"True & Dare" At Seoul Garden

Korang2x, pernah pergi Seoul Garden tak? tempat makan2x ala Korea tu. Ceih... Actually ari Rabu lepas aku ngan 4 orang classmate aku, perempuan pergi City Setia Mall kat Setia Alam. Then kitorang singgah Seoul Garden untuk makan tengahari.Aku pergi pon sebab dah berjanji ngan kawan aku sorang tu nak belanja die, gara-gara perjanjian antara aku dan die berkaitan result kitorang. nasib badan, aku terpaksa berlanja die. hehe.... Mula-mula plan nak gi Dubu-Dubu kat Mid Valley, but then tukar tempat pergi Seoul Garden sebab dekat dengan Shah Alam.

Dah la masa aku pergi tu selesema, so kuang la sikit deria rasa aku. Tapi melantap sakan jugak la sebab bayar mahal-mahal kena la makan setimpal dengan harga. hehee..... Kitorang amik pakej student yang hanya RM23.00/pax. Then kitorang tambah tom yam so total, sorang RM28.80 sorang camtu la....

Macam-macam makanan ade, tapi xde la ala korea sngat. Harap ade kimchi je nampak la cam Korea. Bek aku pergi Flaming Stemboat dekat Danau Kota lagi BEST. Aku cume banyak makan ayam jer. Yang len macam dah selalu makan, fishball, prawn ape semua tu.

Muka happy jer semua. Time sampai nie orang tak ramai lagi. So seronok je berbual sambil makan.

Ape yang best kat sini korang boleh grill dan rendam dalam tom yam tu. Tapi aku lagi prefer grill.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang slim macam aku, banyakkan makan sayur. HAHAHHAA

Sape yang layan Running Man mesti taw Cap yang aku pakai tu. hehe.....

Berebut-rebut budak nie makan. Mata ke mana, chopstik kemana. hehe

Aku ngan Na gak yang makan penuh dengan adat kesopanan.

Meja penuh dengan pinggan, bukan penuh dengan makanan. hehe

SPEECHLESS.....


Last sebelum tamatkan majlis makan tengah hari kami di Seoul Garden, kami siap buat LDK 'TRUE & DARE'. hahaha...... Pergi mana-mana mesti nak ade LDK. So terluahlah segala apa yang dipendam selama ini. Maaf je kawan-kawan.

p/s: minta tolong vote logo EZ KEMABARA di SINI

Kebaikan Dibalas Dengan Keaiban

Assalamualikum, petang sabtu dengan mood yang bercelaru. Mungkin blog satu-satunya tempat yang aku boleh luahkan ape yang aku rasa. Aku tak minta orang baca. Cuma biarlah ia menjadi diari hidup aku bila aku kenangkan balik setiap detik dan saat aku yang mungkin menjadi perkara silam beberapa detik sahaja lagi.

Kecelaruan dalam berkawan. Aku mungkin ramai kawan, tapi sejak kebelakangan ini aku rasa macam aku ramai musuh dan golongan yang membenci aku. Mungkin kebencian yang wujud tu juga disebabkan kesalahan aku sendiri. Tapi cume aku minta satu jer, tolong jangan jadi manusia yang hipokrit dan cari aku hanya bila perlu. Dari dulu aku perasan, ramai yang datang minta tolong bila susah. Tapi bercerita keburukan aku bila belakang-belakang. Aku tak minta ko balas balik apa yang aku bagi, cuma aku tak faham kenapa salah aku yang korang cari. Aku tak pernah burukan korang pada orang lain. 

Usah kau ceritakan cerita silam aku yang kau sendiri pon tak tahu sama ada betul atau tidak. Dan kau si pembawa mulut. Aku Terima Kasih banyak-banyak. Menceritakan keaibkan aku semasa zaman Diploma yang tanpa ko tahu bahawa itu hanya sekadar fitnah. Aku ada bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa aku adalah orang yang tak bersalah dan mengapa aku dijadikan subjek topik perbualan yang penuh dengan dosa antara korang.

Aku tahu mungkin kerana kelantangan aku, korang berasa tidak selesa. tapi kenapa kelantangan itu yang kau takut sedangkan kepalsuan yang mungkin menjadi duri dalam daging itu lebih pedih. Aku mungkin boleh cerita apa yang mereka canangkan pasal kau kat belakang, tapi bila depan2x dialah malaikat yang selalu puji kau. 

22 tahun. Macam-macam manusia dah aku jumpa. Tak kunafikan ramai yang berpewatakan baik dan disenangi. Tapi muncul seorang musuh, sudah cukup dikatakan ramai. Tiada sesiapa mahukan musuh kecuali lawan boleh menjadi kawan.

Jika aku diberi peluang, aku mahu belayar ke suatu tempat yang tiada seorang pon mengenali aku. Biar jauh sampai ke bulan, kalau itu membuat aku aman. Biar kudrat aku pertaruhkan, janji hasilnya jadi kenyataan.

Sampai satu masa, aku rasa menyesal meneruskan hidup sebagai pelajar UiTM yang mengambil bidang Kejuruteraan Awam. Sape yang mungkin terasa dengan entry nie, aku harap ko faham apa maksud aku. Stop making a story about ME, if i never bother your life and even mention you name in my conversation.

Pasir Putih Versi Surabaya, Indonesia

Salam, next entry kali nie pasal Surabaya jugak, tapi kali nie tempatnya ialah Pasir Putih. Kat Malaysia pon ade gak nama tempat camni, tapi Pasir Putih kat Surabaya nie memang jauh sekali ngan Malaysia. Kami pergi ke Pasir Putih pada Hari ke-3. Selepas balik dari Gunung Bromo, kami singgah Pesantren Ulil Albab jap untuk buat program bersama adik-adik kat sana. Then petang tu lepas minum petang kami gerak ke Pasir Putih. Malam tu kami buat BBQ, bakar ikan, bakar Udang, sate kambing dan macam-macam lagi la. Tapi menu yang wajib ada ialah Sup kambing. Hari-hari mesti makan kambing. Nasib baik la aku xdek alergik ngan kambing. Lepas je makan malam, kami lepak kat pantai main game TRUE & DARE. macam-macam soalan la yang diajukan, soalan faveret mesti pasal peribadi, minat sape? Suke sape? Ciri-cri wanita/lelaki idaman? Nyesal aku main..... hahaha.... Yang x tahan, siap kaunselor pon main sekali. Cayalah PEERs, semua sporting. 

Bila orang lain kena tanye soalan, semua seronok je tanye macam-macam. Tapi bila diri sendiri kena cuak sampai nak tercabut jantung.

Nasib baik semua sporting. Dan paling best malam tu semua rahsia terbongkar. Tapi antara kami-kami jer. Janji x pecah dimulut, biar pecah diperut. hehehe
  
Macam biasa lah, part paling penting bergambar. Tapi semua gambar nie captured by Najmi dan Farah sebab dorang guna DSLR, aku setakat camera compact ape la sangat kan? Thanks kat korang, walaupun dalam air still snggup amik gambar kitorang yang memang giler bergambar nie.

Thanks to farah Afiza for this pic and other pics too... Ape yang paling x best bila jadi photographer ialah mesti gambar korang x de. Hahaha..... Tapi jasamu tetap dikenang.
Giler bergambar punyer pasal, sampai pukul 3 pagi baru kami tidur. Esok kononye nak bangun awal untuk tengok sunrise last2x lajak sampai nak sunset dah. hahaha.....Bangun je pagi tu aku cepat2x berlari ke pantai sebab ingat semua dah syok berendam dalam air. Tapi bila tengok asal xde orang. Rupanya semua tengah tidur sebab penat panjat Bromo semalam kot. Alang2x dah bangun, aku jalan la kat pantai, then nampak la Farah Afiza, farah Athira, Shafikah ngan Izwan ngah berjalan-jalan dalam air. Aku pon ape lagi terus masuk air kejar dorang.

Pagi2x lagi, dorang dah turun ke laut untuk cari rezeki, yang kitorang masih membuta kat bilik. TERUK. hehe....
Then Farah Afiza balik bilik amik camera. Kitorang apa lagi, bermulalah sesi pencarian Model PEERs (Ceh bajet nak mampuih) Semua angle kami snap, elevation view la, plan view la. Nasib abik camera tu x water proof, kalau x dalam air pon kami amik gambar. hehehe......

Photo by Najmi : Siyes cantik... Air jernih giler, padahal bukannya pulau je ape. tapi jernih boleh nampak dasar. Siap ade coral lagi.
 
Gambar paling bajet....... Photo by farah Afiza
Nie la antara model-model yang beraksi ari tu. Semua FREE OF CHARGE. hahahaa....
Selesai je bergambar then nampak Ustaz yang bawak kitorang tu panggil ajak naik kapal layar. Aku apa lagi terus berlari sebab dari semalam lagi excited nak naik kapal tu. Satu kapal boleh naik 6-7 orang. Time tu semua dah bangun tidur. Bermulalah pengembaraan kitorang ke laut dalam.

Macam biasa, gambar tu paling penting. Sebagai bukti sebab kalau cerita tanpa bukti mesti ramai yang tak percaya kan?

Mula-mula aku naik bot nie, tapi disebakan xde seorang pon yang bawak kamera kat atas bot nie, so aku pindah pergi bot lain. hahahaha......

Tadi kat depan, sekrang aku kat belakang. hahaha

Semua muka teruja, tapi aku COOL jer..... hahaha....

Sampai ke tengah laut, semua pakat terjun walaupun tak pandai berenang. Cayalah kat budak-budak nie. Budak perempuan apetah lagi. Dasyat betul la diorang, padahal zero bab berenang. Disebabkan rumah aku kat Terengganu pon dekat ngan pantai, dan selalu sangat mandi pantai, so xde masalah lah bab berenang nie. Macam2x stroke aku buat, tapi tak bergerak pon, statik je.

Tengok, padahal air tu punye lah dalam.... tapi camne dorang boleh terapung pun tak tahu. Aku kat bot yg paling belakang tu. hajat nak berlayar Sampai BALI, tapi minyak abes lak. (macam guna minyak plak kan) :)
Hantu muncul dari dalam air..... (O_O)
Ciptaan kreatif, dorang Buat box yang bawahnya dibuat dari kaca untuk kitorang tengok coral kat bawah. Siyes cantik wa cakap lu..... So x perlulah kitorang pakai mask untuk tengok hidupan dasar laut tu.
batu karang yang tajam giler, berdarah kaki aku pijak batu karang nie.
  
Landak laut pon banyak, nasib baik la tak terpijak.
 



 
macam berlumba ade gak..... tapi semua muatan berat-berat. nasib baik x guna enjin. hahaha

Selesai naik kapal, kami main renang berirama plak. (Kejadah ko renang berirama, bajet olympic ke ape) Haha.... Disebabkan cuaca agak panas dan takut sunburn, aku pon bertukar jadi lelaki solehah. (Bajet Kulit Putih Melepak) Sebab x melepak la aku takut. Takut jadi Mat Negro. balik Malaysia semua dah tak cam. Hahhaa....


Tadaaaa..................................
Close Up...
Skuad Renang Berirama yang mewakili Badan Peer Kaunselor UiTM Shah Alam.

Lepas mandi-manda, kitorang sewa kayak plak. Satu Kayak ialah 30,000 Rp. Lebih kurang RM10, dan korang boleh main berapa lame korang nak. Tapi tak tahan sebab cuaca makin panas.








Balik tu bersemua dah bertukar warna, even aku yang berlitup pon dah makin gelap. Lagi la budak-budak yang bajet cam mat saleh berjemur nie. Hehe.... tapi yang paling penting ialah kepuasan dan pengalaman. Pasir Putih nie pon antara tempat yang korang wajib pergi kalau pergi Surabaya.



Pengalaman Terindah di Gunung Bromo


Salam, sambung cerita trip ke Surabaya, Indonesia hari tu. Maybe ade lagi sambungan lepas nie, tapi post kali nie aku just nak cerita pasal Gunung Bromo kat kitorang lawat masa kat sana. Kitorang pergi masa second day. Abes je lawatan ke Universitas Airlangga, kitorang teruk gerak ke Probolinggo untuk ke Gunung Bromo. Tapi sebelum tu kitorang sempat singgah ke Tambun Angin untuk beli barang kulit. Nak tahu apa ade kat tambun angin, nanti next entry aku cerita. Hehe... Kawasan Probolinggo nie agak jauh jugak la dari bandar Surabaya. Kitorang sampai hotel je dah malam. FYI ketinggian Gunung Bromo nie lebih kurang 6000 meter. Disebabkan Gunung Bromo nie merupakan gunung berapi yang aktif, so ramai la yang tinggal kat area gunung tu. Korang mesti pelik kan? Kalau korang nak tahu, kawasan gunung berapi nie, tanahnya subuh sebab tu la ramai yang tinggal area gunung tu. Dorang bercucuk tananm dan ternak macam-macam.

Disebakan ade penempatan kat atas gunung tu, so ade la hotel kat atas tu. Tak perlulah kitorang mendaki macam panjat Gunung Kinabalu. Tapi hotel yang kitorang tinggal tu hanya pada ketinggian 3000 m sahaja. So tinggal lagi 3000 m untuk sampai puncak. Nama hotel yang kitorang menginap tu ialah Nadia hotel. Kalau tanya berapa harga, memang aku tak tahu sebab semua dah include dalam pakej lawatan kami. So malam tu kami bermalam la di Hotel Nadia. Smpai je, terus bersiap untuk makan malam. Mak aih, air kat hotel tu sejuk macam air dalam peti ais. Nak basuh tangan pon sampai rasa kebas. Disebabkan lapar, so kami makan sepuas-puasnya. Gambar kat Bawah nie semua dari album kawan aku, Farah Afiza, Najmi dan Aswad sebab gambar aku lupa nak save kat laptop....

Muka happy jer bila dapat makan. Tapi hari2x asyik makan sup je duk Indonesia nie. Maybe kelapa dorang mahal kot.

Nie plak gambar dua orang kaunselor yang ikut kitorang pergi sana. Solute dorang sebab boleh naik sampai puncak Bromo.

 

Lepas habis makan, then ade mak cik jual scarf, snow cap & glove. Semua pakat beli la sebab suhu kat sana memang sejuk. Lagi sejuk dari Cameron Highland. Dengar citer, pernah cecah sampai zero degree celcius. So malam tu semua pakat bergaya la, macam pergi Europe, padahal Indonesia jer. Termasuk la aku. hahahaa


Macam biasa, gambar tu paling penting. Dah abes gaya dah nak posing.

"Sila masuk mbak-mbak sekalian"- Nak gi hantar Lombok. hahaha

Dari hotel tu, kitorang kena naik Jep untuk ke puncak sebab bas x leh lalu dek kerana jalan yang sangat sempit dan bercuram dalam. (giler skema ayat). View sepanjang jalan tu memang cantik la, belum sampai puncak lagi. Kalau nak berlakon drama pon cantik kat sini. Tapi tak tahannya, jalan macam ular kena palu. Bila pergi aku ok lagi, excited punya pasal. Bila balik, mula rasa nak muntah la, pening la. ALhamdulillah selamat sampai Malaysia dah. :)

Nie la Jep yang kitorg naik..... Best wa cakap lu......

malas nak edit gambar, kalau edit mesti lagi cantik nie.
Nie gambar orang kampung yang bawak kuda untuk disewa masa kat gunung nanti.
 
Tadaaaaa...... Cantik x? Gunung yang cantik tu bukan nama Bromo, Bromo yang sebelah die tu yang macam tanah longgok tu.
Kebetulan kitorang punya Jep nie gerak last skali. So bila sampai kat sini, kitorang mintak driver brenti sekejap untuk amik gambar. Geng2x yang len terus jer... Rezeki kitorang. hahaha..... Sumpah Demi Allah cantik... SubhanaAllah.... Kalau korang pergi pagi2x, then korang akan nampak macam duduk atas awan. Kabus tebal kat bahagian bawah gunung tu. Tapi tak lama, bila matahari kuar, kabus tu akan hilang la. Alhamdulillah kitorang berpeluang tengok ciptaan Allah swt yang cantik nie....   

Then kitorang terus lagi sampai la kat bawah gunung tu. Disebabkan Gunung tu masih aktif fan last die meletus ialah 7 bulan lepas. Jadi xde satu tumbuhan pon kat bawah gunung nie. Macam kat tanah pasir tapi sangat2x lah berdebu. Better kalau korang nak pergi lepas nie, sila bawa penutup hidung tu.....

Inilah keadaan area bawah Gunung tu. Berpasir dan berkabus.
 lepas naik Jep, kitorang kena naik kuda pulak untuk sampai puncak sebab Jep tu dah xleh masuk. Ade penghadang macam batu kat bawah Gunung tu. Jauh jugak la kalau nak jalan kaki ke puncak gunung tu. So kitorang naik la kuda. Harga seekor kuda tu 100 000 Rp pergi dan balik. Murah jer dan berbaloi-baloi.

Nie la kuda yang aku naik. Siyes best dan nie i1st time aku naik kuda untuk jarak yang jauh. And korang boleh nampak puncak gunung tu kat belakang.
Kat belakang tu Gunung yang dah tak aktif. Apa nama ntah, siyes cantik.
Selepas naik kuda, kitorang kena jalan kaki pulak untuk naik tangga ke puncak gunung. So pengangkutan kitorang mula-mula ialah bas, Jep, Kuda dan last ialah jalan kaki.
Inilah tangga yang kitorang daki. Mencabar nak mampuih, sebab kat atas tangga tu penuh dengan pasir. Jadi bila-bila masa je boleh tergelincir, dah la curam. Penghadang pulak mdah roboh maybe sebab terkena lava kot.
 Sampai je puncak, apa lagi bergambar la sampai penuh memori camera.


Kat belakang tu korang boleh tengok lava yang masih berasap. BAHAYA memang BAHAYA, sebab xde penghadang langsung. Bila-bila je boleh jatuh dalam tu. Alhamdulillah semua selamat balik ke tanah air. hehe.....

Nie masa kat bawah, bergambar dengan mak datin. Ewww.....


Gaya itu penting.....

Aku dah macam ninja dah. Debu punya pasal,.....

Nasib baik la, kawan aku bawak penutup muka nie. Sebab debu memang banyak nak mampuih.

Gambar lompat mesti ade. Tapi aku chow dulu sebab x tahan debu. huhu....
Chow pergi tempat lain, then amik gambar lompat sorang2x. hahaha



Nak wat photoshot kat sini pon style giler doww.....

Model of the year..... :)



Time nak balik tu plak, kat bawah tu ade orang jual baju Bromo. Mula-mula dorang cakap 3helai 100 000 Rp tapi bila tawar-tawar. Korang boleh dapat 10 helai 100 000 Rp. Tapi kena pandai tawar la. Korang buat konon-konon macam xnak beli la, padahal nak. Nanti dorang akan panggil and bagi harga murah sebab ramai sngat yang jual. nak tak nak dorang kena bagi harga murah takut kita pergi kat orang lain.


Sebelum balik, bergambar kali. hahahaa



Sekian sahaja dari aku. So pesanan penaja buat korang, kalau pergi Surabaya, pergilah ke gunung Bromo sebab memang best sangat100000000000000000000x. 

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.