Luahan-Kegembiraan

Hahahahahaha......
alhamdulillah......
akhirnya masa yang ditunggu2x telah tiba
seronok memang tak terkata
terima kasih JPA
duit kali nie
terpaksa aku lunaskan dulu hutang-piutang aku
betul la perumpamaan "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"
tapi bukit hutang tak guna jugak
hehehehee........
camna pon saki-baki tu
boleh la aku beli apa yang patut
barang yang diidamkan juga rasanya mampu dimiliki
tinggal lagi janji ngan kawan-kawan
just tunggu.....
janji pasti ditunaikan
heheheheheh....

dan dikesempatan ini
aku ingin ucapakan
"Selamat Hari Raya AidilAdha"
kepada semua yang mengenali


Luahan-Kekecewaan

Exam CSC125
Fundamentals of Computer Programming
Vanue=Dewan Baru
Date=13/11/2009
Time=2.45pm-5.45pm

Arghhhh................. First time
taw x, FIRST TIME!!!!!!
fisrt time aku tinggal satu soalan yang kesemua 13 markah
bukan aku x nak jawab
tapi aku lansung x tahu apa nak jawab
apa kehendak soalan?
apa yang dia mahukan?
berjam-jam aku memikirkan
tetapi lansung tiada jawapan dan lintasan
soalan agak melampau
paling susah berbanding soalan semester lepas
serius, bukan aku sorang jer cakap
habis exam dan x sempat lagi kuar dewan
aku hantar mesej kat Mr Jiwa
"soalan susah melampau......
x tahu apa soalan nak'
sorry encik....."
tunggu je la result kuar
dekan jauh sekali
lulus pon belum tentu
apa nak jadi, aku pun x tahu..

Luahan-Kebingungan

Perlis->Kelantan->Terengganu->Kelantan->Shah Alam->Perlis

bingung aku memikirkan
bertapa banyak duit aku akan habis untuk beli tiket
ke destinasi tersebut
dah la duit aku ada RM100 je ag dalam Bank
dalam 'wallet' plak ada RM 30 je
tu pun nak wat makan untuk minggu nie
bila la duit JPA nak masuk
hujung-hujung sem nie,
selalu je masalah ngan duit
nak g kelantan dulu ke x?
masalah la plak kalau aku pg kelantan
nanti nak kena beli tiket balik terengganu plak
Shah Alam, aku nak pergi sebab ada latihan Kriket
untuk MASUM
Uitm ada sedia bus, tapi aku ingat nak balik dulu
then nak balik perlis plak sebab aku nak kena
sambung lesen P aku yang dah nak sampai ajal tu
torsion+stress+deflection+tension+moment+torque
Sape boleh bagi pinjam duit ar?
Arghhhhhh........ Masalah2x

tiket perlis ke kelantan=RM45
+ tiket dari kelantan ke terengganu=RM18x2
+ tiket dari kelantan ke shah alam=RM40.++
+ tiket dari shah alam ke perlis=RM40.++
_______________________________
total=RM161.++

Luahan-Menyampah

Hari ini aku ngan tyra pergi
HEP untuk 'settle' urusan pembatalan pinjaman dan penangguhan bayaran PTPTN kami
disebabkan aku tak de kelas dan exam hari ini
jadi aku pakai la baju tshirt kolar biasa
walaupun sepatutnya hari ni
kami dikehendakai memakai pakaian formal
selesai jer isi borang tu
aku ngan tyra terus melangkah masuk ke pejabat HEP
sampai kat dalam tu aku pun terpingga-pingga
mencari orang untuk bertanya
tetiba ada seorang lelaki berbadan tegak tanya aku
"ada apa datang nie?"
aku dengar x dengar jer soalan die tu
pastu die tanya lagi...
aku cakap la aku nak minta pengesahan tarikh tamat belajar
tetiba kerani datang dan tanya aku
"mana kad pelajar kamu?"
aku pon bagila kat die...
pastu die tanya lagi
"kenapa x gantung?"
aku tanya die gantung apa
tetiba lelaki tu amik kad pelajar aku
die marah-marah kat aku kata x menepati sahsiah rupa diri
setakat x gantung kad matrik jadi kes besar ker
lama gak ar aku ngan tyra kena basuh ngan die
pastu dia cakap kat aku
"kamu tunggu apa lagi?"
hotak die ar, soalan aku tanya tadi dia x jawab lagi
aku sound ar "soklan kami tanya tadi x terjawab pun lagi!"
pastu kerani tu pun datang suh kami isi borang
kalau dari awal tadi dia suh kan senang
nie x pasal-pasal aku kena amik kad pelajar aku kat markas KESAT
aku kalau boleh x nak jejak lagi kaki kat tempat tu
nasib baik rambut aku x kena potong dan aku dapat balik kad pelajar aku


Luahan-Sahabat 2


tersalah pilih sahabat bawa kehancuran

kalau mata korang tajam tentu korang dapat baca
perkataan dalam gambar diatas
cuba korang renung betul-betul
bukan tajuknya, tapi kandungan artikle tu

konfirm korang x nampak kan
biar aku taipkan semula

Pengertian sahabat
1)Sahabat karib biasanya mempunyai personaliti yang hampir sama. Remaja yang bijak dan berpandangan jauh akan memilih sahabat di kalangan remaja yang mempunyai kemahiran yang lebih daripadanya dalam bidang akademik.
2)Sahabat biasanya datang daripada lingkungan usia yang hampir sama, alam persekolahan, minat dan masalah yang dihadapi juga seruapa. Sahabat juga biasanya mempunyai minat dan kecenderungan yang sama.
3)Sahabat memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi manusia. Sahabat juga mempengaruhi kehidupan seseorang remaja dan menentukan arah masa depan mereka.
4)Sahabat dan teman berbeza kerana sahabat hubungan paling akrab dan hubungan ibarat ahli keluarga menyebabkan mereka sedia membantu pada bila masa sementara teman tidak banyak tahu mengenai kita.
5)Sahabat penting dalam kehidupan seseorang tetapi salah pilih sahabat membawa kehancuran.
6)'Ada sahabat yang setia' dan berusaha membawa kebaikan dalam kehidupan sahabat adalalah sahabat sejati.

"adakah anda merupakan sahabat atau teman
kepada orang disekeliling anda?"
tepuk dada tanya diri sendiri.....

Luahan-Kesejukan


Kesejukan Melampau
dalam dewan peperiksaan

aku x faham dengan pegawai peperiksaan
"adakah mereka semua nie bekas penuntut di luar negara?"
sampai keadaan dewan yang sejuk sampai nak beku tu pon mereka x perasan
kesejukan yang melampau nie lah yang
menggangu aku ketika menjawab peperiksaan
terutama sekali ketika exam BEL311 di Lib Zon A3
otak aku n seluruh anggota badan kaku dan beku
untuk berfikir dan menulis
haih.... nasib baik la ada satu paper lagi
kalu la kedaan luar negara macam nie
sumpah Malaysia lagi best....


Luahan-Tekanan

Exam ECS208
Basic Solid Mechanics
Venue=Bilik Kuliah 13-11
Date=08/11/2009
Time=9.00am-12.00am

Subjek ini boleh dikatakan subjek 'KILLER, TOUGHEST'
bagi 'student' Diploma Kejuruteraan Awam Pembinaan
Subjek yang melibatkan pengiraan panjang dan berkait-kait
selepas habis exam MAT235, kami ada masa 2 hari
untuk mengulang kaji subjek ini
boleh dikatakan dalam sehari aku cuma tido selama 4jam
dan masa selebihnya ialah memberi tumpuan penuh kepada subjek ini
rutin harian yang begitu memenatkan dan meletihkan
aku dapat melihat tekanan yang sama dirasai oleh pelajar lain
terutama pelajar kumpulan ECD3Ee
kekurangan markah 'Cary Mark'
menyebabkan dorang seperti berputus asa
dan menyalahkan diri mereka dengan apa yang berlaku
aku x tahu macam mana nak gambarkan
tekanan yang mereka hadapi
ada sampai tak tidur lansung
kerana bimbang dengan exam yang bakal mereka duduki
tapi alhamdulillah aku dapat jawab soalan ECG208
walaupun tidak begitu pasti dengan jawapan diberi
Habis jer exam aku balik bilik dan qadar semua masa-masa tidur aku
MERDEKA buat sementara
tinggal satu subjek jer lagi CSC125

Luahan-Kekesalan

ATTENTION!

Kelembapan dan kekurangan tahap kelajuan internet
menyebabkan saya tidak dapat 'upload' gambar-gambar yang terkini

Luahan-Ulang Tahun

6 NOVEMBER 2006

Hari Ulang Tahun Kelahiran Aku ke-19
walaupun tiada apa-apa sambutan
tetapi aku tetap merasai ertinya
semalam aku menerima cendrahati dari seorang teman
dan dialah orang yang pertama mengucapkan
"selamat hari lahir"
kepada aku,
terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan-rakanku yang lain
Tyra,Diela,Afham & Bro
yang mengingati hari ini
Pagi tadi aku ada membeli 'newpaper' KOSMO
dan akudapat tahu
seorang celebriti negara kita iaitu AZNIL Haji Nawawi
turut lahir pada tarikh yang sama ngan aku
sempat jugakla aku ucapkan pada dia dalam blognya
kemudian aku merima satu ucapan darinya juga
melalui ruangan komen di post 'Luahan-Tak De Keje'
aku tak tahu la sama ada btol ke tidak
tetapi kalau korg klik pada nama Paknil tu
korang akan disambung terus ke laman blog
aznilnawawi.blogspot.com

aku pon x brape nak sure gak
adakah betul ke tidak paknil yang ucapkan tu
tapi kalau betul, terima kasih la erk....
kepada teman-teman yang lain yang turut mengingati
dan tak berkesempatan untuk ucapkan
terima kasih jgak aku ucapkan

Luahan-Tak De Keje


(sejadah berdiri)
kalian pecaya tak kalu aku kata
sejadah kat atas nie tetiba bergerak sendiri dan duduk
seperti seseorang sedang menunaikan solat
mesti korang x percaya kan?
bertapa hebatnya sejadah tu
siap pakai kopiah lagi
mula-mula memang aku x berapa percaya
tapi sekarang 100% aku memang 'X' percaya
mengarut jer sumua itu
sejak kebelangan nie makin banyak kuar 'newspaper,
tentang cerita-cerita macam nie
yang x tahannya dorang macam nak compete jer
sejadah kat negeri mana paling banyak buat 'posisi'
macam dalam gambar kat atas tu...
Pelikkan, macam-macam cara orang zaman sekarang cari publisiti
*gambar kat atas nie ialah
hasil kreativiti aku ngan roomate aku
tension+torsion+stress jawab test
nie lah keje kami
tapi aku bagi tahu siap-siap
sejadah tu sebenarnya kami yang dirikan
pasni jangan plak ada yang datang nak menuntut
hajat or something else....
nasib bek sejadah tu x dipakai ngan helmet kat belakang tu
nanti ada plak cakap sejadah merempit
hehehehe....
MasyaAllah... apa aku merapu nie...

Luahan-Kesakitan

Exam MAT235
Calculus 2 For Engineers
Venue=Dewan Lama@Dewan Sri Ketuhar
Date=05/11/2009
Time=9.00am-11.00am

Kepayahan tak perlu aku ceritakan
walaupun kelebihan aku pada subjek 'kira-kira'
tetapi hari nie, soalannya begitu memeningkan
bukan bermaksud aku tak dapat jawab tetapi
mengambil masa yang agak lama
disebabkan masalah kedua aku ketika dalam dewan tersebut
kesakitan yang memang sukar ditahan
'TANDAS!'
perkara ini lah yang keluar setiap kali
aku cuba mengingati rumus-rumus metematik
untuk menjawab soalan tersebut
kesakitan yang memang x pernah aku rasakan
"Jom La pergi tandas, x tahan dah nie!"
"Tunggu ar jap, x habis jawab agi nie. Nanti x sempat plak"
masa menjadi begitu penting bagi aku
sedetik bagai sejam aku menunggu
"Pelajar dikehendaki berhenti menulis"
selepas jer pungutan kertas dibuat aku terus meluru keluar
menuju ke tempat yang indah dan nikmat
hahahahahaha........
kelegaan jelas terasa
Nasib baik aku dapat jawab semua soalan

Luahan-Tak Terkata


Hari nie mungkin jadi SEJARAH

mesti sume tertanya-tanya
apa kaitan hari ini dengan SEJARAH hidup aku?
tarkhnya 5 November 2009
walaupun bukan hari sepatunya iaitu 6 November
"HARI LAHIR AKU"
"pipit lahir kedunia"
tetapi aku tetap gembira
aku telah menerima sesuatu daripada seorang individu
yang perlu aku rahsia identitinya
biarlah persoalan mengenai siapa dia
menjadi rahsia buat selama-lamanya
"TERIMA KASIH AKU UCAPKAN"
benda ini semua dah cukup besar bagi aku
dalam memoir kita dalam persahabatan
Alhamdulillah......

Luahan-'cary mark'

Alahai 'cary mark'.......

Susah,sukar,payah,kompleks,
sume tu ada maksud yang sama
perkataan ini lah yang sesuai untuk aku
katakan mengenai subjek semester ketiga
Diploma Kejuruteraan Awam Pembinaan ini
Kesusahan yang bukan terlampau tapi melampau

Antara Cary matk subjek yang aku dapat(%)

English For Academic Purposes-35.5/50
Fundamentals Of Computer Problem Solving-belum kuar
Science And Technology In Islam-36.5/40
Basic Soil Mechanics-27.3/40
Basic Solid Mechanics-31.3/40
Calculus 2 For Engineers-37.55/40

Agak teruk dan agak mengecewakan
camne pon masih tetep bersyukur......
Alhamdulillah

Luahan-penuh

ECG203
Basic Soil Mechanics
Venue=Dewan Baru
Date=03/11/2009
Time=2.15p.m-5.15pm

Subjek yang teorikal yang amat memenatkan
penuh dengan formula-formula dan istilah-istilah
kadang-kadang membuatkan aku pening untuk menghafal
serta memahami maksud soalan yang menggunakan
perkataan yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama
soalan yang agak sukar dan kompleks
keadaan yang sama berlaku di tengah medan peperangan tadi
aku kalah dihambat masa yang begitu pantas

Alhamdulillah.... aku dapat jawab semua soalan
walaubagaimanapun, keraguan masih menjadi kepastian

Selesai sudah Subjek ke-3

Luahan-Kawan

KAWAN

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan

Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan
Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan

Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang

Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita

Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan

Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Artist: Hijjaz
Title: Kawan

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.