Award By Tyra

apa maksud award nie pon aku x taw

Terima kasih kat Tyra sebab bagi aku award nie.
sebenarnya award nie dah lama dibagi
tapi aku tak perasan plak
camna la, semalam aku boleh terdetik nak
selongkar blog si TYra nie
last-last dapat gak benda nie.
aku rasa dia pon dah lupa bila dia bg award nie kat aku
sebab memang dah lama sangat pon
hahahahahah

"nak bagi kat sape ar??
memang kena share ke?
kalau tak nak share boleh??
hahahah........"

tak pe ar, disebabkan aku kesian
aku nak bagi kat

1-Nisah
2-Hanan
3-Pipah
cukup la tiga orang. :))

Tagged by Tyra

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : Azwan
2. A four letter word : Aneh :)
3. A boy's name :Amirul(adik aku)
4. A girl's name :Anna(kakak aku)
5. An occupation :Apa-apa Aje...
6. A color :Aku pun x Tahu
7. Something you'll wear: Asal ko kisah
8. A food :Akok
9. Something found in the bathroom:Anak kunci berkarat
10. A place : A Famosa
11. A reason for being late : Anjing Kejar
12. Something you'd shout : Anak Ha$*& Sungguh
13. A movie title :Atashinci No Danshi
14. Something you drink : Air Suam
15. A musical group : Arrow
16. An animal : Arnab
17. A street name : Anta x taw la
18. A type of car : Alphat
19. Title of a song : Apa ada dengan Cinta?

Maseh ar tyra sebab tagged kat aku. Alang2 ngah nie ade jugak keje nak buat.

Aku nak tagged kat:

Hanan
Nisah
Zaza
Iqa


Peperangan Bakal Bermula

Assalamualaikum kawan-kawan, first paper untuk final exam aku akan bermula sekejap je lagi, lebih kurang satu jam 45 minit je lagi. So, doa-doakanlah agar aku dapat jawab dengan tenang dan tak careless macam biasa. First paper aku nie ialah paper CSC425(Introduction to programming language), tapi bagi aku takde la macam introduction pon. Nak pecah gak kepala aku study subjek nie. Actually subjek nie kitorang dah amik tyme diploma dulu. Antara subjek core la jugak, 4 credit hour. Tapi tyme degree nie subjek nie dah jadi 3 credit hour walaupun dah ditambah beberapa chapter. Pelikkan? So, aku harap,dapat la aku score paper nie. Hehehehe......... Jom kawan-kawan, kita berjuang jap lagi.

masih sempat blogging walopon exam nak dekat
hahahaha............

Selamat Berjuang

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada kawan-kawan yang bakal menduduki peperiksaan. Teruskan berusaha agar tercapai segala yang diingini. Pada mereka yang mendapat 'Carry mark' yang tak begitu memuaskan, lakukan yang terbaik dalam 'final exam' nanti. Aku pasti sangat-sangat yang korang boleh lakukan.
Untuk yang 'carry mark' nye cemerlang, 'keep it up'. Sama-samalah kita berusaha agar kita semua berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Dikesempata ini juga, aku ingin memohom maaf kepada semua kawan-kawan aku sekiranya ada terkasar bahasa, bergurau tak bertempat, dan marah tak tentu pasal. Mungkin dengan niat yang tak sengaja atau terpaksa. Sesungguhnya, itu semua hanyalah gurauan semata-mata untuk mengeratkan hubungan kita semua. Doakanlah kejayaan untuk kita semua.

tolong maafkan saya......... =p


Gila-gila pengantin berlainan spesis


Helang: U bila nak bawak I jumpa your parent?

Murai: I dah dah bagi tahu kat my mom, tapi my mom........

Helang: Nie yang I tak sedap hati nie. Apa mama U cakap.

Murai: My mom ok jer, tapi daddy I.......

Helang: Kenapa ngan daddy U? cepat la, U nie lembap betul la. Tergagap-gagap, kan I lempang kan?

Murai: Daddy I tak suka I kawan ngan U.

Helang: Tapi kenapa?

Murai: Ye la, U spesis lain I spesis lain..... Nanti ape plak burung-burung lain kata.

Helang: Ala, daddy U ngan mama U pon spesis lain-lain gak. Mama U burung Pipit, daddy U burung Unta. Boleh jer dorang kahwin.

Murai: Tu lah yang I tak faham.

Helang: I nak tanya U sikit boleh? U nie betul ker anak daddy ngan mama U? I tengok U sikit pon x macam dorang. Ke U nie anak angkat?

Murai: Sampai hati U cakap I macam tu. Tapi memang betul pon, I nie anak bekas skandal daddy I dengan Itik kampung sebelah, sebab tu la dapat I yang mulut becok nie. U nak tahu satu rahsia tak?

Helang: Ape die?

Murai: U nak tahu tak, kenapa daddy I si burung unta tu tak pandai terbang?

Helang: Ok-ok, let me guess first. Em.... sebab daddy U sakit pinggang kan?

Murai: Salah.... daddy I ade pinggang ker?

Helang: Nie mesti sebab arwah moyang U dulu tak ajar spesis daddy U blaja terbang?

Murai: Salah....

Helang: Ok lah, I surrender...

Murai: Jawanpanyer ialah. Sebab daddy I confius.

Helang: confius sebab ape?

Murai: Ialah, daddy I confius sama ada dia burung atau unta. Kalau burung kena terbang, tapi kalu unta kena jalan kaki atau berlari. Sebab tu la sampai sekarang daddy I tak boleh terbang. Huahuahuahua....




Alkisah Burung Kelicap Madu


si betina: dah lamakan kita tak keluar berdua macam nie.

si jantan: ye la, sejak abang giat dengan bisnes MLM(luxhor), kita jarang kluar bersama.

si betina: tu la abang, dulu saye dah kate jangan join bisnes tu tapi abang join jugak. Sampai nak keluar pon tak de masa.

si jantan: jangan cakap macam tu, hasil dari keuntugan MLM tu la abang buat duit hantaran ayang dulu.

*********************

si betina: abang, sejak kita kahwinkan, kita tak pergi lagi berbulan madu.
bila kita nak pergi bang?

si jantan: ish kamu nie, tak puas-puas lagi ke dengan madu, kita nie dah la spesis burung hisap madu. madu jugak yang awak nak. Cuba la tukar sikit, berbulan kicap ker, berbulan gula ker, tak pon kite ke sebelah pantai timur, berbulan budu. Hehehe....

si betina: ish abang nie, kesitu pulak. Ayang serius nie.

si jantan: abang pon serius la....

*********************

si betina: abang, abang rasa tak ape yang ayang rasa?

si jantan: ape ke bengap kamu nie? mane la abang tahu ape yang kamu rasa.

si betina: saya rasa ade orang mengendap kita la.

si jantan: sape plak? Ade ke orang nak mengendap awak, dah la berbulu. Pastu make up tebal. Habis duit untung Luxhor saye.

si betina: tu bang! tu...tu.....

si jantan: mana??

si betina: tu bang, yang tengah baca blog nie. tengok tu, dia senyum sorang-sorang.

si jantan: ish manusia sekarang, dengan binatang pon bernafsu. ish... ish...

segala, dialog kat atas nie, adalah ciptaan aku. Tiada ciplak dari mane-mane sumber. namun, tiada kene mengena antara yang hidup dan yang mati. huhuhu...

Pencuri Masa

aku tengah tunggu turn nak mandi sebenarnye nie, maklumlah bilik air satu berkongsi lapan orang, so agak lambat la sikit. So, duk kebosanan menunggu dan alang-alang laptop terbukak, so blogging la keje aku. Hahahah..........

jap lagi aku nak pergi kolej zamrud untuk study ngan budak-budak kelas aku. Kalau aku study kat rumah nie, jawabnye 24 jam la aku depan laptop. Buka buku pon belum tentu lagi aku study. Semalam aku tido kat zamrud, boleh kata study la jugak walaupun x sampai satu jam. Hahahaha............... kalau bosan boleh la sembang-sembang ngan dorang, buat ketumpat basi sikit, gosip-gosip sikit. Hahaha....... xde ar. Bohong jer sume tu, tu keje orang pompuan jer. "Nanti mesti ade yang tak puas hati ngan aku". HAhaa..... "I'm soory!".


tak tahu ape nak cerita sebab memang xde sebab pon ape yang aku nak ceritakan dalam post aku kali nie. Sekadar hilangkan bosan menunggu. Lagi satu aku memang tak suka dengan spesis "PENCURI MASA". selalu je buang masa aku, tak kira ar seminit dua pon. Ko dah buat aku kekurangan nikmat hidup taw x?

Owh.... bilik air dah kosng. Chow dulu yer.....



anak angsa:mak nak gi mane nie?

mak angsa:nak cari ayah ko, dah seminggu x balik.

anak angsa:ayah pergi mane mak?

mak angsa:ayah ko pergi keluar ngan betina lain. mak dari dulu memang dah syak.

anak angsa:sape ayah saya mak? tak pernah tengok pon.

mak angsa:ayah ko burung gagak, sebab tu la ko hitam. Tak macam aku putih.

anak angsa:nanti mak belikan fair & lovely boleh?

mak angsa: xde makne nyer, klu nak putih ko pergi la brenang dalam air clorox.

anak angsa:baik mak... mak jangan la laju sngat. penat saya nak kejar.

mak angsa: klu lambat aku tinggal....

Porak Peranda

Hahaha........... korang nak tahu tak ape kaitan post aku kali nie ngan tajuk porak peranda tu? Korang just baca jer post aku nie & nanti korang akan tahu, aku tengah gila sekarang. Bosan yang teramat sangat+final exam dah nak dekat. Aku nak cakap BI boleh?? Hahaa........


today i,m really boring coz i dont know what to do. evereday, i wake up lately. what i did is eating, sleeping and facebooking and plus one more, blogging. i dont know what should i write, coz my mind so blur. altought the final exam is very near, but i still not study, i just swing my foot. when i open book, i will sleep in front of the book.

but now, i have think cook-cook, i dont want play again. i want start study and stop doing thing that not should. my mother always tell me, study with hardworking, dont too 'boros'. but i did here is really cannot in the mind.

i felt so sad now, coz my friend play three wood behind me. but i cant do anything, just let the past , pass away.


hahahaha................ nie la jadi kalu budak degree tak pandai BI. Tapi aku taklah sebodoh tu, aku saje suke-suke nak menaip bende tak berpedah nie untuk menghilangkan bosan aku. sume cerita kat atas tu cume rekaan semata-mata, takde kene mengena ngan hidup dan mati.....


aku cume insan yang lemah
lemah dalam segala aspek
aku cume budak baru belajar
so ajar-ajarlah aku


Selamat Tinggal Kejahillan

Aku rasa aku dah kembali bertenaga hari ini. Mudah betulkan aku lupakan apa yang berlaku semalam. Hahaha...... Harap begitulah. Aku dah penat jadi orang bodoh, sampai nak belajar pon tak boleh fokus. Baik aku lupakan je, segala benda yang tak patut. Aku tak jadi bodoh dalam semua aspek, kata orang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Betul ker peribahasa ni? Aku nak teruskan hidup aku, kehidupan yang betul. Bukan lagi ekspedisi mencari cinta, atau perlumbaaan yang penuh harapan palsu.

Hahaha.............. minta maaf. aku gila sekejap. Mungkin juga sebab final exam dah nak dekat. Apa pon aku tak study lagi. Opss.... kata orang tak baik tipu. aku sendiri pon tak suka orang yang suka menipu. Emmmm........... aku dah study sikit. Setakat 3 hari ni, aku study static jer, tapi ngan aku aku sekali static, dah 3hari study, tapi still chapter 5, sedangkan 14 chapter lagi yang perlu aku cover. Tu pon still x faham jugak. Arghh..... mulai esok aku nak tukar subjek lain la pulak. Stress + torsion dah otak aku sekarang.


kan best kalau kehidupan kita bebas macam burung. Hahaha........
(aku masih bersyukur jadi manusia)
hidup kemana saja, mengikut haluan masing
bukan belajar untuk mengikut tetapi belajar untuk bertindak

aish...... serabut-serabut. Tapi tak de kaitan ngan peristiwa semalam. Serabut memikirkan masa depan aku. Sekarang pon, asyik melagha jer dengan perkara tak beberapa penting, blogging, facebooking, futsal, & etc. So, harap hari ini aku bangun, sedar semula dengan igauan jahilliah aku selama ini. Hahaha........... ayat main bedal jer. kalau tak suka back off sekarang.

Persona Cinta

Ermmm............ aku tak tahu apa yang cuba nak luahkan hari ini. Mungkin aku terpaksa menaip dengan menggunakan ayat skema supaya maksud apa yang aku nak sampaikan tak disalah fahamkan. Hari ini, aku berasa gembira berbaur duka. Bunyi agak pelik tapi itulah kenyataan.

Pertama-tama sekali, aku nak berterima kasih sangat kat seseorang ini sebab telah merungkai segala persoalan aku selama ini. Mungkin kaulah yang patut digelar sahabat. Aku tak kisah apa orang nak cakap, tapi jangan salahkan sahabat ini. Aku rasa, sebab dialah aku tidak hanyut dibuai mimpi dalam permainan hati dan perasaan.

"aku tak sanggup nak cerita kat kau, sebab ko kan kawan aku"

"ko cerita je, aku tak kisah"

Cerita yang disampaikan cukup bermakna bagi aku. Memang jelas kebodohan aku disitu. Tak tahu sama ada dipermainkan atau dipersendakan. Aku takkan salahkan sesiapa sebab aku tahu, semua ini berpunca dari aku. Celik tetapi buta, dengar tetapi pekak. Sering mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. aku tak tahu apa yang perlu aku ungkapkan sekarang. Siapa cakap aku tak sedih, siapa kata aku tak marah.

Hari ini cukup bagi aku untuk menyimpan segala yang terpaksa aku luahkan. Aku serik dengan permainan hidup. Bagi aku, semua orang ada kelemahan, sesempurna mana pun dia dimana kita, tak dinafikan memang ada kekurangkan. Sehebat mana pun dia, mungkin ianya sekadar kepalsuan. Aku tak tujukan kepada sesiapa. Bagi aku, semua dalam dunia ini sama saja, termasuk aku. Kita selalu nampak kesalahan orang, tapi kita tak pernah sedar akan kesalahan kita.

Hari ini aku nak mitak maaf banyak-banyak kepada seseorang ini sebab selama ini kehadiran aku memang menyusahkan hidup kau. Aku harap, aku dapat lupakan segala kenangan lama aku bersama kau. kenangan yang membuatkan aku masih berharap. Sekarang, aku tak rasa masih ada peluang bagi aku. Aku sedar siapa aku. Cuma apa yang aku minta, jujurlah dengan kata-kata yang diungkapkan. Aku tak perlukan segala penjelasan, cukuplah apa yang aku dah rasa hari ini. Sejahil mana pun aku, sebodoh mana pun aku, harap perkara ini tak akan berulang.

Terima kasih banyak-banyak, aku doakan kebahagian kau dengan si dia.

Ilusi Atau Realiti

Semalam, sesuatu yang agak menakutkan berlaku pada aku, iaitu malam pertama aku bermalam di kolej zamrud. Tapi aku pon tak pasti jugak sama ada benda nie ilusi atau realiti. Semalam aku tido agak lewat sebab tak berapa nak mengantuk. Dalam kebosanan yang teramat sangat tu, aku pon layan la series korea yang bertajuk Witch Yoo Hee. Agak seronok ar cerita nie, banyak babak yang lucu, tengah aku layan tengok citer nie, tak cilap aku, time tu lebih pukul 3pagi, Tetiba aku dengar macam ade suara garau yang macam marahkan aku dari tingkap. Dah la, bilik yang aku menginap nie tinggap 8, so agak mustahil la aku suara orang dari luar. Aku pon terus bangun dari kerusi dan mengintai dari luar tingkap. Memang tak nampak pape. Kebetulan time nie, member aku xde kat bilik sebab tengah sidai baju kat ampaian. Aku pergi la bilik sebelah tengok kalau member aku saje nak bergurau ke ape ke. Tapi aku tengok sorang tengah semayang. sorang lagi tengah tido. Pelik gak aku. Aku pun buat tak tahu dan sambung balik cerita tadi. Bila kawan aku masuk jer, aku pon cerita la kat die. Dia cakap, dia pon pernah gak macam kena sergah kat orang time tido, tapi x tahu sape. Aku pun x tahu la sejauh mane kebenaran nye, tapi ape yang aku cerita nie memang x tipu. Malam semalam agak lewat ar aku tido, x cilap aku pukul 5.30 baru kitorang tido. Alhamdulillah tak de pape yang berlaku.

Bermalam Di Zamrud

Teringin jugak nak rasa tido kat kolej UiTM Penang nie. Hahaha......

Minggu nie, ramai dak-dak kelas aku yang balik kampung sebab cuti 'study week' yang agak lama la jugak. Yang tinggal cuma empat orang je, so disebabkan aku nie budak baik(kononnye la), aku pon teman la dorang tido. Hahaha..... Jangan fikir bukan-bukan pulak. Lagi satu, rumah sewa aku tu dah la panas, tido kat kolej nie sejuk la sikit. Sejak kebelakangan nie, tak tahu kenapa rumah sewa aku tu panas semacam jer. Tambah-tambah kipas syiling kat rumah tu macam malu-malu kucing je nak berpusing. No 5 mcm no 1.

Hari nie, malam pertama aku kat kolej Zamrud. Agak kebosanan jugak ar, sebab sunyi semacam jer. Kalau dekat Arau dulu, riuh la jugak. Mungkin ramai yang tengah study kot, sebab final exam pon dah nak dekat.(aku je x mula-mula nak study lg). Dah la kolej nie banyak binatang yang bernama 'Charlie'. Tension betul ar. Nama dah cantik dah, tapi sengat die bisa giler. Kalau aku tahan hari nie, insyaAllah esok pon aku stay sini lagi, Hehehehe......


gambar nie xde kaitan pon
saje nak mencantikan
hehehee

I Hate Pak Guard UiTM Penang

Fenomena petang tadi, hari nie dak group aku ade rematch futsal ngan budak group B. Kul 3.30petang aku g UiTM sebab nak amik dak group aku. Mostly dorang nie duk hostel, aku la kene amik dorang coz transport tak cukup. Sampai jer depan pintu utama UiTM, aku pon meluru masuk. Biasa la, hari-hari aku masuk x pernah pulak kena tahan kat pak guard. Tetiba ade la pak guard tue nie, tahan aku. "Pak cik, pak cik, dah la tue, boleh cakap beradab sikit x?". nak je aku sound die macam tu. Boleh plak die jerit kat aku.

Pak Guard: Hoi, hoi, nak pergi mane nie? Kamu pelajar sinie ker? Nak pergi mane?

Aku:Pelajar cinie la. Nak amik kawan jap, nak antar pergi jeti, die nak balik.(pembohongan semata-mata)

Pak Guard:Kad matrik ade? Nak masuk mane kamu nie, dah la pakai baju tak berkolar, sandal plak tuh? Dah-dah tunggu kat sini jer.

Aku:Nak amik kawan je, takkan x boleh?(Sambil keluarkan kat matrik UiTM Arau, Hahahaa..)

Pak Guard: Tak boleh-2x... Tunggu kat sini je, call kawan kamu suh datang cepat.

Aku:(Dalam Hati) Hotak ko ar, dah la panas kat sini. Strict Arau pon, xde ar sampai macam nie.

Pak Guard:Kamu nie, dah tahu nak masuk sini pakai la elok-elok sikit. Dah la panas nie, kalu kamu masuk saya jugak kena marah.

Aku:(pandang Pak Guard tu ngan senyuman sinis, last2 aku start motor keluar dari UiTM)

Pak Guard:Ha, pergi balik tukar baju dulu, nanti datang lain.(sempat lagi bersuara)


Nak je aku maki pak guard tu tadi, tapi takut kena saman jer(Hahaha) Dah la duit xde. Tapi aku memang 'mark' dah muka pak guard tu. Sampai bila-bila aku benci ko... Hahaha..... Aku memang jahat. Agak-agak ar kalau nak jalankan tugas pon, xkan lah nak pergi men futsal pon nak pakai baju kolar. Dah la, aku nak pergi kat parking motor jer, bukan nak singgah blok akademik. I hate you, Pak Guard.


EC220 students-Sempoi Habis!!!!

Kalau korang nak kenal nie la budak-budak kos aku, Bachelof of Civil Engineering. Semua nie boleh kate agak sempoi ar. Tapi x cukup lagi 2 orang mak minah sebab dorang balik kampung, so dari 22 orang tinggallah 20 orang, 13 lelaki dan 7 perempuan. Nie first sem aku ngan dorang, rata-rata semua baru aku kenal sebab ade yang datang dari UiTM Jengka & ade dari UiTM Penang. Camna pon, dorang memang sporting. Cayalah dak Group A. Hahahha........ Nak aku intoduce sorang-sorang ker?? Ok lah, let start with boys first...

Mat mat macho:-
Basyah:Die nie 'class rep' kitorang. Sikap leadership itu ade, keje pape pon bagi kat die confirm settle. agak penting jugak ar, kewujudan die dalam kelas aku. Hehehee.....
Mujir:Yang nie budak kelantan yang 'bolok'. Merapu jer keje, dia nie ade 2 orang adik yang satu group ngan kitorang. Nanti aku kenalkan.... Tapi selalu jer gaduh, kalah anjing ngan kucing. Biase la, x gurau x mesra. Hahahaa....
Zaki: Nie la adik mujir yang pertama, cita-cita die, nak jadi pengusaha 'Naked Spa' yang berjaya. Tu kata dia la. aku pon pening sebab ape die amik kos civil engineering. Die nie, manusia paling kuat merapu, boleh kate xde die, x cerialah kelas kitorang.
Ajie:Yang nie, aku pon x tahu nak cakap ape, nak kata pemalu x kot. Mungkin pendiam kot. Hahaha......... Tapi sekali bersuara, nah amik ko sebijik atas muke die bagi. hahaha.....
Fathi: @Abang Long. Hahaha.... xde ar. Yang nie lagi sorang, perangai x matang-matang. Mengalahkan budak-budak. Tapi x pe, kitorang faham. Hahaha..........
Mizan:@Arab, dari mane datang name arab aku pon x tahu. Nak kate ade kacukan arab jauh sekali. Memang x sama ar. Yang nie pon same, cita-cita nak jadi pemandu prebet sapu. Hahaha... betul ker Mizan? Cayalah Mizan...... teruskan usaha anda.
Chip: Yang nie la adik bongsu si Zaki ngan si Mujir tu. Muka memang x sama, tp percayalah yang dorang nie, dari mak len & ayah len. Mesti korang confiuskan. Chip nie aku nak kasi nick name 'Raja Kalut' la.... Kalut dalam semua aspek, tak kira dimana jua dikau berada. hahaha...
Wan Aziz: Kawan baik Chip. Nama pon dah seakan-akan sama. Jangan cuba buli kawan bek die kalu x nak kene fly kick. Hahahaha......... Wan@best presentator in our class.....
Haziq:Perwatakan sebenar jauh tersasar dari anggapan aku mula-mula kenal die. Merapu tahap XXX. Kalau korang nak taw, dia nilah defender terbaik kitorang klu men futsal lawan Group B. Sanggup gadaikan nyawa die demi pride kitorang. Hahahaha......
Zul: Best striker, semua sokong?? Hahaha........ Budak paling bijak dalam subjek Geology. Asyik dapat highest mark jer. Jeles betul aku. Hehehee....
Mere: Boleh kate member yang paling rapat ngan aku ar. Sebab die sorang-sorang dak laki dalam group aku dari UiTM Arau. Pemalu gile dengan perempuan. Tapi kalau belakang-belakang, haih cume geng-geng laki je tahu. Hahahaha.....
Faliq:Hampir terlupa aku ngan mamat nie. Hahaha..... Paling suke tido tyme kelas, walopon depan lecterur yang tengah mengajar. Hahaha.......... Dasyat ar ko faliq, tabik spring aku bg kat ko. hahaha

Minah minah sempoi:-
Nisah: Suke belumba ngan aku bila nak balik umah sebab ganjaran bagi sape yg menang dapat 'chip'. Semangat giler die nak menang. Hahaha........ Suke tido dalam kelas, tapi otak superB.
Syieda: Budak-budak kelas aku suke bahan die, sebab die sporting jugak ar. Kira dalam geng-geng perempuan die ar ketua. Bleh syieda?? Hahaha...
Masyi: dak group aku tyme kelas AotuCad, selalu kene bebel ngan aku sebab x siap progress report, tapi penyabar habis. Ye ke?? Hahaha...
Iqa: Yang nie, korang jangan kacau, sebab die dah bertunang kot. Bersinar-sinar cincin die dalam kelas, sampai menggangu tumpuan aku lam kelas. Hahaha.......
Hannan: Nie, ketua segala ketua, walopon syieda tu ketua geng-geng perempuan, tapi hannan paling tinggi, pangkat ape aku pon x pasti. Hahahaa.....
Nad: Die nie garang giler, takut aku... Hahaha........ Selalu je ngan Amirah. Pelik jugak ar, ntah tak tahu nk cakap ape. Misteri-misteri. hehehe...
Amirah: Dak kelas aku tyme kat UiTM Arau. Hai anak 'Ibu'. Hahaha........ ramai yang minat die nie, tapi cume dia yang x tahu. so diam-diam je la. Hahaha.......
Yaya:xde dalam gambar, yang nie pun jenis yang boleh tahan gak hyper dalam kelas. Sebab dorang nie ade geng, ape naem geng dorang aku x tahu la. Hahaha....
Tehah: Kawan bek yaya, suke bergosip dalam kelas. Hahaha............



So, cukup la setakat nie, aku pon dah letih nak menaip. So mintak maaf kalu terkasar bahasa... Semua tu gurauan semata-mata....

Terkulai Layu DiBuai Mimpi

Asalah kelas batal??

Awal giler aku menghadap laptop hari nie,
serious tension dah la mengantuk gile bebeng,
dah bersiap awl-awl nih,
tetiba dapat panggilan yang kelas batal,
kecewa memang tak terkata ar,
kalau aku tahu dari awal,
baek aku tido jer,
semalam aku tido agak lewat sebab
meng'update' & meng'upgrade' blog nie;
so ni lah hasil nyer,
cantik takk??

culture shock....

Mid Night Movie


Semalam Zaki ngan Mujir ajak aku teman dorang pergi makan char koew teow sebab nisah nak blanje. Dalam kul 8.30 malam aku ngan Mere gerak pergi kedai Char KOew Teow ADam. Sampai je, kitorang pon order la char koew teow besar punyer. Tapi Nisah x belanja pon aku ngan Mere. Hampeh betul. Hahahaha.... Lepas melahap, kitorang pergi sunway untuk layan mid night movie.
Dah kempunan sangat nak tengok Clash of The Titans. Kitorang sampai dalam pukul 10, dah la citer tu start pukul 11.40. Memang letih giler ar kami menunggu. So, disebabkan x tahu sangat ape nak buat, kitorang mula la buat keje2 x berpedah, Snap picture yang mengarut-ngarut. Hahahaha......... semua otak sempoi, suh buat gaya apa pon, mesti dorang ikut. Hahaha.....
Penat jugak layan budak budak hyper aktif nie. Last-last, sampai juga masanya.



The clash of the titans. Ntah ar. Triller agak gempaq, tapi bagi aku citer nie average je ar. Nak kate best xde la best sangat, nak kate x best, ok la jugak. So, senang citer, korang pergi la tengok sendiri. Pas abis cerita, kitorang hantar nisah balik jap pastu pergi lepak McD. Huhuhu.... kesian Nisah x leh ikot. Dah ngantuk, balik tido la. Zzzz Zzzz........

Tempoh "setahun setengah"


Jap-jap, nak sambung sikit lagi. Luahan hati dan perasaan pulak. Hahahaa........ Lantak ar, korang nak cakap ape, yang nak baca teruskan , yang xnak get out now dari blog aku! Hahaha...

Lebih baik korang tak yah baca ar....... (saje je aku luahkan perasaan aku)

Orang yang pernah bercinta mesti faham perasaan aku. Aku memang tak pernah bercinta. Bukan tak laku...(sorry sket!!) Bukan cerewet.....(sket jela kot) Bukan x minat....(belum bertemu lg kot). Tapi seriously, aku minat kat sorang, dari dulu sampai sekarang. First time aku minat kat sorang nie sampai tengok pompuan lain mesti ingat die. Tak tahu la, pernah juga aku cuba melupakan die, tapi makin aku cuba, makin aku terasa bahannye. Haih, inikah dinamanya cinta?? Sungguh aku tidak mengerti... Aku nie memang susah nak luahkan perasaan aku kat orang yang aku minat. Cuma dia sorang je stakat nie, aku luahkan perasaan aku. Malu la plak bila ingat balik. Tapi sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan dan tak pasti apa jawapan nyer. Ntah la, bila aku ingat kenangan lama dulu-dulu macam seronok jer. Kalau aku terpaksa tunggu dalam tempoh masa yang lama pon mungkin aku sanggup tunggu.

"Cinta jahilliah", perkataan yang aku belajar dari dia. Mungkin betul ape yang dia cakap, tapi setiap orang dah ditetapkan jodoh masing-masing. So terima lah mereka seadanya, fahamilah mereka. cinta bukan untuk dipaksa.

Wah, jiwang pulak aku hari nie. Hahaha.........

'Tentang tajuk post aku kali nie, hanya dia sorang jer yang faham. '
Kalau terguris hati dan perasaan, mintak maaf banyak....

Luahan serabut giler

Lamakan aku tak update blog. Serious aku tak tipu, sejak kebelakangan ni, aku sibuk gila ngan assignment belambak-lambak, presentation plak, test pulak berderet, macam saje je nak menyeksa hidup aku. Test ni, aku xde la kisah sangat, tapi satu subjek jer, STATIC & DYNAMIC(bapak susah). Aku rasa macam kosong je otok aku mengenai subjek nie. Salah lecturer ke salah aku? Entahlah, tak guna nak dipikirkan lagi yang penting aku kena lepas subjek nie. No repeat.... Asal lulus sudah, memang bersyukur giler aku kalau lulus. Aku taip post ni pon lepas penat menghadap buku static. Petang tadi lagi, tak sedar langsung aku tertido depan buku static. Memang hebat ar buku static, buka jer terus buat aku tertido. Aku tak tengok lagi jadual exam aku, tapi yang pasi start 27 hb 4 hingga 9hb 5. Cuma 4 sbjek, tapi jarak masa agak lama. Ok la jugak, boleh la spend masa untuk study. Dah-dah.... aku nak study plak, dari tadi duk facebooking ngan blogging..... Buang masa je keje.........

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.