Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

CONTEST! One Day I will

wohoo.... comei giler budak nie... anak sape erk? One day i will be a............. DAD!! Hahaha..... seronokkan jadi ayah. Aku selalu terbayangkan macam mana la bila aku kahwin nanti dan dapat anak? Adakah aku jadi seorang bapa yang baik buat anak-anak aku? Persoalannya, bila agaknya aku kahwin erk? Hahahaha..... gatal na.... Why i want be a DAD? Aku nie mmg jenis suka budak kecik, terutama budak lelaki, aku pon tak tahu kenapa. Budak lelaki ye, bukan bapak kepada budak lelaki tu. Mungkin budak lelaki lagi comei dari budak perempuan kot. Sila setuju . Contoh, budak kat atas dan kat bawah tu, comeikan? Tipu dosa...... comei tak? Tapi agak pelikkan, secomei-comei budak-budak@baby-baby nie, masih ade yang tak menyukai mereka. Senang-senang buat anak, senang jugak dorang campak anak-anak mereka ke merata tempat. Kadang-kadang, aku malu dengan masyarakat kita sekarang, terutama bangsa Melayu, bangsa aku sendiri. Golongan ini menjadi penyumbang terbesar dalam masalah sosial dinegara. Mereka ...

Benci Pada Perubahan

Salam buat semua, sudah dua hari aku berada di kampung halamanku. Tiada apa plan lansung yang mampu menghiburkan hati aku. Sekadar duduk di rumah dan melayani kerenah anak saudara. Kemalasan membuak-buak sampaikan nak pergi top up pon malas. Disebabkan terlalu bosan tadi, aku mengambil keputusan untuk mengangkat kaki, start motor dan cari kedai top up. Sungguh, menyedihkan hampir satu kampung aku mencari, tapi semua kedai tutup. Berpusing kesanan kemari, sempat jugak aku meronda-ronda kawansan sekitar kampung aku. Boleh dikatakan 60% berlaku perubahan disebabkan era modenisasi sekarang. Perubahan yang amat jelas. Kedai-kedai baru mula terbina seperti cendawan tumbuh selepas hujan, bukan setakat kedai makan, malah kedai sayur, kedai memproses keropok lekor dan salon kecantikan juga. Sememangnya, ianya memudahkan perjalanan hidup masyarakat seharian di kampung aku untuk mendapatkan keperluan mereka Tapi masih ade keburukannya, pantai yang terletak hanya 100m dari rumah aku, kini tidak la...

I'm Coming

Salam buat semua, sudah lama juga agaknya aku menyepi dan kini aku kembali. Bukan untuk bermadah bicara, luahan mood dan insiden yang berlaku sejak kebelangan ini tapi sekadar membuktikan yang aku masih setia dengan blog aku ini, cuma masa dan keadaan yang menyukarkan untuk menghabiskan masa disini. Aku tak kemana pun sebenarnya. Lepas habis sukan Masum, aku tinggal kat umah aku jap kat port klang. Nak kata sekejap pon tak jugak, adalah dekat setengah bulan. Kebosanan memang jelas terasa, tapi apakan daya tempatnya agak 'dipedalaman' sampai coverage untuk broadband pon tak ada. hari-hari, sekadar menjalankan rutin RTM iaitu rehat, tidur dan makan. setiap detik sehinggalah tangga 10 June iaitu tarikh keramat keputusan peperiksaan pelajar UiTM dikeluarkan. Macam biasa, pada masa-masa macam nie la portal UiTM menjadi laman yang paling sesak mengalahkan facebook. Tapi alhamdulillah kami pelar EC220 tidak perlu bersusah payah pergi ke cyber cafe atau dimana saja untuk cek result kam...