Musim Luruh di Korea - Waktu Yang Sesuai Untuk Melawat Korea

Assalamualaikum..... dan Salam Sejahtera..... Alhamdulillah, kembali lagi dengan cerita seterusnya. Actually last month, aku ke Korea lagi bersama Ez Kembara untuk bawa a group of peserta ke sana dengan konsep backpacking. Kebetulan time tu was the peak season of autumn so the view is superbly awesome giler. 

But before that, actually aku dapat banyak giler comments requesting for itinerary ke Koh Samui. Sekarang ni musim melawat Koh Samui ke? Ade jgak yang mintak itinerari ke Korea, tapi yang ke Korea nie mmg aku tak reply sbb dorang ni jenis malas membaca. Aku dah gigih buat sticky post untuk dorang download itinerary, but still mintak aku email. Kesian aku menaip panjang-panjang tapi xde orang pon nak baca. Hehehe..... Currently aku dah moved back to Shah Alam sbb sambung belajar, dan rumah sewa aku plak takde internet. Jadi, itulah sebabnya, aku x dapat nk reply email korang sepantas kilat.... 
  

Tips melawat Korea.

Post kali nie, just nak cerita how beautiful Korea is during autumn season. Actually aku dah ke Korea sebanyak 4 kali. 2 kali time autumn, 1 spring and 1 kali winter. Bagi aku spring and autumn adelah yang terbaik. But kalau ko insist nak aku pilih satu je, then aku pilih Autumn. TAPI make sure ko pergi  pada waktu yang betul la. For autumn season, waktu yang paling sesuai ialah... End of October till Mid of November. Bulan lepas aku pergi pada 8-14 November 2015. 1st autumn trip tu aku pergi awal bulan 10, so view mcm biasa-biasa je. Xde ape yang menarik sangat kecuali cuaca yang lebih nyaman dan tak terlampau sejuk.  For spring lak, waktu yang sesuai bergantung pada kawasan ko nak pergi. Let say ko nak tengok bunga Sakura, untuk Jeju, waktu paling sesuai adalah end of March, untuk Busan plak early April, dan Seoul Mid April. Sebab time tu lah bunga sakura baru nak mengembang. Tapi korang kena ingat, bunga sakura ni hanya berkembang selama 1-2 minggu sahaja. So kalau dah pergi hujung bulan tu, maybe dapat tengok daun je la.

Takde benda sangat aku nak cerita sebab mostly cerita pasal Korea ni banyak aku dah cerita dalam entry sebelum ni. So kali ni, aku just nak spam this post dengan gambar-gambar yang aku amik hari tu. Siyesly lawa giler. Lagi lawa kalau korang tengok dengan mata korang sediri.


Gambar ni di ambil di Nami Island. Kebanyakan gambar aku post ni adelah kat Nami Island, and some kat Cyeondokgung Palace. Tempat lain pon lawa, tapi aku malas nak edit. hehehe......
Sekali lagi aku nak bagi tahu, if korang nak itinerary ke Korea, sila download kat sticky post diatas. Kalau boleh, sila drop a comment sebagai tanda terima kasih. Cewahh... hehehe..... Time kitorang sampai Nami ni, lewat skit jadinya ramai lah manusia kalau datang lewat-lewat. Kalau datang awal, kurang sikit dan barulah best nak bergambar feeling-feeling macam lost in the jungle.


Yang oren merah ni ialah Maple Tree. Pokok ni mulanya warna hijau, tapi bila masuk autumn, daun akan bertukar jadi warna macam ni.



Sebelum ni, aku dah cerita macam mana nak ke Nami Island ni. Nak senang korang download je itinerary kat bawah skali lepas ruangan komen tu. Mula-mula aku letak kat atas tapi ramai yang tak perasan. So aku letak kat bawah supaya masa ko menaip, “BRO boleh email itinerary bla..bla…bla…” tu, ko perasan la link aku bagi tu. Jenuh kot aku nak email sorang-sorang. Tu belum kira yang panggil aku Bro lagi. Aku dah cakap tak suka orang panggil aku BRO tapi nak jugak panggil BRO. Kalau aku panggil ko BEDAH ko suke tak?   



Tiket masuk nak ke Nami Island ni 8000 won je termasuk feri pergi balik. Dari station Gapyeong tu korang boleh amik taxi. Satu taxi boleh share 4 orang dan tambang lebih kurang 3000-4000 won. Soal makanan HALAL, korang tak perlu risau sebab kat Nami Island ni ade kedai makanan Halal. Tapi masa kitorang pergi ni kitorang makan Nasi Goncang je. Satu nasi tu 6000 won je. Kedai nasi goncang nie terkebelakang skit. Dari bangunan yang ade surau tu, korang pusing ke sebelah kanan. Nanti korang akan perasan ade satu kedai yang berkonsepkan outdoor yang ade banyak-banyak paying.


Bagi aku makanan kat sini boleh tahan la. Nasi putih campur tuna, kimchi dan telur sebiji. Kenyang la jugak. Aku kalau pergi tempat orang, aku lagi suka makan makan tempatan dari makan makanan ala-ala middile east or Indian foods. Lepas makan, pusing satu pulau. Masa ni aku jalan sorang-sorang je sebab yang lain sibuk dengan pasangan masing-masing. First time aku pusing satu pulau tu. Berjalan kaki pulak tu. Kalau nak sewa basikal pon ada, tapi 1 jam 5,000 won. Jimat punya pasal, baik aku jalan kaki je. Penat jugak la menapak satu pulau tu. Memandangkan permandangan masa tu memang cantik giler. So aku tak terasa sangat kepenatan tu. Setiap tempat aku berhenti amik gambar. Yang tak bestnya ialah xde orang yang nak amikan gambar aku sebab tu la banyak gambar permandangan. Lagi pon kalau aku letak gambar aku kat sini, mesti korang scroll laju-laju kan? Hehehe……


 Aku ade nak buat satu announcment. Ade sesiapa yang berminat ke Korea dengan less bajet tak? Aku nak offer diri aku untuk jadi tour guide korang. 

PAKEJ BY AZWAN
Pay me RM2500 je.
Harga diatas adalah untuk kos aku sebagai tour guide je. Kos ni dah termasuk aku punya tiket flight, makanan, dan penginapan. Meaning that, korang cuma bayar aku RM2500 untuk satu trip. Tak kisah korang nak pergi berape orang. Lagi ramai so lagi murah la korang nak share. Let say korang pergi 10 orang, so sorang just spend RM250 sahaja. Aku akan guide korang dari A sampai Z untuk menjimatkan trip korang (Anggaran ground cost seorang RM1500 (5H4M) tapi depends pada mana tempat korang nak pergi).
 

For further inquiries kindly whatsapp me at 0179104092.



Autumn is a second spring where all leaves are flowers.









Untung la rumah sebelah Pulau Nami je. haha.....



That girl tengah tunggu kawan dia photoshot pasangan pengantin kat tepi tasik. Teringin nak bergambar ngan pasangan kat Nami ni. Ahakkk.... hehee

Masa kitorang sampai ni, daun-daun kuning ni dah banyak yang gugur. Tinggal pokok maple je.


 Gambar-gambar kat bawah ni adalah di Cyeondokgung Palace kecuali gambar melompat tu je di Namsangol Hanok Village.



Kalau korang datang Korea, jangan lupa singgah salah satu Istana yang ada kat Seoul ni. Sama ada Cyeondokgung atau Gyeonbokgung. Kalau ko dah penat berjalan, ko boleh masuk Cyeondokgung sebab Istana ni kecik skit kecuali kalau ko masuk skali Secret Garden. Geonbokgung ngan Cyeondokgung ni tak jauh mana pon. Ko jalan kaki pon boleh sampai. TAPI kalau korang datang masa autumn yang tengah lawa ni, disarankan sangat untuk ko masuk Secret Garden kat Cyeondokgung tu. Korang tak leh simply masuk je, korang kena beli tiket kat gate utama, lepas tu nanti masa nak masuk, akan ade guide yang bawak korang sebab dorang nak preserve betul-betul taman ni. Untuk pengetahuan korang, landskap dalam taman ni masih kekal sejak zaman pemerintahan raja dorang yang dulu-dulu tu lagi. Dorang takde ubah langsung atau tanam pokok baru kecuali pokok asal yang dah membesar.
 



Kawasan kat toilet pon lawa. :)


Untuk ke Namsan-gol Hanok Village ni, korang boleh naik subway dan stop kat Chungmuro Station sebelah je ngan Myeondong. So sebelom korang nak ke Myeondong tu, korang boleh la singgah sini kejap. Namsan-gol ni berkonsepkan muzium sbb rumah-rumah kat sini memang khas untuk tatapan pelancong. Berbeza dengan Bukchon Hanok Village sebab kat sini rumah-rumah masik didiami oleh orang tempatan. Dua-dua kampong ni aku dah pernah pergi, tapi aku lagi prefer Namsan-gol ni lagi sebab dekan ngan subway dan xde la sebesar Bukchon yang berbukit plak tu. Penat nak jalan. Hahaa….  


Belanja sikit muka tuan tanah. Hehe.....
P/s : kalau nak download itinerary ke Korea. Sila ke SINI. Dan please drop a comment kat sini before anda download. Terima kasih.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.