Ceriteraku Di Kemboja - Part 1 Traffic

Salam..... sekarang aku nak bercerita mengenai lawatan ku ke negara orang iaitu Kemboja. Actually nie first time aku ke luar negara. Walaupun dalam Asia tapi dah cukup bagi aku untuk merasai perbezaan antara negara kita dan negara luar. Banyak bende aku nak cerita sebenarnya, tapi aku akan buat Part By Part sebabnya aku malas nak taip panjang2 dalam satu entry. Lagi pon korang bukannya baca pon kan. Hehehe......

Ok 1st skali aku nak cerita mengenai traffic kat sana sebab benda nie buat aku terpegun skali bila aku sampai sana. Kat sana kenderaan berada di laluan kanan, macam kat malaysia nie sebelah kiri. Masa nak melintas jalan tu, agak janggal sikit la, sebab biasanya kita akan pandang kanan dulu, tapi bila kat sana tertiba je ade kenderaan datang dari sebelah kiri. Terkejut beruk mak aih. (Penipuan disini). Yang nie boleh dikatakan common lagi sebab bukan Kemboja saja yang amalkan sistem macam nie.

Yang ke-2, walaupun Phom Penh tu ibu negara Kemboja, tapi susoh bebenor nak jumpe traffic light. Penat aku mencari tapi yang aku perasan satu je, tu pon macam malu-malu je traffic light tu sebab terlindung dicelah2 pagar bangunan. Dah la jalan dorang sibuk giler, bukan setakat motosikal, kereta, bas aje, tapi basikal dan padestrian turut sama catwalk kat atas jalan tu. Kalau nak cakap bahaya tu, memang sangat2 bahaya la tapi xde plak accident yang berlaku. Maybe time kitorang sampai tu xde la kot. Aku ade gak tanye orang kat sana, dorang cakap kemalangan jalan raya kat sana xde la selalu sangat. Boleh nampak disitu, pemandu dorang nie memang jenis bertolak ansur dan berhemah sokmo (Berhemah ker). Siyes aku respect giler kat pengguna raya kat sana. Kalau kat Malaysia nie, mak aih..... Sume selfish, nak nak masa traffic jam. Malas nak cerita, korang sume dah tahu kan.


Jalan pon takde line putih.

Yang ke-3, kenderaan kat Kemboja nie memang len dari yang len. Kat Malaysia memang xde lah kenderaan macam tu. Masa kat Kampung Keh, kitorang sempat naik Remok (xpasti eja camne). Kenderaan nie macam moto Gabang, ala citer Masked Rider yang dulu-dulu tu. Tapi lebar sikir. Bayangkan kenderaan nie boleh memuatkan hampir 20 orang. Padahal saiz kecik jer, memang comei habes ar. hahaha...... Pastu plak kami sempat naik Tut Tut (Yang nie pon xpasti eja camne) Yang nie pon best, macam kenderaan cenderella, tapi yang naik tu xde pon macam cenderella. Tambang memang murah, 1 Jam cuma USD6 untuk satu Tut Tut tu. Kalau korang naik ramai lagi la murah. Pastu korang boleh singgah mana-mana tempat korang suke. Siyes berboloi-boloi. Last kami naik Cyclo. kenderaan nie macam beca roda 3 tu, tapi cume seorang je boleh naik. Kalau beca, seat kat tepi, tapi cyclo nie seat kat depan. Memang best la.


See, brape ramai boleh naik Remok nie. dah la sume jenis x duk diam. Kesian kat Pakcik tu.


Memang bahagia tak terkate la kitorang dapat naik Tut Tut nie.


Nie la, Cyclo. Cute kan? Siap dapat jalan-jalan tepi gajah lagi.

Yang terakhir, yang nie sangat-sangat tak puas hati. kalau kat Malaysia, dah kaye raye dah Polis Trafic kite nie. Ye la, dorang naik moto, yang depan je pakai topi kledar, yang belakang+belakang+belakang x pakai pon x pe. Bukan dorang tak ikut peraturan, tapi memang peraturan dorang macam nie. Moto pulak dah terlebih muatan. Siap naik 3 tau 4 orang. Kalau budak kecik boleh tahan lagi, nie dah besar gajah pon still naik ramai-rami. Siyes lawak. Tapi polis trafic dorang tengok jer...... x caya tengok nie.

Tolong... tolong....

Salam....
nak mintak ihsan dari anda semua
tolong vote logo MRT saya bleh?
Klik Link kat bawah nie
MRT Logo Contest
cari logo yang ade nama AzwanSalleh
pastu vote....
senang je, semudah ABC
nie ialah gmbar logo tersebut

nak vote yang len pon boleh
tp yg penting jangan lupe saya punye logo. :)

Sudah Seminggu Ku Tunggu

Huahahahaha....
tadikan, BERJAYA jugak aku tengok Transformers kat Jusco Bukit Raja
ingat nak g KL, tapi BERSIH punye pasal
terpaksa la pergi kat Klang
walaupun tengok sorg2 tp best
citer panjang giler
sakit buntut aku.... endingnya sngat memuaskan
http://www.hdwallpapers.in/walls/transformers_3_dark_of_the_moon-normal.jpg
boleh la 5/5 star aku bagi.

Jom BERSIH!!

Saya mahu BERSIH kan diri pagi nie.
bukan di jalanan, tapi dalam bilik air.
Tak perlu ramai-ramai, tu buat kerje lain namenye
Pahala dapat, tak menyusahkan orang lain
cume habes duit mak bapak aku je bayar bil air
http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/155700_1626638640329_1667456795_1454088_203742_n.jpg
1 Malaysia
x nak gaduh2x yaa....
(sorry, aku x minat politik,
ko tnye la menteri ape2 pon,
sorang pon aku x knal kecuali Perdana menteri)

I wanna fly to somewhere!

Wah... lame giler x berblogging nieh
bukan pe, sejak balik umah nie aku xde mase nak on9
Almaklumlah... berukband P1 ku dah terminate
gara2 asyik xde line je... abes duit bayar mahal
tambah2 aku keje part time jual ice blended
4 jam keje dapat RM30, masyuk x?
Next week aku akan fly ke kemboja
nanti aku akan cari adiah utk contest Photo of Nature
nak join klik sini
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/269126_2038519697098_1667456795_2015090_190928_n.jpg
yahoo...

Selamat Pengantin Baru Asyraf & Azlina

Salam, just short entry..
Selamat Pengantin Baru Buat Asyraf & Azlina
Semoga Berkekalan hingga akhir hayat
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270590_2036986698774_1667456795_2013535_1870978_n.jpg
aku edit gmbar nie utk adiah kahwin mg. hahahaa

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.