Ez Qurban, Tempat Kerja Paling Best

Salam semua, cuti semester break aku kalinya dah nak habis. Sekarang dah balik Shah Alam untuk siapkan semua kerja tertunggak sebelum bergerak ke Surabaya pada 5/9/2012 nie. Dan 10/9/2012 start aku punya sesi kuliah bagi semester baru iaitu semseter 6. Sesungguhnya semester lepas memang Nightmare buat semua budak kelas aku. Result jatuh merudum dan sangat2x tak dijangka, walaubagaimanapun Alhamdulillah bersyukur pada Allah dengan result yang aku perolehi. 

Ape aku buat cuti sem ari tu?? Actually aku bekerja di sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan akikah dan qurban di luar negara (Negara miskin) antaranya Myammar, Kemboja, Vietnam, Thailand, Bangladesh dan lain-lain. Sesungguhnya negara dorang nie la yang lebih memerlukan. Syarikat nie ialah Ez Qurban. Kerja kat sini memang superbly best. 1st santai, aku x tahu kenapa ustaz still amik kami kerja sedangkan die tahu staff die dah berlebihan. hehehe.... Pape pon terima kasih sangat kat ustaz sebab bagi aku peluang kerja kat sana. 2nd staff kat sana semua baik-baik. Tak kisah la pompuan ke, laki ker semua BAIK-BAIK. 3rd makan free. Kalau kat dapur tu penuh dengan makanan dan 3in1. Lapor je terus pergi dapur. Sungguh-sungguh tak kedekut bos aku nie. Even selalu belanja aku and the geng. Kalau nak cerita bab belanja memang tak habis. Mudah-mudahan murah rezeki bos aku nie. Sememangnya memang seorang bos contoh. Kalau ak jd bos, nak jadi cam die sbb semua staff suke. ececece......

Pernah skali tu kan, after berbuka kat Sate Haji Samuri kat Restoren Jejantas Sg. Buluh, then ustaz bawak kitorang pergi Baskin Robin and order je ape nak order. Harga tak kisah janji ko kenyang. Nak tambah 2 3 puluh kali pon boleh. Janji ko larat la. Satu lagi tempat yang best ialah masa ustaz celebrate farewell party (Kononye la) untuk aku and 2 geng yang nak brenti nie makan ikan bakar kat Muara Ikan Bakar, Pelabuhan Klang. Order macam-macam. Ikan, sotong, ketam, udang. Dah la semua besar gabak. hehehehe...... Dan banyak lagi lah. Tak terlist dah. 

Owh lupe, ade satu lagi bende yang sangat penting aku perolehi iaitu ilmu. Of course bila kita buat sesuatu kita akan dapat ilmu even dari kegagalan itu ade pengajarannya. Terim kasih semua ya.

Selain tu, budak-budak office aku nie amalkan gaya hidup sihat. Setiap isnin dan rabu mesti bersukan, main badminton, main futsal dan semua fully support by ezQ. So dengan aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan semua staff kat sana. Orang cakap kita kerja bukan untuk take granted tehadap ape yang orang bagi, tapi terima ape yang diberi sebab tak baik tolak rezeki. So kalau mana ade terambil tu minta halalkan. 
 

Dan nie antara staff lelaki yang bekerja kat EzQ nie. Dari kiri Fathi, Mujaheed, Luqman, Pejei (Pengurus), Aku dan Mizan.Duduk- Fitri. Fathi dan Mizan pon sekali ngan aku masuk dan kuar pada tarikh yang sama. Actullay ade lagi dua orang iaitu Hafeez dan Big Bos kami iaitu Ustaz Azhar tapi masing-masing ade urusan lain time nie.

Nie plak geng-geng akak yang suke bergosip kat ruang mak jemah. hehehe..... Dri kiri bermula sebelah aku Kak Siti, Kak Aima, Kak Ama dan Kak Hajar. Ade lagi 4 orang tapi missing in action. tak tahu pergi mana. Hari-hari duk bergelak ketawa ngan dorang but now it was memory. InsyaAllah akan datang jumpa lagi.

Selain ezQ nie, company ak kerja nie ade join venture ngan syarikat lain antarannya EzKembara, Al-Baghdadi Method dan yayasan Al-Baghdadi. Staff kat sini pon semua baik-baik. Tak kira laki dan pompuan semua good manners dan sesuai jadi calon suami isteri.

Sebelum nak balik lagi sekali dorang buat makan-makan, tak tahu la untuk sape, tapi aku perasan untuk aku bertiga la. Hahaha..... makan nasi Ayamas. Terbaik dari ladang sebab FREE. Ceh.....



Time nie semua ngelat x nak baca doa, puas disuruh tapi menunding jari suruh orang lain baca. Tapi aku as cameraman was exception from recite the doa. Semua melantap dengan gembiranya time tu.

Dan inilah tempat yang selalu aku menghabiskan masa. Kerja angkat call, call customer, hantar surat, pergi bank dan Facebook-ing. hahahaha...... Nampak memang berselerak tapi sebenarnya tak. hahaa



As a token of gratitude to me. boleh plak. hahaha..... Dapat pulak hadiah. kepada akak-akan yang nak adiah, brenti la cepat yer. hehehehe...... terima kasih Kak Siti. 

Sampai sini sajalah la yer..... Terima kasih semua. next time jumpa lagi. 

Pakej Promosi Melancong ke Seoul, Beijing, Vietnam dan Kemboja

Salam semua, kepada sesiapa yang berminat untuk menlancong ke luar negara seperti Seoul, Beijing, Ho Chi Minh (Vietnam), Phnom Penh (Kemboja) boleh sertai kami. Hargai yang ditawarkan sangat berpatutan.

Bagi pelajar-pelajar Universiti atau badan-badan yang ingin mengadakan lawatan ke luar negara juga boleh menghubungi kami.Pihak kami akan menyediakn penginapan iaitu hotel mewah, makanan yang sangat lazat, serta pengangkutan iaitu bas bagi memudahkan perjalanan anda semua. Tour Guide yang peramah juga menanti anda semua. Jangan lepaskan peluang. Jom mengembara bersama kami. :)



Boleh hubungi saya di talian 017-9104092
atau emailkan kan kepada saya tarikh, jumlah penyertaan anda untuk penyediaaan quotation
azwansalleh90@gmail.com


Atau layari laman web kami di www.ezkembara.net

Ketagih Adobe Photoshop + Result UiTM Dihatiku

Assalamualaikum... first skali aku nak ucap selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak walaupun dah masuk hari ke-15. Tak sabarnya nak raya sebab time raya je aku dapat balik umah. Sekarang jadi anak perantau sebab aku ngah kerja part time kat sebuah syarikat nie, namanya EzQurban. Ade sesape pernah dengar? Syarikat nie buat program Aiqah dan Qurban kat luar negara, so sesiapa yang mahu atau belum lakukan Aqiqah atau Qurban tu, boleh la search laman webnya di www.ezqurban.org semuanya dihujung jari sekarang. Okeh fullstop.....

Actually aku rindu sangat nak berphotoshop, sebab dulu nie la keje aku, edit gambar, buat poster, buat banner, buat nie buat tue sebab nie la minat aku. Aku rasa aku salah amik kos la. (Berape jute ratus kali dah aku cakap bende nie) And ya, aku memang x brape minat kos yang aku amik sekarang and and and result yg baru je semalam kuar membuktikan kos aku nie memang susah nak mampus, Civil Engineering. kalau nak cakap kos ko lagi susah, nak amik. Aku x bangkang pon sebab lain orang lain tahap difficulties die. (Ceh macam style sukan olympic daa....). Tapi kan, Alhamdulillah sebab Allah still bagi apa yang aku mahukan walaupun rasa cam tak layak je dapat result camtu.

Okeh, disebabkan lama sangat berjanji ngan semek bawah nie, so terpaksalah aku edit gambar die. orang cakap harimau mati meninggal belang, manusia berpegang pada janji (what the hack peribahasa nie) hahahaa..... sorry aku memang tak tahu. kerja last minute, sebab semek nie asyik tweet ngan pm aku ayat tacing2x nak bagi akau rasa bersalah. NAH ko keje last minute.

 
 Budak nie nama Tiekah, sape nak kenal amikla. lepas tu korang akan menyesal sebab die akan cakap apa2x lebih dari apa yang ko nak tahu. Satu ko tnye sepuluh die jawab. Staff kat tempat aku kerja, eh bukan-bukan, die office lain tapi suke dalam buat ketupat kat office aku keje walaupun bulan puasa. Dah berapa hari kantoi x puasa. huahuahahahaha......

 Budget duk oversea la. Aku tak tahu dah nak edit camne, sebab gambar ko bagi tu crowded giler. So nie jela teknik photoshop paling easy. Semua nak easy je bila keje kat EzQ nie. hahaha..... Pahni boleh la perasan2x balik dri oversea. kuang2x....

 

Ok dah settle, ade pape permintaan lagi? Rasenye lepas nie nak tukar job la, aku xnak jadi Engineer. Menyampah ngan subjek design. Ko tnye la budak Engineering mane yang suke ngan subjek tu, then ko ajak la die jadi Suami conpem die akan jadi Future Engineer terbaik punyer. Pahtu boleh la heboh satu kampung laki ko engineer. Hoho..... Ok bye tata titi tutu... Eh jap... budak kat ats nie bukan skandal aku, sebab x layak sebab die lagi banyak skandal dari aku. hahahaha.......

Terengganu where Nature Embraces Heritage











My Homestown Is The BEST

Salam, akibat duk sorang-sorang kat Shah Alam nie, tertiba terasa rindu dengan kampung halaman aku iaitu Kuala Terengganu. Kalau kat umah, macam aku boleh buat. Anak sedara pon ramai, boleh usik-usik dorang. Makanan apatah lagi. kalau kat sini, nak makan pon berkira takut duit habis. Tapi cume aku bosan bila balik sana sebab tak de kawan. Almaklumlah dulu aku sekolah kat Perlis so kawan-kawan semua kat sana, yang kat Terengganu ade jer cume dorang belajar Maktab, poli, kolej so cuti tak sama ngan aku. So kalau balik berkurung dalam rumah la jawabnye. Kalau korang nak tahu, kedudukan rumah aku memang strategik giler. wah, macam nak berperang lak kan. Sebenarnya rumah aku nie kat area Seberang takir dan kat situ dengan dengan semua prasarana. Dekat dengan Airport Sultan Mahmud, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kem Askar RAM, Bandar Kuala Terengganu dan paling best dekat giler dengan pantai. Sebab tu la aku gelap dah ari-ari asyik sun bath jer tanpa sunblock. hehehe..... Tapikan aku tak pernah bosan dengan pantai sebab tu aku suka giler pergi pulau-pulau. dan pulau paling Best aku pernah pergi setakat nie ialah Pulau Redang. Siyes cantik giler. Tak caya boleh tengok gambar kat bawah nie.


Nie gambar sebuah anak sungai kat Pulau Redang. Cantik seyh.. macam kat obersea.

Lirik lagu. "Pasir Putih tepi pantai". Putih tak? Walaupun rumah aku dekat ngan pantai, tapi pantai kat pulau nie jauh lebih cantik dari kat kampung aku.hehehe

Blue crystal water.... ari tu aku ade pergi Pulau Pangkor tapi air kat sana langsung tak jernih macam Pulau Redang. Memang jauh-jauh sangat bezanya. Sorry to say, sorry to say.

This place where my brother is working (Berjaya Redang Beach Resort). 5 star punyer tempat, kalau rasa duit tu berkepuk boleh la tidur sini. hehhee

Percutian Bajet ke Kemboja & Vietnam

Salam, lame giler rasanya dah tak update blog. Nak kata busy xde la busy sangat, just malas nak menaip panjang-panjang. Almaklumlah, bila menghadap lappy jer, mesti aku cari movie-movie baru untuk download sampai line jadi slow. Bila dah slow macam siput, so aku pon tidur. So sekarang aku nak cerite pasal trip aku & the geng ke Kemboja & Vietnam baru-baru nie. En xde la baru sangat, kitorg [ergi pada 17/2/2012 & balik pada 21/2/2012. Trip nie kitorg pergi gune duit sendiri that why nama pon Percutian Bajet. Kalau orang sponsor confirm aku amik hotel 5 star je time menginap kat sana.

Okeh, actually ktorang dah plan lama, dan booking flight tiket pon awal 5 bulan camtu. Atleast dapat la muarh sikit. Kalau korang nak tahu, kami amik flight dari LCCT ke Phnom Penh pada 17/2/2012 tu just RM90 jer termasuk tax bagai tu. Tapi 21/2/2012 tu flight kami dari Ho Chi Minh Aiport ke LCCT. Yg nie mahal sikit la sebab time nie xde promo, so ktorg dapat dengan harga RM279. Total tiket RM369 utk dua buah negara. Agak-agak berbaloi tak?

Hari first tu, flight ktorg delay 1 jam, then bila sampai airport sana plak, hujan lebat giler sampai kapal terbang tu terpaksa pusing2x kat atas langit ketujuh tu berulang-ulang kali. Akhirnya kami selamat landing. (Macam karangan budak SPM la pulak). Disebabkan agak lewat, so kiorg terus gerak ke Kampung Keh iaitu destinasi pertama kitorang kat Kemboja. Actually kitorang ade misi nak ke Kampung nie sebab nak ajar penduduk sana belajar mengaji mengunakan kaedah AL-Baghdadi. Maybe ade yg tahu, kalau x tahu pergi google k. Kami pergi dengan menaiki van and siap skali ngan tour guide dalam tu. Kampung tu terletak sejauh 150km dr bandar so kos pengangkutan ke sana memang mahal la. But tak perlu include dalam kos kitorg sebab fully sponsored by company yg hantar kitorg ke sana. So 1st day & 2nd day kami kat Kampung tu la. Dan nie merupakan kali ke-2 kami kesana.

Apa yang bestnya kat Kampung Keh nie ialah, semua penduduk sana ialah orang Islam. Dorang nie sangat mengalu-alukan kedatang sesiapa je yang nak pergi dan of course la dengan niat yang baik. Kampung nie dekat dengan sawah dan pantai. SO view die memang cantik. Tak caya boleh tengok gambar-gambar kat bawah. Makanan kat sini pon murah, bayangkan 1 mangkuk bubur nasi tau laksa yang banyak giler harge die cume 1000riel=70sen camtu la. Malaysia ade? Bab makan kat sini memang bajet. ABC pon 40sen jer. Kalau aku gtaw dlm mata wang dorg memang la dengar cam mahal sebab satu mangkuk dah 500 riel. hehehe....


Tempat yang paling best. Gudang buat garam. Of course la aku xde dalam gambar sebab aku yang amik gambar dan orang lain x reti guna camera aku. nasib-nasib... Tempat die memang tenang, for those yang putus cinta o merajuk ker, memang sesuai la datang sini sebab..... sebab tenang lah... Kawasan die lapang jer, pahtu korg boleh nampak sawah padi, sungai, pastu orang kampung tengah bajak tanah. Siyes tenang setenang tenangnya....



Chakkk!! Sebab kitorg xde keje mase 1st day sampai tu, so pergi sungai and snap photo puas. Posing mengalahkan American Next Top Model, tapi bukan aku la. Dorang yang kat atas nie. Memory camera penuh ngan gambar dorang je. Disebabkan camera aku gune filem, so terpaksa bajet-bajet masa nak gune. hahahaha


Nie pulak Abg Angkat aku, nama dia Ahmad. Time nie die tengah membajak tanah, dan berkesempatan jugak la kitorang mencube. Tanah sawah dorang nie tak sama macam tanah sawah kat negara kita, sebab dorang lebih berpasir. Dan tanah nie jugak boleh tebus guna untuk tanam macam-macam pokok. Setiap pokok ade musim die. Masa kitorg ppergi nie musim jagung, so banyak la pokok jagung. Dapat la makan jagung free masa kat sana.

2nd Day petang tu, kami terus gerak ke Phnom Penh sebab esok tu kami kena gerak ke Vietnam. Sampai je Phnom Penh, kami check in kat New York hotel. Harga sewa 1 bilik USD25, satu bilik boleh share 2 orang. Complete, semua bende ade. Dan yang paling best, bawah hotel tu ade restauran halal. So senang la sikit kami nak makan. Tapi malam tu kami makan kat tempat lain, nama kedai tu Asma Halal 88. Harga boleh tahan la, nama pon restauran kan. Time tu aku order Fried Rice with Crab Meat USD6 dan Coconut Shake USD2.5. Kalau rasa nak convert, convert la sendri, USD1=RM3.08. Lepas makan, kami gerak ke night market kat ngan Royal Palace. Just jalan-jalan je and amik gambar.


Esok plak, lepas makan pagi kat restauran bawah hotel tu. Tak silap aku makan Mamak's Mee and Tea. Kos die RM12, kat restauran nie korang boleh bayar dengan duit Malaysia sebab owner die tu dulu pernah kerja kat Malaysia. Makanan pon not bad la. Lepas je makan, kitorg naik tut-tut pergi depan royal palace untuk poco-poco. Tambang tut-tut nie USD6 untuk satu tut-tut, kalau share-share sorang kena bayar USD1 since ktorg ade 6 orang. Sunrise kat sini memang cantik, pastu ade mak cik jual makanan burung. Bila korang tabur je makanan tu, beratus-ratus burung datang. Siyes best. Then kat bawah nie korang boleh tengok gambar budak-budak nie posing berlatar belakangkan Royal Palace. Siyesly cantik.... tipu dosa.


Lepas je penat poco-poco kitorang balik hotel naik cyclo, satu cyclo USD2, sorang je boleh naik. Transport nie macam beca tapi seat kat depan. Pastu kitorang singgah Central Market jap beli souvenir then balik hotel check out then naik bas ke vietnam. Setakat nie je la. lepas nie, sambung balik sebab aku dah letih nak menaip. hehehee

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.