Farewell Party For International Students

ari nie aku terajin pulak nak update blog sebab nye aku bosan giler duk rumah sorang-sorang kat Sek 7, Shah Alam nie. Gambar-gambar kat bawah nie taken masa farewell party Student International UiTM Shah Alam. So kalau tengok gambar kat bawah nie, kebanyakkannya memang foreigner. Aku dijemput pon atas atas undangan untuk menyampaikan sijil dorang sebab join program yang kitorang organized. Some of them aku kenal, tapi ade yang x kenal.... just men amik-amik gambar jer.

Time nie dah nak abes, semua amik gambar kenangan bersama-sama.

Nie pulak, gambar-gambar geng German yang joined program kitorang organized dulu masa kat Homestay Sepintas.


Felix, Markus dan Aku. Siyesly Felix memang tinggi giler. Bayangkan aku yg tinggi hampir 180cm nie pon terpaksa mendongak bila bercakap ngan die. hahahaha

With middle east friends, tak tahu sape name tapi dorang nie sume baik-baik.

Nie gambar aku ngan torben, kami nie satu family masa program keluarga angkat dulu. Tapi gambar blur sebab orang yang amik gambar nie, xreti guna camera aku. TENSION.....

Last gambar... xde pape nak cakap. Bye...

1st Trial Using Olympus Om-10

Entry bergambar. actually gambar-gambar kat bawah nie ialah gambar dari camera baru aku iaitu Olympus OM-10. Dan nie merupakan hasil percubaan aku. Gambar memang catik, tapi memerlukan kepakaran yang agak tinggi untuk guna camera nie. That y, banyak gambar yang blur. Tapi seriously aku suka gambar-gambar dari camera nie. Bagi aku, lagi cantik daripada DSLR.

Nie gambar Hanan & Amirah Ali Chew semasa majlis anugerah dekan FCE. Gambar dah lame tapi aku baru je cuci filem.

And this group of girls pulak, classmates aku yang mendapat anugerah dekan malam tu. Actually ade ramai lagi. X clap aku dalam 20 ++ jugak la yang dapat dekan. Lebih daripada separuh kelas kami yang semuanya seramai 44 orang. Jangan tanye kenapa ramai sangat yg dapat dekan. Jawapannya tentuhlan tiada kaitan ngan course aku nie senang, tapi dorang nie memang jenis hyper study. Core punyer rajin. Almaklumlah, budak Fast tracked.

Nie pulak masa buat BBQ yang apgi2 tu. Aku ade criter dalam entry sebelum nie. yang tukang bakarnya ramai, tapi ayam & sosej semua rentung. Tak tahu dorang buat ape. hehehehe

Tak sabar menunggu ayam untuk dimasak. Sampai ternganga mulut. hehehe... Just kiding my pren.

Nie pulak, geng-geng yang tugasnya menhabiskan makanan time tu. tengok la badan sorang-sorang. Muke ceria je sebab dapat makan banyak dari yang lain. hehehee

And lastly, nie gambar classmates aku yang siyesly sporting abes semua(oh, no!) Kepada penganjur program, terima kasih banyak-banyak yer. :)

Sabar Menanti (Vietnam & Kemboja)



Salam, walaupun aku dah abes exam, tapi rasa macam bosan jer. Serabut dan tak tenang sebab banyak sangat kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Dalam masa yang sama, aku sangat-sangat tak sabar nak tnggu tarikh 17 Februari 2012 sebab aku akan fly ke Cambodia. Walaupun dulu dah pernah pergi, tapi aku tak tipu sana memang BEST. Nak cakap negara dorang maju, of course la Malaysia lagi maju. Tapi masa kat sana, aku rase cam tenang jer, tak serabut macam kat Malaysia. Maksudaku, kampung yang aku pergi hari tu. Kalau kat bandar Phnom Penh tu, lebih kurang macam KL jugak, cume agak tidak teratur.

Trip kali nie, aku pergi dengan 3 orang classmate aku dan 2 orang kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan....... (Ah penat). Dan yang paling best, trip kali nie kami pergi ke Phnom Penh, kemboja tapi kami akan balik dari Hoi Chi Minh, Vietnam. Siyesly aku memang suke berjalan. Dan aku sanggup pergi mall sorang-sorang untuk hilangkan bosan study o wateva. ok, sekian untuk kali ini. Jom santap gambar-gambar.

Sangat-sangat merindukan saaat ini. Kalau pergi ramai-ramaikan BEST. Macam-macam kita dapat buat bersama. (Pak cik yang bawak moto tu pon nak posing gak.. hehehee)

Dan aku jugak rindu pada semua penduduk Kampung Keh, terutama family angkat aku. hopely dapat jumpa lagi nanti. :)







Hidup Yang Menyedihkan

Salam..
Nothing much to say....
Hidup aku memang membosankan sejak kebelakangan ini.. Hari-hari menghadapa buku teks, nota, kalkulator. Otak penat mengira dan menghafal. Exam punyer la susah, 1st time aku stress giler vavi time jawab exam. 19 Jan 2012 nie my last paper. Siyesly banyak giler nak kena hafal. Rasa menyesal pulak amik course Civil Engineering. Aduiii..... Hari-hari terperak kat dalam rumah, kuar untuk makan sahaja. Memang sedih giler hidup seorang pelajar dekat-dekat minggu exam nie. Tapi lepas je abes exam, banyak giler program akan aku ikuti.

27-29 Jan 2012: Program Di Taman Negara
2-4 Feb 2012: Kursus Scorer Kriket Melayu
17-21 Feb 2012: Trip to Cambodia & Vietnam


Nie gambar pada 13 Jan 2012 ari tu semasa majlis perpisahan bersama student International.
Nie geng-geng German bersama Pn Azah kaunselor dari OIA. Dorang nie dah nak balik German so nie dikira farewell party untuk dorang la. Ok stop, aku nak study dulu.




Politik Harta Pusaka


Salam, hari nie aku cakap pasal politik sikit.... korang dengar lah bila orang yang tak minat politik bercakap mengenai politik. Tapi aku menyampah giler dengan orang yang bajet tahu semua, hari-hari cakap pasal politik tapi belakang-belakang jer. Kalau depan-depan semua tutup mulut.

First korang tengok dulu video bawah nie.




Korang buat la penilaian. Dan aku pasti hampir 90% daripada penyokong kerajaan dan pembangkang mempunyai pendapat yang berlainan. Fakta:-

Penyokong kerajaan: For sure akan menyalahkan pelajar yang wat demonstrasi tu.... termasuk menghemburkan kata-kata maki hamun.

Pembangkang: For sure akan menyalahkan pihak polis yang menghalang demonstrasi tu.... termasuk menghemburkan kata-kata maki hamun.

Dan bila korang baca statement aku kat atas, dan korang akan maki aku sekali.
Sekali lagi aku nak cakap, aku memang tak minat politik. Tapi selalu jadi pendengar bila budak rumah aku asyik cakap pasal politik je dalam rumah aku sejak kebelakangan nie. Of course semua pembakang, xde sorang pon lagi setakat nie aku dengar dari mulut dorang yang bersetuju dengan kerajaan.

Aku bukan sokong mane-mane tapi aku menyampah bila aku nampak seorang tu terlalu taksub dengan sebuah parti politik dan asyik cakap kebaikan satu politik tu dan memburukan parti politik lain. AKu tak cakap pembangkang atau penyokong kerajaan but semua same.

Susah nak jumpa orang yang betul-betul profesional dalam berpolitik. Aku respek giler ustazah kelas CTU553 aku sebab banyak bende yg die cakap tu betul. Jangan disebabkan kite benci, semua yang baik kita nampak buruk.

Aku tak suke politik yang pertaruhkan agama. UMNO dengan cara UMNO, baru-baru nie dengan kes hudud. Buat video sembang rakyat marapu habes. Macam x pernah belajar agama. Dan pembangkang dengan perangai dorang. AKu x nak mention sebab pembangkang bukan 1 tapi banyak.

Aku tak salahkan pemerintah(Negara & Negeri), tapi kadang ade jugak salahnya. Tapi aku menyampah dengan penikutnya yang taksub melampau sehingga sanggup mengadai maruah. Nak tegur orang, tapi tak betul, kluar kata-kata perkauman, mencaci maki orang. Aku bukan lah perfect bagus, tapi nie pandangan aku.

Mengenai video kat atas, aku memang x sokong pelajar tu dan aku juga tak sokong pihak polis tu. yang pelajar tu plak, so taksub sangat ngan politik kenapa? belajar tinggi-tinggi then buat demonstrasi jalanan kat tempat awam. Sape yang cari pasal dulu? Ko buat replika keranda macam keranda kristian punyer then ko letak gambar PM kat situ, tak ke menghina namanya tu. So ape korang dapat sekarang? PM tu tak tergugat sikit pon, korang pulak bersakit-sakit sampai dah nazak.

Yang polis pulak, aduiii... tahu la ade kuase. Yang nak belasah orang sampai nak rak tu kenape. Melayu sama melayu kot. Buat malu kat kaum lain jer.. aduii....

Tolong la jadi profesional dalam berpolitik. Jangan jadi politik tu sebagai harta pusaka pulak. maksud aku, ko sokong parti tu sebab dah turun temurun keluarga ko sokong parti tu. lepas tu hari-hari ko disuap cerita-cerita baik jer, dan buruk semua pasal parti lain. Then ko bajet ko tahu semua. bende yang betul pon ko akan nampak tak betul, bende baik pon ko akan nampak buruk jer.

Minta maaf kalau ade sape yang makan cili di awal tahun baru nie, ko tanggung la pedasnya. Sekian.....

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.