USELESS Thing In My Life

Buat kau yang bernama sahabat..

Fisrt time aku terasa giler ngan ko... kalau sebelum nie mungkin aku boleh buat-buat lupa tapi apa yang aku buat hari nie memang terasa USELESS giler.

Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah pada ko sebab dah grade.... sorry sebab wish ngan x proper tadi sebab aku memang xde mood. Kalau boleh memang aku nak celebrate. Sebelum nie ko ade gtaw yang family ko x datang untuk majlis konvokesyen nie. So terdetik kat hati aku untuk celebrate walaupun sape lah aku. Sebab bagi aku, kejayaan tu perlu diraikan, saat kita jatuh sape nak pandang? Masa bila kita nak banggakan diri kita kalau bukan disaat kita bangun, dan tidak akan sesekali kita bangga disaat kita jatuh.

Hari nie, aku memang dah decide nak teman ko pergi majlis tu sama-sama. Pagi tadi ko cakap nak suruh aku hantar, so aku cakap nak mandi dulu sebab kalau boleh aku nak stay terus selepas aku hantar ko. Dan disebabkan dah terlewat, ko pergi dulu. Aku tak tahu la kalau ko marahkan aku.

Selepas mandi dan basuh baju, aku terus gerak ke UiTM. Sampai sana aku mesej ko, tapi ko tak reply. Aku ingat ko marah sebab kes pagi tadi. So aku nekad untuk tunggu sampai ko keluar. Masa aku tunggu kat luar, aku tengok ramai orang datang nak raikan anak-anak, family dan kawan-kawan dorang. Setiap yang datang mesti bawak Bunga dan present untuk bagi kat orang yang diraikan tu. Tapi aku datang tak bawak pape pon.... Sebelum nak datang aku ade post kat Fb untuk tanya berapa harga sejambak bunga yang dijual kat tepi jalan tu.
"Who knows the price of a bouquet of flowers sold near the street for UiTM 75th convocation?"
http://farm3.static.flickr.com/2470/4003713879_381756e716_z.jpg


Seriously aku cakap, aku memang xde duit sekarang nie. tapi bukan aku nak mintak ko ganti. Bila aku fikir balik, macam tak berbaloi je beli bunga yang mahal sebab benda tu akan layu suatu hari nanti. Aku ingat nak ajak ko pergi makan-makan. Tapi bila aku tengok semua orang datang bawak bunga, so aku rasa kesian kalau-kalau xde orang bagi bunga kat ko. So aku decide untuk pergi beli bunga. Masa nak beli bunga tu, aku cari yang paling murah sekali, tapi bunga tu memang kecik-kecik. Aku tengok orang lain bagi bunga yang besar-besar so aku cari bunga yang besar sedikit, puas aku nego untuk dapat diskaun. Lepas konvo plak aku ingat nak ajak ko pergi makan kat 'SUBWAY'. Aku ingat cakap ko, bab-bab makan x yah nak berkira.

Pastu aku tunggu smpai ko keluar. Tapi bila ko keluar ko terus blah macam tu je walaupun ko tahu aku dah tunggu dari pagi. Bila aku call suh ko datang, macam-macam alasan ko bagi untuk tak datang. Sampaikan aku terpaksa pergi kat ko. Sampaikan aku terpaksa provok ko cakap nie permintaan terakhir aku. Tapi ko still x datang. Cuba bayangkan kalau nie betul-betul permintaan terakhir aku? Something berlaku pada aku masa aku balik, accident ke.... Tapi aku masih tak pasti sama ada ko menyesal atau tak.

Terus terang aku cakap, aku rasa macam nak campak je bunga tu dalam tong sampah, tapi bila fikir-fikir balik, lagi USELESS kalau aku buat macam tu. Dan last aku decide untuk bagi kat ko walaupun improper way. Aku terpaksa jalan ditengah panas semata-mata nak bagi something yang langsung tak dihargai dan terpaksa berpatah balik ke parking motor dengan cuaca yang panas giler. Ye aku tahu panas dunia.

Aku rasa nie adalah alasan kenapa aku tarasa giler ngan ko hari nie. Aku minta maaf banyak-banyak kalau bende nie semua tak menyenangkan ko.....

Macam bodoh plak aku post bende nie kat Blog. hahahaha......... dan tadi masa kat majlis tu, aku rasa cam nak nanges, tapi bukan sebab ko, sebab video pendek yang ditayangkan semasa last majlis tu, pasal budak miskin yg dapat masuk UiTM...

1 comment:

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.