tiupan angin, cukup melalaikan.

Mintak-mintak, biarlah perubahan yang berlaku lebih indah dan boleh dibanggakan. Jangan sekadar hangat-hangat tahi jalan dan terbengkalai di separuh jalan.

I'm Coming


Salam buat semua, sudah lama juga agaknya aku menyepi dan kini aku kembali. Bukan untuk bermadah bicara, luahan mood dan insiden yang berlaku sejak kebelangan ini tapi sekadar membuktikan yang aku masih setia dengan blog aku ini, cuma masa dan keadaan yang menyukarkan untuk menghabiskan masa disini.

Aku tak kemana pun sebenarnya. Lepas habis sukan Masum, aku tinggal kat umah aku jap kat port klang. Nak kata sekejap pon tak jugak, adalah dekat setengah bulan. Kebosanan memang jelas terasa, tapi apakan daya tempatnya agak 'dipedalaman' sampai coverage untuk broadband pon tak ada. hari-hari, sekadar menjalankan rutin RTM iaitu rehat, tidur dan makan.

setiap detik sehinggalah tangga 10 June iaitu tarikh keramat keputusan peperiksaan pelajar UiTM dikeluarkan. Macam biasa, pada masa-masa macam nie la portal UiTM menjadi laman yang paling sesak mengalahkan facebook. Tapi alhamdulillah kami pelar EC220 tidak perlu bersusah payah pergi ke cyber cafe atau dimana saja untuk cek result kami. Apa yang kami perlu buat ialah call fakulti kami. Kepada budak-budak lain diharap jangan jeles.

Keputusannya, alhamdulillah dan cukup membanggakan dengan usaha aku walaupun ada subjek kegemaran aku yang sedikit tidak memuaskan. Aku tak komen apa-apa, cuma kawan-kawan aku je yang tahu kenapa. Setakat ini jelah cerita I'm coming. Hehehehe........

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.