Apa Beza Wanita Bertudung & Tak Bertudung?

Salam apa beza orang yang tutup aurat dan tak tutup aurat? Mesti korang nak tahu kan? Dari segi syarak konpem la berdosa kan. Tapi aku x nak la cakap pasal dosa pahala yang dah termaktuk dalam al-Quran tu kan, silap-silap aku pulak yang dapat dosa. Aku cuma terbayangkan soalan yang member aku tanya baru2 nie. Apa hukum perempuan x bertudung tetapi sembahyang. Em... tetiba teringin nak luahkan pendapat. Penat dah otak study 'Structure Analysis' so teringin nak membebel kat blog nie plak.

Bagi aku la kan, X kisah la perempuan atau lelaki yang tak tutup aurat, semua dapat dosa yang sama ja. Xdak nya lelaki dapat 0.75 dosa, perempuan 1.15 dosa. Allah x pilih kasih, sapa yang buat salah, tetap dapat balasan yang sama. Allah kan Maha Adil. Owh, sorry, tadi aku dah cakap x nak sebut bab dosa pahala. Tapi aku nak cerita pasal perempuan bertudung ngan yang free hair. Ramai orang cakap perempuan yang free hair tu jahat, sosial, gedik, and so on. Orang la cakap bukan aku. Betul ker dorang macam tu? Aku ade la jugak berkawan dengan perempuan yang free hair, tapi x semua macam yang apa orang cakap tadi. Mungkin ade, tapi bukan semua. Tak boleh la na salah orang lain sebab kesalahan orang lain, bab kata pepatah nila setitik, rosak susu sebelangga.

Perempuan bertudung pulak. Baik sangat ker? Cukup alim ker? Yang tu aku lagi la tak tahu. Tapi mostly apa yang kita nampak dan persepsi kita terhadap golongan perempuan bertudung, mesti lebih banyak baik dari buruknya. Itu la salah satu kebaikan kita bertudung, mengelakkan dari difitnah. Tapi x semua yang bertudung nie baik. Manusia nie, rambut je sama hitam, hati lain-lain. Yang bertudung tu, of course la aku tak tahu la rambut warna apa. Mana la aku nampak kan. Harap hitam la jugak. Baru-baru nie kalau korang perasan, satu kejadian kat Plaza MASALAM, Shah Alam, seorang permpuan bertudung mencuri di kedai kat plaza tersebut. Aku lupa bila tarikh tu. Tapi berita tu memang benar,. So, bila baca berita tu, aku pon terpikir, x semestinya semua yang luaran baik tu, isinya pon baik. Lagi-lagi zaman sekarang, Ustaz dan Pak Imam pon menipu orang. So susah untuk kita percaya kat sapa-sapa.

Janganlah kita 'Judge Book by ot's cover'. Ade sape2 x faham BI ker? Nak suh aku translate ker? Bab kata Jozan, Bayar la. hahhahaha.... xde la... malas nak taip panjang walaupun dah panjang. Bab dosa pahala tu kita serah je pada Allah swt yang maha berkuasa. Kalau nak tegur pon, tegurla dengan cara yang betul. Maki2 nie memang benda aku pantang. maki dalam hati xpe, jangan bagi orang lain dengar. Ko nak wat pahala, tapi ko pulak dapat dosa nanti.

Ade jugak orang cakap bertudung nie, xde fesyen. X vogue la, and wateva. Cewah... macam Azwan Ali dah. Sorry, aku Azwan Salleh, Ali tu jiran sebelah umah aku. Xde kene mengena. So, sape yang cakap camtu, meh aku nak siku kepala die, rapatkan kepala kat depan lappy korang cepat. Bish.... Kalau nak tahu, vogue ke tak orang bertudung. Ape fesyen terbaru orang bertudung, so singgah la kat blog hamba Allah nie FATIN LIYANA & MARIA ELENA. Aku selalu singgah kat blog dorang nie. Cantik cara dorang berfesyen mengikut syariat Islam. Solute la korang. Orang cakap dorang gedik. Tapi bagi aku tu sifat luaran je. Dalaman mesti baik kan? Hope so. hehehehe....

http://3.bp.blogspot.com/_25O0jmx2ARE/TSiyM-5N3iI/AAAAAAAABg8/VQeiTRRWeOo/s1600/fatin+liyana.jpg

So pikir-pikirkan la. Bab kata Nabil RL " LU Pikir La Sendiri"........ Panjang pulak karangan aku kali nie. Gara-gara nak exam, taip post pon macam nak wat essei untuk exam BM. Baca jangan x baca. huhuhuhu....

No comments:

Post a Comment

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.