Seriously Tak Sabar

Baru je tamatkan paper exam kedua Solid Mechanics
2 3 ari nie memang xde mood nak update blog
tension+stress+pressure & seangkatan dengannya
nak kena hafal banyak gilas formula & teori
Aduyaiii...... Alhamdulillah tadi dapat jep jawab ngan tenang

photo by confucius-zero
mood: excited
sekarang tengah giler duk join contest plak
paling x sabar bila tunggu result
kecewa gila bila kalah.... hahahahha(teruk)
tapi adat bertanding la kan....
sekarang tengah tunggu keputusan
Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu
harap-harap dapat top 5
Doakan la ek...


Red Ribbon Under the Sea Contest win Fuji Underwater Camera now!!!



Aishsaih.... kenapa tetiba datang mood nak join contest nie
Datang pulak time minggu-minggu nak exam nie
Mungkin sebab hadiah yang ditawarkan kot...

Anyway me nak cuba contest nie...
Hadiahnya sangat bangat best
dianjurkan oleh Red Ribbon Boutique & Blog

1-Me dah lama mengidam nak beli camera underwater, salah satu faktor me nak jual Canon EOS1000d kesayangan tu pon sebab nak bertukar ke camera underwater (kalau boleh x nak la jual, sebab dslr nie Me beli ngan duit sendiri, time tu memang gila sangat nak beli)
2-Me suke pergi pulau, teringin sangat nak amik gambar dasar laut, setakat nie, Pulau Redang aje dah 7 kali me pergi, even pergi sorang-sorang pon pernah.... almaklumlah dah suka sangat....
3-25/11 jugak me akan ke Pulau Pangkor bersama Peers dari UiTM Shah Alam. Mana taw ada tuah, so boleh la merasa camera baru......
4- selalu amik gambar pantai je, & rumah pon dekat ngan pantai, nanti boleh la try amik gambar dalam laut pulak.....
5-kalaulah my DSLR boleh wat masuk dalam air, dah lama me bawak terjun sekali ngan kuak lentang tyme pergi Pulau Redang... hehehehehe
6-Nak-nak-nak sangat camera FUJI tu sebab comei++Kawaiii..... (pengaruh Jepun yang kuat)

special reason: kalaulah Me dapat camera nie, InsyaAllah, nanti me nak buat satu photoblog tetang gambar-gambar yang me amik menggunakan Camera Fuji nie....

Nie antara gambar-gambar pantai yang me amik





nie pulak gambar yang me dapat daripada my Abg Ipar yang bekerja sebagai instructor diver kat Berjaya Redang Beach Resort....... Cantikkan?



Klik Pada Gambar Untuk Pembesaran



Contest Barang Kesayangan Bersama Aten


Aish, ingat nak brenti dah contest-mengontest nie
tapi demi orang kampong, me join la lagi skali. (^.~)
Organizernya ialah Cik Aten yang comei lote. hehehe
Contest mengenai barangan kesayangan
Dan barang kesayang gue ialah.
Jeng-jeng....

My Spec( Black & Thick)



Sebab, penyebab, me sayangs gilers kat spec nie ialah:-
i-sebab yang sama bila tanya orang yg pakai spec(tanpa spec, buta la jawabnya)
ii-orang kate me nampak macho bila pakai spec nie( itu orang kata.hohohoh)
iii-Me rase bila pakai spec nie nampak lebih matang la... (refer to this entry, here)
iv-me beli spec nie guna onkos sendiri. x mintak pitis ngan sape2... hehehe
v-Risau giler kalau pg mana2 x bawak spec tu, mcm x lengkap je acesori kat muka. hahaha

Tu la antara sebab utama kenapa me sayang gilers kat spec nie...
I love u very much
Muahhh.... muahhhhahahahahaha......

Sorry Saya Tak Dapat Pergi

I got an email from
PENGARAH UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU
email yang amat bermakna
JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN
HADIAH
PERTANDINGAN BLOG PELANCONGAN TERENGGANU 2010

Tarikh : 2 November 2010 (Selasa)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu


Photo by confuciuc-zero
(Kalau aku menang kan, aku nak beli DSLR baru)
so, doakan aku menang erk.

Yang menjadi masalahnya sekarang
3/11/2010 aku ade paper
so tak dapat la nak hadir
mood:Sungguh-sungguh kecewa
sampaikan nak study Solid Mechanics pon maleh...
Aduyaiii......



Saya Suka Rata



Semalam baru je tamat satu 'paper for my final exam'
'Fluid Mechanics'
soalan agak mencabar akal & minda
Alhamdulillah sebab dapat jawab ngan tenang
walaupun ade berapa soalan yang jawab ngan tak 'confident'
tinggal lagi 3 paper

Wish me luck....
Pastikan sem nie dapat 4 flat....
rata itu best...

Party Untuk Fatty

22nd of October

DOB Muhammad Fathi, my classmate
sambutan yang agak meriah + havox gilah...
lokasi: Tasik Shah Alam, sebelah PAS & PKNS
menu:6 kotak Domino's Pizza + Kek Blueberry + minuman karbonat
menu special: lempok durian (Tajaan daripada Fathi)
aktiviti: 'siapa makan paling banyak?', 'posing maut', & 'True and Dare'



Party yang tak dirancang...(party kah?)
gara-gara tension selepas buat report survey
thanks to Anis sebab bagi Domino's coupon
thanks juga pada my classmates yg join
yang tak join, jangan nak tacing..... (sorry100k x)
sebab memang tak dirancang, len kali buat lagi



Arigato to My Buddies

Kepenatan
Baru hari nie sempat nak Update pasal kisah semalam
Seharian mengahabiskan masa bersama Hiranuma's Student from Japan
Yahoo... Berjaya Jugak keluar ngan budak budak jepun nie
Seronok sangat-sangat-sangat dan sangat



Walaupun susah nak berkomunikasi ngan dorang
sebab dorang nie sangat-sangat lemah English
Even cakap benda simple, pon still x faham
So terpaksalah guna body language
Alhamdulillah dorang faham jugak sikit-sikit
Arigato to my buddies Mr Takashi, Mr Atsushi, Ms Momoko & Ms Mayu
You are very Kawaii......
Suke jalan-jalan ngan korang walaupun selalu ikot belakang je
seb bek tak kena tinggal sebab Me selalu jalan laju
Hopelly dapat jumpa lagi pasni
either in Malaysia, Japan or somewhere else


Keep all the souvenir i gave to U
Always remember me..


I Was Born In 1970's or 1990's?


Betul ke Mr Money nampak macam 70-an?
Aish, tua sangat kah aku?
Sedangkan belum masuk keluarga 20-an tapi dah di kategorikan sebagai 70-an


I'm at the middle
Tyme nak amik Anugerah Dekan ari tu,
Yang bagi adiah tu cakap
"Oh, ini tema 70-an kan"
aku pon gelak je la......
Suka -suki cakap tema 70-an
even tema "Back To School" pon x dituruti
inikan pula nak mereka tema sendiri
Adush.... Tema Oh Tema

Kesimpulannya: Aku mungkin nampak mature dari yang lain
huhuhuhu........



Back To School is Over


Baru je selesai Dinner bagi Anugerah Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam
Nampak gaya, takde sorang pon my classmate yang menepati
tema "Back To School"



Tahniah kepada all my classmate iaitu seramai 32 daripada 44 orang
yang berjaya mendapat dekan dengan pointer above 3.5
Alhamdulillah, nie dah kali ke -4 Mr Money terima anugerah nie,
Mudah-mudahan rezeki ini berterusan sampai semester akhir
boleh la terima Anugerah Naib Canselor (Berangan x Suda...)

Terima Kasih diucpkan kepada semua lecturer yang mengajar
Kawan-kawan yang membantu dalam pelajaran
Jasa anda amat ku hargai......

Mind Set Yang Pelik

Mind Set Yang Pelik
Bila Hari Jumaat Je Mesti
Penat+Mengantuk+Panas
Tambah-tambah pagi tadi terpaksa bangun awal
sebab hari ini ada common test Soil Laboratory jam 0830
Bangun & menghadap buku & hafal yang mana patut
Alhamdulillah dapat la jawab walaupun
tak confident ngan jawapan yang ditulis



Alhamdulillah juga markah Test 2 Solid Mechanics cukup membanggakan
walaupun ada yang careless sikit-sikit
Minta-minta sem nie berakhir dengan kegembiraan
Amin........

Hang Out With Japanese Students

Seronok Join PEERS
2nd time dapat hang out bersama student Japan
Hiranuma High School Friendship Programme 2010
on 17th October 2010 (Tuesday)
I Need to spend the whole day with my buddies in KL
1-Mr Enomoto Atsushi
2-Mr Ito Takashi
3-Ms Ashida Mayu
4-Ms Shonaka Momoko



Lokasi
KLCC Station-Twin Tower-Planetrium-Mosque-Hotel
Sangat-sangat nervous
sebab tak biasa ngan jalan KL
camna nak communicate?
My English is so bad.
How are they?
Doakan semoga semua berjalan lancar.


Extremely Tired (TEST)


Minggu yang amat memenatkan
Dipenuhi test & assignment
My Brain finally fully saturated with fomulas
I hate theory, i hate alphabets
Those thing make me exhausted


Minggu nie saja 4 test
even, a day i've sat for 3 test
mahu habiskan sem nie dengan cepat
Hopefully, anything going well

Back To School

Haiyaa...... 1st dinner bertema I'll attend
On 15th October 2010
Temanya "Back To School"
Apakah uniform nak dipakai?
Ada cadangan?



Sudah lama meninggalkan zaman persekolahan
Rindu sama Sekolah lama
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri
Ayuh kembali ke sekolah!
Ayuhh!!!

Aku Yahoo, Kau Google

Yahooo.... Me layak!

1st Of All
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi
Tadi singgah www.trgtourism.blogspot.com
Pastu terperasan yang blog
Terengganu Permata Hati
tersenarai dalam senarai blog yang layak dipertandingkan
tak sia-sia usaha Mr Money selama ini



Terima Kasih kepada semua yang menyokong
sama ada secara langsung atau tidak langsung
doakan supaya blog Terengganu Permata Hati
disenaraikan sebagai pemenang
Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu
jangan lupa google-ing pasal pertandingan ini

Rindu Pada Si Dia

Rindu kat someone
Tadi sempat gak cakap sikit ngan die melalui phone
walaupun x faham apa yang dicakapkan,
tapi dapat dengar suara pon jadi la
Kalau la ade depan mata, Rasa macam nak peluk & cium puas2



credit to my nephew: Adam Zakwan, (1tahun 7bulan)

Buat Kali Keberapa?

Mr money sekali lagi dengan template baru
Buat kali ke berapa? (X pasti)

Punca:-
Malas menaip,
punca malas menaip disebabkan tiada masa
punca tiada masa disebabkan assignment belambak
punca assignment belambak-lambak disebabkan suka tangguh
punca suka tangguh disebabkan penat yang terlampau



Punca segala punca ialah Diri Sendiri

Delima Buruk = Buruk Perangai

Come-come, nak cerita sikit nie, bukan nak ngumpat, tapi ade la sikit-sikit. Aku dah lama nak cerita sebenarnya tapi baru hari nie berkesempatan nak merajinkan diri untuk menaipkan. Ceritanya bermula macam nie.

Pada suatu hari, aku teman member aku, Mr Zack nie pergi beli makanan untuk berbuka puasa kat Seksyen 6, Shah Alam. Siapa yang tinggal area Shah Alam mesti taw pasal Seksyen 6 nie. Makanan kat sini memang murah-murah. X sangka kat area bandar macam nie pon boleh dapat nasi lauk ayam ngan harga RM2.50. Bagi aku murahla, tak tahu la apa pendapat korang.

Dan kebetulan time hari aku pergi tu, ada pasar malam kat situ, tak silap aku hari selasa. So kepada sesiapa yang nak pergi pasar malam kat seksyen 6 Shah Alam boleh la kesana pada petang selasa dari jam 5.30 petang hingga 9.00 malam. Bawak duit banyak-banyak, x cukup minta ngan mak.

Tengah Mr Zack cari lauk-pauk, aku pun pusing-pusing la Pasar Malam tu. Tetiba teringin pula nak makan buah Delima. Buah delima nie memang faveret aku. Tambah-tambah, poket macam bawak duit lebih. So, aku pon tanya la mak cik yang jual buah tu.

http://1.bp.blogspot.com/_wGCq5-udNl8/SgWeWsGHZSI/AAAAAAAAD50/LIZr58LZoI4/s400/buah+delima.jpghttp://www.agrofolio.eu/uploads/images/Punica_granatum2.jpg
http://asminazusa.files.wordpress.com/2009/09/pomegranate-5.jpg
Nie La rupe Buah Delima tu....

Aku:Sebiji berapa kak?

Penjual: Satu RM3.

Aku:Kalau saya amik dua biji dapat kurang x?

Penjual: Sama je dik, nie dah murah dah. Biasa akak jual 3biji RM10.

Aku: (Dalam Hati)Kedekut tol Mak Cik nie-tadi akak, sekarang dah mak cik, gara-gara x bagi diskaun

Aku pon pilih la dua biji buah delima. Nampak besar-besar macam elok je. Pastu ade la 2 3 biji yang buruk, dorang bungkus kemas je dalam plastik kaler merah. Aku pon cakap la kat mak cik tu yang aku nak 2 biji yang aku dah pilih tadi. Mak cik tu pon amik la plastik bag, pastu dia masukkan buah delima yang aku pilih tadi.

Aku pon tengok la kan, tetiba ja, dia amik satu buah yang buruk tukar ngan buah yang aku amik tadi. Wah, banyak cantik muka kau Mak Cik? Aku bagitahu kat dia, yang die salah masukkan buah yang aku pilih tadi. Pastu dia pon, cakap, "Owh!". konon-konon x perasan la. Alahai, mak cik. ingat pandai sangat ke nak belakon? Aku nie bukannya director or pengarah filem pon kalau nak tunjuk bakat depan aku. kalau ye skali pon, xnak nye aku amik ko jadi pelakon.

Aish, buruk betul perangai penjual buah nie, dah la buruk perangai. Jual pulak buah yang buruk kat aku. Kan tak pasal-pasal kena cop orang tua buruk perangai.

P/s: Makan kuih batang buruk lagi sedap dari makan buah delima buruk...

Maria Ozawa... Oh NO!!

Dah lama betul aku xupdate blog nie. Maklumla busy melebihkan seorang Perdana Menteri. Assignment berderet macam tengah beratur untuk dapatkan makanan free. Test pulak makin banyak time nak hujung-hujung sem nie. Sampai satu hari tu ada 2 test sekali gus. Cayalah, lepas nie confirm beku otak aku. Tadi pon baru je habiskan satu test 'Soil Lab'. Alhamdulillah, boleh la aku jawab walaupun test tu bru je dibagitahu tyme last-last minute. Dasyat betul la cara lecturer sekarang nie.

Balik kepada tajuk kali nie, Siapakah Maria Ozawa? macam aku pernah dengar nama nie. Tetiba je muncul nama nie kat shoutbox blog aku lagi satu, Terengganu Permata Hati. Kenapa sejak kebelakangan nie ramai pulak blogwalking palsu kat shout box aku. Yang peliknya, nama nak glamer aje, sexy la, Baby la. Uwekss.... nak muntah aku ngan nama-nama macam nie. Nak tarik blogger ke blog korang xyahla guna nama-nama macam tu. Tak mengugat keimanan aku pon. Bek aku layan mak cik cleaner kat U aku lagi bagus.

Aku pon men'google' la siapa Maria ozawa nie sebenarnya. Sebab nama nie macam aku pernah dengar sebelom nie. Tapi dimana yaa......

http://miyabi-online.com/wp-content/uploads/2008/04/miyabi_maria_ozawa_av_idol.jpg

http://www.japanese-idols.info/image/maria-ozawa-0004.jpg

Uish, biar betul nie Maria Ozawa?
Cun kot. Hahaha..... Tapi perangainya, MasyaAllah....
Malasla aku nak cerita kat blog aku nie. Kalau nak tahu just google je, Maria Ozawa.
Terus terpapar semua yang korang nak tahu.

http://khabibkhan.files.wordpress.com/2009/10/miyabi_maria_ozawa.jpg?w=218&h=301

Nie pulak gambar Maria Ozawa bertudung. Aku rasa, ada individu yang edit kot. Tak tahula kan. Tapi cun la jugak perempuan nie bertudung. Minta-minta dia peroleh la petunjuk selepas nie. Pastu kalau nak post komen kat shoutbox aku banyak kali pon aku tak kisah. huhuhu...


P/s to Tyra: yea, aku dah update blog aku. hahaha......

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.