Asslamualaikum dan salam sejahtera... Lama kan aku tak update blog? Sebab tahun 2017 ialah tahun mereput. Duk rumah je. Hahaa... Bukan xnak travel pergi memana tapi banyak sangat masalah. Kena scam ngan someone hampir RM60,000 dan kemalangan masa balik keje. Habis berparut muka aku yang hensem ini. Hahahaa.... Okay sila kecam ramai-ramai. :p Kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Japan pada 10-17 November baru-baru ni. Sepatutnya trip ni aku pergi bertiga tapi last minute ade sorang cancel dan tambah lagi 2 orang untuk join. Sape travelmates aku untuk trip ni biarla rahisa. Yang penting bukan travelmates from hell. Haha...
Boleh kata 100% itinerari aku yang plan dengan persetujuan travelmates yang lain. Kitorang pergi ke Osaka dan balik dari Tokyo. Alhamdulillah travelmates kali ni bagi kerjasama yang baik sebelum dan selepas pergi walaupun dorang ni actually tak kenal pon each other. Cukup dah kot intro, so jom aku start dengan cerita kitorang masa kat sana. Flight kitorang pukul 8.30 pagi dari KLIA2 ke Kansai Airport. Malam tu ktorang sampai awal dan lepak kat airport sampai pagi macam biasa aku buat sebelum ni sebab risau tertinggal flight. Lebih kurang pukul 3.30 petang kitorang sampai di Osaka. Sampai je kitorang terus ke Tourist Information Kaunter untuk beli segala pass yang kitorang nak guna di area Kansai. 2 pass yang kitorang beli iaitu 2 Days Kansai Thru Pass & 1 Day Osaka Amazing Pass. Pemilihan pass ni pon penting jugak sebab boleh jimatkan bajet trip korang. Harga untuk 1 Day Osaka Amazing Pass 2,500 Yen dan 2 Days Kansai Thru Pass 3,300 Yen. Lepas beli pass kitorang terus amik bas untuk ke Namba Station. Bas boleh amik kat Platform 8 dan tambang bas 1,050 Yen untuk sehala. Namba Station ni stesen yang terakhir so tak perlu risau bila nak turun. Kalau korang tak tahu macam mana nak beli tiket, korang boleh je tanya pak cik yang bertugas kat situ. Mostly tiket untuk pengangkutan awam kat Jepun ni kena beli melalui vending machine.
|
Sunset dari airport nak ke Namba Station. |
Sampai Namba Station kitorang terus ke Koma Guesthouse iaitu penginapan kitorang selama 3 malam di Osaka. Walaupun kitorang akan ke Kyoto jugak tapi kitorang pilih untuk stay di Osaka je sebab malas nak mengangkut bag banyak kali. Lagi pon pass dah beli, ko boleh naik train anytime je selagi pass masih valid. Koma Guesthouse ni actually satu stesen je dari Namba Station dan boleh jalan kaki je pon tapi disebabkan kitorang bawak beg yang penuh dengan Brahim, so naik je la train. Untuk 1st day ni kitorang tak guna lagi pass sebab rugi je kalau guna sebab dah lewat dah pon. Sampai Guesthouse kitorang check in, rehat kejap dan makan sebab dari pagi tadi kitorang tak makan. Lepas makan terus gerak ke Dontobori. Kitorang jalan kaki je ke Dontobori. Jarak dalam 1km macam tu la. Pergi situ just nak tengok night life kat Osaka sebab Dontobori ni kira macam Bukit Bintang kalau kat Malaysia. Memang ramai la orang kat sini. Kitorang sekadar pergi amik gambar je pastu singgah Big Camera kejap dan balik. Sempat jugak la aku beli Tako Yaki 6 ketul, 600 Yen. Rasa Tako Yaki kat Japan ni memang lain dari Malaysia sebab Tako Yaki sini macam lembik dan kalau makan time panas rasa macam nak melecur lidah. Haha....
|
Famous spot kat Dontobori, gambar athlete tengah lari tu. X sure sebab ape famous. |
|
Sempat merasa takoyaki kat sini. 6 biji 600 yen. Memang lain rasa dengan yang kat Malaysia tapi ak prefer yang Malaysia lagi. Haha.... |
|
King Crab. Teringin dari Malaysia nak cuba tapi ingatkan nak datang balik the next day tapi sebab penat, sampai balik Malaysia pon x sempat nak rasa. hehee... |
The next day, awal-awal pagi daa pukul 6.30 lepas siap panaskan Brahim, kitorang terus gerak ke tempat pertama iaitu Nara Park. Nara park ni famous dengan rusa. Bersepah rusa kat taman ni. Dan macam lembu kalau kat Malaysia. Tapi lembu jenis jinak sampai datang sondol-sondol kat orang. Hahaa.... Dari Osaka nak ke Nara ni amik masa jugak. Lebih kurang satu jam. Btw sat tips bila korang nak travel kat Jepun ni, sila pastikan jenis train yang korang nasik sebab train ni ada banyak jenis. Ade express train, semi express dan local train. Dari nama tu pon mesti ko dah boleh agak kan yang mestilah express lagi cepat. So kalau nak cepat sila naik yang express. Express train pon cover je dalam pass yang aku mention tadi kecuali untuk JR Line. Owh lupa nak bagi tahu, untuk 1st and 2nd day ni aku guna Kansai Thru Pass (KTP) dulu. Osaka Amazing Pass (OAP) ni kitorang guna masa last day di Osaka. Sampai je Nara Station kitorang amik bas untuk ke Nara Park. Actually boleh jalan kaki je tapi penat la jugak sebab Nara Park ni boleh tahan besar. Bas ni tak cover oleh KTP, so kena bayar asing iaitu 210 Yen. Nak jimat jalan kaki.
|
Rusa kaki sondol. |
nice sharing
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeleteassalamualaikum.. alhamdulillah berpeluang ke jepun, insyaAllah shu pun teringin nak ke sana. :)
ReplyDeleteTerima kasih Wan
ReplyDeleteTq for the sharing..good info
ReplyDeleteTq for the sharing...good info..
ReplyDeletetq
ReplyDeleteHi Azwan, thanks for sharing.mintak halal iti. Start baca blog awak since 2016 baca trip untuk ke korea. now tengah planning untuk ke Japan pulak insyaallah. info yg awak bagi sangat membantu plusss kelakar gilaaa weyy. tqq tqq.
ReplyDeleteFR,
Thanks sebab sudi baca. hehee
Deletewelcomeee bro. ok tak suka dipanggil bro. haha. welcomeee azwan. nanti share lagi next travel ok.
DeleteHaip.... hahahaaa... InshaAllah. hehee
Delete.
ReplyDeletethanks
ReplyDeletethanks for sharing.
ReplyDeletemeans dekat osaka ke kyoto, still guna Kansai Amazing Pass kan.
@Wawa : yup.... boleh guna KTP. Kalau nak cover Osaka je better guna OAP.
ReplyDeletethanks wan!! sngt membantu
ReplyDelete@azri : Welcome :)
ReplyDeleteCun
ReplyDeletetq. Done download your iti :)
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeleteterima kasih utk iti ��
ReplyDeleteThanks for the itinerary :)
ReplyDelete