Korean Drama Review - Lie To Me

 http://1.bp.blogspot.com/-E7WjxT5Bc0w/TbkN-cm0J6I/AAAAAAAAASA/sINVTE00Nbo/s1600/Lie-to-Me9.jpg

Drama seterusnya, Lie To Me. Citer nie pernah kuar kat Astro dalam channel The One 393. citer nie pon boleh tahan best. Awek nye siyes cun. Aku suke tengok pompuan nie berlakon sebab memang cam real dan watak die cam sengal-sengal sikit.

Sipnosis citer nie kisah seorang perempuan yang bekerja sebgai Civil Servant yang telah terjebak apabila kisah tipunya berkaitan mengahwini seorang CEO hotel yang kaye raye tersebar meluas. Situasi itu menyebabkan CEO tu terlibat sekali dalam penipuan itu. Pada mula-mula citer nie, laki tu macam x brape suke kat perempuan tu. Last-last die pon terpaksa menipu sekali sebab nak lari dari awek lama die dan mak cik die yang nak sangat die kahwin cepat.

kekuatan citer nie terletak pada pelakon utama perempuan tu, bagi aku la. Watak die memang cam sengal-sengal udang sikit. Tapi bila dah nak episod last-last, citer nie jadi serius sikit. Perempuan tu asyik nanges jer. So cube la tengok..

Korean Drama Review - Greatest Love

Salam... sebelum tido dan xde pape nak buat, so aku rajinkan diri nak wat Korean Drama Review. Eh jap, pelik ker laki suke tengok citer korea? kalau betul, ade aku kisah.. huahuahua... Aku nak wat review untuk drama 2011 dulu yang aku dah tengok. 1st citer Greatest Love.

http://www.randomdetox.com/wp-content/uploads/2011/05/the-greatest-love-4.jpg

kalau nak tahu sape yang berlakon boleh google jer. Citer nie bagi aku best la jugak. Sebelum aku nak download Drama Korea, 1st aku akan tengok pada genre citer tu. Aku suke yang romantic comedy sebab lawak. Dah nama comedy takkan seram pulakkan. Kalau tengok poster kat atas tu pon dah boleh agakkan mesti kisah cinta tarik tali.

Cerita nie berkenaan seorang perempuan yang dulunya famous giler sebab die salah sorang artis dalam kumpulan K-Pop iaitu National Treasure Girls. Lepas tu kumpulan dorang berpecah atas sebab-sebab tertentu. Semua orang salahkan si pompuan nie sebab group dorang berpecah.

Lepas tu pompuan masuk rancangan reality ape ntah tajuk die, pasal nak temukan jodoh. Die kenal la dengan seorang lelaki yang pakai spek mata tu. Dalam masa yang sama laki lagi sorang tu jatuh cinta kat die yang dulunya memang x suke kat die. So berlakula proses tarik tali. Yang kesianya ialah pompuan tu la sebab macam dugaan yang dihadapi tambah-tambah bila orang fitnah die punca perpecahan group National Tressure girls tu. Citer boleh tahan lawak dan banyak mesej yang tersirat dalam citer nie. Yang paling aku suke, mesej berkaitan seorang kawan yang sanggup menerima kutukan dan fitnah demi menjaga kawan yang lain.

Bagi aku tak rugi la kalau korang download and tengok citer nie.... tapi heroin die x berape nak Cun. hohoho.....

Macam-macam Raya

Salam, setiap kali aku nak update blog. Mesti rasa bersalah jer pada pemenang contetst 'Photo Of Nature' yang aku anjurkan sebabnya hadiahnya aku belum post lagi. Sekarang aku tengah tunggu hadiah tu sampai lagi. Member aku cakap, hujung minggu nie dia nak datang Shah Alam, so InsyaAllah next week aku pos kan. Minta maaf yer akak-akak sekalian. 

Sebenarnya aku nak cerita pasal raya... padahal raya dah nak habes kan tapi aku nak gak cerita. Oh jap, nak gtaw lagi, umah sewa aku skang dah pasang Unifi, so boleh la aku on9 sampai lebam. Bajet macam hari-hari xde keje. Back to main topic, aku rasa raya sekarang memang x best sebab aku dah besar... besar ker? Kurus kering ade la. So, aku dah x dapat duit raya. Ceh, kedekut betul mak-mak cik. Dulu boleh pergi raya merata-rata untuk collect duit raya, memang x malu langsung. Sekarang pon boleh, tapi aku kena pakai topeng upin dan ipin  then buat muka seposen walaupun x nampak sebab pakai topeng.

Bukan tu saja, x best sebab aku xde member kat Terengganu sebab dulu aku sekolah kat Perlis so member sume kat Perlis. Nak g beraya pon x tahu. Kat Terengganu pon ade jugak, tapi sume balik kampung dan ade jugak yang kat oversea tak leh balik raya. Padam muke. hahaha..... So raya aku kat umah ialah tido dan tengok tv sahaja. Pergi raya umah saudara mara ja.


FYI rasa kat Terengganu tak semeriah raya kat negeri lain. Negeri lain raya sebulan, tp Terengganu 2 minggu pertama tu meriah la... pastu suram jer... kat sini, open house merata-rata. Sampai tak terdaya nak makan. Sehari sampai 3-4 buah rumah. Heaven.... Rugi sebab aku nie jenis cepat kenyang.


Nie gambar masa sambutan hari raya kat UiTM Shah Alam
Meriah giler... macam makanan ade, dari western sampai la eastern..



Aku curi dari: Tyra Saja (Sorry aku curi ko punyer. hahaa)
Dia pon curi dari Ban Ashaari gak... tapi dah di creditkan.... kira halal la..

Aku tak terniat pon nak masuk campur pasal isu nie... cume aku x leh blah bila baca komen si PENGARAH POYO tu.... bajet citer die BEST... aku dah tengok citer nie, tapi nasib baik aku tak tengok kat wayang. kalau tak bazir duit aku jer..... Download sudah... padam muka ko. hahaha.... Bagus betul Astro first kan? Like sampai bila-bila....

Saudara tu tanye dengan nada baik-baik jer.... Kenapalah dibalas ngan bahasa yang macam kurang pendidikannya... Itulah manusia sekarang, nak dengar nasihat dari orang atas-atsa jer. Sedangkan nasihat dari orang bawah-bawah pon berguna jugak. Dia tu, banyak sangat ker ilimu pengetahuan bab-bab agama? Salah ke kalau orang nak bertanya.... Susah betul nak terima kritikan. Pujian tu la yang dia sanjung sampai ke mati.

Walaupun aku tak bagus sangat bab-bab ilmu agama nie... tapi xde la jahil. Geram jugak bila isu berkaitan agama jadi bahan lawak.... Ko buat cerita utk kami tonton, so kami juga berhak mengkritik. kalau tak kerana kami, tak laku pulak cerita ko buat. Nak jadi cam Dr. Rozmey ker? Opss.. silap... Lain kali, terimalah terguran dan pendapat dari orang lain walaupun budak kecil sekali pon. Anda orang berpendidikan, jangan jadi macam orang tak pernah pergi sekolah.


Pengumunan

Salam... kepada pemenang Contest 'Photo of Nature'
Nak minta maaf dulu, sebab hadiah lambat sikit
sebab sekarang tengah tunggu hadiah sampai
bukannye sebab saya baru beli
cuma adiah tu sekarang berada kat umah kawan saya kat KL
masa balik Kemboja ari tu,
saya tumpang umah die kejap,
sekarang die ngah keje, tunggu die free dulu,
nanti dia dah antar ke Sh Alam then saya pos la yer,
hadiah 100% dari kemboja, wat pe nak tipu2x kan......
so minta maaf sangat2x


Photogenic Style Contest


Salam
Kepada kawan-kawan bloggers,
mintak tolong vote gambar saya kat atas nie bleh,
untuk  PHOTOGENIC STYLE CONTEST
senang jer, klik link FB SINI 
pastu klik 'button LIKE'
X paksa pon, cume kalau nak wat pahal tu boleh la tolong LIKE kan...
yang mane dah LIKE tu, thanks la yer..
Mudah-mudahan murah rezeki awak..
(~_^)

Giveaway Duit Raya Dari Jepun :)

Sape nak duit raya...
disebabkan aku dah besar, duit raya pon x dapat.. 
so aku nak join GA nie mane tahu dapat duit raya.. kekekeke

 
Sape nak join klik SINI

Keputusan 'Photo Of Nature Contest'

Salam, first skali minta peserta baca intro nie dulu. Tadi aku dah taip panjang-panjang ngan ayat bunga-bunga last aku terdelete pulak post tu. aduyai. Dikesempatan nie aku nak ucap Terima Kasih pada semua peserta dan tak lupa jugak Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Gambar semua cantik... So memang susah nak wat keputusan. Dan ade juga aku rejeksss sebab link yang drang bagi tak valid dan blog dorang pulak 'open to invited readers' sahaja. Kalau aku nie dijemut xpe la juga, nie menjadi tetamu yang tak diundang tu la yang susah. Kepada yang menang tahniah aku ucapkan. Next time aku wat contest lagi.


Pemenangnya ialah:-
Pemanang Pertama:
http://2.bp.blogspot.com/_k4rPYbO57aM/TPH267tPSlI/AAAAAAAAKA0/vZYCEDTXl7U/s1600/1.jpg 

Akak Nana
Tahniah kepada akak
aku memang suke giler gambar nie
teringin nak wat photoshot kat sini
tengok je gambar nie, rasa cam tenang jer


Pemenang Ke-2
http://1.bp.blogspot.com/-PVAz4uEBJlw/Td2l6B5ymeI/AAAAAAAAF0M/jaebw_txEis/s1600/AKU+DN+ALAM.jpg 
Akak Along Nidar
Walaupun tempat nie bukan kat Malaysia
Tapi bagi aku pemandangannya memang cantik
aku simpan hajat nak pergi tempat nie jauh2 sebab tempat nie memang jauh
kalau ade rezeki InsyaAllah ssampai la sana

Sila PM ke inbox facebook saya
Nama Penuh, Alamat dan No Tepon (Bukan nak ngorat, cume nak confirmkan jer) hehehe



Hati-hati Dengan Penyewa Rumah Di Shah Alam

Salam kawan-kawan dan peserta contest "Photo Of Nture", sorry sebab lambat sikit announce sape pemenang sebab saya sekarang tengah busy dan agak kusut sikit.

Sebab-sebabnya...
Semangat giler packing barang dari umah awal-awal nak balik Shah Alam, last-last dapat tahu umah sewa kena tipu. Duit semua dah bayar, tapi rupenyer owner rumah tu penipu besar. Kebas duit kitorang pastu umah x dapat. Ingatkan kami je yang kene, rupernyer ramai jugak la yang kene. So sape nak sewa rumah kat Shah Alam or mane-mane tempat tu, so berjaga-jaga lah. Kalau boleh pastikan kita jumpe owner tu face to face. Macam kes aku nie, kawan aku tu deal menggunakan telefon jer, pastu caya then terus bank in duit.
Last-last kol langsung x dapat.

So sekarang nie aku ngah serabut nak cari duit untuk bayar deposit umah sewa. Sape duk Shah Alam mesti tahu kadar sewaan kat sini. Tu kalau sebulan, dah kalau berbulan-bulan. Rabak jugak la nak cari duit. Tension betul la..... So nasihat aku pada semua, berhati-hatilah kalau nak sewa rumah dan beli barang secara online terutama kat mudah.my.



Vinttage Effect Using Camera Raw

Salam... sejak kebelakangan nie aku xde citer baru nak kongsikan. Sibuk dengan persiapan masuk U. Kepada semua peserta 'contest' anjuran aku tu tak perlu risau, aku dah terjah sume entry kalian, cume pemenangnye aje belum dipilih. So tak perlu risau. Nanti aku akan umumkan yer....



gambar-gambar nie aku edit menggunakan camera raw in adobe photoshop CS5

Contest "Photo Of Nature" kini Ditutup

Contest "Photo of Nature" Dengan Rasminya Ditutup
Terima Kasih kepada semua yang sudi 'join'
Hadiah dah siap tersedia, cume pemenangnya saja belum ada
Aku agak busy sikit sekarang nie,
so nanti u buka aku announce la ye,
Tak lama dah seminggu je lagi
Harap korang semua sabar
Ada rezeki tak ke mana
Berdoa la yer....

Di kempatan ini
aku nak ucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir
Kalau ada terkasar bahasa dalam blog nie
so maafkanlah yer.

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.