Backpacking Trip Ke Busan, Korea - Taejongdae Park & Gukje Market


Assalamualaikum, bersambung dengan kisah pegembaraan aku ke Korea Selatan. Hari ke-5 aku di Korea iaitu di Bandar Busan. Dah lama aku nak update sebenarnya, tapi tak tahu apa masalah internet kat rumah aku nie. Tetiba xleh nak upload gambar kat Blog. Terkpaksa pergi Cyber Cafe. Membazir je RM2. Hari ke-5, after breakfast je di Suk Bak Guest House, kitorang terus ke Taejongdae Park. Breakfast pagi ni disediakan oleh Subak Guest House. Taejongdae Park nie buka seawal pukul 9.30 pagi, dan seawal itulah kitorang sampai di Taejongdae Park nie. Nak bagi tahu bertapa excited nye kitorang nak pergi tempat nie. Time kitorang sampai tu, tak ramai lagi orang yang datang ke sini. Brother yang aku jumpa di Seoul hari tu semangat suh kitorang ke Taejongdae Park nie sebab dia cakap view kat sini memang cantik. Daripada review yang aku tengok di Internet pon, ramai yang recommend untuk pergi tempat nie. Dalam itinerary aku buat pon ade aku dah masukkan untuk ke sini. So senang la sikit nak ke sini sebab aku dah cari direction siap-siap.



Directions To Taejongdae Park : From Busan Station, take Bus 88 or 101 and get off at Taejongdae (태종대). Taejongdae nie stesen last skali. Korang cakap je kat Driver Bas tu, Taejongdae…. Taejongdae banyak kali macam budak skolah nak beli aiskrim. Selagi tak dapat selagi tu cakap “Nak aiskrim nak aiskrim”. Nanti dah sampai Taejongdae tu dia akan bagi tahu. Buses bound for Taejongdae: 8, 13, 30, 88, 101. Ticket Bas : W1,200 (Kalau dari Jagalchi, sebelah stesen Nampo) Bas No. 8. Bas no.8 ni akan berhenti di Taejongdae iaitu last stop untuk trip bas ni.
Open November-February: 09:30-19:00 (Tips ke Busan)

Actually masa sampai tu kitorang nak naik Train (Danubi). Hraga tiket W 1,500. Train macam kat Zoo sebab park nie memang besar dan kalau pusing satu taman tu dengan berjalan kaki jaraknya ialah hampir 7km. Aku rasa la. Unfortunately, masa kitorang sampai tu, train tu xleh nak beroperasi sebab semalam hujan so jalan jadi licin. Nak tak nak kena la jalan kaki. Cuaca time nie xde lah sejuk sangat walaupun winter. Dalam 13̊C camtu je. Jadi xde la bermasalah sangat untuk jalan jauh-jauh dengan cuaca macam ni.

Taejongdae Park dekat dengan laut so sepanjang perjalanan tu view die memang cantik. Bukan cantik biasa-biasa je, tapi memang cantik giler. Serius puas hati datang sini. Sepanjang jalan, kitorang amik gambar je. Ade beberape tempat tu korang boleh turun sampai ke tepi pantai. Tapi nak mandi tu xleh la sebab sekarang tengah winter so air laut pon sejuk macam baru kuar dari peti ais. Air laut kat sini biru macam air laut kat pulau. Air laut kat rumah aku pon xde sebiru macam kat sini. Dalam taman nie plak ade beberapa tempat menarik yang korang boleh singgah contohnya macam Tejongsa Temple, Yeongdo Lighthouse, Observation Deck, Gumyongsa Temple dan Taewon Pebble Yard. Kalau nak senang, korang mitak je map dari Tourist Information Centre kat tempat nak beli tiket Danubi tu.

Walaupun aku pergi time winter, tapi xde rupe winter langsung. Pokok semua hijau je dah macam masuk musim bunga. Cuace pon xde la sejuk sangat.
 
Ade satu tempat tu korang boleh turun sampai ke tepi pantai. Kat bawah tu ade ahjumma yang jual makanan laut macam kat Jagalchi market. Korang boleh menjamu makanan kat situ dengan menghirup udara yang segar sambil ditiup angin bayu yang sejuk membeku. Abalone ade, ikan ade, pepancut laut ade dan macam-macam. Pepancut laut tu menatang yang macam buah naga kecik tapi warna oren kemerah-merahan tu. Aku tahu nama die pepancut laut sebab aku tengok subtitle Running Man kat Astro minggu lepas.Boleh tengok dalam entry aku yang lepas.

Ahjumma-ahjumma yang tengah duk bergosip.

Pandangan dari atas sebeblum turun ke bawah.
Kat area sini jugak ade tempat yang korang boleh naik ferry. Macam gambar kat bawah ni. Aku tak sure berapa harga tambang sebab kitorang memang tak terfikir pon nak naik. Bila ferry nie bergerak, then akan ade banyak giler seagulls yang ikut macam mengharap penumpang dalam tu akan campak makanan. Kalau nak best tu, bawaklah Cikedis bagi makan kat burung-burung yang kelaparan tu.



Bagi aku, kalau korang larat, better korang jalan kaki je dari naik Danubi sebab sepanjang perjalanan tu view die memang cantik. Aku tak menyesal pon x dapat naik Danubi sebab terasa kepuasan. Nasib baik jugak la Danubi tu tak beroperasi time tu. Jimat duit dan berbaloi-baloi. Kalau ko datang ngan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik, silalah naik Danubi tu. Sebab ko takleh main suke hati je nak tahan Danubi tengah jalan mcam tahan teksi. Ko kena patah balik sampai kat kaunter tiket dekat gate tadi tu untuk beli tiket. 


Orang Korea yang aku jumpa kat sini semua peramah. Semua nak tanya kitorang datang dari mana. Maybe sebab die tengok macam pelik kot. Ade yang gelap, ade yang cerah, ade yang sepet, ade yang mata luas. Siap ade yang tanya aku nie dari India ke? India pon India la Pak Cik. hahaa.....

View dari Observation Deck.

Dari Observation Deck nie, menapak skit je korang akan sampai ke Lighthouse. Aku rasa Lighthouse nie tempat yang paling cantik di antara yang cantik-cantik kat sini.Kat sini korang boleh turun sampai kat bawah batu-batu yang curam giler. Angin kat sini dah la kuat. Nasib baik tak terbang jer. Masa turun tu okayt lagi, tapi bila nak naik tu ya Allah. Penat giler. Dah macam naik tangga Batu Caves walaupun aku tak pernah pergi situ.









Gambar kenang-kenangan membuktikan yang aku dah sampai sini. :)


Syok sangat tengok view kat sini, kawan aku sampai tak perasan yang kad T-Money die tercicir. So terpaksa patah balik mencari tapi tak jumpa jugak. Last-last terpaksa beli baru. Lepas selesai pusing satu taman nie, kitorang pon balik Guest House dulu untuk makan tengah hari dan solat. Tengah hari tu, kitorang masak nasi dan hangatkan lauk yang kitorang bawak dari Malaysia. Siap ngan ikan gelama jeruk lagi. Nasib la kalau berbau satu guest house tu. Hahaha..... Rupanya banyak lagi makanan yang kitorang belum habiskan. Sampai terpkasa bawak balik ke Malaysia semula.

Lepas makan, solat dan rehat jap, kitorang lagi skali ke Gukje Market. Ikutkan itinerary, time tu aku just make it FREE and EASY supaya dorang nie boleh pergi memana dorang suke, tapi semua decide nak pergi Gukje Market sebab nak habiskan duit yang ade. Kitorang punya la bajet untuk hari-hari sebelum nie, tengok-tengok banyak lagi baki yang ada. Masing nak memborong souvenir. AKu pon ikut je la. Duit aku xde la banyak sangat, sebab aku banyak habiskan kat makanan masa di Seoul. Tapi cukup la untuk aku beli satu boot, W33,000, bateri Camera aku W30,000 dan sedikit souvenir utk keluarga. Duit habis tak cukup nak beli souvenir untuk kawan-kawan. SOrry la yer. :) Aku xde amik gambar semase di Gukje Market sebab masing-masing duk sibuk membeli. Tapi kat bawah nie ade a few gambar menunjukkan keindahan suasana malam di Busan.






Ingatkan after pergi Gukje Market tu, kitorang terus nak balik guest house tapi on the way nak balik tu kitorang ade nampak signboard ke Yandusang Park. Jadi kitorang pon decide nak ke situ sebab awal lagi. Bergerak la kitorang ke Yandusang Park. Sampai je kat Yandusang Park tu, tengok-tengok yang park nie sebenarnya ialah sebuah taman disekeliling Busan Tower. Mula-mula kitorang memang plan nak g Busan Tower, tapi ade yang cakap tower nie macam Namsan Tower sebab tu kitorang x nak pergi. Walaubagaimanapon, takdir menemukan kami dengan tempat nie. Lepak la kejap situ amik gambar, kemudian terus balik guest house.

Direction to Busan Tower: Subway- Nampo Station (Busan Subway Line 1), Exit 7.
Upon exiting the station, turn left onto Gwangbok-ro Street (광복로).
Go straight 160m to arrive at Yongdusan Park (escalator on the right). Observatory : ₩4,000

Malam tu balik Guest House packing-packing barang, then terus tidur. Esok tu sebelum subuh lagi kitorang terus gerak ke Airport walaupun flight pukul 10.30 pagi. Padahal tak jauh pon nak ke airport sebab kitorang takut terlewat macam 1st day we departed from LCCT. Time tu kitorang check in lambat sampai terpaksa berlari nak ke gate. 3.45 petang, selamat tiba di Malaysia.

p/s: Sape yang mahukan itinerary yang aku dah buat... Boleh ke NEWER POST. Aku ade bagi link untuk download. Sorry sebab x sempat nak email. :)

Backpacking Trip Ke Busan, Korea - Gamcheon Cultural Village & Jagalchi Market


Bye-bye Seoul. 4th Day di Korea, we proceed pengembaraan kami menuju ke Busan. Alhamdulillah hampir 90% itinerary yang aku buat semasa di Seoul berjaya diikuti kecuali Gyeongbukgung Palace je yang kitorang tak pergi. Actually banyak lagi tempat menarik di Seoul tapi disebabkan masa kitorang yang tak berapa nak lama so terpaksa la pilih yang mana dekat dan menarik. InshaaAllah 2nd trip ke Korea bakal menyusul. Perjalanan selama 2 jam 30 minit dari Seoul ke Busan. Pukul 10.30 pagi kami tiba di Busan KTX Station. Walaupun terpaksa berdiri hampir 2 jam dalam train, tapi terasa berbaloi bila dapat sampai ke Busan dan excited nak ke tempat-tempat menarik seterusnya.

Semasa di Busan kami stay di Sub Bak Guest House. Very-very-very recommended place to stay in Busan. Sub Bak Guest House nie betul-betul depan Busan KTX Station. Klik SINI untuk lihat tentang Suk Bak Guest House.Gambar-gambar yang ditunjukkan dalam website tu sebijik macam kat sana. So tiada istilah indah khabar dari rupa. Tak susah pon nak cari. Disebabkan masa 1st day sampai di Busan, kitorang dah cari dulu location Guest House nie supaya nanti senang kitorang nak pergi. Tak perlu tercari-cari. Guest House ni sangat bersih. Bilik pon selesa. Dia ade sediakan breakfast, towel dan luggage storage if korang smpai awal macam kitorang sebab check in time ialah pukul 3 petang. Owner guest house nie sangat baik dan kelakar. Even though die nie tak terror sangat cakap BI, tapi gigih nak terangkan kat kitorang cara nak pergi ke satu tempat ke satu tempat dengan cara yang agak lawak bagi aku. Siap ngan sound effect lagi. Hahaha…..

Kitorang amik dorm yang share 6 orang. Since kitorang dtg 3 laki, 2 perempuan, so masing-masing kena share dengan orang lain. But don’t worry sebab dalam bilik tu, korang akan disediakan satu loker untuk simpan barang. Korang boleh je nak campur laki dan perempuan, tp of course la kami mintak separate room. Harga untuk satu malam ₩15,000. Actually aku booking untuk satu malam je sebab ingatkan malam last tu nak tidur airport, but then kitorang decide nak stay lagi satu malam kat sini sebab harga pon xde la mahal sangat. Aku book hotel nie melalui booking.com. At first aku book untuk 5 malam sebab ingatkan x jadi pergi seoul, tapi aku cancel balik. Mula-mula tu harga lain, tapi 2nd time aku booking dapat harga promo. Rezeki….. Dan yang paling best pasal guest house nie ialah sangat menyenangkan sebab korang boleh buat macam rumah korang sendiri. Owner dia akan bagi door password dan locker password untuk korang simpan kunci bilik korang. Mean korang boleh masuk dan check out bila-bila masa je tanpa perlu jumpa owner dia. If korang nak check out, just tinggal kunci dalam locker dan blah.

After lunch dan solat, kitorang proceed ke Gamcheon Cultural Village. First time aku tertarik nak ke tempat nie masa aku duk layan Running Man. Actually, nie adalah kawasan rumah setinggan, tapi telah diubah suai menjadi tempat perlancongan. Kedudukan kampong nie sangat strategic sebab rumah-rumah dibina di lereng-lereng bukit menghadap laut. So view kat sini memang cantik giler. 


Direction to Gamcheon Cultural Village: Toseong-dong Station (Subway), Keluar exit 6 jalan terus sampai simpang dan ke kanan. Di sebelah kanan ada hospital Busan Cancer Centre, dan di depan hospital tu akan ada bus stop. Dari bas stop ambil bas no. 2 atau 2.1 dan terus ke Gamcheon Cultural Village. Bas tu kecik je dan bayaran untuk ke sana hanya ₩ 900. Dari bas stop tu dah boleh nampak signboard "Gamcheon Cultural Village" yang terletak di sebelah kiri.


Bus akan berhenti kat laluan masuk ke Gamcheon Cultural Village, tapi better korang jalan kebelakang skit dan masuk laluan lagi satu sebelah kedai runcit sebab kat situ ade Tourist Information Centre untuk korang dapatkan map Gamcheon Cultural Village. Sangat berguna untuk dapatkan map pasal Gamcheon Cultural Village nie sebab kalau tak korang akan jadi pening macam kitorang tak tahu mana nak pergi sebab tempat nie boleh dikatakan besar jugak la. Amik masa berjam-jam kalau korang nak cover semua tempat. Lagi-lagi jenis yang setiap sudut nak amik gambar. Disebabkan kitorang dah tersalah masuk kat laluan yang lagi satu, so kitorang terpaksa menapak turun bukit dan kemudian naik balik bukit tu. Paling penat sebab kitorang terpaksa naik satu tangga yang dipanggil ‘Stairway of Stars’. Dorang bagi nama camtu sebab dorang cakap, If you climb the stair you can see the stars on your head. Boleh plak macam tu. Hahahaa….. Tangga tu memang tinggi tapi aku tak nampak pon bintang atas kepala aku. Metafora giler orang korea nie. Aku rasa macam nak ajak member-member aku yang len nie main kejar-kejar kat sini ala-ala Running Man. Tapi naik tangga pon dah mengah lagikan main kejar-kejar. Terus terbatal hasrat aku.

Pusing punya pusing,then kitorang terjumpa ngan a group backpacker dari Malaysia, students UKM kot. Ramai jugak la. Dorang nie pon baru je sampai Busan tapi dari Jeju Island. Hampehhh….. Menjelouskan betul la. Sembang-sembang, borak-borak macam dah lama kenal. Itulah orang Malaysia, perangai mak jemah dibawak sampai ke Korea. Haha….. Dah abes pusing then kitorang blah ke next place iaitu Jagalchi Market.


Jagalchi Market ialah tempat yang aku nak sangat pergi sebab kat sini ade jual benda yang nak sangat aku makan iaitu King Crab. Bukan stakat King Crab je, macam-macam seafoods ade. Yang tak pernah aku tengok seumur hidup aku pon ade jual kat sini.


Direction to Jagalchi Market : Jagalchi Market terletak berhampiran Stesen subway Jagalchi, aliran Sinpyeong Line 1. Dari Stesen Jagalchi keluar ikut Exit 10. Jalan terus sehingga simpang 4 yang ke - 2. Di simpang yang kedua, di sebelah kiri korang boleh nampak Pintu Gerbang Busan International Film Festival. Dari simpang tu korang ke kanan dan kira-kira 300 meter dari situ la Jagalchi Market. Nak senang refer SINI.
 

Tapi disebabkan aku naik bas dari Gamcheon Cultural Village untuk ke Jagalchi Market, so kitorang tak tahu mana bas tu brenti. Terpaksa la bertanya kat orang Korea. Bagi aku orang Korea kat Busan nie tak berapa nak friendly macam kat Seoul. Ingat lagi masa kat Seoul ade sorang pak cik yang tanye kitorang nak pergi mana? Masa tu kitorang nak ke Cheonggyechong Stream, then pak cik tu bawak kitorang dari kuar subway tu sampai ke persimpangan nak ke stream tu. Punya lah jauh berjalan. Pak cik tu plak jalan dah la laju. Sumpah kelakar giler. Sebelum jumpa pak cik tu lagi la lawak. Aku ade tanye kat sorang lelaki lebih kurang sebaya aku jugak la camne nak ke Cheonggyechong Stream nie. Dia bukannnya nak tunjuk direction kat aku, tapi ajar aku camne nak sebut perkataan Cheonggyechong dengan betul. Sengal giler…. Taw la lidah aku nie pelat Mat Saleh sangat.
Disebabkan kitorang tersesat sebelum sampai ke Jagalchi Market, kitorang dapat jalan-jalan tepi pantai yang view die memang cantik giler. Berbaloi....

Pasar basah sebelum sampai Jagalchi Market yang lagi basah dari pasar nie.
Sotong besar sebesar size baby baru lahir. First time aku tengok sotong besar camni. Kalau goreng celup tepung sodap nie.

Akhirnya kitorang sampai jugak di Jagalchi Market walaupun tersesat kejap sebab area situ semua macam pasar. Jagalchi Market ialah sebuah bangunan yang disediakan khas untuk menjual hasil laut yang fresh-fresh. Ikan, sotong, ketam semua hidup-hidup. Yang dah arwah pon ade gak, tapi still segar-segar. 1st floor dorang jual fresh seafood dan 2nd floor ade kedai makan yang korang boleh mintak dorang masakan atau potong buat sashimi untuk korang makan kat situ. Aim aku time tu ialah nak makan King Crab je. Memula tu kitorang singgah satu kedai yang di recommend oleh owner guest house yang kami menginap. Kononnya boleh dapat diskaun bila kami bagi name card die. Tapi tengok-tengok mahal nak mampus. Then kami blah buat bodoh je. 
Nie adalah rupe Jagalchi Market bahagian dalam. Aku teringat lagi, spec aku terjatuh dalam akuarium yang ade King Crab. Nasib baik tak kena sepit.
Makhluk nie la yang aku nak sangat makan. ALhamdulillah, dah jadi taik dah. hahaha.....



Lepas tu kitorang makan di sebuah restaurant depan Jagalchi Market. Kitorang order la King Crab Steam 40,000. Kecik je, sebab aku cakap nak yang paling murah. Seafood Stew 20,000. Dorang masak depan muke ko. Sashimi 20,000, lagi satu ape nama ntah, macam ikan masak merah, 20,000. Korang boleh mintak nasi. Free je. Total semua makanan kami ialah 100,000 bersamaan RM314.00. Kalau kat Malaysia, korang sanggup tak makan semahal tu untuk 5 orang? Hahaa…. Sashimi aka ikan mentah tu pon RM60. Yang tu kawan aku yang makan sebab aku memang tak lalu makan benda-benda mentah. Camne la dia boleh habiskan benda tu?

Seafood Stew yang ahjumman nie masak depan kitorang.
Selepas makan, kitorang ke Gukje Market. Kalau ikut plan asal, kitorang nak ke Haeundae Beach tapi tak jadi sebab akak yang kitorang jumpa kat Seoul cakap pantai tu tak cantik sangat dan skrang dalam proses renovation. Lagi pon sekrang ngah winter, so agak pelik kalau nak lepak kat tepi pantai time-time winter. Gukje Market besar jugak. Kat sini banyak jual pakaian, cenderahati dan periuk belanga macam kat Rantau Panjang. Misi kitorang kat sini ialah nak cari Vintage Shop sebab terpengaruh dengan Mad Markets TV9. Tapi sayangnya kat Vintage Shop ni banyak baju perempuan. Lepas tu kitorang menapak mencari stesen terdekat untuk balik ke Guest House. Jauh giler kitorang berjalan sebab kitorang sendiri tak tahu kat mana kitorang berada time tu. Jalan punya jalan last skali jumpa jugak. Padahal stesen tu dekat je ngan Guest House kitorang, kalau kitorang jalan skit lagi terus sampai guest house. Tapi disebabkan kitorang nie x tahu, so terpaksa la bayar 1050 untuk satu stesen yang dekat je. Subway kat Korea nie bukan ikut berape stesen yang korang lalu, tapi ikut brape jauh korang nak pergi. Mana-mana station Within 10km, harga sama je. Paling best pasal Korea ialah mana-mana tempat korang pergi, korang boleh dapat wifi FREE. Even dekat pasar ikan pon ade Wifi.
Setiap kali ke Market je kitorang mesti tak amik gambar sangat sebab masing-masing syok window shopping.
Next entry, kami ke Taejongdae Park. One of the best place should be visited in Korea. 

Backpacking Trip Ke Seoul, Korea - Bukchon Hanok Village dan Itaewon

Masih di hari ke-2 kitorang di Seoul. Lepas je ke Changdeokgung Palace, ktorang ke Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village nie dekat je ngan palace tu, jadi kitorang jalan kaki je. If korang nak senang, sebelum kuar dari palace tu, korang dapatkan maps Bukchon Hanok Village dari pegawai yang bertugas kat entrance gate palace tu. Kalau korang terlupa nak mintak, jangan risau sebab kat Bukchon Hanok Village tu sendiri ade Tourist Information Centre dan juga beberapa orang tourist guide yang tahu berbahasa omputih yang lalu lalang sepanjang jalan di perkampungan Bukchon nie.

Direction to Bukchon Hanok Village: Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2. Go straight for about 300m to arrive at Bukchon Hanok Village.

Bukchon Hanok Village nie macam perkampungan tradisonal dalam Bandar Seoul. Semua rumah kat sini dibina dengan konsep senibina lama yang unik dan cantuk-cantik. Kawasan kampung ni agak luas jugak la. Sepanjang jalan tu korang akan nampak macam-macam kedai dan tempat-tempat menarik yang korang boleh singgah. Sesetengah tempat tu korang perlu bayar untuk masuk. Just refer maps yang korang dapatkan tadi. Semua benda ade dalam tu. If korang layan drama korea, iaitu Drama Personal Taste, korang mesti perasan rumah yang menjadi lokasi pergambaran dorang yang style-style. Kalau korang dah sampai sini dan nak ke rumah tu, korang just cari rumah yang bernombor 46. Nak senang, tanya je tour guide yang bertugas kat situ. 

Antara rumah-rumah yang korang boleh lihat di Bukchon Hanok Village.

Perkampungan nie terletak di atas bukit. Korang perlu turun naik bukit untuk pusing satu kampung tu. Make sure, kalau korang nak jalan kat korea nie, seminggu sebelum nak datang, korang pergi gym dulu. Kalau fit macam aku ok la. Haha.... Tapi sebenarnya xde la penat mana pon sebab aku tahu ke'excited'kan ko tu akan membuatkan ko gigih dan hilang rasa penat walau daki Gunung Everest skali pon. Dah sampai hotel baru rasa penat. 

 



Mengikut itinerary yang aku dah buat, selepas ke Bukchon Hanok Village nie, kitorang nak ke Gyeongbukgung Palace. Palace nie pon dekat je, boleh jalan kaki dari Bukchon Hanok Village. Tapi time nie dah tengah hari dan semua orang dah kelaparan sebab kesejukan. So kitorang decide untuk terus ke Itaewon untuk lunch. Actually kitorang dan pon sampai depan Gyeongbukgung Palace, tapi semua decide xnak masuk. Maybe dorang nie pon spesis macam aku, tak suke bab-bab sejarah. So we directly procedd to Itaewon untuk lunch. If korang nak pergi ke Gyeongbukgung Palace nie. Boleh follow direction kat bawah nie.


Direction to Gyeongbukgung Palace : Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5. 9 pagi buka. Tiket ₩3,000. Nak senang, jalan kaki ke dari Changdeokgung Palace, then ke Bukchon Hanok Village, then ke Gyeongbokgung Palace. 

Itaewon, The Global Community in Seoul: Global Fashions and tempat nie famous untuk pelancong ke Korea. Banyak tempak nak shopping. Benda yang plaing best kat Itaewon ialah kat sini mudah nak dapatkan makanan Halal. Dan kat sini jugak ade sebuah masjid. Kuar exit 3 dan depan tu ade macam board yang menunjukan peta kawasan sekitar Itaewon tu. Kat situ korang boleh tengok camne nak ke Masjid. Sepanjang jalan tu, korang akan nampak bertapa banyaknya Restauran Halal. Tapi mostly makanan dari Middle East. Disebabkan kitorang dah bosan ngan makanan Middle East nie, sebab kat Malaysia pon asyik duk makan kedai pak arab je, jadi hari tu kitorang pergi makan di Muree Restauran. Dekat je ngan masjid yang kitorang nak pergi tu. Makanan kat restauran nie more kepada korean food. Dapat la merasa kimchi originally from korea. Sebelum nie duk merasa Kimchi kat Dobu-dobu dan Seoul Garden je. Tapi bagi aku kimchi kat Seoul Garden lagi best sebab yang kat Korea nie terlebih masam. Maybe yang kat Seoul Garden tu dah diubah suai mengikut citarasa orang Malaysia kot.

Directions to Itaewon: Itaewon Station, Subway Line 6. Tak kisah la exit brape pon. Janji korang kuar je dari stesen subway tu. Hehehe...

Inilah rupe masjid kat Itaewon. Wudu' amik kat luar. Dah la ngah winter, berlari-lari aku nak g amik wudu' sebab kesejukan.
Permandangan dari hadapan Masjid. Masjid nie terletak diatas bukit.
Mula-mula kitorang ingat Itaewon nie macam satu bengunan kedai yang kat dalam tu ade lot-lot kedai yang jual pakaian. Puas kitorang pusing-pusing mencari. Lepas tu kitorang tanye guide kat situ, then dorang cakap yang kawasan tu semua ialah Itaewon. Itaewon nie macam rumah kedai yang dibina disepanjang jalan kat area Itaewon tu. Bukan je kat tepi jalan, tapi celah-celah bangunan pon still ade lagi rumah-rumah kedai. Even bawah tanah pon ade kedai. Sape yang suke fashion-fashion kpop style tu boleh la datang sini. Kitorang datang sini just window shopping je sebab x masuk dalam list barang yang nak beli.

First time aku merasa strawberry yang manis. Satu bakul nie ₩20,000. Tapi aku beli satu bekas je, ₩5,000. Kalau korang pergi Korea, aku sarankan korang beli strawbeery nie. Memang rasa die terbaik. Jauh beza yang beli kat Cameron Highland.
Lepas ke Itaewon, kitorang ke Myeong-dong Market, tempat Shopping barang branded-branded. Macam biasa la, kalau datang tempat shopping-shopping nie, kitorang just window shopping je. Jejalan macam bawak duit berkepuk. Masuk kedai pusing-pusing, lepas tu kuar buat-buat macam xde yang berkenan. Kalau korang datang petang, sepanjang jalan akan ade gerai-gerai yang dibuka di celah-celah laluan berjalan kaki sepanjang Myeong-dong tu. Paling best ialah macam-macam makanan yang di jual. Masa kat sini aku sempat merasa sejenis kuih (Nama confirm aku tak tahu), yang dalamnnya ade sebiji telur rebus. Rasa memang terbaik. Satu kuih tu ₩2,000. Lagi satu ialah sotong bakar. Sotong bakar nie macam famous jugak la kat Seoul nie sebab mana-mana tempat aku pergi mesti ade. Satu plastik ₩5,000. Aku share 3 orang. Actullay masa kat Namdaemun Market aku dah beli sotong nie, tapi aku makan sorang-sorang sebab sedap sangat. Hahaa....

Directions to Myeong-dong Market:
 Myeong-dong Station (Seoul Subway Line 4), Exit 5, 6, 7, or 8. Atau Euljiro Il-ga Station (Seoul Subway Line 2), Exit 5

Dari Myeondong Market nie kitorang menapak ke Cheonggyecheon Stream. Kitorang tak perasan pon yang sebenarnya stream nie dekat je ngan hostel yang kitorang menginap. Punya la jauh kitorang berjalan kaki. Last-last, balik hostel pon jalan kaki. Stream nie panjang jugak la. Korang boleh access dari banyak station untuk ke stream nie. Apa yang membuatkan stream nie menarik ialah sepanjang stream nie dihiasi dengan lampu-lampu. Even dalam air pon ade lampu. Disebabkan kitorang dah penat menapak hari nie, so kitorang jalan skit je kat stream nie then terus balik hostel untuk makan malam.

Directions to Cheonggyecheon Stream: As the river is very long there are many starting points: Subway
Line 1: City Hall Station, Jonggak Station, Jongno 3-ga Station, Jongno 5-ga Station, Dongdaemun Station, Sinseoldong Station
Line 2: Euljiro 1-ga Station, Euljiro 3-ga Station, Euljiro 4-ga Station, Sindang Station, Sangwangsibni Station
Line 3: Jongno 3-ga Station
Line 4: Dongdaemun History & Culture Park Station
Line 5: Gwanghwamun Station Exit towards Cheonggyecheon Stream

Permandangan di Cheonggyecheon Stream.
Selesai makan malam, kitorang kemas barang sebab esok awal-awal pagi kitorang nak bertolak ke Busan dengan Korea Bullet Train, KTX. Departure time pada pukul 8.00 pagi. Kitorang dah beli tiket ke Busan pada hari yang kitorang sampai ke Seoul. Tapi sayangnya tinggal tiket berdiri je. Aku bayangkan tiket berdiri tu macam subway yang ade tempat bergayut tu, tapi rupanya  ruangan kat bahagian pembahagi antara coach tu. Tempat simpan barang dan toilet tu. Bayar punya la mahal ₩45,300. Sepanjang pejalanan selama 2 jam 30 minit tu kitorang terpaksa berdiri. Kalau penat, duduk la atas lantai. Tu pon kejap duduk, kejap berdiri sebab passengers lalu lalang nak gi toilet. Sumpah kelakar giler. Pengalaman yang takkan aku lupakan. hehe.... 30 minit before nak sampai tu, dapat jugak kitorang duduk sebab ade few passengers yang dah turun. Next entry pasal cerita kat Busan pulak.


Bye-bye Seoul.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.