Peristiwa bertukar tragedi

Apa yang best sangat dengan tajuk post aku kali nie?? Aku pon tak tahu sebab apa terlintas kat otak aku nie nak bagi post nie ngan tajuk macam nie. Hahahaha...... Hiraukan jer lah.... tapi mungkin ada kena mengena gak kot. Ahad lepas, aku ngan budak umah aku pergi picnic kat Hutan Lipur Sedim. Dah banyak kali dah kitorang plan, tapi ade je masalah tyme hari nak pergi tu. Nak buat macam mana kan? Kita cuma merancang, Dia lah yang menentukan. Tapi ahad minggu lepas jadi jugak kitorang pergi walaupun tak cukup seisi rumah.

Kol 11 pagi kitorang bangun bersiap dan terus pergi. Paling best semua tak mandi sebab nak mandi kat air terjum Sedim. "Membazir air kat umah jer kan?". hehehehe...... Lepas bersiap, kitorang singgah carefur jap nak beli makanan untuk buat BBQ. Macam grand jer. Perjalanan agak memenatkan, dah kebas habes 'buttom' aku duk atas moto selama 1 jam. Nasib baik bukan aku yang ride moto tu. Sampai, kitorang terus cari port. Tetiba, hujan mencurah menimpa bumi. Agak lama kami menunggu sehingga hujan berenti. Belum sempat mandi air terjun, air hujan dulu memandikan aku. Hahahahaha...... Lepas hujan aku ngan member-member aku bertungkus lumus menyalakan bara api untuk masak makanan tadi. Tapi alangkah tak bernasib baik nyer kami, sampir satu jam menghadap tempat nak bakar tu, asap je yang kami dapat. Salah kami gak sebab tak bawa arang. Ingat nak guna ranting-ranting pokok kat sana jer tapi sume dah basah. Last-last kitorang bagi kat mak cik yang buka kedai makan kat siti tolong gorengkan. Wahahahaha...... jauh dari apa yang dirancangkan. Tapi baik dari belapar.

Aku mandi sekejap jer sebab air terlalu sejuk. Maklum la, umah aku kat LOndon, selalu mandi guna heater. Hahahahahaha...... Dalam kol 6 petang kitorang balik umah. Nak kata seronok tu, tak la seronok sangat. Boleh la hilangkan bosan duk umah. Tyme malam tu, kitorang terima berita tergempar, seorang pelajar UiTM mati lemas kat tempat kitorang mandi tu. Seram sejuk gak dengar cerita tu. Mula-mula, aku ingat khabar angin jer, esok pg kelas tengok ada satu tabung derma bagi allahyarham..... Mudah-mudah roh nya ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.....

No comments:

Post a Comment

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.