Fully sponsored trip to Berjaya Hills, Bukit Tinggi

Setelah beberapa lama gambar diupload ke blog, tetapi nak menaip tu yang malasnya. So ari nie terpaksa la update sebab x nak bagi berkulat bersawang. Just nak cerita pasal trip yang tak dirancang pada Sabtu lepas ke Bukik Tinggi. Nak dijadikan cerita, pada hari sabtu tu kami 4 orang adik beradik yang belajar dan area KL nie berpakat nak g makan steamboat & grill kat Selayang. Kluar punya la awal, so melepak la kat Times Square dan sekitar KL. Kebetulan pulak Abang Sulong aku kerja kat Berjaya Hills Bukit Tinggi, jadi dia ajak kami bermalam kat sana dan jejalan kat situ. Mula-mula ingat xnak pergi sebab seheali baju pon x bawak. Lepas je makan steamboat, kitorang pergi Sogo plak sebab abang aku nak beli jacket sebab bajet kat atas sana sejuk teramat syangat kan. Disebabkan dorang nie baru dapat bonus, aku pon paw la dorang beli satu jaket utuk aku dari Universal Traveller. Bajet macm nak g obersea lak kan. Malam tu aku bertiga ke pergi Bukit Tinggi. Abang aku lagi sorang x jadi sebab nak kena hantar tunang die balik rumah. 

Disebabkan abang aku staff kat situ, so kebanyakan semua bende dapat FREE. Malam tu menginap kat bilik abang aku then pagi esok terus gerak jejalan kat sekitar Bukit Tinggi. 1st tempat yang kami pergi ialah Colmar Tropicale. Dari dulu lagi nak pergi tempat nie sebab tengok macam style je kan. Bangunan dan seni bina dia dah macam kat obersea dah. Tak dinafikan tempat nie memang cantik, cuma xde la besar sangat. Berjalan pon x pernat. Tapi benda yang paling penting ialah gambar. Inilah part yang paling aku suka.

Miang nak mampuh pakai jaket tu sebab dibuang dari benang2x kapas (Sorry aku x tahu sangat bab2x textile ni). Yang paling best, everything was sponsored by Abang aku yang nie. hahaha..... Masa nak masuk tu, sepatutnya kena bayar entrance free sebanyak RM12/pax but kami dapat masuk FREE. 


Gambar bajet2x sejuk sangat la kan. Padahal aku sorang je pakai camni, yang lain siap pakai singlet dan seluar pendek pon ade. Tapi aku buat tak tahu je, macam la dorng kenal aku kan. hehee....




Korang boleh tengok sendiri bertapa cantiknya tempat nie. If ada kelapangan, why not korang pergi sini. Tenangkan fikiran dan rehatkan minda (Macam sama je) hehe...

Selepas berjimba di Camar Tropicale, kami pergi Japanese Village plak. Mula2x abang aku tak pergi. Tapi aku berdua eksited plak nak pergi, so terpaksa la dia ikut skali. Disebabkan banyak sangat awatak abang dalam cerita aku, so korang assume la yang mana satu. Japanese Village nie pon best jugak la. Terfikir sem depan macam nak buat drama jeput kat sini jer...




Tak pape nak diceritakan, so tengok je la gambar kat atas nie bertapa cantiknya tempat nie. Dan kat sini juga korang boleh sewa Kimono pakai tradisional jepun. Sepasang harga die RM20. Semangat abnag aku suruh aku pakai, tapi aku tak nak sebab tak style, jaket aku yang miang nie lagi style.

Pusing-pusing satu kawasan tu then kami singgah kat Japanese restauran nie. Dah tahu orang nak belanja aku on je walaupun makanan mahal macam 5 star hotel. Kebetulan lagi Chef yang keje kat sini kawan abang aku. So kitorang pon singgah makan kejap. Tengok menu, mak aih tak tahu nak pilih mana satu. Dah la x tahu rupa camna dengan harga pon rasa boleh makan satu family kalau kat tempat lain. Abang aku cakap, xpe, sekalai seumur hidup. Hahaha.... So aku order la Miso Udon dan abang aku order Teriyaki Bento. Abang aku lagi sorang x nak makan sebab dah kenyang breakfast pagi tadi.



Permandangan kat Restauran Jepun nie. Tak ramai sangat guest maybe sebab harga la kot. Eh kejap, korang x caya eh harga die mahal. Ok kejap aku tunjuk.

Yang nie Prawn Tempura, kitorang tak order pon tapi chef tu bagi FREE. Ade 6 ekor udang pastu terung dengan ubit keledek goreng. Harga sebenar die RM36. Aku tak tahu apa yang mahal kat situ. Maybe orang kaye duit berkepuk xde laa fikir sangat masa nak order tu kan. 

Nie plak teriyaki bento yang abang aku order harga die pon RM36. Teriyaki Bento. Actually nama die panjang lagi, tapi aku tak hafal la plak. Nasi seciput, sayur coslow, sup dan ayam goreng tuang kicap. Hahaha...... Makanan la ko sampai licin.

Yang nie pulak aku order, Miso Udon. Harga die RM29. Macam laksa campur kuah maggie. Boleh tahan la. Tapi aku rasa masakan melayu lagi sedap. Bukan la benda alah nie tak sedap, cuma lidah aku nie dah terbiasa ngan masakan Melayu....... KOT..... Btw terima kasih kat chef tu sebab belanja kitorang tempura tu. Dan sebelum terlupa, mana tahu lepas nie korang teringin nak makan kat sini kan, harga tu belum include tax lagi taw.. so lepas nie bawak calculator siap2x, tax sebanyak 16%.


After Japanese village, kami pergi taman arnab pulak. Sini pon kami masuk free sebab ade abang aku. Hahaa.... best jugak la tempat nie bagi pencinta haiwan... (macam aku). Ade arnab, kuda, rusa, ginuea pig, kura-kura. Dorang biar berkeliaran macam tu je, so korang tak yah segan silu untuk sentuh biantang tu. Semua jinak2x.... lepas je pergi sini. Kitorang terus balik sbb masing2x dah penat jalan.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.