Kawe Gi Jale Kapong Demo



Salam buat semua
lame tak stoli moli kat blog nie...... nak crite la skit kan ape yang aku buat time cuti sem kali nie. Secara keseluruhan, memang banyak bende tak berpedah aku buat, tapi bukan la merompak, mencuri dan sebagainya. Yang dimaksudkannya ialah tido, tido dan tido. Maklumlah, Terengganu hujan hampir 24 jam. Kalau hari yang panas pon, rasa macam malas je nak kuar. Member sume dah xde, marantau dan balik kampung. Memang cuti paling mebosankan yang pernah aku hadapi. Wah, panjang pulak intro aku.

Sebenarnya baru-baru nie aku ade pergi Kelantan. Trip bersama staf SMKIF. Memang best giler. Sebab dorang nie memang Shopaholic. Aku join pon sebab kawan aku yang ajak. Aku pergi sebab terlampau bosan duk kat umah. Kalau tak, xde nak pg nye sebab duit dalam poket pon cukup makan jer.

1st tempat kitorang pergi, Rantau Panjang. Barang sini memang murah giler. X kira la pakaian, periuk nasi, tilam dan macam-macam lagi la. Tapi aku just tengok jer. Budak-budak len shopping sampai penuh bonet bas. Agi pon aku memang tak teringin nak beli.

Lepas tu, singgah pulak Pasar Siti Khadijah. Pasar nie macam Pasar Payang kat Terengganu. Kalau nak cari kuih muih, kain pasang, makanan basah semua ade kat sini. Time kitorang sampai nie, banyak kedai dah nak tutop. So jalan-jalan je la kat situ. Snap2 gambar dan meletihkan diri sendiri.

Singgah plak kat KB mall. Kat sini aku memang rambang mata. Dah la sekarang ade YES. Diskaun memang terbaik ar. Kondisi kewangan je kurang baik. Kalau tak aku memang shopping sakan la. Seharian kat sana, memang penat berjalan jer. Balik umah terus tidur samapi esok..... Pagi tu bertolak ke Shah Alam. So begini la cuti aku untuk tahun 2010.

Rasa macam lame je tak pergi Kelantan, last pergi tahun lepas. (Mentang2 dah masuk tahun baru)

1 comment:

  1. kb mall tempat aku hang out ngn cuzen2 aku..haha

    ReplyDelete

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.