1st Day di Surabaya

Salam semua, kali nie aku nak cerita mengenai lawatan aku ke Surabaya. Trip kali nie aku still pergi ngan budak-budak dari Badan Peer Kaunselor UiTM Shah Alam. Kalau sesiapa yang belajar dan nak masuk UiTM Shah Alam, join lah persatuan nie, sebab dorang memang suka-suki jalan-jalan.  Trip nie tak lah seramai trip masa pergi Kemboja dulu, cuma 10 lelaki dan 10 perempuan campur dengan pengiring 3 orang. Tujuan kami pergi still sama iaitu untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Islam kat sana. Kalau korang tnye, nak bagi kat semua masyarakat Surabaya ker?? Of course la TAK kan. Kami just hantar sumbangn tu ke Pesantren Ulil Albab kat Probolinggo, Surabaya. So sekarang biar aku mulakan kronologi perjalanan aku disana.

Masa kami pergi, trip kami terbahagi kepada 2, satu trip bertolak awal pagi, satu trip lagi bertolak petang. So yang bertolak awal pagi terpaksalah bermalam kat Airport LCCT. Flight pukul 6.45pagi tapi kul 11 malam kami dan tunggu kat sana. Excited punyer pasal, langsung tak tidur sampai lah depart. Masa dalam flight semua mati terus, kejut2x je dengan announcement ketibaan di Airport Juanda, Indonesia.

Inilah rombongan pertama tu. Semua muka excited bangat. Mostly yang pergi nie, pernah join trip Kemboja dulu.

 Disebabkan terpaksa menunggu group satu lagi sampai, so kami yang sampai awal nie pergi la shopping2x dulu. Padahal baru je sampai. Hohoho........ 1st tempat kami singgah kat, Jambatan Merah Plaza. Tempat nie lebih kurang macam Sungei Wang la. Satu bangunan then ade banyak2x kedai kat dalam tu. Kebetulan masa kami sampai nie banyak kedai tak buka lagi. So berjalan la keliling bangunan tu. Barang kat sana xde lah murah sangat, harga pon boleh tahan, cume murah sedikit la berbanding Malaysia. Cume time nak mintak diskaun tu kitorang cam confius skit, sbab bila dapat diskaun 10000 Rp ingat dah bnyak padahal baru 3 henget. Nak x nak beli la jugak. Tapi masa 1st day aku tak beli pon, usha-usha je dulu. Nak tunjuk gambar xde plak. Lupe nak amik. hehehe....

Es Buah, TERBAIK. kat food Court JMP tu. Tapi bila last day aku makan, dah tak sama dah ghoper nye macam nie.

Then after kol 12.30 tengah hari. Kami pergi hotel untuk cek in. Sampai hotel x leh masuk lain sebab guest kat dalam bilik x kuar lagi. Lepak la kat lobby tu. Dah la xde aircond, panas nak mampuih. Hotel nama dah grand, Grand Kalimas. Tapi x grand langsung. Tak tahu berapa bintang, tapi aku tolak satu bintang sebab xde aircond. Lepas makan tengah hari, baru dapat masuk bilik. ALhamdulillah dalam bilik ade aircond, so tambah balik stengah bintang. Masuk bilik terus mandi sebab badan melekit cam ape dah, sebab dari malam tadi tak mandi kehulur hilir kat airport dan JMP. Owh nyaman seyh....

Inilah ghope hotel tu. No bad la. Cuma lobby je xde aircond.
Lunch kat Grand Kalimas tu, SUP, sayur goreng, Ikan Kaloi Masak Indon (sebab x tahu masak ape) dan tidak ketinggalan, Tahu dan Tempe.

Lepas je mamdi, terus qadar tidur. kejut2x tengok group ke 2 dah sampai. After dorang cek in, kami gerak ke restauran ape ntah untuk makan malam. Punye la jauh restauren nie. Owh jap, nak citer sal makanan. AKu rasa makanan kat Indonesia nie tak sesedap Malaysia la. Maybe lidah aku dah terbiasa ngan makanan Malaysia kot. tapi tak semua la x sedap, ade yang sedap. Nanti aku kongsikan pasal makanan plak yer.

Makanan nie aku paling xleh blah. Aku dah la x suke makan ikan air tawar. Rasa macam ewwww..... ngan sirip ikan pon x pontong. Aku makan sikit jer. Seb bek la depan hotel tu ade jual macam2x.

Inilah hidangan makan malam aku. Tapi aku makan sejemput jer. Ade nasi goreng, mee goreng, sup ntah pape. Makanan plak dah sejuk sebab jauh sangat dari hotel.
 Lepas tu balik hotel, mula la mencari makanan lain sebab tak cukup makan tadi. Kat depan hotel kitorang menginap tu banyak kedai-kedai macam dalam sinetron tu sebab kat situ ade tempat perlancongan iaitu Sunan Ampel. So ramai la orang datang sebab tu la ramai yang berniaga kat situ.

Kedai kat belakang tu jual Kebab satu 10 000 Rp. Rasanya terbaik. Siyes BEST. Kebab die macam tortilla kat KFC tu.

Yang kat belakang nie jual sate. Sate satu cukup 1000 Rp. Beli sepuluh batang, 3 batang buang dalam tong sampah. So korang guess la sendiri rasa ape. Tu pon dah siap2x kongsi.
Orang Indonesia nie, suke makan tahu ngan tempe. So tahu nie jual macam pisang goreng dah. Kalau kat Malaysia, kalau ade pon tahu sumbat, tu pon certain kedai je jual.

Balik hotel lepak2x ngan budak nie and makan-makan kat koridor sambil bergosip-gosip ala mak jemah. hahaha..... lepas tu order plak makanan. hari first kitorg nie kira macam Jalan-Jalan Cari Makan. Lepak-lepak sambil bincang modul untuk hai esok. lepas tu masuk tidur dengan keadaan yang penat teramat sangat tapi perut kembung. hehehe..... 1st day nie tak terasa lagi kenimatan berapa di Surabaya nie. So tunggu entry seterusnya. hehehehe

Menuju Ke Bulan


Salam, semua, tak semngat lagi nak update blog pasal trip ke surabaya ari tu. Tapi kali nie just nak tunjuk beberapa gambar yang aku edit hasil yg diambil masa ke Surabaya ari tu. Gambar sebelum dan selepas edit. Tak tahu kenapa ari nie aku rajin nak mengedit setelah lama dan x berphotoshop. hehehehe

Gambar pertama diambil semasa di Pasir Putih, Indonesia (Kat Malayisa pon ade pasir putih, tapi nie di Indonesia). Gambar diambil oleh Farah Afiza but fully edit by aku lah. hehehhee


Selepas

Gambar kedua, kalau tadi nampak bot tu dari jauh jer, then nie utk jarak dekat. Shot by Farah Afiza jugak.


Selepas
 
Dan yang terakhir gambar dari album ak sendiri yang diambil oleh pak cik kuda masa kat Gunung Bromo, Surabaya.


Selepas


Okeh itu saja setakat nie.... bye2x....

Terima Jemputan Makan Malam Bersama Duta German


Untung sebenarnya bila korang aktif berpesatuan. Macam benda korang dapat buat. Nak pergi mana-mana pon berteman. Walaupun aku nie jenih forever alone, tapi aku nak gak berteman. Alhamdulillah, masuk je kat UiTM Shah Alam nie, aku dah jatuh cinta dengan persatuan Badan Peer Kaunselor. Pelbagai aktiviti dah aku join. Pergi sini, pergi sana. Yang paling best, aku dapat pergi ke Kemboja dan Indonesia. Daripada tak pernah keluar negara, tak pernah naik kapal terbang.. Last2x sudah berani travel merata. hehehe...... Dan minggu lepas baru je balik dari surabaya. InsyaAllah nanti aku akan update kisah ke surabaya.


Nie gambar masa aku join German Day kat UiTM Shah Alam. Jadi orang yang bawak bunga mangga. Pakain kaum mana aku pakai pon ak tak tahu. Tapi sungguh menyeronokan. Aku rasa kalau ak tak join persatuan maybe ak pon x teringin nak buat dan merasai pakai bende2x macam nie. hehehe 


Diampit oleh usher2x yang montel2x belaka. Aku paling slim dan tough disitu. hahahaha..... 


Dan dapat bergambar bersama Ambassador of Germany, korang ade? hahaha.... Time nie aku dapat lucky draw jemputan makan malam bersama die, tapi terpaksa bagi kat orang lain sebab aku ade program on that date.




And again, aku baru je terima email yang kami yang membantu time German Day tu dijemput ke majlis makan malam bersama Duta German nie skali lagi pada 4 oktober 2012. harap2x xde pape yang penting pada tarikh tu. hehehee

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.