Sedetik Je Dia Dah Kembali Kepada Nya


Oh My Gosh
Terperanjat besar aku tadi
tadi baru je syok-syok lepak kat pantai ngan Abang & ayah aku
mula-mula ingat nak menjala, tapi ombak besar
last-last memancing jer, tapi abang aku yang mancing,
aku duk lepak tengok sambil menghirup udara segar
ombak besar sangat so ikan pon susah je nak melekat
aku pon angkat kaki balik, jalan kaki jea..
umah memang dekat ngan pantai

sampai umah, tetiba dengar orang kampung cakap ade budak lemas
aik, camna la aku boleh x perasan tadi
sedangkan tempat kejadian tu dekat jea ngan tempat kitorang mancing tadi
pastu abang aku call suh cakap kat mak aku yang dia balik lambat
sebab nak tolong JPA ngan Bomba mencari mangsa
kebetulan magsa lemas tu anak kepada kawan ayah aku

yang kesiannya, sampai sekarang mangsa belum ditemui,
selalunya macam tu la, 2 3 hari selepas kejadian baru jumpa
tiap tahun mesti ada mangsa lemas kat pantai area umah aku
kesian betul kat keluarga mangsa, dah la orang tengah beraya sekarang
mintak-mintak mangsa ditemui dengan cepat,
kalau nak cakap selamat tu x pasti la,
semua berserah je la....
Takziah kepada keluarga Mangsa

No comments:

Post a Comment

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.