Trip Bajet ke Krabi, Thailand - 3rd and 4th Day

Sambungan untuk hari ke-3 dan ke-4 di Krabi. Hari ke-3,  hari ni awal-awal pagi kitorang dah bersiap untuk trip island hoping iaitu Ke Koh Hong, Koh Lading dan Koh Phak Bia. Pakej ni kitorang dah beli masa first day lagi. Seperti yang ak cerita sebelum ni, kitorang pilih trip ke Koh Hong ni sebab nak merasa kelainan sebab normally ramai akan akan ke Phi-phi  Island. Lepas breakfast kitorg terus tunggu di depan hostel. Boleh kata punctual jugak dorang ni sebab 8.15 pagi dorang dah sampai datang ambil kat hostel. Mula-mula ak ingatkan nak ke pulau-pulau ni cuma naik boat dari Pantai Aonang tu je, rupanya kitorang kena naik kat jeti mana ntah. Satu jam jugak perjalanan dengan menaiki bas nak ke jeti tu. Sampai tertido dalam bas nak tunggu sampai jeti. Yang kawan aku ni plak dari hostel tadi duk tahan nak terkencing. Kesian plak aku tengok. Hahaa....

Dalam 10.00 pagi kitorang sampai di jeti. Permandangan kat jeti tu pon dah lawa giler. Depan jeti ade beberapa buah pulau dan ade pelancong yang tengah berkayak. Mula-mula aku ingatkan tu la Koh Hong. Dalam hati aku dah mula membebel dah, macam x berbaloi je bayar mahal sebab dekat sangat ngan jeti. Berenang pon boleh. Haha.... 

Permandangan dari jeti untuk ke Koh Hong dll.
Speed boat yang digunakan untuk trip Koh Hong.
Lepas dah naik bot, baru aku tahu yang pulau depan tu tak de pon dalam pakej kitorang. Haha.... Sebelum gerak boatman akan bagi briefing dulu do's and don't serta tempat-tempat yang akan dilawati nanti. Brother boat tu nama die Moon, boleh tahan kelakar. Untuk pakej yang kitorang ambil ni dah termasuk makan tengahari tetapi makan pagi tak disediakan. Nasib baik kitorang dah makan pagi dulu sebelum keluar. Tapi dorang ade sediakan air mineral. Korang boleh ambil berape banyak korang nak kecuali jangan buat mandi je dah la. Hehe.....
Ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar. Haha.... Yang depan tu Presiden Kelab. :p
First pulau yang kitorang singgah ialah Koh Phak Bia iaitu 10 minit perjalanan dari jeti. Koh Phak Bia ni tak besar mana pon. Kitorang stop kat sini pon 30 minit sahaja untuk bergambar. Ikutkan nak mandi pon boleh je sebenarnya. Cuma macam tak berapa nak puas sebab masa singkat sangkat. Jadinya aktiviti kitorang kat sini ialah berselfie dan wefie sampai puas. Owh nak kena cerita jugak ni, malam sebelum kitorang nak pergi ke pulau-pulau ni, kitorang berpakat untuk beli tshirt Krabi sorang satu. Nak bagi sedondong. Macam sambut raya la plak kan. Haha.... Masa hari trip tu,  sampai Koh Phak Bia ni baru kitorang perasan baju yang kitorang beli tu dah macam baju Kelab Pencinta Alam Sekitar yang nak buat aktiviti pembersihan pulau. Hahaaa... Xpe la. Janji rare dan hipsterr. Celah mana hipster pon ak tak tahu. Hehe.... 



Lepas ke Koh Phak Bia, kitorang ke Koh Lading. 5 minit je perjalanan dari Koh Phak Bia nak ke Koh Lading. Dan kat sini kitorang stop selama satu jam. 30 minit untuk snorkeling dan 30 minit untuk makan tengahari. Mask dan life jacket disediakan. So tak perlu risau kalau ko tak pandai berenang atau lupa bawak mask. Even kalau ko teror berenang skali pon, aku sarankan ko pakai life jacket sebab penat giler nak berenang sambil bergambar. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Hahaa....

Kontinjen Renang Berirama Kelab Pencinta Alam Sekitar. Haha....
Air laut kat Koh Lading ni xde lah crystal clear atau jernih sangat pon. Ikan pon aku jumpa sekor dua je termasuk obor-obor. Pengelihatan dalam air memang sangat limited dan standard air kat Pulau Pangkor je. Bagi aku air kat Pulau Redang is clearer than here. Jauh beza. Selain snorkeling, kitorang buat acara renang berirama sambil berselfie sebab cari ikan tak jumpa. Haha.... Dah penat mandi, kitorang makan tengahari. Makanan yang disediakan ialah ayam goreng dan sayur goreng. Makanan agak kering sebab tak berkuah. Tapi habis jugak aku makan sebab lapar. Hahaa.... Pantai kat Koh Lading ni tak besar mana pon, so bila banyak bot yang singgah, nampak macam crowded skit.
 
Luna.... Adorable kid from German if I'm not mistaken.
Lepas ke Koh Lading, kitorang bergerak ke destinasi terakhir iaitu Koh Hong. Koh Hong ni dikategorikan sebagai National Park of Thailand. Jadi, sebelum sampai, boatman akan mintak korang bayar THB 300 untuk masuk ke pulau ni. So jangan lupa bawak duit extra masa nak pergi island hoping. Kan tak pasal-pasal ko kena tinggal kat pulau yang tak berpenghuni. Haha…  Kat Koh Hong ni kitorang stay selama 2 jam. Ikut suka korang la nak buat apa kat sini sebab pulau ni boleh tahan besar. Korang boleh jugle trekking, lepak minum sebab kat sini ade kedai atau nak snorkelling.  Untuk jungle trekking, korang nak jalan sesorang pon tak pe sebab trek die takde la jauh mana pon dan. 15 minutes je dah abes pusing. Koh Hong nie adalah salah satu pulau yang merupakan tempat mangsa Tsunami berlindung masa Tsunami, 26 Disember 2004.

Kat Koh Hong ni okay jugak nak snorkelling sebab air kat sini lebih jernih berbanding kat Koh Lading tapi tapi still xleh lawan air kat Pulau Redang. Ikan ade la jugak tapi tak banyak. Yang tak best, kat sini tak dibenarkan untuk bagi ikan makan. Baru nak bajet-bajet ambil gambar underwater yang dikerumuni ikan-ikan duyong. Ceih…. Memang puas la mandi kat sini sampai phone kawan aku masuk air sebab water proof casing yang die beli terkoyak. Syok sangat bergambar sampai tak perasan. Moral of the story, ko tak yah la yakin sangat water proof casing yang berharga THB 70 tu. Haha….. 

 
After dua jam, kitorang ke tempat yang terakhir iaitu Hong Lagoon. Hong Lagoon ni terletak di Koh Hong jugak. Kat sini kitorang just sight-seeing je sebab waktu kitorang sampai ni air tengah surut. Kedalaman air lebih kurang 1m, so bot hanya masuk pusing-pusing kejap lepas tu keluar. Tapi ade je pelancongan-pelancong yang tengah mandi dalam lagoon tu. Memang betul la, mostly yang ambil pakej ke Koh Hong ni ialah mat saleh dan Chinese. Orang Malaysia boleh kira ngan jari je berapa orang. 


Lepas selesai trip island hoping ni, kitorang balik hostel then terus KO sebab penat berenang. Then, malam kitorang siap-siap untuk teruskan misi kitorang iaitu ‘Food hunting’. Sebelum kitorang nak keluar, ade sorang mat saleh dari Belgium approach kitorang. Duk sembang-sembang lepas tu dia cakap nak join kitorang skali malam tu. Mula-mula aku tak tahu pon dia tu Islam, sebab pelik jugak masa nak cari kedai makan tu die ade cakap kat area pantai ade kedai halal. Tahu pulak dia pasal Halal. Rupa-rupanya dia nie Islam yang berasal dari Morocco tapi stay di Belgium. Nama die Rachid.

Malam hari ke-3 ni, kitorang makan di Bangnara Roti yang terletak betul-betul depan Fundee House. Tapi untuk makan malam, cuma ada roti canai, murtabak dan nasi goreng je. Aku sangat recommend kedai ni kalau korang teringin nak makan roti canai sebab kuah kari die sangat sedap. Bayangkan aku yang tak minat kari ni  pon boleh cakap kari kat Bangnara roti ni sangat sedap. Lagi satu, owner kedai ni memang fasih cakap Melayu. Dah la ramah.. kalau korang nak tanya pasal tempat-tempat menarik kat Krabi, boleh tanya akak owner kedai Bangnara ni. Suami die pon fasih jugak cakap Melayu. Terasa macam duk lepak Malaysia je sambil makan roti canai. Hehe…. Jangan lupa try air green tea. Selama 5 hari kat sana, aku memang order ari green tea sebab kat Malaysia biasanya air green tea nie kat kedai hipster je yang ade jual. Harga roti canai dan air green tea ialah TBH 70. Roti canai tu lebih kurang RM 5 sekeping. Haha…. Menangis dengar harga sekeping RM5. Nasib baik la si Rachid yang belanja. Be like Rachid.  Haha….

Be Like Rachid...... Makan roti canai di Bangnara.
Lepas makan, kitorang teus bergerak balik. Otw balik hostel tu, si Rachid ajak makan lagi sebab dia cakap tak kenyang makan roti tadi. So dia ajak makan kat kedai yang ade jual ikan bakar. Mula-mula kitorang singgah Bangboo Restaurant. Kalau korang jalan kat Aonang, mesti korang perasan kedai ni sebab besar giler signboard dia "BANGBOO HALAL SEAFOOD". Masa duk tanya-tanya harga ikan tu, kitorang tawar-menawar lepas tu waiter marah kitorang sebab taknak bagi diskauan, siap halau kitorang dari kedai tu. Dia cakap “You go other restaurant!” Sungguh kurang hajarrrr waiter itu. Si Rachid tu bengang giler terus ajak kitorang blah dari situ. Memang banned dan booo la restaurant Bangboo ni. Sesuai pulak ngan nama. Makanan bukan la murah sangat pon. Ceihh… kedai lain lagi murah kot. Poodahh… kalau korang baca entry aku ni, sila banned jugak restaurant ni. Haha…..

Then kitorang singgah di Lumyik Restaurant. Harga ikan bakar kat sini Cuma TBH 200 je. Semua jenis ikan THB 200 dan ko boleh pilih untuk masak ape selain dari bakar. Tapi kitorang tak order pon ikan bakar ni. Rachid sorang je yang nak sangat makan ikan bakar. Yang lain order  Phad Thai THB 60, Tom Kai Seafood THB 100, Tom Yam THB 150 dan ape lagi ntah. Kalau nak makan tom yam, jangan makan kat kedai ni sebab rasa macam singgang. Hahaha…. Makanan pon biasa-biasa je…. Dan lagi sekali Rachid yang belanja. Dah la mahal. Hampir RM100 total makanan yang kitorang makan. And again, Be Like Rachid. Haha… Semoga murah rezeki Rachid. Banyak jugak la sembang ngan Rachid malam tu, dari cerita pasal hal keluarga, sampai la soal agama. Kadang-kadang soalan yang dia tanya memeningkan jugak tapi layan je la. Hahaa…..  

Lepas makan ingatkan nak pergi massage tapi masing-masing dah penat. Balik bilik terus lentok. Sepatutnya, kitorang plan nak ambil pakej ke Emerald Pool untuk hari ke-4. Harga pakej yang kitorang dapat ialah THB 600 untuk ke emerald pool dan hot spring. Tapi tengok pada bajet macam tak cukup so kitorang decide untuk jalan-jalan sekitar Aonang je esok untuk teruskan misi ‘food hunting’. Actually ade banyak lagi tempat makan yang kitorang singgah, tapi disebabkan aku macam nak buat entry khas untuk makanan sahaja, so aku kurangkan cerita soal makanan di sini.

Hari ke-4, after breakfast kitorang tak tahu nak pergi mana. Duk fikir-fikir, last-last kitorang decide untuk sewa kereta dan pergi ke emerald pool. Kawan aku cakap “Tak Krabi la kalau tak pergi Emerald Pool”. Haha… Sape yang gtaw die ntah statement ni. So kitorang pon cari kedai yang sewa kereta. Kitorang sewa Honda CRV satu hari THB 1500. Padahal kitorang nak guna untuk separuh hari tapi dorang hanya sewakan untuk satu hari je. Dorang akan bagi kereta yang dah diisi minyak penuh dan bila hantar pon make sure minyak penuh jugak. Untuk sewa kenderaan di Thailand, korang kena cagarkan Passport korang. Meaning penyewa kena bagi passport pada yang bagi sewa tu dan akan dipulangkan after nak hantar kereta. Dulu aku ade terbaca blog sape ntah, dorang cakap ko bawak je passport korang yang dah expired untuk bagi  pada dorang. Aku pon pernah buat sebenarnya masa di Koh Samui, cumanya masa ke Krabi aku lupa nak bawak.

Sebelum gerak ke Emerald Pool, kitorang singgah Kedai Bangnara kejap untuk tapau makanan tengahari iaitu Nasi Kerabu dan Nasi Berlauk. Harga Nasi Kerabu THB45, kalau nak tambah ayam, tmabah lagi THB25 dan Nasi Berlauk pulak THB50. Boleh tahan sedap nasi kerabu akak Bangnara ni. Mula-mula ingatkan nak makan kat kedai je, tapi risau dah lewat sebab kitorang decide nak pergi Emerald Pool poh dan pukul 10.00 pagi. Urusan nak sewa kereta and tapau nasi semua  tu pon dan nak pukul 12.00 tengahari.  
Jarak dari Aonang ke Emerlad Pool lebih kurang 69km. Untuk direction korang boleh waze je. Disebabkan internet yang kitorang beli masa first day tu day abes quota. So kitorang singgah Airport kejap untuk beli pass baru. Kebetulan laluan nak pergi airport dan emerald pool adalah laluan yang sama. Alang-alang dah sampai airport, sempat jugak aku singgah satu kedai makan yang memang aku aim dari first day lagi. Menu yang aku teringin nak makan ialah Tom Yam Shrimp Noodle. Superb delicious and MUST TRY. Harga TBH 70 sahaja. Padahal dah tapau kat Bangnara tadi, tapi nak jugak makan lagi. Haha…. Lepas makan terus gerak ke emerald pool.

Tom Yam Shrimp Noodles. MUST TRY!
 Lebih kurang pukul 2.30 petang , kitorang sampai di Emerald Pool. Tiket parking kereta ialah THB30. Untuk masuk Emerald Pool pulak THB200. Korang jangan confius antara Emerlad Pool dan Blue Pool sebab Emerald Pool boleh mandi tapi Blue Pool xleh mandi. Dari main entrance nak ke Emerald Pool ialah 800m. Ada dua jalan, satu lagi ialah 1400m. Korang boleh pilih nak lalu mana, tapi view untuk jalan jauh tu lagi lawa la dari yang short cut. Untuk ke Blue Pool pulak, korang kena menapak lagi 800m. Laluan ke Blue Pool hanya dibuka sehingga pukul 3.00 petang sahaja. Lewat dari tu, dorang akan tutup jalan tu. Kebetulan masa aku masuk still sempat tapi masa nak balik jalan dah ditutup. Mujur ade Pamoga. Eh.... Mujur sempat. hehehe..... Paling best sebab masa kitorang sampai tu, x ramai orang ke Blue Pool sebab dah lewat kot. So bila nak bergambar xde la serabut alam. Puas bergambar kat situ. 
Laluan untuk ke Blue Pool.
Mengikut kajian scientific, air kolam nie biru disebabkan oleh terdapatnya organisma-organisma berwarna biru yang memenuhi kolam tu tetapi tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Bawah dasar kolam tu, korang boleh lihat seolah-olah air sedang mengelegak tapi air kolam ni tak panas pon. Then, bila korang tepuk tangan, buih-buih akan muncul dari kolam tu. Xyah tepuk dalam air, ko tepuk kat atas darat je. Ajaib tak?

Blue Pool, Krabi.
Blue Pool, Krabi.
Lepas ke Blue Pool, kitorang patah balik untuk ke Emerald Pool. Plan asal memang nak mandi kat Emerald Pool tapi aku macam takde mood nak mandi time tu sebab terpisah dengan 2 orang kawan kitorang yang patah balik nak ambil barang. Ramai jugak yang mandi kat Emerald Pool, walaupun dah lewat, still ada lagi rombongan cik kiah yang sampai. Emerlad Pool ni lebih kurang kolam renang je cumanya kolam ni adalah kolam semulajadi. 

Emerald Pool, Krabi.
Masa nak balik tu, aku perkena Kerabu Maggie kat gerai depan pintu nak masuk ke Emerlad Pool, THB60. Kerabu maggie antara menu yang korang wajib try kat sana. Paling sedap yang aku makan ialah depan Masjid Aonang. Yang kat Emerald Pool ni pon sedap jugak. Dan kat Emerald Pool tu kedai Akak tu satu je yang halal. Kedai lain tu own by Non-muslim tapi dia amik pekerja muslim keje ngan dorang untuk layan dibahagian depan. Kalau korang was-was, pergi makan kat kedai akak tu je. Ade besar signboard Halal kat kedai tu. 

Sepatutnya, lepas ke Emerlad Pool kitorang nak ke Hot Spring tapi masa agak mencemburi. So kitorang terus balik hostel. Dah sampai Aonang tu, kitorang stop kejap isi minyak. Masing-masing tak tahu nak estimate banyak mana nak kena isi. Mula-mula nak isi THB50 je. Haha... Last-last kitorang cakap nak isi sampai penuh, tengok-tengok sampai THB820. Terkejut semua. Haha.... Nasib baik la share 5 orang. 

After dah hantar kereta, kitorang jalan area pantai dan lepak kedai makan iaitu Sareepah Restaurant berdekatan Fundee House. Since ni malam last kitorang, so kitorang habeskan dengan borak-borak dan mengimbau kenangan sambil korek rahsia masing-masing. Rindu giler. Haha..... Untuk makanan kat Sareepah ni, ade yang sedap ade yang biasa-biasa. Ari tu aku order Baked Prawn with Noodles. Udang je aku makan, selebihnya aku tinggal sebab noodles tu xde rase ape pon. Membazir je THB150. Malam tu kitorang tak tido sebab flight kitorang pukul 7.50 pagi. Pukul 5.00 pagi kitorang dah gerak ke Airport dengan menaiki kereta yang kitorang dah booked dengan penduduk kampung situ. Untuk airport transfer ni, mana-mana pon ade jual dan harga pon THB150 jugak tapi kitorang amik pakej yang penduduk kampung tu sebab satu kereta Fortuner tu kitorang-kitorang je. So tak perlu la nak menunggu dorang angkut banyak-banyak tempat.

As promised, untuk download itinerari Krabi klik SINI.
*itinerari ni aku buat before nak ke sana. So kalau korang tengok memang ade perbezaan dengan yang aku cerita. Korang boleh revise balik based on ape yang aku cerita kat atas dan entry sebelum ni. Buat la keje sikit baru best bila dah nampak hasil dari usaha sendiri. :) Untuk tanya ape-ape soalan, boleh drop komen.

Trip Bajet ke Krabi, Thailand - 1st & 2nd Day



Assalamualaikum…. Trip pertama aku tahun 2016 iaitu ke Krabi, Thailand. Orang cakap kalau nak start backpacking ke luar negara, wajib ke Krabi. Hehe….. Memang betul la sebab nak backacpking kat Krabi nie de la mencabar sangat dan sesuai bagi amateur atau for beginner yang baru nak try backpacking. Aku nie pon xde la backpacker tegar tapi bagi aku Krabi ni macam Malaysia je. Senang nak survive. Trip bermula 14 – 18 Februari 2016. Tiket aku dah beli dari bulan 3 tahun 2015 lagi sebab ada promo masa tu. Dapat la RM112 untuk return flight walaupun boleh dapat lagi murah sebenarnya. Kalau dah harga flight lagi murah dari harga tiket bas tu kira okay la kan?

Persediaan sama macam trip-trip sebelum ni. Segala hotel dan itinerary aku dah siapkan awal-awal supaya senang nak estimate bajet dan mana tempat nak pergi walaupun xde la follow 100% tapi at least ade planning. Flight kitorang bertolak dari KLIA2 pukul 7.20 am…. 1 jam je perjalanan untuk sampai di Krabi. Sebelum keluar airport, kami beli simcard dulu untuk aktifkan plan internet. Sebelum kuar pintu airport tu akan ade booth kecik dari 3 syarikat telco yang promote dorang punya pakej. Kami cuma beli untuk unlimited internet pass iaitu THB 100 dari Dtac. Pass ni valid selama 5 hari korang kat sana. Kira murah la jugak kan….. Yang maxis punya pon minimum RM3 satu hari guna dah abes. Malaysia ni semua benda nak mahal…… 

Untuk airport transfer lak, korang boleh beli dalam airport. Ade satu kaunter yang jual tiket bas untuk ke Aonang Beach. Korang sebut je nama hotel, nanti bas tu akan hantar sampai hotel. So tak perlu risau untuk cari direction nak ke hotel. Hotel yang aku booked kat Krabi ialah Aonang Mini Boxtel. Hostel nie xde lah murah sangat, tapi aku tertarik dengan konsep hostel yang berkotak-kotak dan ‘hispterr’. Sekarang ni semua benda nak hipster walaupun x rasional langsung harga. Haha….. Satu malam THB 550 include breakfast. Kalau tak nak include breakfast THB 490 je. Aku sarankan ko xyah amik breakfast sebab breakfast yang disediakan macam tak berbaloi je dengan kos THB 60. Baik ko pergi makanan kat kedai tepi jalan je. THB 60 boleh dapat nasi goreng cina satu.
Tempat lepak kat rooftop Aonang Mini Boxtel, Krabi.

Review Aonang Mini Boxtel (Klik SINI)

Lokasi: Sangat dekat dengan pantai (100m). Area hostel ade banyak kedai-kedai souvenir dan tempat makanan halal. Bawah hostel ade Family Mart yang buka 24 hours. Dekat jugak dengan farmasi dan Balai Polis Aonang.

Staff : Staff boleh tahan friendly tapi English x fasih sangat tapi still boleh communicate. 

Toilet : Toilet bersih tapi kat luar bilik dan share ( Toilet Lelaki & Toilet Perempuan). 

Bilik : Bilik cantik dan ade ciri-ciri privasi. Locker disediakan tapi tak de kunci, so kena bawak padlock sendiri. Cumanya yang tak best ialah mat-mat saleh ni lepas balik pantai terus masuk bilik. Lantai berpasir dan melekit dan tak selesa untuk nak buat solat. Kalau nak solat, boleh solat kat rooftop atau pergi je ke masjid berdekatan. Aircond hanya beroperasi pada pukul 3 petang hingga 9 pagi. Tengahari memang panas giler.
 
Mat saleh kepanasan sebab aircond dalam bilik ditutup. Untung la jadi mat saleh. Nak bogel pon xde sape yang kisah. haha.....

Kalau korang nak murah boleh stay Kat Fundee House iaitu THB350 satu malam, berdekatan Masjid Aonang tapi dalam 2 km dari pantai. Fundee House nie berkonsepkan dormitory, sangat bersih dan cantik. Disebabkan sorang kawan aku nak join last minute, so aku booked Fundee House ni sebab hostel kitorang dah penuh. Area Fundee House ni memang banyak kedai makanan Halal dan mostly dorang boleh cakap Melayu Pattani. Salah satu sebab kenape aku cakap Krabi ni lebih kurang Malaysia je sebab mana-mana pergi pon ramai yang tahu cakap Melayu. Xde la awkward sangat macam ayam itik kalau English ko pon macam biasa-biasa je. Hehe…..

Untuk hari pertama nie kitorang tak pergi kemana sangat sebab nak tunggu kawan kitorang lagi sorang sampai sebab die amik flight petang. Disebabkan kitorang sampai awal, so terpaksa menunggu untuk check in iaitu pukul 11.00 pagi. Lepas check in kitorang tidur dulu sampai pukul 3.00 petang sebab malam tadi tak dapat nak tidur kat KLIA2 gara-gara kesejukan tahap winter dah aku rasa.

Misi aku kali ni ialah lebih kepada Food Hunting sebab Thailand nie memang terkenal dengan makanan yang sedap-sedap. Lepas bangun, terus bersiap untuk lunch. Lunch hari ni kitorang makan di Bamboo Restaurant. Jalan kaki je dari Hostel. Harga makanan kat sini tak mahal dan tak murah. Kedai ni siap pasang lagu rock kapak Band Malaysia zaman 90-an. Dah rasa macam duk Malaysia dah. Hehe…. Makanan kat sini not bad la. Aku order Seafood Glass Noodles THB 149, Nasi Putih THB 15 dan Air Kelapa THB 60. Lain-lain menu yang kawan aku order ialah Tom Kha Ghai THB 139, Nasi Goreng THB 59. Tom Kha Ghai tu lebih kurang tom yam tapi dimasak menggunakan Susu atau Santan. Rasa tomyam yang berlemak manis. Sedap jugak…. Yang aku order tu plak macam Seafood salad tp mix ngan glass noodles. Kalau order tu, make sure order menu lain yang berkuah sebab menu tu x de kuah. Nak murah korang kongsi je ramai-ramai. Sorang order satu menu.Kalau aku rajin, nanti aku buat khas entry untuk makanan yang kitorang makan di Krabi. :)
 



Lepas makan kitorang lepak sight-seeing kat pantai je sementara tunggu kawan lagi sorang sampai. Bagi aku pantai kat Krabi nie biasa-biasa je macam pantai kat Port Dickson. Yang lawa-lawa tu ialah pantai di pulau-pulau berdekatan. Acara petang ni ialah berselfie dan bergambar beramai-ramai untuk upload kat social network sebab nak bagi kawan-kawan jelous. Typical village people kan. Hahaha……. Lepas jalan-jalan kat pantai, kami pergi survey pakej untuk island hoping plak. Ade banyak kedai tepi pantai yang offer pakej-pakej ni. Harga bergantung pada pakej mana atau pulau mana korang nak pergi. Ade yang murah ade yang mahal. Kebiasannya, ramai akan amik pakej ke Phi-phi island. Disebabkan ramai sangat pergi Phi-phi Island tu, so tak rare la kan kalau kami amik pakej ke Phi-phi jugak, so kami decide untuk ke Hong Island. Baru laaaa ‘Hipsterrrr’. Hahaha…..

Pakej yang kami beli ialah adri kedai yang ade signborad 'Tourist Information' tu. Akak yang jaga kaunter tu boleh cakap Melayu dan sangat ramah. Senang nak tawar-menawar.
Harga ke pakej Phi-phi Island yang kami dapat ialah THB 900 (+ THB 400 for National Park). Untuk Hong Island plak THB 800 (+ THB 300 for National Park). Kat Thailand ni banyak betul la National Park. Semua tempat nak pergi mesti ade National Park yang memerlukan korang bayar additional cost. Setiap National Park tu pulak tak sama harga. Sakit hati pulak kita bila dengar ada National Park. Jadi sebelum nak beli tu, korang tanya siap-siap ade hidden charge tak atau bayaran untuk national Park dah include belum. Kan tetiba terlupa bawak duit, sia-sia je kena campak kat tengah laut. Hehee….. Selain pakej ke pulau, ade lagi pakej lain seperti ke Emerald Pool, Hotspring, Tiger Cave Temple dan lain-lain. Harga bergantung mana korang nak pergi dan bargain untuk dapat lagi murah. Kitorang amik pakej tu untuk hari selasa sebab esok kitorang nak ronda pekan Krabi dengan motosikal. 
Tak cukup lagi sorang sebab belum sampai.
Lepas je kawan kitorang sampai, kitorang balik hostel dan rehat kejap sebelum makan malam. Untuk first day memag tak jalan mana sangat sebab penat overnight kat airport tak hilang lagi. Lepas maghrib kitorang keluar memburu ‘street food’ dengan menaiki motosikal yang kitorang sewa iaitu THB200 untuk satu hari. Satu mosikal boleh share dua orang untuk jimatkan lagi perbelanjaan trip korang.

Tempat yang dituju ialah kedai-kedai bersebelahan Masjid Aonang. Kat area masjid ni banyak kedai makanan Halal. Boleh kata semua yang meniaga kat situ ialah orang Islam. Makanan pon murah compare dengan restaurant yang berdekatan dengan pantai. Tapi murah tu tak la murah sangat contohnya satu gelas air teh hijau ialah THB25, Nasi Goreng THB 50. Bagi yang banyak duit tu tak terasa sangat la mahal melainkan rakyat marhaem macam aku yang masih belajar ni. Hehe…

Berdekatan masjid ni jugak ade banyak kedai souvenir yang murah-murah berbanding kedai yang dekat pantai. Baju Tshirt Krabi boleh dapat TH 100 sehelai. Lagi banyak korang beli, lagi murah boleh dapat. Lepas makan, kitorang balik hostel dan lepak kat rooftop untuk sesi merapatkan ukhwah. 

Hari kedua di Krabi kitorang just pusing area Pantai Aonang dan juga Pekan Krabi. Pagi tu lepas breakfast di hostel kami gerak ke pantai untuk tengok sunrise. Konon nak tengok sunrise tapi bangun pon dah pukul 9.00 pagi, breakfast lagi nak bersiap lagi, kuar-kuar je matahari dah terpacak atas kepala. Haha….. Sebelum ke Pekan krabi, kami jalan sekitar Pantai Aonang dulu untuk beli souvenir yang orang kirim. Risau nanti tak sempat nak beli. Aku memang xde beli souvenir untuk orang pon sebab bajet aku lebih kepada nak beli makanan. Lagi pon dah selalu sangat aku terkena, time aku pergi memang ramai mintak souvenir tapi bila turn dorang buat diam je. Hek eleh…… 


Since ade lagi yang belum breakfast, kitorng pergi makan kejap dekat kedai tepi jalan berdekatan Krabi Resort. Macam-macam makanan ade dan harga pon berpatutan jugak la. Cumanya tempat duduk sangat limited sebab kedai kecik je. Ade banyak kedai dan korang boleh pilih mana yang berkenan. 


Tengahari kitorang gerak ke Pekan Krabi. Jauh jugak pekan krabi dari Aonang Beach. Naik motosikal pon dalam 30 minutes jugak. Sampai pekan kitorang terus cari kedai makan untuk lunch. Aku lupa apa nama kedai ni tapi dari simpang 4 nak ke waterfront yang ade replica ketam tu, korang turn left dan jumpa small round about. Kedai makan ni betul-betul sebelah round about. Makanan kat sini pon sedap jugak. Makanan yang aku order ialah Tom Yam Gong ( Tom Yam Air Keruh) iaitu THB 150. Banyak jugak, cukup untuk share 5 orang. Dan Phad Ka Pau THB 50. Aku nie jenis tak reti nak describe rasa makanan tapi aku ni jenis cerewet bab rasa. Kalau aku kata sedap sangat tu maksudnya memang sedap la bagi aku. Kalau sedap atau biasa-biasa tu maksudnya ada yang lagi sedap dari tu tapi still rasanya boleh diterima.

Lepas makan, kitorang ronda-ronda jalan kaki sekitar pekan Krabi. Nak pergi pekan Krabi ni boleh waze je. Tak susah mana pon cumanya sedikit jauh dari pantai. Sepanjang perjalanan tu korang dapat tengok view-view yang sangat cantik. Tak de apa sangat pon kat Pekan Krabi ni, just small town dengan kedai-kedai yang menjual barang keperluan harian. Nak cari kedai jual souvenir pon tak jumpa. Kemudian kami stop kat waterfront kejap untuk bergambar. Tengah bergambar tu tetiba ade abang boat offer untuk trip by boat sekitar muara tu. Harga satu boat THB 400 sahaja. Bila share 5 orang, jadinya sorang THB 80 tapi tak termasuk THB 30 untuk National Park. Kan aku dah cakap, mana-mana pergi mesti ade National Park. Haha…. 

Wefie di Waterfront Pekan Krabi.
Permandangan yang cantik di muara sungai Krabi.
Trip lebih kurang satu jam, 30 minit di National Park dan 30 minutes di Koh Klang. Aku lupa apa nama National Park ni, tapi berbaloi la untuk korang singgah. Kat sini ade satu gua yang merupakan tempat tinggal manusia zaman dulu kala dan juga tempat bersembunyi tentera jepun masa zaman penjajahan dulu. Masa kitorang sampai ni dah nak dekat maghrib, masuk gua tu macam masuk rumah hantu. Seram giler…. Dalam gua tu ade pantung-pantung manusia zaman dulu dan juga tentera jepun. Boleh tahan luas jugak gua tu. Siap ade tengkorak manusia. Dah la kitorang je pelawat time tu. Bayangkan satu pulau tu hanya kami berlima je. Abang bot tunggu kat atas bot je. Seram-seram pon penuh jugak memori phone kami bergambar. Hehee….
 
Then singgah Koh Klang. Koh Klang ialah sebuah pulau yang didiami 99% orang Islam. Korang boleh pusing pulau ni dengan berjalan kaki. Pulau ni merupakan salah satu check point dalam Amazing Race. Lepas pusing satu pulau, kitorang terus bali ke Aonang balik sebab nak hantar motor. 

OTW nak ke Koh Klang
Tips sewa motosikal di Krabi : Dorang sewakan motosikal dengan minyak yang hampir kosong. So korang kena isi sendiri minyak dan make sure korang isi ikut banyak mana korang nak guna sebab dorang takkan pulangkan duit kalau korang pulangkan dengan minyak yang penuh. Malah dorang akan sedut minyak tu buat simpanan dorang. Disebabkan kitorang sendiri tak tahu nak pergi mana esok, jadi kitorang tersilap isi full tank iaitu lebih kurang THB100.

Oleh sebab kitorang ni kedekut tangkai jering, kitorang sedut balik minyak tu dan simpan dalam botol. Minyak mahal kot. Dah la 3 buah motor. Kalau satu motor kitorang halalkan je. Tu pon kena fikir dulu. ;p Yang kelakarnya, kitorang pergi sedut minyak tu sampai kering tangki. Memang kena marah la ngan owner motosikal tu. Hahaha……
aktiviti menyedut minyak giat dijalankan. Kenangan yang akan diingati sampai bila-bila.
Aktiviti sebelah malam ialah kitorang memburu makanan jalanan lagi lepas tu beli souvenir, tapi bukan aku la, dorang-dorang yang banyak duit. hehee..... Next entry untuk hari ketiga dan keempat. Aku akan share skali ngan itinerary. Tak perlu nak drop komen untuk mintak itinerary. penat nak email. :) Tapi based on cerita aku ni, korang dah boleh draft bajet dan tempat-tempat untuk nak pergi.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.