Tips dan Anggaran Bajet Melancong ke Delhi, India

Salam, baru je lepas blogwalking nak cari tips ke Busan sebab aku baru je beli tiket untuk ke Busan bulan satu tahun depan. Punya la excited habaq ang sebab first time aku nak merasa salji kat negara orang (Bajet macam Malaysia pon ade salji) Eh kat iCity ade pe? Hasil dari blogwalking tu aku perasan bertapa tak kedekutnya ilmu dan perkongsian para blogger yang suke travel nie. So aku pon tetiba dengan baik hati nak kongsikan jugak tips dan harga ground untuk melancong ke Delhi, India. Actually la kan, aku dah buat lama dah benda nie cuma kekadanag terlupa dan termalas nak post. Jadi thanks la pada blogger lain sebab membuka pintu hati aku untuk share benda nie. Hehehe...

Masa
Destinasi
Pengangkutan
Harga

DELHI (Hari 1)


5.00pm
Tiba di Nizamudin Railway Station. Proceed ke Star Villa Hotel, Pahar Road yang betul-betul depan Gate 1, New Delhi Railway Station.

Check In Star Villa Hotel
Boleh muat 3 orang. Ada Wifi,TV,Café. Extra Bed tambah Rs200. Pandai Nego x yah bayar.

**Kalau boleh amik train yg stop kat New Delhi railway Station, jimat cost sbb tak perlu naik auto ke hotel. Area situ ade banyak hotel and mostly bajet hotel yang rates die Rs1000-Rs3000. Celah bangunan tu plak ade street market macam Chow Kit atau Jalan TAR.
Prepiad Auto RickShaw
Rs110/Auto



Harga Bilik
Rs1400/night
7.21pm
Dinner kat sebuah restaurant Muslim berdekatan hotel. Jarak 500 meter.
Nasi Beryani Half
Mutton Seek Kabbad
Mineral Water 1 litre

Jalan Kaki


Rs60
Rs140
Rs20
8.30pm
Jejalan kat Street Market area Pahar Road

Jalan Kaki


DELHI (Hari ke-2)


9.30am
Kitorang amik pakej Delhi Tour & Sight-seeing. Boleh pilih nak naik bas AC (Rs350) atau Non-AC (Rs250). Antara tempat yang dia bawak:-
Lakshmi Mandir Temple – Rs50
Lotus Temple – Free
Indira Gandhi Memorial – Free
Qutub Minar – Rs 250
Rajpath – Gate of India – Free
Rajghat – Free
Etc-Tempat Beli Souvenir
** Ade certain tempat yang dorang tak singgah pon. Just lalu jer. Dan tour guide die cakap Hindi. Satu ape pon tak faham. Die boleh je cakap BI. Tapi penerangan dalam bhasa Hindi sbb mostly orang die jugak yg amik pakej tu. Makan tengah hari dekat Area Qutub Minar. Since kitorang puasa, so tak tahu rates makanan kat situ.


Bas AC
Rs350


Tiket Masuk
Rs50
Free
Free
Rs250
Free
Free
6.30pm
Tamat Delhi Tour & Sight-seeing. Balik Hotel.


7.21pm
Dinner kat KFC di Cannought Place. 1km dari Hotel. Lepas dinner balik hotel. Rest.
** Harga menu KFC depends on set. Range Rs150 – Rs300 not include 20% tax.
Auto Rickshaw
Rs100/auto



DELHI (Hari ke-3)


10.00am
Siap-siap nak pg Red Fort naik Metro. Macam LRT kat KL. Stesen Metro sebelah stesen Keteapai New Delhi (ND) je.
**Dari Stesen Chandi Chowk tu kena jalan sikit sblom sampai Red Fort. Better naik Auto. Harga dalam Rs100/Auto.

Metro
-ND Station ke Chandi Chowk Station
Rs8
11.00am
Jejalan Dalam Red Fort.
**Kalau ade peserta yang macam Indian, so suh je dia belikan tiket kat Kaunter India. Dapat murah skit. Satu kepala Rs15 je. Hehee……

Jalan Kaki
Rs250
2.00pm
Proceed to Jama’ Masjid
**Masjid terbesar kat India. Boleh jalan kaki je dari Red Fort. Actually nie dah masuk Old Delhi. Kat area masjid ade macam Bazaar Islamic, banyak jual barang spt Kurta, Jubah, Celak, Baju, dan sebagainya. Murah-murah je.

**Masuk masjid x yah bayar, tapi kalau bawak kamera even phone skalipon akan di charge sebanyak Rs300. Kalau xnak bayar, gilir-gilir masuk. Suruh sebahgian jagakan kasut dan kamera.


Jalan Kaki






Rs300/Camera
4.00pm
Balik Hotel
Naik metro kat area Jama’ Masjid tu. Lupa apa nama stesen situ.
Metro
-Bazaar ke ND
Rs8
5.30pm
Pergi Pacific Mall & Dinner

Dinner kat Food Court dalam Pacific Mall.
Harga standard Food Court Mall kat Malaysia.
**Mall lebih kurang Wangsa Walk. Barang2x branded, harga pon lebih kurang Malaysia, tapi kalau datang time sale memang best sebab less up to 70%. HEAVEN. J

Metro
-ND ke Subash Nagar
Rs18

Rs300
10.00pm
Balik Hotel
Metro
-Subash Nagar ke ND
Rs18

DELHI (Hari ke-4)


12.00am
Check Out Hotel dan pergi shopping kat Cannought Place sebelum tunggu train ke Mumbai pukul 4.15pm.
**Cannought Place nie macam mall jugak tapi outdoor. Macam bangunan kedai lot tp semua kedai branded mcm Rebook, Adidas, Van Heusein, Polo, Levis, Zara, Adidas, Nike, dan macam2x lagi. Besar. Penat jalan. Bangunan berbentuk bulat macam coliseum. Kat tengah2x ade taman, boleh la lepak2x.

Auto/Jalan Kaki/Metro
Rs100/Auto
Rs8/metro
4.15pm
Proceed to Mumbai by Train.
Train Mumbai Rajdhani
Rs2871
(2nd Class AC)
TOTAL
DELHI 4 Days 3 Nights

 Kira Sendiri Boleh? hehee
 
Nie kat Red Fort. Red Fort nie lebih kurang Agra Fort kat AGra. Besar jugak. Time kitorang pergi nie hujang lebat sesangat. So macam rugi je pergi sebab tak dapat menikmati sangat tempat nie.
Masjid Jama'. Masjid terbesar kat India. Depan skit je dari Red Fort. Boleh jalan kaki je.
Nie kira macam LRT la kat Delhi. So korang boleh pergi ke mana-mana tempat menggunnkan LRT nie. Murah dan lebih selamat dari kena tipu.
Disebabkan sebelum nie pon aku dah ade kongsikan cerita pasal aku ke Agra dan Delhi nie. Dan dah banyak gambar aku tempek kat situ. Kalau nak tengok gambar-gambar tempat yang aku pergi hari tu boleh rujuk SINI.

Tips Untuk Melancong ke Beijing, China.

Okay, seperti dijanjikan, aku akan kongsikan tips dan kelengkapan yang korang patut sediakan sebelum nak travel ke Beijing, China. Lupakan sementara kes kena tipu tu. Beijing nie kira salah satu tempat yang best jugak la untuk travel tapi kena berhati-hati dan tahu selok-belok disana. Aku akan kongsikan ngan korang tips untuk membeli belah, aspek kebersihan, kelengkapan yang perlu dibawa dan makanan.

A) First skali ialah tips membeli belah sebab aku tahu memang ramai yang giler shopping. Lagi-lagi Beijing nie tempat yang heaven giler bagi kaki shopping.

1. Tukar duit siap-siap dari Malaysia sebab duit sesuatu negara tu lagi mahal kat negara sendiri berbanding negara luar.
2. Kalau ko teragak-agak nak bawak duit banyak mana. Korang boleh bawak duit Malaysia pergi sana sebab certain kedai terima duit Malaysia tapi harga akan susut la sedikit. Kalau dorang tak terima, boleh pergi money changer sana utk tukar duit.
3.Yang kaki shopping tu, better tukar duit lebih dari RM500 sebab korang akan jadi gila bila sampai sana. Macam aku. (^_~)V
4. Belajar sikit Bahasa mandarin untuk memudahkan proses haggling/bargain sebab mostly orang Cina nie x tahu Bahasa Inggeris. Tapi kalau kat Yanshow Shooping Centre ngan Silk Street OK sikit la. Ade jugak perniaga yang tahu cakap Bahasa melayu. Tu pon nasib la, kalau tak jadi itik ngan ayam.
5. Bawak kalkulator sendiri bagi memudahkan korang nak tanya harga dan tawar menawar especially bila dapat perniaga yang tak tahu cakap BI. BM apatah lagi.
6. Dorang suka letak harga tinggi-tinggi macam x capai dek akal. Tapi korang kena pandai tawar-menawar sampai dapat harga murah dan rasa berbaloi. Kalau die x nak bagi, korang buat-buat xnak beli dan lari. Nanti dia akan panggil korang balik dan tanya berapa nak. So korang stick je ngan harga yg korang nak tu dan make sure bersesuain la. Kalau time korang blah tu dia x panggil dah, maksudnya harga korang nak tu memang x rasional.
7. Jangan terpedaya ngan kata-kata dorang yg barang tu good quality la, original la sbb mostly barang dorang nie tiruan je. Made in China. h
8. Kalau x beli jangan gatal-gatal tanya sebab perniaga kat sana sangat tak peramah. Nanti sia-sia je kena maki. Tapi kalau dorang maki, blah je buat x tahu. Ayat famous dorang ialah 'CRAZY!!'
9. Kalau boleh masa kat Malaysia tukar duit yuan nilai kecil supaya senang korang nak membeli. Sebab besar kemungkinan kalau korang bayar guna duit besar, dorang akan bagi baki duit palsu terutama perniaga jalanan. Ade jugak yang bagi duit Rusia. Kalau duit Rusia pon jangan amik sebab xde nilai kat sana. 
10. Kalau dorang mitak tukar duit pon jangan bagi. Sebab nanti dia akan tukarkan dengan duit palsu. Berhati-hati dengan perniaga jalanan. Memang dorang jual barang murah-murah tapi kalau nak beli make sure bagi wang yang cukup-cukup.
11. Jangan beli kat Government Store yang travel agen bawak sebab situ harga sangat mahal dan suka menipu. Contohnya kedai Sutera, Mutiara, Jade, Kristal, Urut Kaki, Kedai Ubat, dan Kedai Tea. Tak kisah drama apa dorang buat, elakkan dari percaya dorang. Contoh kes yang berlaku rujuk SINI
12. kalau nak beli barang baru keluarkan duit. Ade sesetengah perniaga dorang rampas duit korang masa tengah tawar-mnawar.


B) Secondly, dari aspek kebersihan. Bagi aku dari aspek kebersihan persekitaran, Beijing nie Ok la jugak jika nak dibandingkan ngan KL. Tapi ade jugak certain tempat yang kotor. Soal kebersihan ade benda yang patut korang amik perhatian iaitu..

1. Toilet dorang xde air. Kalau ade pon kat Sinki je. Ko nak melabur, sila melabur kat hotel siap-siap sebelum korang keluar. Kalau tetiba sakit perut masa tengah syok duk berjalan tu, sila tahan sampai balik hotel. Kalau tak tahan sangat pandai-pandai cari alternatif sendiri.
2. Sila bawa botol kosong sepanjang perjalanan korang kemana-mana bagi memudahkan korang nak isi air untuk basuh apa yang patut. Kalau rajin, boleh isi air skali dalam botol tu. Nak lagi senang, beli botol penyembur yang macam Fabreeze tu.
3. Nak lagi selesa, bawak getah paip sendiri. Tu pon kalau sinki dekat dengan toilet. 
4. Disana tak digalakan bersabun sebab sabun mengandungi alkaline yang boleh keringkan kulit. Cuaca kat sana sejuk dan kering.
5. Air paip kat masjid panas. So jaga-jaga masa nak amik wuduk. Especially masa sapu air ke muka.
6. Disebakan tandas dorang xde air, so korang kena tahan bau aroma terapi yang kuar dari tandas tu.
7. Udara kat sana sangat berdebu. Better bawak mask untuk cover hidung dan mulut. Korang boleh tengok kereta-kerata yang park tepi jalan berdebu macam setahun terbiar.
Gambar perkongsian dari seorang Hamba Allah yang pergi Beijing. Masa aku pergi ari tu x jumpa plak yang macam nie. hehee... Tak tahu la korang lalu ke x nak melabur kalau macam nie keadaan toilet dorang. hehee....
C) Thirdly, makanan. Disebabakan kitorang pergi ngan agen so dorang la yang bawakan ke restoren2x untuk makan. Banyak jugak tempat makanan Halal yang die bawak tapi lupa apa nama. 

1. Bagi aku rasa makanan dorang nie kureng skit. Mungkin sebab aku dah terbiasa ngan masakan Melayu. Kurang pedas, kurang masin. Hidangan dorang banyak berasaskan sayur.
2. Disarankan bawak sos cili, garam dan gula sekiranya korang nak bagi rasa tu bersesuaian dengan tekak korang.
3. Sila bawak bekal makanan dari Malaysia seperti serunding, maggie, peanut butter dan sebagainya supaya korang x kelaparan sekiranya tak jumpa kedai halal.
4. Jangan pelik kalau pergi restoren halal tapi ada jual arak. Sebab dorang memang jenis suka minum arak. kadang2x tu aku pon was-was sama ada kedai tu halal ke x.
Contoh masakan dorang. Kadang-kadang Indah rupa dari rasa. So korang kena biasakan diri.
Aku tak tahu apa nama masakan nie. Dah macam Chili Masak Ayam. Banyak Chili dari ayam.

D) Last skali ialah kelengkapan yang korang perlu bawak bila pergi sana.

1. Kalau korang pergi time autumn or winter. Sila bawak baju tebal2x seperti longjohn or wingbreaker/sweater. Kalau rasa berat nak bawak, boleh beli kat sana. Hari tu member beli 50yuan je = RM25. Glove pon jangan lupa bawak.
2. Tak perlu bawak banyak baju sebab badan tak berpeluh sangat. Ari tu aku menyesal bawak baju banyak-banyak padahal pakai sikit je. Pastu jenuh nak packing barang yang terlebih muatan hasil dari shopping.
3. Kalau rasa nak panjat tembok cina tu berkilometer, sila bawak kasut sukan. Takut nanti tak pasal2x cramp. 
4. Bawak ubat-ubatan yang diperlukan. If jadi pape xyah la korang terkial-kial nak cari kedai ubat dan bersusah payah nak bertekak dengan pharmacist yng x tahu cakap BI untuk beli ubat ape ko nak.
5. Sila bawa losyen dan pelembab bibit spt vaseline. Elakan jilat bibir korang, sebab korang akan rasa lagi tak selesa sebab bibir seperti makin menebal. :p
6. Jangan lupa bawak Universal Plug untuk memudahkan korang charge phone, camera dan sebagainya.
7. Kalau korang pergi tanpa tour guide, sila beli peta dan digital dictionary bagi memudahkan korang communicate ngan Chinese sana. Download app dekat phone pon okay.


Itu saja tips dari aku. Sebahagian tu pon aku baca dari apa yang orang kongsikan. Ade certain perkara tu mungkin korang x akan alami. So depend pada keadaan semasa. Kalau boleh buat la persediaan.

Okay, last But not least. Selamat Melancong ke Beijing. Jangan lupa peringatan aku pasal kes kat governement store tu. Kalau ade sebarang pertanyaan, boleh drop komen. K bye...

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.