Lagu Untuk Mama




Sekarang mama dah tua,
aku pulak baru je abis SPM,
Alhamdulillah, aku dapat result yang cemerlang,
Ini semua berkat doa mama,
usaha mama dalam mendidik aku,
Bagi aku mamalah guru aku yang banyak
mengajar aku erti hidup tanpa seorang ayah,

Aku dapat melanjut pelajaran ke menara gading,
Mamalah orang yang paling gembira,
Aku dpt lihat linangan air mata berderai membasahi pipi mama,
Alhamdulillah, air mata itu air mata kegembiraan,

Hari ke hari, kesihatan mama makin tidak menentu,
Namun, mama gagahkan diri untuk mencari sesuap nasi untuk kami,
Akhirnya, aku buat keputusan untuk tidak menyambung pelajaran,
Aku mahu bersama mama, sentiasa berada disisi mama,
Biar apa pon terjadi aku mesti disamping mama,

Tapi mama nak aku sambung pelajaran,
Kerana mama tahu itu lah impian aku selama ini,
Mama kata, aku lah satu-satunya harapan mama,
Biar susah macam mana,
mama akan tunaikan impian aku,

Aku akur dengan keputusan mama,
Aku berjanji aku akan banggakan mama suatu hari nanti,
Walaupun jasa mama x dpt kubalas sepenuhnya,
Tapi aku mahu mama sentiasa gembira,

Kalau aku Berjaya, aku nak pergi haji bersama mama,
Itulah janji yang aku harap mampu aku tunaikan buat mama,

Akhirnya, berkat doa yang berterusan dari mama,
Aku Berjaya menjadi manusia yang berguna,
Aku Berjaya pergi haji bersama mama,
Aku Berjaya buat mama bangga dengan aku,

Tapi alangkah indahnya jika papa masih ada…..
Akan aku kongsikan kejayaan ini bersama papa,
Tentu mamalah orang yang paling gembira,
Tidak dapat kulafazkan sayangku buat mama,
Jadi Aku tujukan lagu ini untukmu MAMA,

4 comments:

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.