Keunikan Masyarakat Kemboja

Salam... kebosanan melampau setelah selesai semua paper. So ak godek satu laptop cari ape yang best. tetiba jumpa entry nie yang aku dah taip 2 tahun lepas kat word, then lupa nak publish kat blog. So ari nie aku just nak post cerita nie yang dah berkurun lama masa aku pergi Kemboja ngan PEERs dulu. Pada suatu hari.......


 





********************

Last sekali aku nak cerita mengenai masyarakat kat sana. Kira last la nie sebab aku dah malas nak taip panjang-panjang. Aku cakap berdasarkan ape yang aku dah lalui la, so aku tak tahu la hakikat dorang sebenarnya macam mana. Masyarkat Kemboja nie mostly terdiri daripada Kapiaq yang beragama Buddha. Macam Thailand la jugak. Masyarakat Islam kat sana tak ramai, memang cerita masyarakat Islam kat sana, tak sampai pon 300,000 orang. Dikhabarkan juga, dahulunya masyarakat islam di Kemboja boleh dikatakan golongan majority namun semasa Zaman Pemerintahan polpot beratus ribu orang Islam telah dibunuh. So tinggallah berapa kerat jer. Jumlah yang dibunuh ialah lebih ramai berbanding yang ada pada masa sekarang.

Aku nak cerita mengenai masyarakat Islam kat sana dulu sebab aku lebih banyak meluangkan masa bersama masyarkat Islam berbanding yang lain-lain. Masyarakat Islam kat Kampung Keh tu memang baik, mesra, peramah, dan seangkatan dengannya. First, kenal dorang memang malu-malu. Biasala, kalau kat Malaysia pon macam tu. Xkanla first time jumpe terus nak ajak couple kan, mesti la usha-usha dulu. Cewahhh. Walaupun dorang x pandai cakap Melayu, tapi anak-anak muda dorang dah educated macam kat Malaysia. Dorang boleh cakap English fluently mengalahkan aku kot. So walaupun tergagap-gagap dapat la aku berkomunikasi ngan dorang daripada tak faham langsung. Anak-anak muda dorang kat sana siyes bagus, xde nak blagak macam kat Malaysia. Sume low profile je. Sesuai sangat nak buat calon suami dan Isteri.

Nie masa ktorang nak tinggalkan kampung keh. So dorang datang kat bas lambai2x. Ade a few yang menangis bila kami chow dari kampung tu. Aku pon rasa nak nangis gak. Tapi control macho... hehee
Bende yang paling aku respek habes ialah dorang memang rajin giler. Setiap hari anak-anak muda dan orang tua kat sana akan bangun awal-awal pagi untuk buat kerja. Bukan la pergi pejabat sebab takut jalan jam, tapi dorang pergi sawah, angkut air, membajak dan macam-macam lagi la. Dorang kat sana takde supplier air macam kat Malaysia nie ex: SYABAS, SATU, dan ape2 je la. So dorang terpaksa amik air dari kolam-kolam takungan berdekatan rumah mereka. That why air kat rumah dorang sejuk giler macam air peti. Time kat sana, bende yang paling aku malas nak buat ialah mandi pagi. Kadang-kadang tu aku gosok gigi je dulu, tengah hari baru aku mandi. Hohohohohoho……. Lagi satu, dah dorang nie jenis bangun awal, so tidur pon awal la. Kat sana mane ade kedai mamak dan lepak sampai pagi. Lampu jalan pon xde, so duk rumah je la. Kalau jenis yang x reti duk rumah tu, sengsara la ko kat sana. Lebih kurang pukul 9.30 malam, sunyi je kampung tu. Nak dengar bunyi ekzos pon susah sebab mostly dorang guna basikal tua.
Bila kitorang bangun pagi, tengok makanan dah tersedia untuk diamakan. pemalas betul budak Malaysia nie. ye la kalau kat Msia pukul 7 baru bangun sembahyang subuh. Sana pukul 4 dah start bangun. Dasyat kan?

Pastu plak, walaupun dorang nie serba kekurangan, tapi tak de alasan untuk dorang tak beribadat walaupun beragama Islam. Mengikut pandangan aku la, cara dorang mengamalkan ajaran Islam lebih baik dari sebahagian masyarakat kat Malaysia.Ada jugak antara anak-anak muda kat sana yang menuntut Ilmu agama di Mesir dan sekolah pondok di Malaysia. Bukan tu saja, malas dorang juga ada bina sekolah tahfiz untuk anak-anak dorang belajar agama. Kat Malaysia nie kita bernasib baik sebab kat sekolah kita ade subjek Pendidikan Islam, so kat sana sekolah tahfiz tu la yang menjadi tempat dorang menimba ilmu keagamaan.

Kawan aku aswad ngah ngajar dorang mengaji menggunakan Kaedah Al-baghdadi. Even dah tua, tapi dorang masih bersemangat nak belajar.


*******************

So tu je la citer die, yang kapiaq tu ak lupa nak taip kot. Dan ak pon malas nak taip skrang nie. Rasanya semua tempat sama ja kot. Ada baik dan buruknya. Kan2x?

Eh U kau nie bagus sangat ker?!

Salam... semua pembaca. Sekarang nie minggu exam, aku tinggal satu je lagi paper iaitu pada 20/1/2013 nie. Jarak lama sangat, so melepak la dulu walaupun bosan teramat sebab semua housemate balik kampung (mentang2x kampung dekat). Actually aku dah malas nak taip entry emo-emo kat blog nie. Just pasal bende yang mengembirakan dan pengalaman-pengalaman yang menarik yang pernah aku lalui. Tapi hari nie aku nak buat satu entry pasal kes x puas ati dengan manusia yang suka-suka compare nie. Aku rasa ramai je manusia yang tak suka benda camtu sebenarnya. Tapikan kita mesti pernah alaminya dan mungkin pernah buat camtu. Ada banyak bende bab compare-compare ni sebenarnya, cuma aku nak tekankan pasal isu semasa berkaitan ngan aku iaitu mengenai kehidupan kat universitu sekarang.

1. "Eleh takat belajar UiTM bukan hebat pon, U nak tolong Melayu. Tak kelass langsung"
Owh kelasss kau jah cakap UiTM macam tu. Yang nie aku paling bengang. Nak main compare-compare U. "U aku bagus kot. Top 1 kat Malaysia", "U aku nie dah berapa kali menang award". Ada aku kisah?? Aku bangga jadi students UiTM, lagi bangga bila U tu nak tolong orang Melayu. Memang la ko akan cakap better U yang ade pelbagai bangsa nt ko bleh nak compete dengan dorang, tengok cara camna dorang belajar. Eh2x.... aku rasa tu semua terletak pada diri ko sendiri la. Kalau rasa nak cemerlang, belajar la dengan cara cemerlang. kat UiTM ramai je belajar tekun, usaha, jaya. Tak perlu nak compete ngan orang lan, better ko compete dengan diri ko sendiri, sejauh mana ko boleh pergi. U bagus camna pon kalau usaha ko cam HAMPEh xde nye nak bagi ko dapat Dean's List every sem. Ko ingat bapak ko punya U. Duk U hebat-hebat pon, perabih duit je bayar yuran mahal-mahal tu pon belum tentu grad on time. . Dan aku rasa yuran U paling murah kat Malaysia nie ialah UiTM. but then ilmu yg dapat sama jer. Kalau ko usaha lebih lagi lebih la. Ramai je member aku belajar U bajet bagus laaa syaaaangaaat, padahal repeat paper berlambak. Sorry to, sorry to say...

2."Ala.. ko amik kos ape.......? aku kos ape? Kos ko senang je kot, main-main pon boleh lulus."
 Aku rasa statement nie paling buat ramai student bengang kecuali hati die betul-betul kering. Cuba tanya kat mamak or minah tu camni, "Ko pernah amik kos aku ke? Brape kali dah dapat dean?" Tolong la jangan nak merendahkan kos-kos yang kawan kita amik. Dan tu pilihan die, even kos yang die amik tu nampak mudah dan senang, ko tahu ke result SPM die dapat brape? Mane tahu lagi gempak dari ko. Dan ramai students sekrang nie yang aku boleh katakan 'BODOH' dalam membuat pilihan kos. Termasuk jugak aku, sebab dorang apply kos yang langsung dorang tak minta tapi just kerana desakan keluarga, kawan-kawan atau nak nama. Contoh,"eh best la jadi Doktor. Best la jadi Engineer" Padahal die lebih suka seni, memasak, kira duit. Ape tak hebat ke jadi Chef? Tak hebat ke jadi accountant? X hebat ke jadi Artis? (Owh yg artis nie aku tak berape berkenan, Tp artis nie macam2x, so jadi yng la terbaik). Even aku yang amik kos Civil Engineering, Engineer wanna be walaupun aku tak minat, tapi ak tak pernah pulak nak compare ngan kos-kos lain. Dah memang nie pilihan aku walaupun salah. Tapi aku teruskan la jugak. Confirm la kan mmg ade kos yang senang skit berbanding kos lain-lain. Macam medic ape semua tu kan. So kesusahan tu mmg kena la ngan level kepandaian ko tu. Kalau tak, takkan ko dapat belajar dalam bidang tu kan?. So pasni stop compare ngan budak kos lain. Kalau rasa susah sangat kos ko amik, sila quit dan amik kos yang ko rasa senang tu.

3. "Ala budak U, belum tentu menjamin kerjaya masa depan, lain la kami SPA, MAKTAB, dan bla...bla..blaaa..."-Bleh blah. (Maktab dan SPA tu just contoh)
Yang nie lagi satu aku paling pantang. Dulu aku pernah jumpa sorang member nie, poyos nak mampuih. Die quit dari UiTM sebab dapat SPA. Tu pon dah brape banyak paper repeat. Eh asal repeat, cakap UiTM senang nak lulus kan? So ada satu hari tu aku jumpa die tanye skrang belajar kat na? Pastu dengan style poyos nya die cakap."Owh aku sekarang belajar bergaji, setiap bulan dapat alaun" blaaa...blaaa...blaaa.... Aku yang lampi nie tak dapat tangkap lagi. Lepas tu die pon cakap la, aku amik SPA jadi pembantu juru x-ray. Nak je aku cakap, "Hek eleh... pembantu je pon, goverment plak tu. Mane kelas babe". Eh... xde la.... tpi dalam hati aku la sbb tak tahan dengan ayat poyosss giler nak mampus die tu. Dan xleh blah lagi die cakap camni, "Oh ko amik civil ea? Senang kot kos tu, member aku dulu brape ramai yang dapat Dean's List.""Kos aku amik dulu susah kot, brape ramai repeat". Lagi sekali aku nak je cakap"Hek eleh dah ko pergi tanya yang bodoh bangang memang la cakap susah, cube ko g tnya yang dapat 4 flat every sem tu tengok dorang cakap ape." Suka hati mak nenek kau je cakap kos aku senang. Try amik tengok. Baru tahu langit tinggi rendah. 

Korang pernah tengok citer 3 Idiots tak? That's how engineer works. So proud dengan kos aku amik sekrang dan juga University aku belajar sekrang. Sekrang pon dah berangan ala-ala 3 idiots sebab ak nak apply praktikal kat India. Sape yang baca, wish me luck yer.


So setakat nie je la emo aku untuk hari nie. Malas nak memanjangkan cerita sebab aku memang seorang pemalas. So sorry la kalau ade sesape yang terasa sebab tu memang niat aku nak bagi korang terasa. AAK. bye..bye.... jumpa lagi.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.