Kisah Aku Mula ke Luar Negara (Compilation of All Travel Entries)

Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Alhamdulillah, hari nie dah hampir ke penghujung kita berpuasa dan aku masih bertuah kerana masih ditemukan dengan bulan Ramadhan tahun ni. Teringat kenangan berpuasa di India pada tahun 2013. Hari-hari buka puasa makan nasi berlaukan kari dan sebiji telur rebus dan lauk-lauk sampingan yang lain. Pengalaman pertama berpuasa di nagara orang. 

Seperti tajuk entry kali nie, aku nak ceritakan pengalaman semasa pertama kali aku keluar negara yang menjadi penyebab aku ketagih nak ke tempat orang lagi. Dari aku lahir sampai la umur aku 20 tahun, aku tak pernah pon merasa naik kapal terbang. Walaupun rumah aku dengan Airport Kuala Terengganu sangatlah dekat dan selalu tengok kapal terbang berlegar-legar diruang angkasa. Haha..... Of course la aku teringin nak merasa naik kapal terbang. Teringat lagi dulu masa kecik, aku beriya-riya tanya kat kawan aku pengalaman dorang masa naik kapal terbang. Terbayang-bayang dah macam aku dalam kapal terbang tu. 

Masuk sekolah menengah plak, beriya-riya aku study untuk SPM kononnya nak sambung belajar kat oversea. Negara yang aku target masa tu ialah Jepun. Sampaikan aku berazam, sebelum aku mati, aku mesti nak jejak kaki ke Jepun. Tapi hangat-hangat tahi ayam je sebab aku nie bukan la spesis genius pon. Sekadar #villagepeople yang selalu mimpi sampai ke bintang. End up aku sambung belajar kat UiTM Arau je yang dah nak dekat ngan Thailand tu tapi tak pernah pon pergi Thailand.

After diploma, aku sambung degree kat UiTM Shah Alam. Rezeki aku sebab aktif sangat ngan persatuan time tu, pada tahun 2011 aku dapat join satu program ke Kemboja. Time tu masing-masing kena cari sponsor minimum RM1000. Sumpah susah giler nak cari sponsor. Gigih aku ngan kawan aku tebalkan muka ke PKNS Shah Alam untuk cari sponsor. Dari satu kedai ke satu kedai kitorang cuba approach tapi satu kedai pon tak nak bagi. Cuma ade satu kedai je tapi dia bagi hamper makanan. Terima kasih. Time tu aku dah hampir give up bila fikir bertapa susahnya nak cari sponsor. Last-last aku mesej semua no kenalan dalam phone aku untuk tanya individu-individu yang dorang kenal yang sudi ngan bagi sumbangan. Sehingga la aku jumpa seorang akak kawan aku yang baik hati sudi nak tolong aku. Alhamdulillah, aku dapat sponsor sebanyak RM1800. Terima Kasih banyak kak. Masa tu rasa macam nak nangis bila aku tengok cek RM1800 tu. Alhamdulillah, dapat jugak aku naik kapal terbang untuk ke Kemboja. 

Actually naik kapal terbang nie xde la best pon. Aku lagi suka naik bas dari naik kapal terbang sekiranya bas tu boleh sampai ke sesuatu tempat tu secepat kapal terbang. Sebab bosan giler kot naik kapal terbang. Lagi-lagi kalau pergi negara yang berjam-jam baru nak sampai. At least kalau naik bas, boleh la jugak nak tengok permandangan sekeliling. Kalau naik flight, tengok awan je la. Lagi-lagi kalau naik Airasia yang sempit sebab kaki aku nie terlebih panjang. Walaubagaimanapun aku masih berterima kasih kat Airasia sebab Airasia la aku boleh fly ke mana aku suka dengan bajet yang murah.
Pengalaman naik Remmok. Ade 21 orang dalam Remmok nie. Hanya di Kemboja. Hehee
Ceriteraku Di Kemboja - Part 3 Tempat Menarik  

Lepas ke Kemboja,  awala tahun 2012 aku ngan kawan aku plan lagi sekali untuk melawat keluarga angkat kitorang kat sana. Tapi dalam masa yang sama kitorang plan untuk masuk ke Vietnam. Alhamdulillah, first trip ke luar negara yang kitorang sendiri-sendiri plan walaupun time tu aku lebih kepada pengikut je. Hehe.... Time tu aku just bawak duit RM500 je untuk ke dua negara nie selama 5 Hari 4 Malam. Time nie dah excited dah sebab tak terikat dengan masa. Mana nak pergi ikut suka. RM500 tu dah siap boleh beli souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan. Dari trip nie la aku berani nak plan travel sendiri-sendiri sebab baru aku tahu, nak ke luar negara tak perlu duit beribu-riban pon sebenarnya.
5 orang geng aku yang ke Kemboja dan Vietnam. Lagi seorang yang ngah amik gambar.
Entries untuk trip Kemboja & Vietnam

Cerita Basi di Vietnam

Dalam tahun yang sama, aku ke Surabaya, Indonesia pulak bersama persatuan yang sama aku ke Kemboja tahun lepas. Dah nama pon program persatuan, so lawatan ke Surabaya nie penuh dengan aktiviti-aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan. Selain itu, diselit juga dengan lawatan ke tempat-tempat menarik antaranya ialah Gunung Bromo. Those yang nak ke Surabaya, aku sangat sarankan korang ke Gunung Bromo sebab permandangan kat situ memang superb.
Bergambar di Gunung Bromo. Dua dah kahwin, aku je yang single. :(
Entries untuk trip Surabaya, Indonesia

1st Day di Surabaya
2013 Plak aku berjaya mendapat tawaran untuk menjalani latihan praktikal di India. So India nie negara paling lama aku pernah pergi. Aku stay kat sana selama 4 bulan. Segala kos perbelanjaan ditanggung oleh pihak UiTM. Cumanya, before nak balik Malaysia, kitorang sempat ke a few States kat India iaitu Delhi, Mumbai dan Agra. Segala tentatif, tempat hotel, pengangkutan semua kitorang yang uruskan. Dah la time tu bulan puasa. Kat India nie la aku merasakan, betul la pepatah Melalyu, "Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri". Tapi India je la. Hahaa... Hidup kat India nie memang mencabar giler. Nak keluar berjalan pon terpaksa curi-curi keluar sebab pihak U tak benarkan. Dalam duk curi-curi keluar tu pon, sempat jugak kitorang ke Kerala semata-mata nak makan KFC. Hahaa.... Sumpah best giler bila teringat balik pengalaman di India dulu.
Mathur Aqueduct, Tamilnadu. The longest hanging through bridge in Asia. Panas giler time nie. Rupa aku pon dah macam India dah.
Entries untuk trip India

OK ke TamilNadu,INDIA?

Selepas balik ke India, aku kembali Aktif ngan persatuan. Alhamdulillah, bulan 10 tahun 2013 aku berpeluang ke Beijing. Boleh katakan, Beijing la negara yang paling aku menyampah bila aku ingat balik semua kenangan semasa aku travel ke luar negara. Sebabnya kat Beijing nie la kitorang kena tipu kaw-kaw punya. Padahal pergi FREE dah tapi aku abeskan duit hampir RM1200 semata-mata beli barang yang ntah pape. Yang paling best kat Beijing ialah pergi ke Great Wall of China. Tu je la yang aku rase best...
Bird Nest Stadium, Beijing. Design by Arup, company lama aku dulu. Tapi yang nie Arup Beijing. Haha....
 Entries untuk trip Beijing, China

Ceritera Aku di Beijing - PEERs GLOBAL  
 
 Sebab tak puas pergi Beijing, balik je Beijing, kawan aku ajak travel ke tempat lain plak. Time tu aku berdua ngan Walid je. Disebabkan nak merasa sangat main salji, so awal tahun 2014, kitorang decide nak pergi Korea. Last minute plan, Syieda ngan Anis plak yang nak join. Nie adalah trip pertama yang fully planned by aku. Dari tempahan hotel dan itinerary semua aku yang buat. Dari trip nie la aku belajar macam mana nak travel by our own ke tempat orang. Actually tak susah pon, cuma perlu banyak membaca je. Dah last minute nak pergi tu, Aman plak nak join. Alhamdulillah... trip nie jugak la aku jumpa ngan travel buddies aku untuk trip seterusnya.
Winter tapi xde salji. :(
Entries untuk trip Seoul & Busan, Korea

 
Lepas ke Korea nie... aku dah xde plan mana-mana trip lagi dah. Tapi balik je dari Korea time nie, AA ade buat promo, so aku sempat rembat 2 tiket untuk tahun 2015 iaitu ke Surat Thani dan Korea lagi sekali sebab aku teringin nak ke Jeju. Duk plan-plan nak pergi Korea lagi, tetiba persatuan aku join sebelum nie decide nak pergi Korea jugak bulan 10 tahun 2014. Meaning, belum masuk tahun 2015, skali lagi aku ke Korea iaitu pada bulan 10. Nasib baik la time aku pergi nie musim yang tak sama. Awal tahun ari tu musim sejuk, next trip musim luruh dan tahun depan musim bunga. Paling aku suka trip ke Korea bulan 10/2014 nie ialah kitorang berkesempatan ke Everland Theme Park sebab aku memang spesis yang suka main benda2x extreme macam roller coaster. :)
Siapa yang nak plan trip ke Korea, boleh contact saya. :)
Entries untuk trip Seoul, Korea

Awal tahun 2015, aku ke Koh Samui seramai 4 orang iaitu geng-geng yang sama ke Korea masa Trip Winter tahun 2014. Time nie kitorang dapat return Tix to Surat Thani hanya RM116 sahaja. Trip nie pon antara trip yang best jugak. Cumanya masa terlalu singkat sebab kitorang pergi 4 hari 3 malam je. So tak sempat nak cover banyak tempat menarik kat Koh Samui. Aku tertarik nak pergi Koh Samui sebab aku pernah tengok orang post gambar ke sana dalam FB. Thailand memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik. Koh samui nie antara salah satu pulau yang korang pastut pergi kalau nak ke Thailand. Aku spent lebih kurang RM600 je exclude flight tix. Tu pon dah beli macam souvenir untuk orang.

If korang pergi Koh Samui, jangan lupa ke Koh Angthong dan mendaki bukit nie. :)
Entries untuk trip Koh Samui, Thailand
Backpackers Trip to Koh Samui, Thailand (3rd & 4th Day) 


Bulan 4 tahun lepas tercapai jugak hajat aku untuk tengok bunga sakura. Return flight to Busan aku beli time promo RM529. At first aku pergi berdua ngan kawan aku masa praktikal India dulu, last minit plan Walid ngan Aman nak join. Banyak duit dorang nie. Aku nak pergi memana setahun plan baru dapat pergi sebab nak kumpul duit. Hahaa.... Kali nie aku pergi Jeju dan Busan. Hangus lebih kurang RM1500 untuk trip 8 hari 7 malam. Actually aku spent lebih dari tu tapi for miscellaneous things dan barang orang kirim. Kebetulan plak, company aku pon ade buat trip ke Korea. Bayar RM1200 je for all in. Tapi dah banyak kali sangat aku ke Korea, so aku decide untuk tarik diri dari company trip tu. 


 *Untuk link bagi entry trip Jeju-Busan nie boleh klik previous entry je. :)

Alhamdulillah, walaupun aku nie takde lah dari keluarga yang kaya raya, tapi aku merasa travel ke luar negara. Nak ke luar negara nie sebenarnya tak memerlukan duit banyak pon sebenarnya (For certain country) cumanya korang perlu tahu plan and buat research how to minimize cost as much as we can. Aku ade beberapa laki tiket yang belum tebus. This coming september, kalau tak xde aral, aku akan ke Perth, Australia. Tapi macam tak jadi nak pergi je. So burn la tiket aku. :( Next year plak, aku dah beli tiket ke Krabi, Thailand dan Tokyo, Jepun. InshaAllah, umur panjang dan rezeki lebih, aku nak ke Mekah dan Europe plak. :)


Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.