Luahan-Beku


Exam BEL311
(English For Academic Purpose)
Date=30/10/2009
Venua=Library Zon A3
Time=8.30a.m-11.30a.m

Test English yang paling susah yang pernah saya amik.
Keadaan Dewan peperiksaan yang sejuk sepeti Antartika
membuatkan jari jemari menjadi kaku
ditambah pula Soalan yang agak mencelarukan
menjadi 'exam' kali ini tidak ubah seperti melakar sesuatu
yang tak pasti diatas helaian kertas kosong
masa yang dikatakan agak panjang menjadi begitu singkat
'careless' itulah kesalahan yang sering saya lakukan
setiap kali menduduki peperiksaan
hanya tawakal dan doa saja
yang mampu mengubah segala-galanya
InsyaAllah......

Gambar-Sungai

Ketetapan alam yang menjadikan sungai mengalir dari hulu ke hilir. Tiada suatu yang mampu mengubah kenyataan tersebut. Alangkah baik jika hidup ini seumpama aliran sungai yang mempunyai satu matlamat yang tetap iaitu menuju ke satu destinasi. Walaupun halangan yang berliku-liku, namun alirannya tetap smpai ke hilir.
gambar ini diambil menggunakan Sony Ericsson K810i

Luahan-Penyesalan


Kegundahan melampau di saat-saat genting dalam mengharungi liku-liku sebagai seorang pelajar."Haih, apa aku study nie? Satu apa pun x masuk kepala...", luahan inilah yang sering terungkap setiap kali aku bersengkam mata menghadap jutaan huruf yang disusun indah sehingga terbentuk satu perkataan yang memberi seribu makna. Keunikan dan hasil inovasi para ilmuan yang mencipta berbagai formula makin memenatkan aku untuk memahat semua itu agar kekal dilubuk akal aku. "Apa nak buat nie? final makin dekat". Persoalan inilah yang kian memeningkan kepala aku yang sarat dengan formula yang entah betul entah tidak. Kehidupan yang kian dibebani masalah makin parah sehingga sering kali mencampur-adukan pembelajaran dengan masalah. Kehidupan tak ubah seperti jasad yang bernyawa namun tak bermaya. Kehadirannya seperti menyengat minda dan membenamkan racun sehingga mewujudkan rasa benci yang meluak-luak terhadap manusia bertopeng ini.

Aku mohon pada-Mu Ya Allah,
tabahkan hatiku
dalam mengharungi ujian
dan dugaan yang telah Engkau takdirkan
dalam kamus hidupku
sesungguhnya itulah satu-satunya
jalan keinsafan yang engkau jadikan
untuk hamba-Mu yang jahil ini,
aku redha dengan apa yang Kau berikan,
aku mohon pada-Mu,
ampunilah dosa-dosa orang disekelilingku
sesungguhnya kehadiranku hanya sekadar
barah yang kian parah bagi mereka
aku sedar Ya Allah
sesungguhnya
aku bukanlah manusia yang sempurna,
leka dengan kejahillan dunia
sehingga lupa akan azab yang Kau janjikan
Ampunilah dosa ku Ya Allah......:'-(

seandainya aku ditakdirkan
'pergi' dulu.......
aku redha dengan aturan-Mu
biarlah pemergianku bukan untuk ditangisi
Selamat Tinggal Aku Ucapkan

Gambar-Teratai

Gambar ini saya ambil ketika pergi 'jogging' bersama rakan-rakan sekolah menengah dahulu di satu tempat di Kangar, Perlis.

Luahan-Sahabat


Assalamualaikum..... walaupun blog ini saya cipta khas untuk memaparkan koleksi gambar-gambar saya, tetapi hari ini saya ingin meluahkan sedikit rasa kekecewaan saya kepada seorang manusia yang bergelar 'sahabat'. Saya tak tahu adakah golongan seperti ini sepatutnya digelar sahabat atau sebaliknya? Kisah semalam membuatkan saya bertambah keliru dengan kehadiran insan bernama sahabat ini. Kejadian yang tak diingini bertimpa-timpa dalam hidup saya kebelangan ini. Masalah kian disulami masalah. Adakah ini dugaan atau musibah disebabkan kesalahan saya.

Ceritanya bermula disini...............................

"Weih, aku napok mung pakai baju sama ngan awek mung. Baju Rayer ker?". Aku cuba bertanya pada die dangan niat bergurau. "Hoo!", jawab die. perbualan kami berlanjutan dengan cerita-cerita lain. Hari berganti hari, hubungan aku dan die masih seperti biasa. Sampai satu masa dimana aku dikecewakan oleh insan bergelar sahabat ini. Bukan seorang tetapi 'dua'.(yang tadi sahabat pertama & yang ini sahabat kedua) Hari itu meraka buat 'study group' kat library, tetapi die x de pun ajak aku. Aku x kisah lagi. Apa yang buat aku terasa apabila salah seorang daripada mereka(sahabat kedua) yang beriya-iya ajak aku sebelum nie langsung x bagi tahu kat aku walau sepatah.

Hari berikutnya, kajadian tadi berlaku lagi. Insan yang bergelar sahabat kedua tadi masih tak ajak aku dan bagi tahu kat aku yang diorang ada buat 'study group' lagi skali. Aku x faham apa motif dia sebelum ini ajak aku? Disebabkan aku dan die(sahabat kedua) mempunyai kisah peribadi yang dikongsi bersama, aku menjadi cemburu x tentu pasal. Aku cuba 'call' die, tapi die 'off', aku mesej die, tapi die x balas. Aku pun amik keputusan untuk bertanya ngan sahabat pertama tadi. Aku pon hantar mesej."salam, mg ad kat ne?". Sahabat kedua membalas."Aku ad kat luar skarang. Bakpe??"....(penipuan yang jelas). Aku x faham apa motif die menipu sedangkan, die sedang berada di 'library', kenapa cakap ada kat luar(luar kampus).

Aku cuba amik keputusan untuk mendiamkan diri dan tidak bercakap ngan sahabat pertama ini. Hari berganti hari, aku dan die menjadi semakin tak rapat. Sampailah suatu masa aku perasan yang die nie cuba menjauhkan diri dari aku. Mungkin semua ini berpunca dari aku. Aku mengambil keputusan untuk meminta maaf dengan menhantar mesej,"salam, aku nok mitok maaf ngan mg. Aku tahu mg brase ati ngan aku,ak taw gok sebab mende. Aku dok cakap ngan mg pon sbab aku brase ati ngan mg. tapi dok ksoh ar psal 2, aku pon mlas r baloh ngan saing2..... tapi ikut mg ar nok kta mende"...... Aku tahu dia trase ngan aku sebab aku masuk cmpur hal awek die? Ape yang aku buat? Salah ker sekadar bertanya mengenai baju yang die pakai sama ngan awek die? Klu tak nak bagi jadi buah mulut org, asal die tayang depan orang ramai... Hari nie, aku dapat tahu macam benda die dah burukkan nama aku depan sahabat aku yang lain. Aku ngan die boleh dikatakan agak rapat sebelum ini, tapi aku x faham kenapa die buat semua ini......

Cerita ini masih panjang tapi aku x tahu apa yang aku nak taip untuk aku luahkan semua ini. "Aku suka berkawan tapi aku benci bersahabat..... Aku suka berteman tapi aku benci berpasangan..... "
Aku confius sekarang..... Apa patut aku buat?-tolong bagi pendapat

p/s:cerita ini tiada kena mengena dengan sahabat kedua itu.... walaupun watak die ada terselit sedikit.

*aku-penggunaan 'aku ' dalam post ini untuk mengelakkan bahasa skema

Gambar-KFC

Sedang sibuk pelajar lain mengulang kaji pelajaran, kami pula sibuk menjamu selera di KFC. Walaupun sya tidak berapa suka makanan di KFC, tetapi inilah yang saya mampu untuk menghilangkan bosan di Kampus.

Gambar-Chicken Chop RCH

Ini adalah Chicken chop versi Radix Chicken House di Kangar Perlis. Walaupun rasanya agak sedap dan harga berpatutan tetapi servis yang diberiakan agak tidak memuaskan. Saya terpaksa menunggu selama 20 minit untuk satu Chicken Chop ini walaupun pelanggan pada masa itu cume beberapa orang... satu Chicken chop beharga RM9.5o termasuk segelas air.



Gambar-Projek ECM

Ini ialah hasil projek Civil Material Engineering kami yang diberi nama Recreation Island Under Spider Web Bridge. Hahaha.... Direka penuh oleh saya walaupun tugasan yang diberikan adalah berkumpulan.




Gambar-Bunga Sakura 2

Nie adalah sambungan lukisan saya yang bertajuk Bunga Sakura hari itu. Walaupun tidak begitu cantik, tetapi saya dapat menghilangkan rasa bosan pada minggu yang penuh dengan test ini. hehehee...







Gambar-Seberang Takir

Seberang Takir ialah tempat kelahiran saya. Saya bangga sangat dengat tempat ini. Bermacam kemudahan ada seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Sberang Takir juga terkenal dengan tempat menarik seperti Pantai Teluk Ketapang, Perkampungan Nelayan dan berhampiran dengan pusat bandar, Pulau Duyong, dan Taman Tamadun Islam(Masjid Kristal).
pasar payang

bukit puteri

bazar warisan

Gambar-Bunga Sakura

Ini adalah lukisan yang saya lukis dan warnakan sendiri. Lukisan ini masih belum siap disebabkan masa yang tidak mengizinkan kerana terpaksa meluangkan masa untuk belajar. Selepas lukisan saya ini siap, saya akan paparkan dalam laman blog ini.



Gambar-Gua

Gambar di bawah ini ialah gambar Gua Kerbau yang terletak di Kodiang, Kedah. Gambar ini diambil semasa Kem Jati Diri Brass Band pada semesta kedua saya di UITM.


Gambar-Kuala Lumpur

gambar ini diambil semasa saya pergi bercuti di rumah kawan saya di Kuala Lumpur pada 'study week' semesta 2.
menara Kuala Lumpur

Menara Berkembar Petronas diambil dari Time Square

pejabat pos dan bangunan bank negara

bangunan Maybank

Gambar-Senja

gambar-gambar dibawah ini saya amik di negeri saya iaitu Terengganu. Gambar ke2 dan ke3 itu saya amik pada tahun 2007 semasa pulang dari tempat kerja ketika cuti selepas SPM. Gambar pertama diambil di Pulau Redang pada hari terakhir saya berada disana.
senja di Pulau Redang

senja di jeti bot penambang di Kuala Terengganu

senja di pantai Kuala Terengganu

Gambar-Pelajar EC111

nie adalah gambar budak kelas saya yang diambil selepas kelas BEL260. kebetulan cuaca pada masa ini agak mendung dan berkabus. mereka antara budak kelas saya yang boleh dikira fotogenik. =)


Gambar-Batu Karang

walaupun gambar batu karang yang ditunjuk agak tidak jelas,tetapi masih dapat dilihat jika anda amati betul-betul. penggunaan kamera telefon yang tidak kalis air ini membuat saya tidak dapat mengambil gambar-gambar di dalam air. mungkin suatu hari nanti saya mampu memilikinya satu.





semua gambar diatas diambil menggunakan sony ericsson k810i

Itinerary ke Korea & Koh Samui


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan itinerary ke Korea. Sila klik SINI.

Download Itenarary ke Koh Samui di SINI.


Sebarang pemintaan melalui email tidak akan dilayan.


Untuk pertanyaan yang memerlukan jawapan dengan kadar segera, sila PM saya di SINI.