Loklak Nak Cakap Loghat Utagha

bosan gila duk sorang-sorang kat bilik, budak len suma pi balik umah sebab ri ni cuti, training x dok. tengah bosan-bosan nie, teghingin plok nak berblogging. Cheq nok speaking utagha la plak. Hahahaha...... Awat, hampa ingat cheq orang Tganu tak gheti cakap utagha? See the leg la na....

Tapi cheq nak ceghito apa ar? Xpa lah, biaq cheq mengarut sorang-sorang, hampa semua dengaq jah na. Dulu cheq memang cakap utagha kaw gila. Awat doknya, time baru masuk skolah kat perghlih dulu, cheq memang speaking Tganu pekat gila. Tapi hari-hari cheq kena ejek kat depa yang tak ketahuan. Cheq cakap 'mu' ngan depa, bleh plak depa balaih, "mu, mu.... ingat aku lembu ka?!". Cheq nak tergelak pon ada jugak. Hahaha..... Duk 2 minggu sana, teruih bleh cakap pekat loghat utagha. Boleh la daripada dok..... Balik Tganu plak, pening kepala sebab cakap ja mesti nak tekeluaq loghat utagha. Malu jugak kadang-kadang. Sampai nak kluaq umah pon malu.

Lama-lama tu boleih la control sikit-sikit. Dulu cheq suka sebut ayat orang utagha hak ni, "serious ba'ang". Cheq pon x taw apa maksud dia. Cakap sikit mesti nak sebut perkataan tu.
Sampai ada yang perasan cheq duk slalu sangat guna ayat tu. Time tu plak, dalam kelaih cheq ada sorang hok mai dari siam. Duk cakap style siam lagi syok. Lanjut ja nada dia. Maw boleh kluaq sura ikot nie, boleh cheq pedengaq skit geno bunyi dia. Hahahaha......

Tapi nak habaq kat hampa semua kan, tak semua loghat utagha nie, depa tukaq 'q' kat ujung bila perkataan tu last ngan huruf 'r'. Sat, Cheq bagi contoh na...

'Askar', maw sapa yang yang tak taw, depa mesti tukaq askar jadi askaq, tapi yang sbenaq nya, askar nie orang utagha tak tukaq, depa panggil askar jugak la.....

'Langsir', satgi ada plak hak pandai-pandai tukaq langsir jadi langsiaq. Orang utagha tak panggil langsir tapi depa panggil tighai(tirai).

'Banjir', hak nie lagi la. Sesedap rasa ja depa pi tukaq jadi banjiaq. Sory na, xdok dalam kamuih loghat utagha banjiaq sebab depa tak sebut banjir atau banjiaq tapi depa sebut 'bah'. Faham na....

Satgi ada plak hak suka-suka pi rosakkan bahasa utagha nie, yang paling jelas Zizan ngan johan raja lawak tu. Semua benda depa nak tukaq dan tambah 'q' kat belakang.

Sama la ngan kawan cheq sorang nie, orang klantan, tapi nak cakap utagha. Bila cheq tegoq dia, boleh plak dia kata. "Owh, salah seboq!" Tergelak cheq dengaq. Cheq pon tak la gheti sangat. Maw cheq salah, sory la na orang utagha..... Tapi lagu nie la cheq duk bercakap ngan member-member time kat skolah dlu.

Bila Engineer Bermadah

salam kat semua, boleh tak aku nak mintak pendapat korang. Aku pon tak pasti nak kategorikan madah yang aku cipta sendiri kategori sajak ke, gurindam ker, syair ke or kekekeke..... kalau korang tahu korang je la yang kategorikan. Aku nak korang bagi pendapat sama ada menarik ke, buruk ke, hebat ker, kelaut ker, o ape je pasal madah nie. Yang penting IKHLAS.... ade faham?

Hari ini tak macam dulu,
Segalanya bertukar baru,
Hari berganti mengenapkan setiap minggu,
Aku sekarang tak sama macam dahulu,
Hidupku penuh dengan hala tuju,
Melangkah kearah matlamat yang satu,

Berbekalkan semangat yang padu,
Aku terus mara dengan maju,
Aku lupa apa erti malu,
Setiap persoalan pasti ingin ku tahu,
Biar kelu tapi jangan jadi bisu,

Kejayaan itulah yang aku mahu,
Aku rebah bukan kerana kaku,
Aku bangun bukan kerana pujuk rayu,
Akan ku bangun walaupun lesu,
Tempuhi halangan sepahit hempedu,
Demi kejayaan semanis madu,

Walaupun perjalanan masih jauh berbatu,
Aku setia jadi penunggu,
Biarpun syaitan dan nafsu jadi belenggu,
Hasutan dan desakan kian bertalu,
Namun aku percaya pada yang satu,

Hidup dan mati ku hanya pada-Mu,
Kekuasaan-Mu langsung tak kuragu,
Setinggi manapun aku,
Tetap menjadi hamba-mu,
Sekebal mana pun aku,
Kau tetap ku temu,

Keredhaan dan keberkatan-Mu,
Itulah yang aku perlu.......

camna ok tak?
original dari aku.....

Anti Couple Menagih Perhatian

Salam buat semua reader, nak tanya sikit, korang menyampah tak dengan golongan yang taksub dalam couple? Maksud aku, mesej berjela-jela, call 24 hour, dating merata tempat dan sanggup berhabis duit beli apa yang tak patut? Or korang pon same macam dorang?

Bukan nak mengata, mana tahu sampai satu masa nanti aku pulak yang alami benda nie kan. So, aku just nak luahkan apa yang aku rasa dan sedikit pendapat. Aku tak tipu, aku memang menyampah giler dengan pasangan couple yang ter'over' sangat. Tambah-tambah bila aku ada bersama dorang. Yang tak gedik pon boleh jadi gedik, yang tak romantik pon boleh jadi romantik, kalah pelakon-pelakon ternama.

Bukan ape, first sekali sebab yang aku tak suka ialah korang akan curi masa aku. Of course la, nak buat pape mesti nak kena tunggu ko sampai habis cakap telefon or sometime sanggup lewat sebab nak pergi jumpa awek dulu. Tak kira la nak pergi mana pon, yang paling aku tak suka bila nak wat assignment. Tolong ar faham sikit. Kahwin pon belum, manja dah kalah orang yang berkahwin. Nanti Kahwin, langsung tak rasa nikmat berpasangan.

Kedua, aku tak suka jadi penunggu. Situasi nie sama la macam yang atas tu. Tapi menunggu bagi aku memang satu penyeksaan. Aku rasa korang pon sama kan?

Ketiga, korang tak bagi perhatian. Yela, dah mata menghadap handphone, mulut mengatur bicara romantis mana nak perasan orang sekililing cakap ape kan? Even satu perkataan pon dorang tak perasan. Kadang-kadang rasa cakap ngan tunggul kayu pon ade gak. Yang lagi parah, lecterur ajar kat depan ko kat belakang lanacar je menaip. Kalau menaip note yang lecterur bagi takpe gak, nie sibuk je nak mesej time kelas. Pastu bila dismis or fail, mula salahkan lecterur la, member la. WTF...... (ops terkasar pulak)

Keempat, sanggup berhutang untuk beli something kat pasangan. Duit rumah sewa susah jer nak bayar, tapi yang ko keluar ngan aweks hari makan mcD, KFC, secret recipi boleh plak? Duit ptptn ngan scholar ko dapat tu habes kat pasangan jer. Habis duit mula la wat muka kesian, nak mintak kat mak takut, so member jugak tempat ko mintak sedekah.

Kelima, menunjuk-nunjuk. Kalau kat status facebook or any other sociable, ayat mesti jiwang habis. "Aku rindu kau, walaupun 1 saat tak bersua", "hang out dengan hubby tersayang kat Mid tadi". Nie contoh la, mungkin ade banyak lagi, korang mesti perasan. Yang paling tak leh blah. "tak sabar nak balik rumah jumpa B yang tersayang". Bagus punya anak! Mak bapak ko yang hari-hari bagi makan ko tak de plak ko rindu? Nie pasangan yang belum tentu jadi jodoh ko tu la yang ko mabuk sangat.

Keenam, sanggup bergaduh ngan member demi pasangan tersayang. Memang la korang nak kahwin dengan pasangan korang, xkanla ngan member korang kan? Kalau member sekalipon, kalau dah ber'couple' so dah tukar status jadi pasangan. Tapi kalau dah pasangan ko tu salah terima je la. Kalau dorang bagi nasihat sekalipon, tu untuk kebaikan ko jugak. Susah senang, member jugak ko cari.

So kepada couple ter'over' kalau nak over-over, sila jauhkan diri dari aku. Aku memang menyampah dengan golongan macam ko. Aku tak kisah kalu korang nak couple, sebab aku xde hak pon nak halang tapi tolong jangan melebih-lebih depan aku.

Sesedap rasa je kutuk orang kan? Nanti terjadi kat aku baru tahu. Tapi mintak selisih malaikat 44, mintak jauh semua nie. Nanti beranak pinak sebelum kahwin susah jer. Bertambah-tambah pulak kes pembuangan bayi. Salah satu penyumbangnya ialah golongan couple ter'over nie la. Macam best pulak nama couple ter'over' nie kan? Hahahaha......

MASUM 2010



dalam proses menjalani latihan kriket MASUM

dua hari lepas kitorang ade bwat friendly match ngan UPNM
venue: Kolej Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan

Alhamdulillah kitorang menang,
dan yang paling best, aku dapat stay sampai habis game(not out)
got two run out and one wicket

sesiapa yang tak faham istilah kriket memang tak akan tahu
hahahahahaha........

game memang enjoy walaupun cuaca panas terik
harap game betul2 nanti, kitorang pon boleh menang
doakanlah ye....



Botox + Plastic Surgery

Salam, aku nak kongsi sikit nie. haha..... tadi tengah berjalan-jalan kat blog orang, tetiba sampai kat kat blog en Tom nie.. pastu terjumpa satu laman sesawang yang best morphthing . korang pernah dengar x?? laman nie boleh tukar muke kita campur ngan actor or actress terkenal kat dunia nie. lawak giler. hahaha.... cuba ar....

1-azwan+brad pitt=brad azwan
combine


2-azwan+harry potter=azwan potter
combine

3-azwan+rowan atkinson(mr bean)=azwan bean (salleh)
combine

4-azwan+robert pattison=edward azwan
combine


5-azwan+cristina aguilera=azleira
combine


6-azwan+paris hilton=azwan malaysia
combine


cuba korang vote, mane satu paling hensem or cantik. hehehehe.....

Contest Hangit By Arieza

Wahaa.... satu lagi contest yang aku try cuba nasib. Hahahaha.....
Cam best jer, contest-mengcontest nie kan.....



Syarat-syarat Penyertaan

  1. Copy paste gambar di atas, letak kat sidebar blog korang & linkkan gambar tu ke entry ini. Biar sampai contest ni tamat.
  2. Buat satu entry bertajuk Contest Hangit By Arieza. (boleh hantar lebih dari satu penyertaan!)
  3. Upload gambar (lagi banyak lagi tinggi peluang untuk menang) yang menunjukkan someone/some people sedang terkejut beruk/dikenakan/dihangitkant. (macam time birthday party, kan ada orang bernasib malang yang kena simbah dengan kicap la, baling dengan tepung la, etc)
  4. Then taip caption yang kelakar untuk setiap gambar.
  5. Kalau korang cilok gambar dari internet pun aku tak kisah.
  6. If korang nak merapu tentang kejadian di sebalik gambar tu pun lagi meriah.
  7. Kat hujung entry korang, letak link referrer (jika ada) - i.e. dari mana korang dapat tau tentang contest aku ni.
  8. Bila entry tu dah siap & segala syarat sudah dipenuhi, tinggalkan komen kat entry ni & sertakan link ke entry korang tu.
  9. UPDATED!!!! - Tarikh tamat penyertaan adalah pada 11.59 malam, 31 May 2010.

make up tebal

cantik tak make up kitorang??
esok, kitorang ade show taw.......
jejaka paling cerah abad ini.......



resipi manusia masak celup tepung

tepung x sebati lagi la,
jom kita guling-guling dulu, sebelum masuk kuali
tambah lagi telur.....


jangan lupa tarukan sedikit sirap
supaya membangkitkan lagi rasa....


last skali, dah pandai sngat kotorkan rumah
nah basuh la korang sampai bersih,
kan x pasal kena bayar sewa lebih. hahahahaha....

***********************

wah, ape korang raba-raba nie??

ayu yak kitorang?? hahhaa

(inilah akibat melahirkan anak terlebih bulan)

tercirit dalam seluar

***********************

Mr Y: Ape raba-raba nie? I tak suka la...
Mr X:Wei, silicon ko nak tercabut la, jangan la lompat ganaz sngat...

aku rasa, kalau kategori gambar terkejut beruk, gambar nie boleh menang...
tengok gaya ngan muke yang pakai baju putih tu...
macam gaya tu kan??(aku x cakap, korang yang cakap)
hahahaha....

saya dapat tahu pasal contest nie dari blog abang eQ




Contest Kurasakan Something


Salam, tengah bosan menghadap buku geology, tetiba rasa nak blog walking...
Tetiba terbuka la satu blog yang ade menganjurkan contest....(banyak plak tetiba) cam best la pulak.
terdetik kat hati nak join contest nie walaupun exam final satu jam je lagi dari sekarang.
hahahahaha....... pemalas punya budak. Sesape nak join pon boleh, klik je kat link bawah nie.



Antara Syarat & peraturan....(jom pakat join beramai)
1. Terbuka kepada followers abg eQ. Yang belum jadi followers, follow dulu ye...
Dah join pon, baru je tadi. Hahahaha.....
2. Tak perlu vote! Abg eQ sendiri akan 'pick the winner' (berdasarkan kreativiti & originaliti).
Wokeh, rasa dah sehabis-habis original nie. hahahaha....
3. Bagi slogan yang dah siap, buat 1 entry iaitu slogan anda bertajuk 'Slogan Untuk abg eQ..."
Penat mikir nie, sanggup ketepikan semua hafalan geology( xde keje ker)
4. Letakkan gambar contest (seperti di atas) kat entry anda tu.
Dah ade kat atas kan, rasa semua boleh perasan.... kalau x nampak, alamak nye......
5. Linkkan gambar contest terus ke blog abg eQ.
korang semua yang nak join klik la kat gambar tu, terus direct ke Abang eQ punya blog... (maksunye dah linkkan. (~.^)
6. Jangan lupa! Tinggalkan jejak kat sticky mode blog abg eQ ni....abg eQ akan terus ke blog anda.
rasanya dah....... ntah-ntah syok sendiri, padahal orang x perasan yang aku join contest nie.. hahaha

slogan untuk abang eQ

"hhmmm...saya follow 'Kurasakan Something...' kerana first ternampak gambar DSLR kat blog abang eQ,dan berjaya jadi follower ke 510 sama ngan tarikh saya join contest nie(5/2010), pastu blog abang eQ cam best jer "

boleh diterima tak, fasal DLSR tu, tu memang x tipu sebab saya nie baru je nak balajar jadi photographer. klu x caye, boleh pergi kat link nie Kronologi Seorang Amatur

Memoir In Penang

Salam buat semua..... Lately, setiap aku blog walking, selalu terbaca tentang semua orang dah nak balik cuti stelah sibuk menghabiskan masa kat universiti, kolej or sebagainya. Yang paling x tahan bila dorang cerita pasal paper last dorang. sakit hati je rase, sebab aku kat sini masih dibebani banyak lagi paper final yang susah tahap gaban. Semua subjek perlu menghafal, x kira la yang senang ke susah ker. Tapi bagi aku, kalau dah kena hafal tu susah la jawabnye.

Sekarang x perlu nak sakit hati lagi, sebab esok paper last aku untuk sem nie. Paper geology, dah serabut kepala aku study subjek nie. Menghafal je kerja. Dah la banyak gila. Tapi xpe la, sebab paper last punye pasal. lepas nie, merdeka la kitorang dak Bachelor Engineering (Hons) Civil kat UiTM penang nie. Hahahaha.....

TAPIkan, aku xleh balik kampung lagi sebab terpaksa pergi SHAH ALAM selama 2 minggu gak ar sebab ade tournament Criket untuk masum. So, doakanlan aku berjaya erk.....

Rasa sedih la pulak nak tinggalkan Penang nie. Member kat sini sume best, serius aku x tipu. Budak-budak umah aku memang hapPENING habis, Hud(ateh), Zali(atam), Aje(andak), Walid(alang), Din(along), Wan(angah), & Adib(ucu)... hahahaha...... Klu free nanti, InsyaAllah aku datang ziaraah korang.

Budak-budak kos aku plak memang mantap abes ar, x kira laki ke pompuan. Hahahaha..... Kombinasi 22 orang yang memang hebat-hebat blaker. 13 hero dan 9 heroin. Terima kasih buat semua, zaki, mujir, aji, basyah, fathi, mizan, wan, chip, faliq, zul, haziq, mere, syida ,hanan ,yaya ,tihah ,iqa, masyi, nisah, nad & mirah. Kalian la pencerian group CB1A1. Sehebat mana pon group2 lain, group kita la paling hebat. Tak kira la, lecterur suke compare kita ngan group lagi satu, tapi kitalah paling power. Betul tak?? Geng-geng laki plak, korang la pasukan paling hebat yang beraksi kat bola-bola best n safira. Cayalah... hahahahaha...... mintak-mintak next sem korang stay lagi satu group ngan aku. Aku xnak orang len meleraikan persahatan kita.

Nanti jumpa lagi kat Shah Alam. Aku doakan result korang gempak-gempak semua. hahahaha.......... Nak menangis plak rase. hahahahaha........ (buat2 tacin)... Good Bye semua.

Ngaruk Sket BOh

Siapa yang x faham, boleh translate kat google translate.

Hahaha.... malang nie aku nok ngarut sket. serabut pale ngak ekpon dok studi matemetik nie. Nok pecoh ase pale aku. Banyok sunggoh la fomule hok nok kene apal. Doh la bolok bok kali, geram ngoh aku. Sape la hok wat fomula matematik nie. Doh la seng nie banyok subjek hok kene ngapal. Dari kertah prekse hok tame agi. Bosang nok mapuh ase, ari-ari mikir nok balik umoh. Pitih takdok plok, banyok ngat abes pitih sebab dok luo.... Dok au ar esok guane. Kalu dok leh jawak, aku wat bahang ghambang doh ar. Ikut ar nok boleh nape pon janji lulus doh. Tapi dokleh gok gitu, kekgi kuca blana result aku, doh la static ari tu dok leh jawab doh. Tekang weh!!!
Ade ker subjek hok susoh lagi nok kene amik? subjek seng nie senang ngak ar. Stakak wat sakit pale kire senang agi ar, cu wi hok ase nok pecoh pale tu. Hahaha.... Blagok nok mapuh, hok nie pon dokleh wat, nok hok susoh.

Nok balik umoh wei, aku lapor nok makang nasi kuoh sigang cicoh budu nie, kepor lekor sket. Woh, nok neleh air liur ase. Hahahaha...... Nok gi mandi pata, lame doh ekpon dok gi mandi pata. Rase kat stahung doh. Padahal umoh dekak doh ngang pata, tapi sibok ngat ekpon, sapa dok dang nok mandi. Se agi sebab rama saing-saing hok blajor, cuti plok dok same ngang aku. Memang dok dak ar. Ish, aku nok sambung blajor mula, Abih dok ngarok.


Hari yang Malang + Gembira

Agak bengang aku pada pagi khamis nie. Hari nie aku ada test JPJ. Semangat aku bangun awal walaupun semalam tidur lambat sebab study calculus 2 @ Math 435. Lepas bersiap, aku call la agency tempat aku register buat lesen untuk pergi ngan dorang. Banyak kali gak aku call, tapi xde orang angkat. Mungkin dorang x masuk kerja lagi kot. Pastu aku pun pergi la tunggu kat bus stop. Aku cuba la call skali lagi, tapi dorang gitaw yang van dah penuh.

Tension giler aku, terpaksa la naik moto. Aku bukan x nak naik moto, tapi pagi-pagi jalan memang sesak sebab ramai yang nak pergi kerja. Sampai sana, aku salah tempat pulak, ingatkan kat JPJ tapi kat pusat latihan memandu IDI. Sampai sana plak tengok-tengok oang queue macam ade bagi sumbangan makanan percuma, panjang mak aih. Aku pon beratur la, tetiba aku perasan yang aku lupa bawa Lesen Moto sebab semalam member aku pinjanm moto, terbagi skali ngan lesen. Terpaksa la patah balik. Berpeluh habis badan aku. Bawak moto dah macam nak lumba haram. Sampai kolej, kol member aku x dapat plak. Terpaksa la kejutkan dorang. Aku pon patah balik. Nasib baik la, test JPJ buat ikut alphabet name. Untung gak ar aku dapat buat awal.... Huhuhu...

Dan Resultnya.........

GUA LULUS BABE
(^-^)

gambar yang xde kaitan

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.