HAKIKAT PERCINTAAN DALAM ISLAM ?

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.comhttp://www.ukhwah.com/

Tarikh: Sabtu, 07 Jun 2003 @ 7:49:32
Topik: Tazkirah



Mari kita renungkan suasana persekitaran kita pada hari ini. Pelbagai karenah manusia dapat kita saksikan. Atas kepelbagaian karenah ini maka timbullah juga kepelbagaian gejala yang kurang sihat bahkan banyak yang bertentangan dengan syariat Islam. Bermaharajalelanya pelbagai masalah ini sudah menjadi suatu aktiviti rutin persekitaran kita. Bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yang bersifat 'harus' dilakukan atau dengan kata lain seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian. Amatlah ditakuti sekiranya pemikiran-pemikran sebegini terus berleluasa sehingga suatu masa nanti ada yang bakal mengatakan ianya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang paling menyedihkan dan menduka-citakan lagi kebanyakkan 'pelakon-pelakon' ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka 'muslim'.

Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini ialah sebahagian daripada kerosakan yang terdapat dalam alam persekitaran kita dan khususnya ruang di mana kita berada pada hari ini. sama ada suka atau tidak, apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, remaja sudah tergiur dek keenakkan hidangan dunia sehingga tidak sedar ianya membahayakan. Salah satu permasalahan yang sering kita temui dan sudah menjadi suatu 'trend' bagi golongan remaja ialah 'percintaan'. Telah banyak kisah yang terdengar dibalik kalimah indah ini termasuklah keributan, keresahan, kerosakan dan kebejatan masyarakat yang timbul sehingga kadang kala ada yang rela nyawanya melayang atau rela akidahnya tergadai hanya kerana kalimah nan indah ini. Apa yang jelas dan pasti fenomena percintaan ini banyak kita jumpai dalam masyarakat kita.

Persoalannya, adakah Islam mempunyai ruang kebenaran untuk 'bercinta-cintaan' mengikut konsep muktahir yang dipegang oleh masyarakat kita ? Mari kita kembali kepada fakta utama yang menimbulkan permasalahan ini. Dari kajian secara dalam dan menyeluruh(al-fikrul al-mustanir) terhadap realiti (waqi dapat dibuktikan bahawa pergaulan bebas adalah benih dari segala permasalahan di atas. Bagaimana pula pergaulan bebas ini boleh berlaku ?. Jawapan bagi soalan ini seratus peratus berpunca dari sistem yang kita agungkan pada hari ini iaitu sistem kapitalisme. sama ada kita sedar atau tidak, kita telah lama meninggalkan nidzamul ijtima'i secara Islami yang seharusnya menjadi landasan kita dalam menguruskan kehidupan ini dan bukannya sistem yang tempang ! Mengapa pula terjadinya jalinan kasih-sayang terhadap insan lawan jantina ? Kecenderungan menyukai insan yang berlawanan jantina dengan kita adalah satu fitrah manusia yang mempunyai gharizah Al-nau' (naluri untuk mengadakan keturunan). Islam mengakui akan hal ini oleh itu Allah, Sang Pencipta yang berkuasa telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi gharizah ini.



Jalinan hubungan kasih sayang dalam konsep percintaan pada kondisi hari ini berlaku antara dua manusia lawan jenis disebabkan oleh standard (piawai) yang mereka gunakan untuk mengukur setiap perbuatan yang mereka lakukan bukan berdasarkan aqidah Islam dan konsep pergaulan yang mereka gunakan bukannya berdasar dari aqidah Islam. Oleh sebab itu, bagi mereka pendidikan seks adalah penyelesaian bagi mereka. Maka dari kajian realiti akan faktor yang mendorong kewujudan percintaan muktahir ini maka muncul pemahaman bahwa percintaan haram hukumnya. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai suatu standara tindak laku (miqyasul a'mal) yang jelas dalam melakukan sesuatu perbuatan yakni berdasarkan hukum syara' (Al-Quran dan Sunnah). Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w telah bersabda:



"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya"


Kesimpulannya, tidak ada ruang atau kebenaran yang menghalalkan proses percintaan apatah lagi dengan konsep percintaan mukhtahir ini. Sekali haram yang dikatakan dalam syara' maka selamanya haram. Hukum Islam tidak akan berubah disebabkan oleh perubahan waktu dan keadaan. Banyaknya perceraian bukanlah suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. Penulisan ini diakhiri dengan suatu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, sudahkah kita sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya mengikat diri kita dengan aturan Allah.?

(dipetik dari raudhah.com...)

The Great Weekend

Hari minggu yang begitu bermakna. Kesibukan di kampus tidak dihiraukan lagi. Itulah yang aku lakukan bersama 7 orang budak rumah aku pada cuti minggu nie. Lambakan kerja, dan assignment yang diberikan oleh pensyarah kami ketepikan buat sementara. Mungkin juga berminggu-minggu lamanya. Hahaha...... Tenangkan fikiran itulah lebih penting.

Destinasi pertama kami ialah, mengisi perut kami di BBQ Chicken in Sunway Carnival Mall.
4 Set Olive luxury Chicken menjadi satapan kami malam nie. Ditambah pula, Banana ice cream, Salad, Tortilla and drumstik. Sungguh sedap sehingga menjilat jari. Tapi yang xbest harganya agak mahal. Pokai aku malam tu. Hahaha....




Lepas selesai mengisi perut, kami bertukar haluan ke pusat karaoke. For your information, this is my fisrt time menyanyi kat karaoke. Ada la dalam 12 lagu yg kami ber'karut'ke malam nie. Tapi aku cuma satu lagu je iaitu 'Janji Padamu'. Sedap tak sedap, tu no dua. Yang penting hilangkan tension. Pitching memang sah kelaut. Hahaha...

Destinasi ketiga iaitu Pantai Bersih. Sini kami just lepak-lepak dan menghirup udara pantai. Ingatkan nak pergi pulau tapi masa tak mengizinkan. Walaupun rumah aku dekat ngan pantai, tapi aku tak pernah jemu dengan tempat-tempat macam ni.


Tempat terakhir ialah megamall. Pergi main bowling. Hahaa..... Terer juga aku main walaupun banyak kali masuk longkang. Tapi ada juga dapat spare and strike.

Siapa tak bangga dengan sekolah mereka?

ARKIB : 25/01/2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM

25/01/2010 4:43pm

PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor. - Utusan


"Tengok semua, sekolah aku ada dalam senarai sekolah berprestasi tinggi. Sekolah korang ada tak?"-bangga pulak aku dengan sekolah lama aku ni. Teringat pulak kisah lama ngan member kat sana. =)


I kept delaying my work until I forgot

Belambak-lambak kerja aku sekarang. Bukan salah sesiapa, tapi salah aku sebab selalu sangat tangguhkan kerja. Memang banyak, serius tak tipu. Kalau tak percaya tanya aku. Assignment dah la complicated, dan langsung x faham macam mana nak buat. Haih, ingat degree boleh la relax dari diploma tapi vise versa pulak. Dulu buat report cuma 2 3 pages jer, sekarang mesti more than 10 pages. Dulu autocad just beberapa pelan, tapi sekarang empat pelan penuh, satu pun takleh tinggal.
Memang susah betul ar nak hilangkan tabiat malas dan tangguhkan kerja nie. Aku rasa bukan aku sorang je, kau pun sama. Kau la, yang tengah baca blog aku ni. Tak yah nak tipu, aku tahu dah. Siapa yang ada petua nak hilangkan tabiat nie bagi tahu ar kat aku.

Sakit otak, makhluk hipokrik


Aku memang takde mood nak blogging hari ni. Aku rasa serabut memikirkan sesuatu. Aku memang dah bosan tahap gaban sekarang. Menyesal aku kenal makhluk spesis ni. Makin bertambah-tambah dah kat dunia ni. Mungkin kadang-kadang apa yang diluahkan makhluk ni betul, tepat memang lansung tiada kecacatan tapi kalau lisannya songsang dengan perbuatan, memang korang layak diberi gelaran 'makhluk hipokrit'. Buat apa nak sembunyi kalau tahi yang ko berak tengah jalan tu memang terang-terang ada tulis nama korang. Jijik, spesis apa la korang ni? Aku memang tak sesempurna makhluk lain, tapi aku bosan dengan perangai korang. Tak salah kalau jadi bodoh, tapi jangan jadi golongan jahil. Dah la bodoh, pastu buat-buat pandai. Bagus sangat ke? Dari mana korang belajar semua ni? Berambus la cepat sikit, buat sakit otak jer.

Manusia Celup Tepung

Birthday's boy-Azam
La, lambat ar aku nie. Kejadian dua hari lepas, baru nak postkan hari ni. Nak wat camna. Internet slow, so aku tak boleh la nak edit gambar. Aku tak suka buat keje dua kali. Haih, apa aku mengarut nie? Sebenarnya dua hari lepas ialah hari ulang tahun kelahiran housemate aku, Azam Ghazali. Biasa la adat zaman sekarang, bila time hari jadi jer, si birthday's boy tu mesti kena sesuatu yang dasyat. Yang paling common skali kena baling telur ngan tepung. Itu pun dah merana aku tengok. Nasib baik la seumur hidup aku ni tak pernah pulak kena macam tu. Bukan sebab tak da orang nak celebrate tapi hari jadi aku lewat sangat so time tu semua orang ada kat rumah tengah bercuti.


Panjang betul la introduction nie. Back to the point, aku short cut sikit ar sebab benda nie bukan aku yang plan. Time aku ngah khusyuk menghadap laptop nie tetiba housemate aku lari bertempiaran. Pelik gak aku. Pastu dorang cakap, "sedia, sedia.... Azam kat dalam toilet sekarang". Kami apa lagi terus keluarkan senjata kami iaitu tepung dan telur. Lama gak ar dia kat dalam toilet tu. Tak tahu la apa dia buatkan. Last-last pintu pun terbuka. Tak sempat dia nak kuar, kami terus serbu. Suasana menjadi kabur, bom tepung merata-rata. Terdengar pula letupan bom telur yang entah dari mana datangnya. Akhirnya siaplah menu kami hari ini, manusia celup tepung. Hahahaa.....Dah habis baling kat Azam tu, kami pulak cetuskan peperangan antara kami. habis semua jadi mat saleh celup. Negro tetap negro. hahahah.... Habis jer kejadian menepung tawar so kami gotong royong bersih rumah pulak. Penat giler. Dah la esok ada kelas pukul 8 pagi. Camna pun Happy giler malam tu.

Best Info tentang HTML

Time bosan-bosan nie, kerja aku ialah jengah-menjengah kat blog orang lain. Sampai la satu page seorang nie, aku tertarik plak dengan post dia menganai Basic HTML. So tak salah kalu kita berkongsi maklumat nie bersama. Dengan adanya info-info nie, dapat la para blogger sekalian meng'upgrade'kan blog-blog mereka sekreatif yang mungkin. Renung-renungkan dan selamat beramal.Tutorial HTML

Lets Join fcucommunity contest

Kawan-kawan nak mintak tolong korang sikit boleh. Jom ar tolong-menolong. Tak susah pon. Aku nak mintak korang tolong aku tinggalkan comment jer kat post aku nie. Sorang satu jer. Tak perlu banyak-banyak. Em... tak pun korang postkan link blog korang. Nanti boleh la aku follow. Jom-jom tinggalkan comment. Ajak sume member-member tapi make sure dorang pun ahli blogger gak. Hehehehe...





Kenapa saya mahu memenangi contest ini?
~blog aku nie memang tak ramai follower, so kot-kot la nanti follower aku meningkat ngan mendadak....
~lepas nie tak perlu la aku nak promote-promote blog aku kat orang lain....
~lagi satu, dengan adanya banner nie, mudah la para blogger lain nak singgah kat blog aku nie....
~nak juga rasa kemenangan yang pling sukar dalam hidup aku..

Ciri-ciri Banner yang Aku nak.
~bersaiz 300x250, kasi gempak sikit.....
~pastu letak ar gambar profile aku kat banner tu....
~lagi satu, paparkan besar-besar nama blog aku...

Gila kerna cinta gila

CnTe SeJaTi,KdG2 MaNuSiA sELaLU lEkA,tAnPa DiSeDaRI CiNtA iTu BeRaDa Di DePaN mAtA...:)

Dah lama betul aku tak jumpa dengan dia. Bukan setakat tu je, sms pun langsung tak pernah sekarang. Call lagi la tak pernah. Tapi hari nie aku terserempak dengan dia time nak pergi kelas. Ntah, tetiba je aku rasa semacam. Nak pandang ke tak? Takutla jugak kalau-kalau pandangan aku tak disapa. Susahkan kalu kita betul-betul suka kat orang tu sampai kadang-kadang tu kita langsung tak pernah fikir fasal orang lain. Bukan la nak tipu, tapi rasa macam tak jujur je kalau kita tipu perasaan kita demi orang lain. Teringat memori dulu-dulu. Hari-hari aku tunggu handphone aku berdering. Bila bosan je, at least aku ada orang nak mesej. Dengar apa yang aku merapu, lawak bodoh aku dan apa saja. Apakah kebahagiaan itu begitu susah untuk dicari?

Entah, apa masalah aku dengan dia? Sejak dari awal aku bertukar ke kampus baru, aku merasakan seolah-olah dia cuba lari dari aku. Mungkin aku betul-betul ada masalah dengan dia. Sumpah aku tak tahu..... Tapi bila aku tanya dia, dia cakap tak ada. Kenapa ar? Yang aku tahu, dia nie memang jenis yang suka pendam kalau sesuatu berlaku kat dia. Sampai sekarang aku masih tak faham. Nak buat-buat tak faham jauh sekali. Hari nie aku dapat tengok dia senyum.Tapi bukan kat aku. Confirm bukan kat aku. Buat apa dia nak senyum kat aku? Camna pun aku rasa macam gila sekejap. Kenapa? Entah aku pun tak tahu.

Satu benda aku nak bagi tahu. Memang tak penting tapi aku rasa ramai yang cakap belakang -belakang pasal tujuan kenapa aku sambung degree. Kenapa? Sebab dia? Terus-terang aku cakap, ianya lansung takde kena mengena ngan dia. Sampai satu masa tu aku perlu bersumpah untuk membuat korang yakin yang alasan aku nie. Aku pun tak tahu kenapa aku terima tawaran nie. Tapi sumpah, takde kena mengena ngan dia. Kapada sesiapa yang suka buat andaian yang tak betul tu, jangan pulak sampai jadi fitnah. Aku dah bosan hidup dikalangan orang yang suka cakap belakang-belakang.

Kepada 'Si Dia' aku betul-betul minta maaf kalau aku buat silap. Walaupun kau kata aku tak buat salah tapi aku pasti aku memang ada masalah ngan kau. Dari dulu lagi, kalu ada apa-apa berlaku kau mesti senyap je sampai la aku paksa ko untuk bagi tahu. Tu pun tak semua yang kau akan bagi tahu. Berharap dan berharap. Sampai sekarang masih berharap......



Matlamat Sebenar


(photo dari blok nurfaizfoat)
Salam sejahtera kepada semua para blogger atau pembaca-pembaca yang tersesat kat blog nie atau secara rela menyesatkan diri disini. Untuk pengetahuan korang semua, blog ini telah lari dari tujuan sebenar ianya dicipta. Tujuan utama blog ini diciptakan adalah untuk memaparkan gambar-gambar yang telah aku ambil dan antara yang terbaik dalam koleksi gambar yang pernah aku ada. Kalau korang semua perasan, post-post terawal aku dulu semua ialah gambar, gambar & gambar. Bukan aku dah malas nak uploadkan gambar, tapi sekarang masa x mengizinkan aku untuk menjadi fotographer sambilan yang tak diiktiraf. Aku ni bukan la perompak hak milik orang lain, semua gambar-gambar aku ialah hasil tangkapan aku sendiri. Sebab tu la sekarang aku dah kurang uploadkan gambar. Kalau ambil gambar orang lain, hari-hari pon aku bleh google in kat internet cari gambar-gambar menarik. Tak baik la macam tu kan. Kalau boleh, buatla sesuatu tu guna kreativiti kita sendiri. Seteruk mana pun hasil, kita patut berbangga kerana kita mampu sampai ketahap itu.

Nak jadi terus perfect susah la kan. Thomas Edison pon bukan sejak azali bijak. Dah beratus-ratus kajian, dan eksperimen baru la dia dapat ciptakan sebuah mentol lampu tapi manfaatnya untuk semua manusia sampai la sekarang. Terus terang aku bagi tahu, idea untuk buat blog nie ialah disebabkan kawan satu kelas aku iaitu Baang@Nur Faiz Foat.... Aku suka betul ngan gambar yang dia shot. Boleh dikatakan agak pro ar. Tahniah ar Baang. Aku akan sentiasa support ko. Kalau korang nak tengok gambar yang dia amik, klik kat link ni nurfaizfoat.blogspot.com. Mungkin lepas nie aku akan upload gambar terbaru aku. Original dari aku. Hak cipta terpelihara.... hahahaha..... Teruskan menyokong aku. Terima kasih...

Cara Nak Naikkan Berat Badan


Ada tak manusia yang nak tubuh dia kurus kering tak pun obes terlampau? Aku rasa orang gila je la kot. Bagi lelaki, semua nak badan mereka tegak, sasa dan berketul-ketul 'six pack' kat tubuh dorang. Sama ar ngan aku, tapi usaha tu langsung takde. Haha.... Susah betul la nak naik kan berat badan aku ni walau 1kg sekalipun. Nak kata aku makan sikit, tak la sikit sangat. Kadang-kadang dalam sehari dam Rm15 gak duit aku habis untuk makan. Exercise pon selalu gak petang-petang, tapi berat badan aku tak pernah melebihi 60 kg. Nak sampai 55kg pun susah. Pernah juga aku dengar orang cakap yang orang kurus nie kalu makan banyak berat badan tak naik, tapi perut yang makin membuncit. Tak tahu la kalau benda nie fakta atau auta semata-mata.Aku ada terbaca cara nak naikan berat badan, tapi tak pernah pula cuba. Kalau korang nak cuba boleh la..

Cara-cara Menaikkan Berat Badan
korang cuma tekan right klik pastu zoom in gambar kat bawah nie....

Haiwan Perliharaan



Tetiba terlintas pula dalam fikiran aku nak postkan entry mengenai haiwan peliharaan. Semalam aku dengan housemate aku baru saja beli dua ekor hamster dekat Petshop berhampiran ngan Megamall. Tapi antara dua ekor tu kami tidak pasti sama ada sepasang atau sonsang sebab kami pilih ikut suka je. Kos untuk dua ekor hamster dengan sangkar ada la dalam RM50. Aku ni memang seorang yang suka bela binatang. Tambah-tambah 'family' aku pon minat memelihara haiwan perliharaan. Dulu pernah juga aku habiskan beratus-ratus ringit untuk membeli burung. Bayangkan la masa zaman sekolah lagi iaitu zaman kewangan yang belum kukuh lagi, aku dah berani habiskan duit untuk beli haiwan-haiwan macam ni. Betul la kata orang, kalau benda yang kita dah minat, duit keluar banyak mana pun kita tak kisah. Bukan setakat tu je, kalu korang nak tahu, family aku pernah bela, memerang, tupai, musang, monyet dan macam-macam jenis ayam. Itu tak dicampur lagi ngan spesis-spesis ikan yang memenuhi akuarium kat rumah aku. Ada juga orang yang alah dengan binatang peliharaan. Aku pon tak tahu masalah diorang. Selalu kalau kita tengok, haiwan yang selalu orang bela ialah kucing. Bagi aku, kucing ni haiwan yang common sangat sebab mana-mana pon ada, kalau boleh bela la haiwan-haiwan eksotik yang susah nak cari.

Satu lagi, dulu selepas balik sekolah aku mesti menghadap sangkar burung aku untuk memastikan sama ada bertelur atau tak. Haha.... Yang peliknya, haiwan yang aku bela nie susah betul nak membiak. Bela bertahun tahun tapi lansung takda zuriat. Last-last mati terus..... Time aku kat asrama dulu, ayah aku la yang take over kerja aku untuk bagi makan kat binatang aku. Kadang-kadang, kalu bosan sangat, aku menghadap la bintang nie tengok gelagat mereka. Kalau korang amati betul-betul, pasni korang dapat merasai kebesaran Allah s.w.t yang mencipta makhluknya dengan begitu unik dan cantik sekali. Mungkin kita patut malu ngan mereka nie, sebab jika nak dibezakan dengan manusia sekarang, haiwan lebih bersikap penyayang dan bertanggungjawab.

Gadget Baru-Camera Samsung L201



Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga niat aku untuk membeli sebuah camera. Agak lama juga aku pergi survey harga camera kat Jaya Jusco Seberang Perai, Samsung L201 juga yang berjaya menambat hati dan perasaan aku. Sememangnya aku seorang 'photogenic' yang gemar mengambil gambar-gambar. Walaupun tidak begitu profesional, tapi aku berpuas hati dengan gambar aku ambil. Syok sendiri perkara biasa dalam hidup aku. Hahaha..... Camera yang agak slim dan berwarna hijau metalic, warna camera yang paling jarang aku tengok.

Serba Sedikit Penerangan Mengenai Samsung L201


The Samsung L201 is an ultra compact digital that measures less than 20mm wide. This makes it an ideal size to slip into a pocket and carry around with you ready for the next photo opportunity. Not surprisingly it is also a lightweight camera, weight 110g without the battery or a memory card.Another big attraction is its simplicity. The L201 is a straightforward point and shoot digital camera. It has 10 megapixels and a 3x optical zoom lens. That is plenty of megapixels for making large prints and it also gives you scope to crop your photos and still be able to make smaller prints. On the back of the camera is a good sized LCD screen. It is 2.7 inches. There is no viewfinder.

You can use the camera as a voice recorder as well as being able to add short 10 second commentary to photos. As is normal for this type of camera there are a range of predefined scene modes, the capability of shooting TV quality movies with sound and a macro mode that lets you take close up shots. The L201 can focus from 10cm away from the subject.


Luahan-Terus Mencari

13/01/2010-Rabu

kelas hari nie sepatutnya start kul 12.00 a.m
tapi aku terpaksa bangun awal sebab nak kna cari pelan
mengantuk memng x usah diceritakan
bayangkan setiap hari kelas start kul 8 a.m
dah la malam tidur lambat sebab banyak kerja
hari nie aku ngan Mera pergi MPSP
tapi kitorang x masuk pon
sebab geng-geng pompuan group aku dah
masuk untuk mintak pelan
so aku ngan Mere lepak jer kat bawah tu
lama gak ar, pastu dia cakap dah dapat
kami pon balik la
macam sia-sia je kitorang pergi
last-last pelan yang kami amik tu
tidak diluluskan oleh pensyarah
so kena la cari lagi

14/01/2010-Khamis

hari nie kelas abis start pukul 8a.m -12 a.m
habis kelas aku balik umah bersiap jap
sebab pukul 2 p.m kitorang nak gi MPPP
harap boleh dapat la pelan kat sana
hari nie aku pergi dengan Mere, Fathi & Miezan
perjalan agak memenatkan walaupun dekat
tapi letih menunggu
kitorang agak kelewatan sebab nak tunggu feri & bus
sampai-sampai kami terus amik bus ke MPPP
sampai kat MPPP kitorang terus masuk & menuju ke kaunter
Hampa, memang hampa.....
rupa-rupanya MPPP nie cuma mengenai
urusan pungutan sampah & landskap sahaja
kami tukar hala tuju kami ke menara Komtar
sampai sana pulak pejabat dah ditutup
penang+bengang+lapar
terus balik dan tidur sampai ke Isyak

15/01/2010-Jumaat

hari nie hari ketiga kami cari pelan
kali nie aku pergi ngan dak Gruoup aku
Iqa, Masyi & Mere
tempat yang kami pergi sama macam hari pertama
MPSP(majli perbandaran seberang perai)
cubaan kedua sebab pelan yang kami amik ari tu tak diluluskan
harap-harap kali nie dapat la
sebab aku dah penat berjalan jauh
akhirnya, dapat jugak pelan di ingini
gembira x terkata aku time tu
lepas nie boleh la aku tido puas-puas

Luahan-Tak Macam Dulu

9/01/2010-Sabtu

selepas abes jer buat kad matrik
aku amik bas terus pergi Penang Sentral untuk balik Arau
12.30 a.m aku bertolak dari penang
3.15 p.m aku sampai kangar dan suh Waras amik aku
dari pagi sampai la skrang, aku langsung x makan lagi
aku pon ajak la waras pergi makan kat KFC
sambil-sambil makan tu banyak gak ar aku borak
pastu aku pon pergi umah sewa die
sampai umah sewa tu, sempat gak ar
aku jumpa ngan Arif, Akmal, John dan Iqbal
sebab dorang nie duk satu rumah
Akmal masih macam dulu
senyap jer. hahahahaha
aku pon lepak gak ar lam 1/2 jam kat umah dorang
pastu aku pinjam moto John, masuk UiTM Arau
kat UiTM plak aku jumpa ngan
Bro, Farhan ngan Zul
tapi aku x lepak lama sebab Iqbal nak kena balik
dia kena gotong royong bersih umah sewa dorang
pastu aku pon pergi umah sewa Baha
untuk amik barang aku
sepatutnya umah dorang nie umah aku jugak
tapi aku dah pindah Penang so barang aku je la ada kat situ
time aku pergi tu Baha xde, yang ade cuma Adam ngan Botok
aku duk sekejap jer pastu terus blah
petang tu aku pergi umah Beron plak
time sampai tu aku pergi umah Joe jap
sempat gak ar jumpa ngan Joe & Zali
umah Beron sbelah umah dorang jer
kat umah Beron plak cuma ada Afham & Zahin
yang len sume kluar
dengar kata Beron bawa Myvi
seronok ar dorang jalan-jalan pasni
malam plak aku pergi umah Farhan
lepak situ & bermalam kat situ
esok pkul 2 p.m aku balik Penang

apa yang aku pelik
dorang sume nie macam x rapat ngan aku
padahal aku baru tinggal dorang 2 bulan
lagi satu macam aku ada masalah ngan dorang
serius aku pelik

tapi Farhan ngan Zul ar
teman@sahabat@kawan yang paling baik



susah camna pon aku
dorang ar tempat aku mengadu
cewah..... hahahahhaa.......

kepada member yang lain
kalu aku buat slah ngan korang
bagi tahu ar kat aku
kadang-kadang kita manusia nie
bukan perasan sangat ngan tingkah laku kita
sama ada baik atau buruk
jelas atau tidak jelas






Luahan-mengarut

mengarut jap

tadi aku baru je abes kelas ECM407
skg ada gaps 3 jam sblom start kelas ECS408
balik umah jap menghadap laptop

memang lama betul aku x meng'update' blog aku nie.
sebenarnye memang banyak bende aku nak cerita
tapi masa x mengizinkan
padahal time Degree nie, xde la sesibuk time diploma
yang jadi masalah ialah mata aku nie
asyik x larat jer nak bukak
sampai umah jer
nampak bantal terus tido
tido plak, bukan sekejap-sekejap
kadang-kadang orang azan maghrib baru bangun
memang lansung x sedar
nasib baik member aku kejutkan
kalu tak, sampai esok pagi baru bangun
hahahaha.......

agak seronok jugak ar duk kat penang nie
mintak-mintak la kau x lalai
sebab nie jalan terakhir aku
kalu aku jumpa jalan mati
memang x leh U-turn balik
hehehehe......


Luahan-Kampus Baru

UiTM Kampus Bukit Mertajam, Penang

Alhamdulillah, hari nie dah hari kedua
aku di UiTM kampus Penang nie
dak degree EC220 telah dibahagi kepada 2 group
pembahagian group bagi aku agak tidak adil
bayangkan, dak group CB1B dak laki sume dari arau
tapi group aku lak, CB1A 2 orang je dari arau
mostly dari kampus Pahang ngan Penang
nasib baik la orang otak sempoi gak
boleh la join
lagi satu masalah ialah
dalam group aku aku ngan dak arau lagi sorang je duk luar
yang len sume duk Kolej
actually ktorang x dapat penempatan
tapi ramai dak UiTM cnie duk luar
so banyak la kosong
walaubagaimana pon, dorang kena bayar
bila pikir balik
macam masalah gak
sebab nanti kalu dapat assignment or tutorial
mesti susah kitorang nak bincang
hidup sini agak bebas ar dari arau
Pak Guard x de ar strict sangat
no more benci Pak Guard
hahahaha

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.