Trip 7 hari ke Seoul, Korea - Misi Memburu Sakura

Assalamalaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog aku. Yang tak baca pon ade sebab tengok gambar je... Pastu mula la drop komen mintak aku email itinerari. padahal aku dah bag link untuk download kat atas tu. Hehe... It's okay... Biasa la, bukan semua orang rajin macam aku. :p Entry kali ni aku nak ceritakan pasal trip aku ke Seoul plak pada 10-16 April 2016. Trip nie lebih kepada nak promote diri sikit sebab trip kali ni aku jadi guide bagi dua orang je iaitu Kak Em dan Husband. Seperti yang aku iklankan dalam entry sebelum ni, aku ade buat freelance as a guide ke Korea. Soal harga dan maklumat berkaitan servis ni boleh whatsapp/sms aku ke no ni 0179104092(Azwan).

Kiranya Kak Em dan Husband ni adalah 1st customer aku bawak sendiri-sendiri iaitu bukan diupah melalui agen. Ape bezanya servis yang aku offer dengan menggunakan agen sebelum ni? Untuk trip kali ni, peserta hanya bayar guide's fee je pada aku. Segala ground kos seperti makanan, penginapan dan pengangkutan akan dibayar sendiri oleh peserta tapi akan diselia oleh aku. Gitteww..... Hahaha.... Maksud aku, bayaran tu tak include penginapan, makanan dan dll. Actually lagi jimat macam ni sebab aku akan advice korang tempat mana nak stay dengan kos bajet dan kat mana nak makan tanpa aku mark up seringgit pon dari harga makanan tu. Ko order dan ko bayar, tapi aku akan bawak ko ke kedai makan tu yakni sangat berpatutan dan sesuai dengan bajet trip. Kalau nak shopping plak, aku akan bawak korang ke tempat-tempat yang bersesuai untuk beli barang yang korang nak cari. Paling penting, itinerari boleh custom made tapi dengan persetujuan antara dua pihak. Best tak? Tak best jugak? Kalau tak best jugak, korang layan cerita kat bawah ni dulu. Hehehe..... 

Gambar kat atas ni ialah Kak Em dan Husband iaitu Abang Din. Dorang ni la yang jadi model aku selama 7 hari untuk sesi photography syok sendiri. Kak Em ni aku tak kenal pon sebenarnya, tapi hasil dari baca blog aku pastu dia beranikan diri untuk whatsapp aku pasal servis yang aku offer ni. Deal melalui whatsapp je dan pertama kali jumpa pon masa kat airport untuk fly ke Seoul.  Hehehe.... Dan yang kelakarnya, si Husband plak tak berminat pon nak ke Korea sebab katanya dia lagi teringin nak ke Jepun. Disebabkan wife insist jugak nak pergi Seoul sebab nak tengok sakura, so terpaksa la ikut sekali. Muka keras je masa nak bergambar bawah pokok sakura. Hahaha..... Gambar sakura kat atas ni berdekatan dengan penginapan yang kitorang stay. Kebetulan masa sampai ni, bunga masih berkembang walaupun dah nampak-nampak tanda untuk mula gugur.

First tempat yang Kak Em request ialah nak pergi Youeido Park untuk tengok sakura kat sana. Tiap kali whatsapp aku, mesti pesan suruh cek bila tarikh festival dan camna nak pergi ke tempat ni. Haha... Kalau tengok forecast, festival bunga sakura di Youeido ni bermula pada 1 - 10 April 2016. Kiranya hari kitorang sampai ni adalah hari terakhir festival tu.  Lepas drop luggage kat guesthouse, terus proceed ke Youiedo Park. Mulanya aku plan untuk ke Jamsil, sebab permandangan pokok-pokok sakura kat sana lagi lawa tapi disebakan Jamsil tu agak jauh dari tempat kitorang menginap, so kitorang proceed ke Youeido Park terus.


Disebabkan entry ni teramat panjang sekali gamaknya, so aku kurangkan sikit gambar sebab nanti abes quota internet phone ko. Baik tak aku? Hahaa..... Nak ke sini senang je, Ko amik Subway Line 5, stop kat Youeido Station dan kuar Exit 3. Jalan terus je sampai ko jumpa Youeido Park tu. Berdekatan ngan Youeido Park ni, korang boleh nampak bangunan KBS iaitu sebuah stesen  TV kat Korea. Geng-geng yang minat tengok Korea ni mesti tahu, kalau kat astro channel 392. Untuk untuk view sakura macam kat atas ni, betul-betul sebelah bangunan KBS tu. Masa kitorang sampai ni, tengah berlangsungnya rakaman untuk radio ape ntah, dan ade la beberapa orang artis Korea yang dijemput. Sempat la lambai-lambai kat cermin. Famous la jugak artis tu sebab pernah dijemput dalam Running Man, tapi aku lupa apa nama.

Dah nama pon datang musim bunga. So gambar mestilah la berkonsepkan bunga setaman. Haha.... Lokasi : Ewha Woman's University.
Disebabkan trip ni ialah selama 7 hari, so banyak jugak tempat baru yang dorang request untuk pergi dan kena bawak sebab sebelum ni paling lama pon aku pergi 5 hari. Antara tempat yang kitorang pergi ialah Insa-dong, Myeong-dong, Dongdaemun, Namdaemun, Kwanjang Market, Chongyechong Stream, Gwanhwamun Square, Geonbokgung Palace, Everland, Haneul Park, Youeido Park, Nami Island, I-Park Yangsan dan lain-lain. Jadinya tempat-tempat ni bergantung kepada korang. If tempat tu jauh sangat, so kena la inform awal-awal so that aku boleh rangka itinerari yang bersesuaian.

 
Tangga nak naik ke Haneul Park iaitu 291 anak tangga. Tangga kat Batu cave spon baru 272 anak tangga. Amacam? hehe...
Since trip ni consider as private trip so dorang ni tak terikat dengan masa sangat. Aku akan advice dorang pukul brape untuk berkumpul di guesthouse tapi if dorang request nak gerak lewat sikit, so aku akan adjust time allocation untuk setiap tempat. Walaupun tak dapat nak cover dalam satu hari, tapi inshaAllah akan dapat cover dalam tempoh 7 hari tu. Alhamdulillah, kesemua tempat yang aku listkan dalam itinerari sempat kitorang pergi. Siap tambah beberapa tempat yang main redah last minute. hehee....

Musim bunga ke musim kemarau ni?

Untuk beberapa hari di awal trip ni memang tujuan kitorang untuk memburu sakura. So semua tempat yang pergi adalah tempat yang dijangkakan ade pokok sakura. Last-last sampai hari ke-3 dan seterusnya, naik jemu tengok bunga sakura. Hahaa.... Sakura ni plak ade banyak-banyak jenis. Ade yang putih, ade yang pink cair dan pink pekat. Since sekarang ni musim bunga, selain sakura ade banyak lagi pokok-pokok lain yang start mengeluarkan bunga. Mostly memang cantik dan jarang aku jumpa kat Malaysia. Time kat Everland plak, dipenuhi dengan bunga-bunga tulip. Siyes lawa giler wa cakap lu..... 


Salah satu fakta menarik yang aku suka pasal Korea ni ialah negara dorang ni penuh dengan taman. Taman-taman ni pulak bukan taman biasa ko tengok kat Malaysia, biasanya lengkap dengan fasiliti dan dihiasi dengan sangat lawa. Dengan cuaca yang sejuk, memang ko rasa setiap hari nak bersenam kat taman.

Di salah satu taman berdekatan Seoul World Cup Stadium.

Untuk entry kali ni, aku takde nak cerita mengenai direction and cara nak ke tempat-tempat ni sebab banyak dah aku cerita dalam entry sebelum ni. Atau nak senang, download je itinerari aku bagi tu. If ade pertanyaan, boleh drop komen aku mesej kat FB atau no aku bagi di atas. Aku ni nampak ke macam jenis makan orang, tapi baik je sebenarnya. hehee.... Selain tempat-tempat tak pernah dilawat orang, mesti la kena singgah tempat-tempat wajib antaranya Nami Island. Aku tak tahu la ape yang menarik sangat pasal Nami Island ni. Bagi aku tak de lah best sangat kecuali musim luruh. Musim-musim lain macam biasa-biasa je permandangan kat sini.Tapi time autumn siyes lawa giler baq ang. Haha...... Nah tempek sikit gambar kat nami di bawah ni.




Selain nak tengok Sakura, pasangan ni request untuk ke Everland. So ke Everland lagi kita kali ni. Kak Em ni jenis tak suka sangat main permainan Extreme. So terpaksa la aku teman Abang Din untuk main segala permainan yang nak terkeluar segala usus perut kat Everland tu. Since kat Everland ni memang xde dijual makanan yang certified Halal, so makanan kitorang tapau siap-siap dari guesthouse. Yang best kat Everland time ni ialah bunga tulip senang berkembang mekar menghiasi segenap taman astakona... Haha..... Sila jelous tengok gambar dibawah. :p










T-Express yang MUST TRY!!
Everland jugak merupakan salah satu tempat yang sesuai sekiranya korang nak tengok bunga sakura.
Selain Nami Island tempat yang korang wajib pergi, jangan lupa untuk ke salah satu palace yang terdapat di Seoul sama ada Gyeonbokgung atau Cheongdokgung Palace. Trip kali ni dorang pilih untuk ke Gyeongbokgung Palace. Sebelum ni aku lebih suke ke Changdokgung Palace sebab kecik skit berbading Changdokgung. Maklumlah aku ni spesis tak minat sejarah, so kalau boleh duduk kat main entrance je. Hahaha......



 
 Actually, tempat-tempat menarik kat Seoul ni kebanyakannya tak jauh mana pon. Korang boleh jalan kaki je dari satu tempat ke satu tempat. Contohnya dari Gyeonbokgung Palace, korang boleh ke Gwanhwamun Square, Cheongyechong Stream, Buckhon Hanok Village, Insadong, dan Chondokgung Palace. After kitornag ke  Gyeonbokgung Palace, kitorang proceed ke tempat-tempat lain dengan berjalan kaki sebab nak jimat walaupun kaki dah macam nak tercabut time tu. Hehehe....

 
Chongyechong Stream. Better kalau nak datang sini, datang time malam. Lawa la sikit sebab akan dihiasi dengan lampu-lampu.

Kalau korang cari tempat untuk korang spend pada waktu malam plak, korang boleh ke mana-mana shopping street seperti Insa-dong, Myeon-dong, Dongdaemun atau pon kawasan-kawasan sepert Hongdae atau Ehwa Woman's universiti. Aku suka night life kat Hongdae sebab situ ramai budak-budak yang buat street performance macam berjoget, menyanyi dan macam-macam la. Actually dorang gigih menari tepi jalan ni dengan harapan nanti akan ade producer atau agen-agen yang nampak bakat dorang ni dan terus amik dorang jadi artis Kpop. Hehe.... Dekat Hongdae jugak ade Trick Eyes Museum. Tapi bagi aku tak berbaloi pon masuk musium ni sebab tak menarik langsung bagi aku. Selain sejarah, aku juga adalah spesis tak minat museum dan stadium. hahaha.....


 
Bunga rose yang dilampukan di Dongdaemun History & Culture Park.
Dan last skali..... Tak Korea la kalau tak pergi Namsan Tower. hehe..... Aku prefer pergi Namsan Tower ni waktu malam sebab suka tengok lampu-lampu di bandar Seoul. Tapi since hari tu kitorang dah settle awal untuk cover tempat lain, so terus gerak ke Namsan Tower.

Bunga-bunga sakura sekitar bukit di sekitar Namsan Tower.
Bye-bye Anyeong......
Oh last but not least..... Sebelum balik, si husband yang beriya-iya taknak datang Korea pada awalnya tu tetiba rasa macam tak nak balik dan nak stay kat Korea. Hahhaa......So korang yang tak pernah pergi Korea, cepat kumpul duit datang sini. :)


Oh by the way... After balik Trip ni, Kak Em maklumkan yang die disahkan pregnant. Patutla masa kat airport tu, GA asyik tanya, pregnant ke? hahaa..... Tahniah Kak Em. :)

Jinhae Gunhangje Festival - Festival Bunga Sakura di Busan, Korea

Assalamualaikum…. FYI minggu lepas aku baru je balik dari Seoul, dan minggu sebelum tu pulak aku ke Busan. Kiranya gap antara dua trip nie memang agak dekat sebab after balik je Busan, then aku kena masuk kelas balik untuk satu minggu then pergi Seoul pulak selama 7 hari. Both trip ni adalah fully sponsored sebab aku dibawa as a tour guide. Untuk trip ke Busan, aku dtugaskan untuk bawak seramai 22 orang. Dan untuk trip Seoul pulak 2 orang je iaitu Husband and Wife. Disebabkan aku nie busy yang teramat sangat, so dalam entry kali ni aku nak cerita pasal pemburuan sakura di Busan dan Seoul tempoh hari. Di Busan kitorang sempat ke Jinhae Gunhangje Festival, manakala di Seoul plak kitorang ke Youeido Park. Memang tak mampu la aku nak menaip part by part atau day by day macam trip sebelum ni. Lagi pon mostly tempat yang dilawati adalah tempat yang sama kecuali semasa di Seoul disebabkan trip tu 7 hari dan banyak masa untuk explore tempat-tempat lain.

30 mac – 3 April 2016 : Trip Ke Busan ni dianggotai oleh 22 orang peserta yang rata-ratanya tidak mengenali antara satu sama lain. Trip ni, aku dibayar oleh syarikat Ez Kembara Sdn Bhd untuk menjadi guide dorang. Yang bestnya pasal trip ni ialah, trip berkonsepkan Backpacker Style. So perjalanan yang diatur seolah dorang ni join trip yang biasa aku arrange dengan member-member yang lain. Menggunakan pengangkutan awam dan menginap di guesthouse. Sebelum pilih tarikh ni, aku memang dah bajet untuk pilih tarikh yang bersempena dengan festival bunga sakura di Jinhae. After tengok forecast, memang tarikh yang aku pilih tu kena pada tarikh Jinhae Gunhangje Festival iaitu 1 – 10 April 2016. Tahun lepas aku sempat pergi waktu hari last festival je, so kali ni sempat merasa permulaan sambutan festival kat Jinhae ni. Siyesly, view pada permulaan dan hujung festival ni sangat-sangat jauh beza. 

Untuk direction nak ke sini, korang boleh refer previous entry aku pasal festival ni yang aku pergi tahun lepas. Klik SINI.  Tak macam yang aku pergi tahun lepas, nak naik bas pon kena beratur panjang giler sebab hari yang kitorang pergi ni ialah hari minggu so lagi ramai orang yang nak kesana. Dalam 45 minit jugak beratur then barulah kitorang dapat naik bas. Perjalan dari Seobu Bas Station nak ke Jinhae ni mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dah la ramai manusia dalam bas, sampai berpeluh-peluh ketiak nak tunggu sampai.

Inilah rupa-rupa peserta yang join trip ke Busan. Semua terbaik dan macam dah lama kenal. Hehe....
Sampai je di Stesen Bas Jinhae, ingatkan nak tahan teksi untuk ke Yeojwecheon Bridge, tapi semua teksi tak nak hantar sebab jalan jammed. Nasib baik semua peserta kental dan gigih ajak aku jalan kaki walaupun time tu rasa bersalah giler kat dorang sebab hari-hari lepas dah penat berjalan.. Hari ni terpaksa jalan kaki lagi. Boleh tahan jauh jugak dari stesen bas nak tu Yeojwecheon Bridge tu. Mungkin sebab dorang 1st time sampai, so rasa keterujaan tu membuatkan hilang rasa penat. Haha....

Sampai je kat bridge, Oh mak aiii..... rasa gilos manusia. Nak jalan pon sampai berlaga bahu. Last time aku pergi langsung tak macam ni. Nak tidur tengah jalan pon boleh, tapi kali ni memang teramat ramai gilos pelancong dan penduduk tempatan yang datang ke festival ni. Patut la masa nak naik bas beratur bukan main panjang. Sepatutnya after ke Yeojwecheon Bridge, aku berhajat untuk ke Gyeonghwa Station iaitu satu lagi tempat yang popular untuk melihat bunga sakura di Jinhae. tetapi masa amat mencemburui kitorang sebab rushing nak ke Nakdong River untuk bergambar dengan bunga canola plak.



Tarikh yang dipilih memang sangat tepat untuk tengok sakura. Sepanjang jalan dihiasi dengan bunga sakura yang tengah berkembang penuh. Untuk pengetahuan korang, bunga sakura ni tak berkembang lama. Bunga ni hanya bertahan selama seminggu je. Kemudian bunga-bunga akan mula gugur dan daun-daun mula keluar dan akan gugur pada musim luruh dan berbunga kembali pada musim bunga tahun depan.



Sepanjang jalan nak ke Yeojwecheon Bridge tu pon korang tak kan rasa bosan sebab sepanjang jalan korang akan lalu di bawah pokok-pokok bunga sakura. Sambil jalan sambil amik gambar. Mungkin ni salah satu cara untuk korang hilangkan penat semasa berjalan. Hehe...




Sepanjang tempoh festival ni jugak, terdapat gerai-gerai jualan dan juga persembahan berjadual yang diadakan di tapak festival. So korang boleh refer page Korea Tourism untuk cek jadual persembahan sepanjang festival. Mana tahu dapat jumpa artis Kpop bagi yang gila mamat & minah Kpop. :)




Aku macam dah tak de idea nak menaip ape. So kat bawah ni korang boleh tengok gambar-gambar yang aku snap semasa ke sana. Kalau nak tengok gambar pada trip lepas, boleh klik link yang aku bagi kat atas tadi. Berbondong-bondong manusia yang datang. Nak amik gambar dicelah-celah pokok sambil feeling-feeling dilwale pon susah. haha....


 


Hiasan sepanjang stream pada tahun ni tak secantik tahun lepas. Bagi aku, tahun lepas punya lagi cantik cumanya waktu aku pergi tahun lepas, bunga sakura dah start gugur dan tak lawa macam tahun ni.







Untuk trip di Seoul aku akan cerita dalam next entry. Gazebo kat atas ni la tempat kitorang lepak untuk makan tengahari. Disebabkan Jinhae dekat pedalaman sikit, so kitorang bawak bekal siap-siap dari Guesthouse untuk makan disini. So those yang nak kesini, aku sarankan untuk tapau makanan siap-siap sebab sini susah nak cari makanan yang halal. Sape nak itinerari ke Korea boleh download dari sticky post di atas.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.