Cerita Aku Di Hujung 2011

Assalamualaikum...... Maybe nie post terakhir aku untuk tahun nie. Sob sob... sedih giler. Makin meningkat umur makin dekat dengan ajal. Cukup dah ke amalan aku nak bawak balik sana nanti? Allahualam.... Tadi aku baru je balik dari Mid Valley sebab pergi ke New York Skin Solution penipu punyer... Ari tu beriya-iya dia cakap kat aku dapat facial treatment free padahal bila pergi kena bayar beratus-ratus. Nasib baik la aku dah replace ngan someone else dan die la terpaksa bayar. Tapi harap dapat menag GA iPad 2 tu.

Ok bersambung kepada cerita tahun 2011 sebelum menjelma 2012. Aku nak cerita ape yang best pasal tahun 2011 yang bakal aku tinggal kejap je lagi. Mula-mula aku nak cerita pengalaman best yang aku lalui sepanjang tahun 2011.

1. First time dalam hidup aku ke luar negara iaitu kemboja. Walaupun asia tenggara je tapi ini lah pengalaman pertama aku merantau ke negara orang dan hasilnya juga membuatkan aku dengan pertama kalinya dapat menaiki kapal terbang. Aku tak malu sebab aku rasa masih ramai yang betul merasainya. Tapi bagi aku langsung x best naik kapal terbang.

Photo was taken in front of Istana ke bende ntah tapi kat Phnom Penh. bulan 2 nie pergi lagi skali ngan vietnam. Sejak ke Kemboja ritu, makin semangat aku nak travel ke luar negara. Kemboja merupakan tempat yang banyak mengajar aku erti hidup dan kekeluargaan.

2. Join program Homestay bersama geng-geng German & Us. Serius best. Fisrt time aku tidur satu katil ngan foreigner. Bukan nak cakap aku GAY, tapi benda yang kita tak sangka. Cam dulu kalau pergi mana-mana, nampak mat Saleh tengok jer. Tapi time dah macam family dah, duk satu rumah. Buat program same-same, makan skali sembang in ENglish ngan BI aku yg fluent giler vavi. Hohohoh..

Cube tengok perbezaan warna kulit aku dan dorang. Dari kiri Azwan(Anak Pak Salleh, bukan mat Saleh), Markus, Bastian, Luke and Torben. In between Bastian & Markus is Felix.

3. Dan sejak jadi Presiden PEERs, banyak sangat program yang aku involve dan sangat-sangatlah menyeronokan. I LOVE PEERs. Dengan PEERs dah bermacam tempat aku pergi, dan bermacam-macam ilmu aku dapat dan yang paling BEST bermacam-macam KAWAN aku jumpa.

There are so many people around us with different characteristic. Disini lah aku kenal siapa lawan-siapa kawan. But thanks sebab buat hidup aku penuh dengan pahit dan manis dalam menempuh arus kehidupan. kadang-kadang orang macam nie perlu jugak sebab nak ajar kite jadi lebih baik dimasa akan datang.

4. Bersyukur sangat dapat classmate yang sporting dan banyak tolong aku. Dan banyak jugak buat program yang merapatkan hubungan kita. Pergi broga hill, pergi Melaka, buat BBQ pagi-pagi hari yang memang 1st time aku pernah rasa. Hehehe.... Dulu masa diploma memang aku tak merasa semua nie. dan aku benci kenangan semasa aku buat Diploma.

Cina manalah menyemak kat hujung gambar nie. Nak jugak enterframe kat gambar kitorang. Siyes seronok bila korang buat something beramai-ramai macam trade mark Sunway Lagoon, "Rasai Keriangannya"

5. Tahun 2011 gak banyak gadget baru yang aku beli sebab tu duit biasiswa aku habis dengan cepat. Ya, aku memang seorang yang BOROS. Antara gadget yang aku beli, iPad, iPod nano, Camera olympus Om1n, Nokia cikai. So banyak la duit habes, bila dah xde duit, sibuk nak mengadai barang.

6. Dari dulu teringin nak pergi Zoo. But this year aku tercapai. Siap 2 zoo lagi aku pergi, Zoo negara dan zoo Melaka but both of it melalui persatuan. Dulu aku pernah pergi zoo taping, tapi aku pergi night safari so tak nampak sangat binatang. Cume yang nocturnal je la yg berkeliaran time tu.

7. Ade banyak lagi bende best, tapi aku dah malas nak menaip. Bila bab cerita mengenai azam baru, aku memang xde azam sebab azam sebelum nie pon aku lupe ape dan rase nye memang tak tercapai sebab azam aku memang extrem giler. So lebih baek xde azam sebab bende tu menghampakan aku. Boleh?

Cara Menghalau Nyamuk Dengan Mudah


Salam, kelakar,lawak and so on. hahahaha... Puas aku gelak. Tadi tengah bosan menunggu baju siap ibasuh oleh mesin basuh. Aku pon buka la page-page yang aku like kat FB. Then aku jumpe bende nie. Cube korang bace dan korang bayangkan kalau korang yang jadi Ustax tu, ape reaksi pertama korang dan camna korang nak jawab balik soalan tu. Berpandukan kepada soalan, xde la susah mane pon. Tapi geram jugak bila baca. hahaha.....



Nyamuk o nyamuk pandai jugak ko rupenyer. Baru aku tahu nyamuk nie kalau masuk rumah die akan masuk melalui pintu depan sebab nak tengok selipar ade tak kat rumah tu. Kalau ade baru terjah, kalau tak pergi cari rumah lain. Pastu kalau semua manusia tahu tektik nie berkesan mesti semua simpan kasut dalam rumah. Hahaha.... cube bayangkan mesti lawakkan. Bukan setakat nyamuk je tak masuk, tetamu yang datang pon konfius sama ada tuan rumah tu ade ke tidak.

Nie antara komen-komen yang diberikan dari soalan tersebut.



Kalau betula bende nie menjadi, mesti dah tak laku ubat nyamuk kat kedai tu... Semua men sorok selipar jer. hahaha.... So korang bila lagi nak cube. hahahaha

Peperiksaan Sekitar Selekoh.

Exam Around The Corner!!

Salam no mood nak update. Aku tak berape nak sihat. Sekarang study week, cuti sampai 3.1.2011. 4.1.2011 tu aku dah start exam. Sekarang ngah menunggu turn nak basuh kain. Orang sibuk study, aku sibuk buat report tahunan persatuan. Dateline kena submit before 4.1.2011. Kena siapkan cepat-cepat sebab aku nak study plak. Kat bawah nie jadual exam aku.

4 Januari 2012 - Hubungan Etnik
7 Januari 2012 - Calculus III For Engineers
10 Januari 2012 - Inditerminate Structure
19 Januari 2012 - Engineering Hydrology

Sem nie paper x banyak tapi semua tough giler vavi susah extrem complicated dan seangkatan dengannya. Soalan test pon macam soalan final. Lecturer macam saje je nak bagi kitorang tensio. Cary mark Indi paling rendah aku pernah dapat selama aku belajar kat UiTM. Tension. A tolak tepi. janji aku buat yang terbaik. Ok... sekarang aku nak pergi basuh baju.

Sampah 1HARI

Salam, ari nie berlaku satu perselisihan faham aku ngan housemate aku. Pasal satu plastik sampah yang aku tinggal kat luar rumah. Semalam budak rumah aku gotong royong bersih rumah tapi aku tak de sebab pergi kenduri kahwin. Sebelum pergi tu, aku ade bersih sikit, aku sapu bilik aku, aku angkat semua barang aku yang berselerak dan aku buang kotak-kotak yang ade kat belakang. Tapi memang betul pon sekejap sebab aku terpaksa rush nak g kenduri.

Masa pergi kenduri tu aku ade cakap kat kawan aku suh pergi sekajap je sebab aku ade kerja tapi sebab tempat tu jauh so amik masa la sikit. Time balik plak, aku tolong la mana yang patut walaupun tak banyak sebab semua benda dorang dah buat. Lagipon masa aku nak keluar tu, aku dah cakap kat housemate aku, aku minta maaf banyak-banyak sebab tu la aku bersih yang mana patut sebelum aku keluar. Mungkin dorang dah bengang ngan aku sebab tak de masa dorang gotong royong tu.

So nak dijadikan cerita semalam lepas aku balik, aku pergi la kemas barang2x PEERs yang ade kat belakang sebab memang agak bersepah la. Time tu datang kawan aku tanya, "Ada sampah nak buang tak? Kitorang nak g buang nie." So aku cakapla ade. Aku pon letak sampah tu kat luar. Aku tak tahu plak yang dorang dah pergi buang sampah. So malam tu aku cam malas giler nak pergi buang, siyes aku tak tipu.

Pagi tadi aku bangun siap-siap nak gi kelas pastu masa kluar rumah aku dan pegang plastik sampah tu nak gi buang, tapi aku tengok jam dah lewat. So aku letak balik sampah tu. Balik kelas aku ingat nak buang la sampah tu, tapi aku makan dulu, tengok member aku balik marah-marah sebab aku biar je sampah tu kat luar. Aku diam jer sebab aku rasa tu memang salah aku. Tapi satu je aku nak cakap, aku tak terniat pon nak suh korang buang sampah tu swalaupun sekarang turn korang yang buang. Cume salah aku sebab lambat buang, sampai 1 HARI sampah tu kat luar. SUMPAH demi ALLAH aku dah terniat nak buang sampah tu selepas makan sebab aku tahu tu sampah aku.

Satu lagi aku mintak maaf sebab tak tolong bersih rumah semalam tapi sebelum nak pergi aku ada bersihkan mana yang patut walaupun x banyak sebab aku tahu korang akan penat buat bende tu. Aku minta maaf skali lagi.

Sorry lagi skali sebab banyak sangat perkataan 'SO' hahahaa

BBQ di Pagi Hari

Selepas baca blog si Tyra Sajaa nie, tetiba teringin nak update blog sebab tengok gambar kat bawah nie.

http://4.bp.blogspot.com/-dsPFLcxoPYw/Tu2X6Twx8sI/AAAAAAAACzs/QxFDvohfuXM/s800/rayban.jpg

Nie gambar budak kelas aku bergaya dengan spec cam power rangers termasuk aku. hahahaha..
siyes lawak. Dan gambar nie juga aku ciplak dari blog dia. Soriiii ea. hahahaha....

Pagi tadi budak kelas aku ade buat BBQ. Untuk merelease tension kat-kat nak exam nie. So cukup satu kelas yang join. Serious best giler. Dan nie jugak kali pertama aku pernah join BBQ yang dibuat pagi-pagi. Kesian kat budak kelas aku kerana bertungkus lumus menyiapkan bende nie tapi aku enak dibuai mimpi. Masa aku pergi semua dah settle so tinggal makan jer. hahahaha.....

Makanan siyes best... tapi part air aku tak minum sebab dorang beli air berkarbonat dan aku memang tak minum aiir tu... memang x lalu sebab tak sedap. lalala..... ok dah, aku kembali malas untuk manaip. Byee....Link

Give Up dah Aku Join Online Contest


Salam.... sejak dua menjak nie aku semangat pulak join online contest. Bukan ape, hadiah yang ditawarkan siyes gempak-gempak. Mostly dorang akan pertaruhkan Ipad 2 sebagai hadiah utama. So aku pon semangat lah join walaupun dah ada Ipad.

Eh jap. kepada akak Along Nidar, sorry saya tak pos lagi hadiah akak ari tu sebab sibuk gilos. Hadiah akak lagi satu dah selamat sampai, tapi tak tahu kenapa akak punyer Posman malas nak hantar. Nanti saya pos balik ea... sorry amik masa jap.

Ok back to our topik (our?) Aku dah give join oline yang main vote-vote nie sebab ade makhluk yang memanipulasikan voting dengan kepandaian die. Maksud aku cheating alias menipu. Aku berenan giler ngan satu contest nie iaitu anjuran Samsung Malaysia. Hadiahnya siyes gempak. So semangat la aku join jawab quiz hari-hari, sambil makan pon tahan duk klik kat iPad, nak pergi toilet pon tahan. Siyes aku tak tipu. Tapi last sekali aku dapat detect yang ade orang menipu. Camna die buat aku tak tahu la, tapi macam die hack system untuk bagi point die meningkat dengan banyak untuk setiap saat. Bayangkan quiz tu boleh dapat 30 points untuk setiap 5 soalan yang ko boleh selesaikan dalam tempoh paling cepat 4-5 saat, tapi makhluk nie boleh dapat 1000points dalam tempoh 1 saat. Logik x?

Siyes aku tak tipu... aku refresh link tu setiap saat nak tengok leaderboard tu dan terkejut giler bila aku tengok points die meningkat dengan mendadak giler vavi camtu.

 

So sekarang cube korang tengok, dalam masa beberapa jam dia boleh dapat 4 ratus ribu points even yg kedua tu jauh ketinggalan. Aku yang  7 jam depan laptop pon dapat 17240. So memang aku give la nak buat... nie gambar latest aku tunjuk, actually sebelum aku give tu, aku kat rangking ke-5.  Point nie akan di flush untuk setiap 2 hari, mean after two days dorang akan pilih 2 pemenang yang paling highest. Yang pelik lagi, pemenang sebelum nie yang jawab quiz dalam masa dua hari pon xleh dapat points sebanyak penipu nie.

Kalau korang x caya ngan apa aku cakap nie, korang boleh rujuk SINI.

Haji Buat Ma & Ayah




Salam, actually video nie dah lama, tapi bila aku tengok tadi macam nak nak nanges jer. Betul jgak ape yang si Lutfi nie cakap. Semua benda yang mak kita buat mesti bersebab.

Aku tak tahu kenapa dua 3 hari nie, aku selalu fikir pasal parent aku. Aku rasa macam nak nanges jer sebab banyak sangat dosa aku buat pada dorang terutama mak aku. Aku selalu baca status kawan-kawan kat facebook mengenai family dorang. Bila aku baca jer,aku mesti teringat kat ma & ayah aku.

Kadang-kadang tu, time riding nak g kelas pon aku terbayang muka ma & ayah aku. Aku fikir apa akan jadi pada aku kalau dorang dah takde dan apa akan berlaku sekiranya tetiba aku kemalangan masa riding tu. Bukanlah aku mintak semua tu berlaku, tapi kita tahu semua orang akan menemui ajal, so aku takut aku mati dalam keadaan menjadi anak derhaka.

Banyak sangat dosa yang aku dah buat pada mak aku, sampaikan pernah dia menitiskan air mata. Bukanlah aku nak mengaibkan diri aku tapi, aku nak bagi tahu bende yang aku rasa sekarang tak sama macam mana orang lain rasa. Aku berasa bersalah giler. Walaupun aku nie belajar tinggi-tinggi tapi aku tak mampu jadi seorang anak yang taat kepada ma & ayah aku. Banyak benda yang dorang dah lakukan pada aku tapi benda yang kecil pon aku tak mampu nak berikan pada dorang.

Aku harap sangat, impian aku dari dulu untuk hantar mak dan ayah aku pergi HAJI dengan titik peluh aku tercapai jugak suatu hari nanti. Sekarang impian itu masih tengiang-ngiang difikiran aku. Walaupun, masih tak mampu untuk balas semua jasa dorang tapi aku harap aku mampu lakukan sesuatu yang berguna pada dorang.

Sememangnya aku betul-betul sayang pada MA & AYAH aku.Align Center

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.