Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Alhamdulillah, hari nie dah hampir ke penghujung kita berpuasa dan aku masih bertuah kerana masih ditemukan dengan bulan Ramadhan tahun ni. Teringat kenangan berpuasa di India pada tahun 2013. Hari-hari buka puasa makan nasi berlaukan kari dan sebiji telur rebus dan lauk-lauk sampingan yang lain. Pengalaman pertama berpuasa di nagara orang. Seperti tajuk entry kali nie, aku nak ceritakan pengalaman semasa pertama kali aku keluar negara yang menjadi penyebab aku ketagih nak ke tempat orang lagi. Dari aku lahir sampai la umur aku 20 tahun, aku tak pernah pon merasa naik kapal terbang. Walaupun rumah aku dengan Airport Kuala Terengganu sangatlah dekat dan selalu tengok kapal terbang berlegar-legar diruang angkasa. Haha..... Of course la aku teringin nak merasa naik kapal terbang. Teringat lagi dulu masa kecik, aku beriya-riya tanya kat kawan aku pengalaman dorang masa naik kapal terbang. Terbayang-bayang dah macam aku dalam kapal terbang tu...