Trip Bajet ke Pulau Jeju (3) - Udo Island & Jeju Folk Village Museum


Hari nie, mengikut plan dalam itinerary, 1st place yang kitorang akan pergi ialah Seongsang Ilchulbong , GPS no. 7830959. Pagi tu Zul drive kereta. Keluar je GH, kitorang terus ke Ichulbong tanpa singgah mana-mana. Tak sangka hari nie ramai giler pelancong yang nak ke Ilchulbong sampaikan jalan nak masuk parking pon boleh jammed. Sampai Ilchubong, kitorang tak jadi masuk sebab tak sangka plak yang Ilchubong nie pon kena panjat tangga, tinggi plak tu. Masing-masing dah tak larat nak panjat tangga tangga dan menapak jauh-jauh sebab penat panjat gunung semalam belum hilang lagi. Kalau tahu penat macam nie, better aku plan panjat gunung masa hari last. Kitorang stop kejap je amik gambar dan blah. Tak silap aku, tiket masuk ke Ilchulbong adalah 2500 won.
Seongsang Ilchulbong. Punya la ramai umat manusia kat sini. Tetiba rasa menyesal tak masuk..
Lepas ke Ilchulbong, kitorang ke Udo Island. Ferry jetty untuk ke Udo Island nie tak jauh pon dari Ilchulbong. Lebih kurang 1.8 km je berpandukan GPS no. 7843136. Tiket feri ke Udo Island ialah 5,500 won untuk seorang. Ferry bergerak setiap 30 minit. Kitorang punya feri pagi tu ialh pukul 11 pagi. Actually, kereta pon boleh bawak masuk dalam feri tapi aku tak tahu time tu. Dah naik feri baru perasan yang kereta pon boleh angkut sekali. Kalau tak boleh round satu pula utu dengan naik kereta yang kitorang sewa tu je. Time kitorang pergi nie, angin kuat dan laut bergelombang. Pening kepala aku nak tunggu sampai Udo Island. Padahal tak de la lama mana pon. Cuma dalam 15 minit je.
Seagulls yang follow belakang feri sebab ade orang baling makanan.
Sampai je ke Udo Island, kitorang terus ke tempat sewa basikal. 3 jam untuk satu basikal ialah 10,000 won. Selain basikal, ada lagi pengangkutan lain yang disewakan i.e. ATV, dan skuter tapi memerlukan IDP. Since aku sorang je yang ada IDP, so terpaksa la amik basikal. So selama 3 jam nie kitorang pusing la satu Udo Island nie. Pulau nie xde la besar mana pon tapi 3 jam tu still x cukup sebab kitorang banyak brenti amik gambar. Kalau boleh, spend je half day kat sini. Kebetulan kitorang datang nie musim bunga sakura dan canola. Sepanjang perjalanan kat Udo Island nie dihiasi dengan bunga-bunga canola yang menguning. Sekekliling pulau nie, ada banyak tempat yang korang boleh singgah. Ada satu bukit kat pulau yang view dari atas tu memang cantik tapi seperti aku cakap tadi, kitorang dah sakit lutut untuk panjat segala jenis bukit termasuklah tangga. Terpaksalah amik gambar dari jauh je. 

Penat panjat gunung tak hilang lagi, then berbasikal plak.
Yang merah kuning tu lah kot yang dorang panggil skuter.
Ladang bunga canola.
 
 
 
Kitorang sempat singgah kat satu kedai Pak cik yang menjual makanan seperti jagung rebus, roti ikan (BungeopPang), kacang dan fish cake rebus. Satu fish cake rebus tu berharga 1000 won dan roti ikan inti kacang hitam plak 1000 won untuk 2 ketul. Since dah tengah hari, so kitorang alas perut dengan makan fish cake dan roti ikan (BungeopPang) tu je dulu. Lepas makan, kitorang berpecah, aku ngan Zul, Aman ngan Adli. 
Pak cik penjual fish cake yang tahu cakap Melayu sikit-sikit sebab pernah stay kat Indonesia.
Penduduk Jeju yang meniaga Sashimi. Satu pinggan 10,000 won. 3 slice siput, 3 slices sea cucumber dan 3 slices menatang macam pokemon tu. hahaa...

Masa pusing pulau tu, aku ternampak yang ade satu kedai sotong bakar. Dari satu blog yang aku pernah baca sebelum nie, dia ada suggest tu rasa sotong tu. Aku pon beli la satu. Sekor sotong 5000 won. Masa order tu, Ahjumma tu akan suruh ko pergi pilih sotong yang tengah tergantung tepi pantai. Lepas dah pilih, then bagi die untuk dibakar. Sotong nie rasa sotong semata-mata. Xda perasa langsung. Sedap lagi sotong bakar yang aku makan kat Itaewon dulu. Cukup la sekadar nak merasa walaupun harga boleh tahan mahal. Haha… Dah la aku sorang je yang makan, Zul rasa sikit dah xnak. Disebabkan mahal, so terpaksalah aku habiskan.
Sotong yang di jemur sebelum di bakar. Pilih je yang mana nak, nanti bagi kat Ahjumma tu suruh dia bakar.

Bukan setakat nak panjat tangga je kitorang tak larat, nak kayuh basikal pon tak larat. Setiap kali naik bukit je, kitorang tolak basikal tu. Haha…. Kitorang tak sempat nak pusing satu pulau, sebab banyak brenti amik gambar dan masa 3 jam tu tak berapa nak cukup. Aku rasa xde masalah pon kalau nak hantar basikal tu lambat sebab masa bayar tu dorang bukan ade mintak deposit atau jaminan pape pon. Ko just tinggal je basikal kat situ then blah je buat tak tahu. Hahaha…
 
 
 
 
 
 
Lepas ke Udo Island, kitorang proceed ke Jeju Folk Village Museum. GPS no. 7551976. Kali nie aku yang drive. Dari Jetty ke Udo Island nak ke Jeju Folk Village Museuem nie xde la jauh mana, dalam 19km je. Drive kat Jeju nie xde la mankutkan sangat sebab jalan kat sini lebih kurang macam highway kat Malaysia je. Jalan pon x busy kecuali sebelah petang time orang balik keje. Tapi yang paling sakit hati ialah bila drive menggunkan GPS, setiap kali korang drive melebihi speed limit, nanti GPS tu akan berbunyi bagi warning. Padahal kalau tengok local driver dorang bawak boleh tahan laju.

Lebih kurang pukul 4 petang kitorang sampai di Jeju Folk Village Museum. Tiket masuk ke Musim nie ialah 9,000 won. Nie adalah satu-satunya museum yang kitorang masuk kat Jeju nie walaupun ada banyak museum lain sebab kebanyakan tiket masuk ke museum kat sini mahal-mahal belaka ye adik-adik. So jimat duit aku yang jenis tak minat segala jenis nama museum ni sebab bila dengar museum je aku ingat subjek Sejarah yang dari dulu kini dan selamanya aku memang tak minat. Haha…. Padahl ade je museum yang xde kaitan langsung ngan sejarah. 
 
Jeju Folk Village museum nie mempamerkan sejarah hidup masyarakat Korea terutamannya masyarakat tempat di Pulau Jeju pada tahun 1890’s. Terdapat lebih kurang 117 buah rumah dan fasiliti yang digunkan pada zaman dahulu dipamerkan di sekitar kawasan museum nie. Boleh tahan jugak besar museum nie. Sebelum masuk, staff dorang akan bagi satu map. Dorang bahagikan tempat-tempat mengikut susunan nombor. Jadi korang boleh cek nombor mana yang korang dah pergi sebab setiap tempat yang berlainan nombor tu mempunyai penceritaan yang berbeza. (Tak tahu camne nak explain).

Ade satu benda je yang aku tertarik ngan cerita orang zaman dulu di Pulau Jeju nie dimana dorang bela Khinzir (Bajet polite la sikit panggil Khinzir dari panggil Babi) untuk makan tahik dorang. Dorang akan buat satu tempat khas untuk dorang melabur, dan sisa kumbahan dorang tu akan jatuh dalam kawasan Khinzir tu. So nanti Khinzir tu akan makan sisa kumbahan aka tahik tu lepas tu dorang makan Khinzir tu. Emm sedapnyaaa….. hahaa…
Skulpture orang tengah berak lepas tu si Khinzir pergi makan tahi dia.

Ade jugak lifestyle dorang nie yang sama je dengan masyarakat Malaysia pada Zaman Penjajah dulu. Xde beza sangat pon. Satu kampong tu akan ade nalayan, petani, penternak dan golongan bangsawasan. Macam biasa la, rumah geng bangsawasan nie lagi cantik dari yang bawahan. Tapi sebagai seorang Engineer (bajet-bajet je), aku tertarik dengan kaedah pembinaan sebuah rumah yang dorang gunakan pada zaman dulu walau hanya menggunkan sumber-sumber semula jadi seperti tali instead of guna paku, atap rumbia instead of atap zin, selut instead of simen dan macam-macam lagi. Permandangan sekitar kampong nie memang cantik. Susun atur rumah-rumah yang dorang pon xde la serabut sangat.
Pokok-pokok sakura yang dah mula tumbuh daun.
Setiap tempat akan ade papan tanda yang menceritakan tentang sejarah-sejarah hidup dorang termasuklah peralatan yang dorang gunakan dalam kehidupan seharian dorang. Selain itu, dorang ade sediakan permainan-permainan tradisional yang korang boleh cuba. Permainan yang paling kitorang suka main ialah baling stick dalam lubang. Aku tak tahu apa nama sebenar permainan nie tapi satu-satunya permainan yang kitorang faham macam mana nak main. Yang lain tu macam menarik tapi tak tahu cara nak main. Hahaa…
 
 

Macam biasalah, kalau ikut itinerary macam-macam tempat aku nak pergi dalam satu hari. Masa yang dihabiskan untuk bergambar je dah boleh cover satu tempat dalam satu hari. Jadi terpaksa sikit yang lain-lain. Hehe… Sebelum hantar kereta sewa, kitorang singgah kejap di Dongmun Market untuk cari souvenir. GPS No. 7523001. Dongmun market nie tak jauh pon daru GH dan tempat nak hantar kereta. Dari Dongmun Market nak ke Jeju Auto House Cuma 2.7km.

Di Dongmun Market nie, korang boleh cari barang-barang souvenir untuk diberikan pada orang tersayang. Kebanyak barang yang dijual disini ialah buah-buahan especially Hallabong, Chocolate, Food, Pakaian dan Souvenir. Since trip aku nie consider trip bajet, so aku sekadar window shopping je tanpa membeli satu benda pon. Lepas abes pusing satu market nie, kitorang terus pergi hantar kereta. Alhamdulillah, tiada charge tambahan yang dikenakan. Sebelum kitorang hantar kereta, kitorang isi minyak dulu sebab syarat hantar kereta, make sure minyak mesti penuh. Dah la minyak kat sana mahal, nasib baik la kerata tu jimat minyak, selama 3 hari perjalanan kitorang kat sana, minyak yang perlu diisi adalah sebanyak 46,000 won. Dari Jeju Auto House je GH kitorang naik meter taxi, tambang Cuma 4600 won. So far Alhamdulillah xde masalah lagi naik taxi kat Jeju nie. Xde lagi kena tipu atau bayar mahal macam pelancong asing selalu kena oleh driver taxi di Malaysia. Bukan semua macam tu tapi tak dinafikan ada yang amik kesempatan sebab aku pon pernah kena.

Pendakian Gunung Halla di Pulau Jeju, Korea.


Hari ke dua di Pulau Jeju. Hari nie kitorang plan untuk naik Hallasan. Sebuah gunung kat Jeju yang mesti pergi. Untuk naik Gunung Halla, korang boleh menggunakan beberapa trek antaranya Eorimok, Yeongsil, Seongpanak, Saraoreum, Gwaneumsa dan beberapa lagi entrance yang korang boleh pilih. Tapi kitorang pilih Eorimok sebab mengikut blog-blog yang aku baca, laluan Eorimok nie lagi mudah tapi amik masa yang lebih lama. Maklumlah semua geng-geng fit belaka so mestilah pilih apling mudah. Haha….

Sepatutnya, aku plan naik gunung nie petang sebab aku terbaca kat website visit korea (klik SINI) yang waktu mendaki pada bulan April ialah pukul 2 petang. Tapi malam tu kitorang ubah plan untuk naik pagi sebab tak tahu berapa lama yang kitorang akan amik masa untuk panjat dan turun gunung tu. Risau-risau kalau kitorang naik petang, malam baru sampai kaki gunung. Actually, Entrance to Hallasan Park dah buka se awal pukul 5.30 pagi, so xde masalah pon untuk mendaki time pagi. Setiap trail tu berbeza jarak dan waktu yang biasanya ditamatkan oleh seorang pendaki. Refer SINI.

Pagi tu, after breakfast kitorang terus ke Eorimok. Berpandukan GPS no. 7139950 kitorang selamat sampai di kaki gunung. Untuk GPS no bagi Entrance lain boleh klik website visit korea dalam pharagraph di atas. Amik  dari no yang bermula dengan 7 dan berikutnya. Tiket masuk atau senang citer ialah tiket parking kalau korang drive sendiri adalah 1000 won.Cuaca pagi tu memang sejuk giler. Macam time winter pon ade jugak. Belum sampai puncak lagi dah terasa sejuk semacam. Dekat kaki gunung pon ade FREE wifi. So sebelum naik, kitorang selfie dulu puas-puas untuk update Instagram. Hehe… Pukul 9.30 pagi kitorang start hiking. Kitorang memang xde exercise atau langsung sebelum nie. Main redah je naik. Nak kata fit tu x de la fit sangat, tapi setakat naik perlahan-lahan tu boleh la. Mak cik-mak cik tua pon boleh naik, takkan la kitorang xboleh.

**gambar-gambar dibawah diambil menggunakan iPhone 5 dan Sj5000wifi.
Permandangan dari tempat parking kereta di Eorimok.
Permandangan sekeliling sepanjang perjalanan ke puncak memang Subhanallah…. Tak tahu nak ungkap dengan kata-kata. Walaupun time aku datang nie suhu masih dalam 4dC -10dC dan kebanyakan pokok-pokok dalam hutan tu masih belum tumbuh daun tapi bagi aku memang cantik dan berbeza dengan permandangan yang aku pernah tengok sebelum nie. Jarak perjalan melalui trek Eorimok nie adalah sejauh 4.7km. Macam dekat, tapi dengan keadaan trek yang berbatu, bertangga dan bercuram, memang menguji ketahanan otot-otot kaki.


First 500m kitorang jalan skali, tapi disebabkan kaki Adli baru je lepas operate so dorang just gerak slow and steady. Aman plak jauh kedepan. Aku plak jalan je selagi larat. After 1km, masing-masing macam dah gerak sorang-sorang. Aman ke mana, Adli ngan Zul pon aku dah tak nampak kat mana. Pagi tu, tak ramai sangat hikers so terasa macam berjalan sorang-sorang dalam hutan yang berkabus tebal. Sekali-skala terjumpa dengan pendaki-pendaki lain yang berehat kepenatan. 

Keadaan trek untuk 1km pertama.
Keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang tak berdaun.
Ini adalah pengalaman pertama dalam hidup aku mendaki gunung. Sebeblum nie, setakat panjat Bukit Broga dan Bukit kat Koh Angthong tu ada la. Tupon x sampai 500m. Penat naik gunung nie memang lain macam. Dah la kaki tak pernah exercise. Trek mendaki Hallasan nie xde la susah sangat. Sepanjang jalan dibina anak-anak tangga mengunakan kayu dan batu-batu gunung berapi. Dalam perjalanan ke puncak, disediakan beberapa tempat untuk berehat. Seingat aku, aku Cuma berehat 2 kali je sebab tiap kali aku nak brenti rehat, mesti ade orang kat tempat rehat tu.
Trek berbatu. Pada setiap jarak tertentu, terdapat papan tanda yang memaparkan tarikan yang boleh dilihat di kawasan tersebut.
Selfie dulu yok..... :p
Pada ketinggian tertentu, korang boleh dapatkan minuman air bersih untuk hilangkan dahaga. Air nie adalah air dari gunung yang dibiarkan mengalir. Dorang ade bekalkan penyebok untuk memudahkan korang minum air tu. Fresh. Selepas 2.3km perjalanan, trek lebih landai dan xde dah tangga-tangga macam tangga Batu Caves tadi. So korang boleh jalan dengan santai je. Ketinggian kat sini lebih kurang 1300m tinggi dari paras laut tapi masih jauh untuk sampai ke puncak. Kebanyakan pokok kat sini adalah pokok-pokok renek dan semak-samun yang langsung tak menyemak mata memandang. Time nie cuaca memang clear dan tak berkabus macam awal pagi tadi. Walaupun trek di ketinggian 1300m nie lebih landai, tapi untuk sampai ke puncak still jauh iaitu lebih kurang 2.4km.

Trek landai untuk ke puncak.
First stop yang ade sumber air untuk diminum.
Geng-geng mak cik dan pak cik yang mendaki. Salute kat dorang sbb dah tua-tua pon still larat daki gunung.
Second stop untuk sumber air bersih.
Sebelum sampai ke puncak, dari jauh dah boleh nampak tompokan salji. Aku xde la jakun sangat time nampak salji tu sebab last trip aku pergi time winter tupon dah merasa salji. Cumanya excited jugak la sikit sebab view kat area puncak gunung tu memang sangat cantik terpaling amat. Haha… Tak tahu camne nak describe. Even gambar pon tak mampu nak tunjuk bertapa cantiknya permandangan yang mata aku nie tengok. Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke last check point, aku gerak sorang je. Belakang depan takde nampak kelibat pape pon. Kalau la ade binatang buas atau zombie ke yang muncul time tu, konpem mati kena makan time tu. Dah la kaki rasa nak cramp, sure nak lari tak sempat.
Tinggi melepasi awan.
Trek Eorimok nie banyak yang landai bila dah sampai pada ketinggian lebih dari 1.3km, tapi jarak untuk sampai ke puncak lebih jauh dari trail lain.
Mini train yang angkut makanan ke kedai di puncak.


Aku sampai puncak lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Tu pon selepas brenti amik gambar berkali-kali sebab nak update blog. Hahaha…. Sampai je last check point, ternampak Aman. Kat ketinggian 1700m nie terdapat tempat rehat, kedai makan dan toilet. Tapi kedai makan nie hanya jual Ramen which I doubt kehalalannya, Coffe, Chocolate Bar, Chocolate Pie dan abenda lagi ntah. Yang terbaik kebabomnya, atas puncak gunung nie pon ade FREE Wifi. Dasyat betul Korea nie. Kasi salute sikit. Aku dah kelaparan giler time sampai puncak tu. Walaupun aku ade bawak energy bar dan 2 keping biskut, tapi belum sempat sampai puncak, semua dah habis aku makan. If korang bawak Maggie, dan berhajat nak dapatkan air panas dari kedai tu, baik korang lupakan hajat korang sebab owner kedai tu sangat kedekut nak bagi melainkan ko beli ramen yang die jual tu. Aku beli chocolate pie yang macam chocopie tupon dah 1000won. Cukup la buat alas perut. 
Tompokan salji yang kelihatan di sekitar puncak Gunung Halla.
Lagi permandangan sebelum sampai ke puncak.
Kedai dan kawasan rehat yang terdapat di puncak.

Sementara tunggu Adli ngan Zul sampai, Aman ajak aku untuk naik lebih tinggi yang mana kitorang sendiri yang tahu jalan tu menuju ke mana. Aku pon ikut je la.

Naik, turun, naik, turun…… Last-last makin turun. Aku ingat jalan tu untuk kepuncak, rupanya nak ke entrance lain. Punya la jauh jalan, siap nampak rumah-rumah orang. Kitorang pon patah balik. Sebelum patah balik, terserempak ngan awek Korea nie, tanye la jalan nie menuju kemana. Dia punya explaination tu dah brief dah tapi sekali Bahasa Korea. Terus jadi macam ayam itik. Kitorang xnak amik risiko so kitorang patah balik. Nak tercabut kaki aku sebab dah berjalan jauh, then nak kena patah balik lalu trek sama. Tu baru nak patah balik ke tempat rehat tadi, belum lagi nak turun ke kaki gunung. Walaupun penat dan lutut pon dah bergetar, tapi sedikit pon xde rasa menyesal sebab sepanjang perjalanan sebelum kitorang patah balik tu memang cantik. Dipenuhi dengan salji dan pokok-poko yang cantik.

Salji yang masih menebal.
Menuju puncak. Bukit kat depan tu adalah puncak tertinggi di Hallasan tapi tak dibenarkan panjat. Beriya aku berjalan jauh, tengok-tengok lalu tepi je.
Trek terputus disebabkan salji tebal.
 
 
Makin kedepan, makin menurun. Last-last kitorang patah balik.
Sampai je kat tempat tadi, then nampak Adli ngan Zul tengah tunggu kat situ. Aku ingatkan dorang dah patah balik. Haha… Lepas je rehat kejap, kitorang terus turun. Masa tu plak tetiba cuaca jadi berkabus tebal dan makin sejuk. Semasa nak turun tu, tetiba kaki aku cramp. Nasib baik ade Aman, tak sia-sia amik kos Sport Recreation kat UiTM. Then kitorang jalan perlahan-lahan menuju ke kaki gunung. Selalunya, pergi terasa lama, balik terasa cepat tapi kali nie terbalik. Lama giler aku rasa nak sampai ke kaki gunung. Maybe sebab kaki dah terlampau sakit. Banyak kali jugak aku stop sebelum sampai ke tempat parking kereta. Perut pulak time tu memang mintak diisi. Aman dan Adli laju ke depan. Aku ngan Zul kat belakang sebab kaki Zul pon dah sakit. Alhamdulillah, pukul 2.30 petang, kitorang sampai ke kaki gunung. Alhamdulillah, kitorang berjaya menamatkan pendakian selama 5 jam. Sampai je bawah, ramai-ramai berlari ke toilet sebab tak tahan nak buang air akibat kesejukan. 
Batu nie la yang menjadi penanda jarak paling jauh kitorang berjalan dari Eorimok sebelum kitorang berpatah balik.
 

Turun je dari gunung, kitorang terus cari kedai makan untuk makan tengah hari walaupun dah petang. Kitorang cuma bawak bekal roti je pagi tadi. Cukup la untuk alas perut. Disebabkan terlalu penat, so kitorang berhajat untuk reward diri kitorang dengan makan besar. Kitorang cari Seafood Restauran area Jugmun Beach tapi tak jumpa. Last-last kitorang ke pantai berdekatan dengan Chonjiyeon Fall, tempat yang kitorang pergi semalam.

Kat area pantai nie, ade banyak Seafood Restauran yang hanya jual makanan berasaskan seafood. Kitorang tak pilih pon kedai mana, main singgah je sebab lapar. Ahjumma kedai ni tak tahu cakap English, so susah nak tanya dan request pelik-pelik. Masa tengah nak order tu, tetiba datang lagi sorang ahjumma yang merupakan pelanggan restaurant tu untuk tolong kitorang. Ahjumma tu tahu la sikit cakap BI tapi xde la fluent sangat. At least xde la ayam itik sangat.

Menu kitorang hari ni ialah Saesang Gui (Ikan Panggang), Maewong Tang (Fish Stew), Sashimi, dan Abalone Porridge. Saesang Gui tu harga 15,000 won. Boleh kongsi 4 orang. Maewong Tang pon boleh kongsi 4 orang sebab satu periuk besar die bagi. Harga plak 20,000 won. Sashimi tu kawan aku nak sangat makan. Satu bekas yang dalam tu ada lebih kurang 20 slices berharga 50,000 won. Aku tak tahu ikan ape yang dorang guna sampai mahal macam tu skali. Abalone Porridge tu aku order sebab orang cakap kalau dating Jeju kena try makanan ni. Harga 15,000 won tapi rasa biasa-biasa je. Moi Sup lagi sedap.





Lepas makan terus balik guesthouse sebab dah larat nak pergi memana. Sebelum kuar dari Guesthouse pagi tadi, kitorang dah catat siap-siap GPS no untuk ke GH nie. Jadi xde la macam semalam terkial-kial cari GH. Sampai bilik, rehat kejap then kitorang kuar jalan-jalan sekitar guesthouse.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.